September 2020 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: September 2020
Alhamdulillah 19 Tahun Yang Penuh Suka Dan Duka

Alhamdulillah 19 Tahun Yang Penuh Suka Dan Duka

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Alhamdulillah 19 Tahun Yang Penuh Suka Dan Duka. Semalam 29092020 genap 19 tahun usia perkahwinan Mr. and Mrs. A. Bak kata omputih happy 19th wedding anniversary. Semalam cari-cari post berkaitan anniversary kekdahnya dah 2 tahun [SINI] tak up kat blog. Mujurlah ada di FB dan FB pulak rajin mengingatkan memories tahun-tahun sebelum di wall kita ngeh! ngeh! ngeh!

Semalam sebelum pergi kerja sempat Mrs. A selak album kahwin, snap gambar kahwin Mrs. A sajalah nak mengimbau kenangan zaman muda belia 19 tahun yang lampau.

Alhamdulillah 19 tahun sudah
Bersanding di sebelah pihak Mrs. A pakai baju color kuning

Alhamdulillah 19 tahun yang penuh suka dan duka. Adat berumah tangga ada pasang surutnya begitu jugalah dengan Mrs. A dan husband. Apa yang penting banyakkan bersabar dan berdoa dikala dugaan datang melanda. Kalau di awal-awal berumahtangga ketika usia masih muda lagilah hebat kalau bergaduh tu ego masing-masing tinggi, masing-masing nak menang. Bila dikenang balik sadis jugak muahhaaaaa...

Tapi sekarang ni alhamdulillah seiring dengan peningkatan usia ego tu dah tak berapa nak laku, tolak ansur dan menggembirakan pasangan itu yang lebih diutamakan. Sebagaimana impian pasangan yang berkahwin mahukan perkahwinan mereka sampai ke Jannah begitu jugalah harapan Mrs. A dan Mr. A. InShaAllah. Aaaminnn...

Malam tadi adalah sikit celebration potong kek dan makan kepci. Celebrate di rumah sendiri aje tak  keluar pun almaklumlah musim Covid 19 nih!

Alhamdulillah 19 tahun
Okay jom potong kek together-gether


Alhamdulillah 19 Tahun Yang Penuh Suka Dan Duka. dan ...dan..dan... still counting gittewww....




  Pulau Pinang Kami Datang: Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 ('88/'90) - Day 1

Pulau Pinang Kami Datang: Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 ('88/'90) - Day 1

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Pulau Pinang Kami Datang: Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16('88/'90) - Day 1. Kali ini  siri jelajah silaturrahim team bola sepak Mr. A, Ex-Msia U16 ('88/90) ke Pulau Pinang pula. Disebabkan dah lama tak ferfeeling holiday merentas negeri Mr. A dengan baik hatinya ajak Mrs. A dan kids join sekali. Selepas JDT [SINI] Mr. A dan team bola sepak jelajah silaturrahim beliau dah ke Langkawi terlebih dahulu iaitu pada 29022020. Friendly match pembuka tirai 2020, VIP Langkawi Football Club vs Ex-Msia U16 ('88/'90) tapi time ke Langkawi tu Mrs. A dan kids tak join pun.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 ('88/'90) dijadualkan berlangsung pada Saturday night, 8.00 malam di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang. We all gerak sehari awal Mrs. A dah siap-siap apply leave untuk hari Jumaat dan Isnin sengajalah ambil cuti Isnin nak berehat kat rumah dah penat travel gittewww... Sementara tu Adik dan Aryssa pulak Mrs. A buatkan surat minta kebenaran tak hadir sekolah atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan muahhaahaaa...

