Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Genap 15 Hari Arwah Ibu Mertua Mrs. A Pergi Buat Selamanya. Dah 15 hari berlalu tapi sebak dan sedih masih terasa nak tulis entry ini pun air mata bergenang. Ibu mertua Mrs. A sangat baik orangnya dia layan Mrs. A dan menantu-menantu yang lain macam anak sendiri dan semua sama sahaja. Hubungan kekeluargaan side Mr. A memang sangat akrab. Sebab itulah pemergian mak yang secara tiba-tiba sangat kami rasai.
Pada petang Rabu 16 Disember 2020, lebih kurang pukul 3.11 petang time tu Mrs. A kat office tengah kerja. Dapat whatsapp dari Mr. A tulisnya "Bu balik Jiboi sekarang... mem jatuh tak sedar". sekali dengan gambar. Allahuakbar terkejut Mrs. A. Terus jumpa bos bagitahu nak balik. Mujurlah bos okay.
Sesampai aje di Jiboi tengok masing-masing tengah bersedih menangis Mrs. A terus pergi kepada s.i.l tanya "N mana mak? Mak dah naik ambulance dah! pergi HTJ. Angah ikut sekali dalam ambulance" kata N. (Angah merujuk kepada Mr. A). Ya Allah sedihnya Mrs. A time tu, hanya Allah yang tahu. Berdoa dan berharap m.i.l (mother-in-law) takde apa-apa cause dah lama tak jumpa dia (lama tu kira sebulan kot). Nak sangat jumpa dia dalam keadaan sihat macam biasa nak mintak maaf dah lama tak datang jengok walaupun Jiboi dan Forest Height takdelah jauh mana huwaaaa...waaa..waaaa
Genap 15 Hari Arwah Ibu Mertua Mrs. A Pergi Buat Selamanya
Ya Allah kurniakan syurga tanpa hisab buat arwah ibu mertuaku Hjh Zabidah bt Abu Bakar |
Bila Mrs. A masuk ke ruang tamu tengok masing-masing sedang membaca surah Yasin iaitu anak-anak cucu, menantu mana yang ada. Mrs. A pulak time tu uzur sama jugak dengan biras lagi sorang tu. Bila dah nak hampir waktu asar Along (b.i.l) minta semua yang boleh solat bersedia untuk solat asar berjemaah. Sedang masing-masing bersedia nak solat tu s.i.l dapat call dari Mr. A katanya dah dapat heart bit mak semula tapi masih lemah. Allahuakbar masing masing tersenyum happy sambil mengucap syukur alhamdulillah. Tapi semua tu tak lama pun selang beberapa minit kemudian dapat call lagi sekali dari Mr. A kali ni dia call Along pulak memberitahu khabar duka yang mak telah tiada lagi telah pergi buat selamanya time tu lebih kurang pukul 4.46 petang. Meraunglah kami masing-masing pada ketika itu.
Setelah selesai solat asar. Kami bincang siapa yang nak pergi HTJ dan siapa yang tinggal kat rumah. Akhirnya yang pergi hospital adalah Mrs. A, f.i.l dan kesemua in-laws bawalah apa yang patut iaitu tudung dan beberapa helai kain batik. Sampai di HTJ we all terus ke emergency dan dibenarkan masuk secara bergilir di tempat jenazah diletakkan sementara. Kemudian Mr. A dan adik-beradiknya sepakat untuk membawa jenazah balik dimandi dan dikapankan di rumah dan akan dikebumikan pagi esoknya di Makan Tuan Hj Said sebelum waktu Zohor. Alhamdulillah urusan membawa jenazah m.i.l balik ke rumah dipermudahkan olehNYA. Tak perlu post-mortem dan tak masuk pun ke bilik mayat. Dari bilik ruang menunggu emergency setelah selesai segala urusan report polis dan medical report dari doktor in-charge terus di bawa ke ruang menunggu ke van jenazah. Tak lama pun proses menunggu tu sebelum magrib kami semua telah selamat membawa arwah mak pulang ke rumah di Jiboi. Mrs.A dan s.i.l yang temankan arwah mak menaiki van jenazah dari HTJ ke Jiboi.
Sesampai di rumah Mrs. A tengok dah ramai jiran dan sedara mara yang sampai. Kemudian arwah mak kami letakkan di tengah rumah di atas katilnya, cause itu memang pesanan beliau jika dia meninggal nanti katanya katil tu jangan bukak letakkan aje mak atas katil kecik yang kat tengah rumah tu. Huwaaa..waa..waaa.... sedihnya bila diingat-ingat semula. Jenazah arwah mak kami lap-lap seluruh badan beliau biar bersih dan buka ikatan ditangan. Malam itu anak, cucu, menantu, sedara-mara yang datang ziarah bergilir-gilir membaca surah Yasin sehinggalah ke pagi waktu jenazah hendak dimandikan lebih kurang pukul 9.00 pagi.
