Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Berbuka Puasa Di Jiboi Pertama Kali Tanpa M.i.l (mother in-law). Last Saturday 24042021 adik-beradik Mr. A ajak berbuka beramai-ramai di Jiboi antara faktor penyebabnya adalah s.i.l nak balik kampung sebelah husband beliau. Kekdahnya tak mahu f.i.l berbuka sorang-sorang we all pun pakat-pakat nak berbuka di Jiboi.
Menu adalah secara pot-luck ikut suka hati family masing-masing. Nasi pulak seperti biasa dan sebelum-sebelum ini f.i.l yang akan masak cause f.i.l agak cerewet cara masak nasi yang dia suka. Lagipun f.i.l pandai masak nasi portion yang banyak untuk anak-anak cucu-cucu dan menantu-menantunya gittewww....
Pejam celik pejam celik dah hampir 4 bulan arwah m.i.l pergi ke dunia abadi. Semoga mak aman-damai di dunia abadi. InSyaAllah suatu hari kami semua akan menyusul juga.
Kepok mak dah siap cuma tinggal batu nisan masih dalam pembuatan. Mohon sedekahkan Al-Fatihah (dibaca) buat arwah m.i.l Hjh Zabidah bt Abu bakar |
Berbuka Puasa Di Jiboi Pertama Kali Tanpa M.i.l.
Petang Sabtu tu sungguh jarang-jarang berlaku Mrs. A dan Aryssa sampai dulu di Jiboi berbanding dengan in-laws dan biras-biras yang lain. Adik dan Mr. A datang kemudian depa dua nak pergi beli cendol songkok tinggi dulu. Mrs. A bawa satu menu jer... iaitu ketam masak lemak cili api campur nenas dan sebiji buah tembikai.๐๐๐
Ketam masak lemak cili api dengan nenas |
Aryssa pulak ditugaskan oleh babahnya supaya goreng keropok. Itu yang awal tu cause Aryssa nak kena goreng keropok di Jiboi. Sambil Aryssa goreng keropok Mrs. A potong buah tembikai. F.i.l pulak dah siap masak nasi dan pinggan-pinggan pun dah siap tersedia.
Tidak berapa lama kemudian KakNgah (niece) sampai diikuti dengan Alang sekeluarga. Menu Alang ada tiga iaitu murtabak, nasi goreng dan tomyam. Nasi goreng je masak sendiri lagi dua menu tu tunjuk aje katanya.
Waktu ni meja belum penuh lagi cause lagi 2 family belum sampai |
Family second last sampai adalah Ateh dengan menu Ayamas, roti jala dengan kari ayam. Family yang last sekali sampai adalah Along dah masuk waktu berbuka baru depa sampai. We all semua dah santap duluan ๐๐๐. Lepas mereka sampai memang penuh jadinya meja tu dengan menu sup daging, sambal terung, sambal belacan dan kuih bakar. Terbaik family Along/ kaklong nih! semua menu masakan sendiri ๐๐๐.
Waktu maghrib tu solat sendiri-sendiri aje. Ada yang makan light aje dan terus solat maghrib. Tapi lebih ramai yang makan dulu kemudian baru solat ๐๐๐. Time solat Isyak barulah solat berjemaah dan kemudian terus solat Tarawih dan Witir. Sementara menunggu waktu Isyak. Mak-mak/ pak sedara join anak-anak sedara berboommerang.
Berbuka Puasa Di Jiboi Pertama Kali Tanpa M.i.l
Boommerang tak reti nak download so Mrs. A screenshotkan aje |
Selesai solat kami semua sambung semula makan-makan di dapur. Sesi membawang haruslah ada cause dah lama tak berkumpul reramai sambil membawang sambil touching bila masing-masing mengimbau kenangan dengan arwah M.i.l. sobs..sobs...sobs.. Semoga roh mak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Aaamiiin.... Okay itu sahaja kisah berbuka puasa di Jiboi pertama kali tanpa M.i.l.