Pulau Pinang kami datang on the way tu singgah lunch di Bidor.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia
Pulau Pinang kami datang

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia
Singgah lunch di Restoren Kari Kepala Ikan Salim, Bidor Perak Darul Ridzuan

Di antara sebab utama Mr. A ajak singgah lunch di situ adalah dia nak jumpa sahabat dia yang dah berpuluh tahun tak jumpa kira macam jejak kasih gittewww... Jejak kasih berjumpa dengan Azahari yang merupakan footballer ex-Msia juga suatu ketika dahulu. Tak pasti pulak macam mana Mr. A boleh dapat contact semula. Mr. A ajak dia join ke Pulau Pinang ni tapi nantilah katanya boot bola pun dia takde muahhaaaa.... may be next time InShaAllah.

Setelah kenyang perut makan kari kepala ikan merah di Restoren Salim we all pun meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang to be exact ke George Town. Alhamdulillah perjalanan smooth aje cuaca pulak hujan renyai-renyai so takdelah panas sangat.

Pulau-Pinang
Dah nampak signboard George Town yeay!..

Setelah lebih kurang 4 jam di dalam kereta tolak campur masa singgah lunch dan poopee alhamdulillah finally lebih kurang pukul 6.00 petang sampai juga ke destinasi iaitu check-in di hotel Loop On Leith, George Town Penang.

Pulau Pinang
Fuh! lega dapat meluruskan pinggang sambil nonton Pengantin Satu Malam muahahaaaa...
cet! macamlah ko yang drive Mrs. A hoiii!

Petang tu most of kawan-kawan Mr. A lepak bilik masing-masing aje... cause malam baru ada plan nak keluar dinner sama-sama. Dalam jelajah silaturrahim perlawanan persahabatan bola sepak ex-Msia U16 ('88/'90) ini kebiasaannya accomodation hos/ tuan rumah yang sediakan. Macam yang di Pulau Pinang ni si abang Jamel (bukan nama sebenar) yang uruskan kekdahnya hotel apa we all akan check-in, stadium mana nak games, makan/minum kat mana best semuanya atas keprihatinan abang Jamel yang lain-lain follow aje al-maklumlah tuan rumah tentulah lebih arif dari tetamu kan... tak gitteww... sama jugak kejadiannya dengan jelajah di negeri-negeri lain sebelum ini contoh Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah accomodation adalah di atas keprihatinan pihak tuan rumah.

Kemudian sebagaimana planning lebih kurang pukul 8.30 malam masing-masing pun get ready nak pergi dinner. Abang Jamel bawa we all dinner nasi kandar di Restoren Tajuddin Hussain. Dari Loop on Leith nak ke Restoren Tajuddin we all naik beca. Excited sungguh Mrs. A dan kids al-maklumlah tak pernah naik beca kat Pulau Pinang nih!

Pulau Pinang
Muka-muka excited dapat naik beca ngeh! ngeh! ngeh!

Tak jauh pun dari hotel ke restoren kekdahnya sekejap aje naik beca tu dalam 10 ke 15 minit lebih kurang. Tak pastilah pulak apa ke nama jalan di Restoren Tajuddin Hussain ni tapi ada banyak je kedai-kedai lain lagi. Selain nasi kandar ada juga menu-menu lain iaitu pelbagai jenis roti, roti canai, roti bom, capati, roti susu. Tapi Mrs. A makan nasi kandar lauk ayam goreng sahaja itupun dah kenyang kids adalah order capati, roti canai Mrs. A cuit-cuitlah sikit rasa sedap sangat capati kat sini, nasi kandar pun boleh tahanlah unfortunately tak snap gambar pulek adeh! itulah asyik buat video terlupa snap gambar derr..

Selepas dinner we all pakat-pakat ronda-ronda naik beca sebelum balik hotel. Tapi betullah isteri abang Jamel kata takut nak naik beca kat Penang ni kereta laju-laju. Anyway Mrs. A and kids seronok sangat naik beca tak terfikir langsung pasal kereta yang lalu-lalang tu ngeh! ngeh! ngeh! Okay itu sahaja kisah day 1 Pulau Pinang Kami Datang nanti Mrs. A sambung lagi day 2 pula ya InShaAllah.