Pada sebelah malam Tok Mat sempat datang ziarah dan membacakan surah Yasin. Time kat HTJ Mr. A dah calling-calling Tok Mat bagi tahu m.i.l masuk hospital. #teamtokmat
Tok Mat sedang berborak dengan f.i.l sebelum balik |
Tepat pukul 9.00 pagi sepertimana yang dijanjikan pihak yang hendak memandikan jenazah itupun sampai mereka adalah sekeluarga ibu ayah dan anak perempuannya. Mereka ini adalah contact Along (b.i.l) Along dah siap-siap runding untuk tujuan mandi jenazah dan sediakan kain kapan sekali, harga lebih kurang RM250.00 kalau tak silap Mrs. A.
Semua anak menantu dan abah sepakat nak mandikan arwah mak dengan cara dipangku oleh anak-anaknya sambil diketuai dan ditunjuk ajar oleh tukang mandi jenazah tersebut iaitu ibu dan anak perempuannya. Mrs. A pun terlibat sama sewaktu memandikan arwah m.i.l pengalaman pertama yang sangat berharga buat Mrs. A. Yang pangku adalah 5 orang iaitu di bahagian kepala Along, diikuti A (cucu perempuan), s.i.l dan seterusnya Alang dan Ateh. Mr. A, Kaklong, sorang lagi niece dan Aryssa tolong siramkan air. Kedudukan tukang pangku adalah berselang seli. Pada mulanya Mrs. A ingatkan hanya orang perempuan sahaja yang boleh mandikan arwah al-maklumlah jenazah perempuan. Tapi sebenarnya tidak kalau yang meninggal itu ibu, anak lelaki dan suami adalah dibenarkan untuk mandi jenazah.
Setelah jenazah di pangku, jenazah ditutup dengan kain batik lepas kemudian disiram mulai dari kepala hingga ke kaki. Baju dan kain yang dipakai sebelum itu diletak dalam baldi lain yang diasingkan. Kemudian tukang mandi jenazah itu sediakan air sembilan yang akan digunakan di akhir setelah selesai mandi nanti. Bertuahnya m.i.l semua yang memandikan beliau adalah kelima-lima anaknya, suami (abah sekadar melihat sambil berzikir) dan menantu serta cucu tidak membabitkan orang lain selain tukang mandi jenazah dan anak perempuanya. Atas permintaan abah setiap cucunya dibagi peluang untuk menyiram opah mereka sekali dari kepala ke kaki sambil disuruh berniat 'Sahaja aku mandikan opah fardhu kifayah kerana Allah Taala'. Begitu jugalah yang lain-lain siraman pertama masing-masing dari kepala ke kaki hendaklah berniat, sahaja aku mandikan mak fardhu kifayah kerana Allah Taala. Akhir sekali setelah mandi jenazah diambilkan air sembahyang dan disiramkan dengan air sembilan tadi. Kenapa panggil air sembilan Mrs. A pun tak pasti.
Kemudian jenazah mak dibawa ke tengah rumah yang telah siap dipasang tirai untuk dikapankan. Kain kapan memang telah tersedia. Sebelum ini Mrs. A dengar sahaja kain kapan yang dibuat baju kali ini Mrs. A tengok sendiri baju kain kapan yang tidak berjahit. Arwah mak turut dikapankan dengan kain ihram Mr. A sewaktu dia pergi menunaikan umrah tak lama dulu. Mr. A pernah berniat jika ada orang tuanya yang meninggal terlebih dahulu dia nak hadiahkan kain ihram tersebut. Indahnya wajah mak macam orang tidur sahaja. Itulah kali terakhir kami lihat dan mencium wajahnya.
Genap 15 Hari Arwah Ibu Mertua Mrs. A Pergi Buat Selamanya.
Lebih kurang pukul 11.00 pagi jenazah telah siap untuk dibawa ke Makan Tuan Haji Said untuk dikebumikan |
Abanglang Mrs. A pun berkesempatan hantar hingga ke makam |
Bacaan talkin oleh Tuan Hj Abu dan kemudian Tuan Hj Sheikh Zaki |
Selamat dikebumikan lebih kurang pukul 12.30 tengahari Khamis 17.12.2020 |
Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan terakhir arwah ibu mertua Mrs. A dari awal sewaktu di HTJ, di rumah dan sehinggalah ketika urusan pengebumian beliau. Segalanya baik-baik sahaja. Bak kata Along (b.i.l) ini pun dah seribu rahmat mak dapat dikebumikan di makam Tuan Haji Said. Mrs. A pun tak tahu sangat sejarah Makam Tuan Haji Said ini sekadar mendengar ramai alim ulamak yang dikebumikan di sini.