Maksu Meraikan Birthday Nenek

Maksu Meraikan Birthday Nenek

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Maksu Meraikan Birthday Nenek. Pada 14 September yang lalu adalah birthday emak Mrs. A a.k.a nenek. Mrs. A sekeluarga tak balik kampung pun cuma wish dalam group WA sahaja. Alhamdulillah adik bongsu Mrs. A sekeluarga dan dua orang mak sedara yang meraikan kiranya birthday treat tu organize by Maksu gittewww... tahun lepas [SINI]

Maksu meraikan birthday nenek. Belated birthday treat tu last Sunday night 20092020, time tu pulak Mrs. A sekeluarga on the way balik dari Pulau Pinang tahu pun bila tengok gambar-gambar dalam group WA family.

Maksu meraikan birthday nenek.

Birthday-nenek
Kek birthday yang sedap kata Maksu, tak tanya pulak beli kat mana ngeh! ngeh! ngeh!

birthday-nenek
Happy birthday! emak ku sayang

birthday-nenek
Budak kecik sorang tu yang terlebih excited sebenarnya #puteritalia

Selain daripada kek birthday, maksu dan paksu juga ada buat barbeque kambing dan ayam, errrmmm looks yummy!

birthday-nenek
Maksu @ adik bongsu Mrs. A

birthday-nenek
Paksu @ adik ipar

Maksu sekeluarga cakap itu aje yang mampu depa buat meraikan nenek. Nenek pulak cakap ini pun nenek dah bersyukur dah! timo kasihlah yang penting doakan nenek sihat katanya. Alhamdulillah terima kasih maksu sekeluarga wakil bagi adik-beradik lain meraikan emak. Semoga dilimpahi rezeki selalu InShaAllah. Doa Mrs. A buat emak semoga dikurniakan umur yang berkat dan juga dikurniakan syurga tanpa hisab di akhirat kelak.

Okay, itu sahaja kisah maksu meraikan birthday nenek. Lagi sekali terima kasih maksu/ adik kusayang.




FB Avatar

FB Avatar

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

FB Avatar. Mrs. A pun terjebak you all muahhahaahaa... semalam 16 September sana sini situ di Facebook kawan-kawan meriah dengan ciri terbaru facebook iaitu Avatar. Mrs. A ada terbaca jugak kos untuk Facebook buat menda nih! lebih kurang 400 juta WOW! mahalnyo.

Sajalah nak share kat my blog my stori, FB Avatar Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh!


FB Avatar Mrs.A
Hoi! tudung mana tudung? muahhahaaaa...

Mula-mula sekali avatar tu gambar muka plain aje next kita createlah ikut suka hati kita. Bila dah puashati ala-ala siap dah sebijik muka sendiri tu. Okay done. Siap sudah Persona Digital kita ha gittewww....

FB Avatar
Wear facemask hokeh!

FB Avatar
Suko... na 

Itu kisah malam tadi FB Avatar yang tidak berhijab. Ntah macam mana hati berbisik. Berdosa tak kalau Avatar Mrs. A tak pakai tudung tu eh! huhuhuuu....

FB Avatar Mrs. A sudah tukar.
FB Avatar
Over! la kau nih! Mrs. A oiii! hahahaa...


FB Avatar
Maafkan saya

FB Avatar sekadar suka-suka sahaja janganlah serious sangat ya. Okay itu sahaja nak share kisah FB Avatar Mrs. A. Readers dah terjebak ke belum?




Dapatkan Khidmat Tukang Cat Rumah Yang Boleh Dipercayai

Dapatkan Khidmat Tukang Cat Rumah Yang Boleh Dipercayai

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Dapatkan Khidmat Tukang Cat Rumah Yang Boleh Dipercayai.


Anda boleh membuat perubahan yang menyegarkan tanpa mengubah susun atur rumah secara drastik dengan projek cat rumah sekiranya anda memutuskan untuk mengubah suai rumah. Proses projek cat rumah boleh menjadi rumit jika tidak dikendalikan dengan betul.

Pertama, anda harus dapat memadankan pelbagai warna dan memastikannya sesuai dengan satu sama lain. Kedua, anda perlu mendapatkan peralatan yang betul seperti berus dan lapisan plastik. Akhirnya, sila memastikan bahawa permukaan yang dicat adalah sekata.

Sekiranya projek mengecat rumah terlalu membebankan anda, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan servis cat rumah yang terdapat di Lembah Klang.

 Dapatkan Khidmat Tukang Cat Rumah Yang Boleh Dipercayai

khidmat-tukang-cat-rumah
Cat Ruang Tamu
Mengapa anda harus mengupah pakar cat rumah?

 - Menjimatkan masa dan wang

Salah satu faedah terbesar untuk mendapatkan perkhidmatan cat di KL adalah anda dapat menjimatkan banyak masa dan wang. Sekiranya anda selalu bekerja lebih masa atau pada hujung minggu, anda mungkin tidak mempunyai masa untuk kerja cat kondo anda.

Lebih-lebih lagi, melainkan jika anda pernah mengecat sebelum ini, anda berkemungkinan akan menghabiskan banyak masa dan wang untuk memilih berus yang paling sesuai. Dengan ini, anda mungkin akan melebihi anggaran dan jangka masa untuk kerja cat.

Walaubagaimanapun, jika anda melibatkan kontraktor cat di Kuala Lumpur, mereka akan menyelesaikan kerja dengan lebih cepat bersama kos yang lebih murah.

- Membantu anda menyediakan permukaan sebelum mengecat

Sebelum mula menggunakan lapisan cat baru di dinding, anda perlu mengikis cat lama, mengisi celah-celah, dan membersihkan dinding. Jika tidak melakukan semua kerja ini, cat baru tidak akan dapat bertahan di dinding dengan lama kerana ia akan mengelupas setelah beberapa tahun.

Ini boleh menjadi tugas yang sangat memenatkan terutamanya jika anda tidak pernah mengecat dalaman atau luaran sebelum ini.

Sebaliknya, kontraktor cat profesional mempunyai kepakaran untuk menolong anda melakukan semua ini sebelum kerja pengecatan bermula. Ini bukan sahaja dapat menjadikan lapisan cat tahan dengan lebih lama, tetapi ia juga menjimatkan lebih banyak masa dan wang.

- Kerja yang berkualiti

Kelebihan lain bagi mendapatkan pengecat profesional adalah anda tidak perlu risau tentang tompok cat, bintik-bintik, atau garis yang tidak bersih.

Sekiranya anda mempunyai tangan yang stabil, kerja mengecat rumah mungkin tidak begitu sukar dijalankan. Tetapi jika anda tidak pandai mengecat, adalah lebih baik untuk menyerahkan kerja ini kepada profesional.

Di samping itu, pakar cat mempunyai pengalaman mengecat selama bertahun-tahun di bawah pengalaman mereka. Oleh itu, mereka mempunyai kemahiran semasa mengecat di tempat paling sukar seperti dinding dan sudut atas.

Dapatkan Khidmat Tukang Cat Rumah Yang Boleh Dipercayai

khidmat-tukang-cat-rumah
Cat Bilik Tidur Utama

- Mereka mahir dengan kombinasi warna yang sesuai

Salah satu sebab terbesar anda menginginkan lapisan cat baru adalah untuk memberi penampilan baru ke rumah. Walaupun pemilihan warna baru boleh menjadi perkara yang seronok, ia juga boleh menjadi perkara yang membebankan.

Dengan pengecat profesional, ini tidak akan menjadi masalah. Mereka mengetahui semua warna yang ada di pasaran, dan dapat menasihati anda tentang warna yang akan diperoleh berdasarkan pilihan dan bahagian dalam rumah seperti cat siling kapur.

Anda boleh mempertimbangkan Pakar Cat Pro, salah satu tukang cat rumah terbaik di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam. 

Prinsip utama perkhidmatan Pakar Cat Pro adalah:


- Harga yang berpatutan: Dengan pakej cat yang berpatutan, anda boleh yakin bahawa anda akan mendapat hasil kerja cat yang baik.
- Boleh dipercayai: Pasukan mereka mempunyai pengalaman di industri ini selama bertahun-tahun, yang mengkhususkan diri dalam kerja pengecatan kediaman seperti cat bilik. Setiap pasukan yang dihantar ke sesebuah rumah mesti ditemani oleh seseorang yang bertanggungjawab untuk mengawasi keseluruhan kerja, dan memastikan bahawa kerja yang dilakukan adalah setara.
- Tanpa kos tersembunyi: Satu lagi perkara baik adalah mereka bersikap jujur dengan sebut harga mereka.

Hubungi Pakar Cat Pro bagi sebut harga PERCUMA untuk projek cat rumah anda hari ini!



Mrs. A join 9.9 Giveaway by Abam Kie

Mrs. A join 9.9 Giveaway by Abam Kie

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A join 9.9 Giveaway by Abam Kie. Tengok banner yang Abam Kie buat tu terus tertarik Mrs. A nak join 9.9 Giveaway by Abam Kie. Ha! jangan ingat Shopee dan Lazada aje suka ingatkan kita angka 9.9 nih! blogger pun boleh juga ngeh! ngeh! ngeh!

Mrs. A join 9.9 Giveaway by Abam Kie.

9.9 giveaway
Mrs. A join 9.9 Giveaway by Abam Kie

Readers/ blogger yang berminat nak join boleh ke blog penganjur untuk mengetahui syarat-syarat yang lebih details.

Mrs. A join 9.9 Giveaway by Abam Kie sebagai tanda support kepada rakan blogger. Semoga penganjur blog akan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah selalu dan semoga Mrs. A dikurniakan rezeki menjadi salah seorang daripada mereka yang bertuah. InShaAllah.



Awanikenet Beranak Lagi

Awanikenet Beranak Lagi

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Awanikenet Beranak Lagi. Awanikenet adalah nama salah seekor ibu kucing Mrs. A. Masa dia kecik-kecik dulu we all ingatkan dia jantan. Mr. A yang mula-mula gelarkan Awangkenet tapi setelah umur dia tiga ke empat bulan baharu we all sedar yang si Awangkenet tu betina kekdahnya Mrs. A tukarkan nama Awang tu jadi Awani dan kekalkan kenet so jadilah namanya Awanikenet.

Awanikenet Beranak Lagi.
Awanikenet the cat
Hi! titerla Awanikenet
Awanikenet beranak lagi iyolah hai! si Awanikenet ni produktif sungguh tak sempat Mrs. A nak spaying (kasi) lagi dia dah pregnant semula. Ini batch kedua di rumah yang Mrs. A baru je pindah baru tak barulah lebih kurang hujung bulan Disember 2019. Awal-awal dulu dah plan dah bila pindah nanti cukup-cukuplah kekucing yang ada tak nak lagi dah yang baharu kekdahnya memang nak spaying mana yang belum spaying tu salah seekornya si Awanikenet ni. Time pindah tu pun dia baru je lepas beranak tu yang tak spaying lagi cause anak-anak dia masih menyusu. Iaitu Adek dan Damak. Kemudian terjadi pulak trajedi menyayat hati si Damak kena langgar kaki terpaksa dipotong (amputation) dan akhirnya mati dua hari selepas discharged.(sedih nak citer masih pending kat draft) Anak dia Adek pulak tiba-tiba hilang tak dapat dikesan. Sadis sungguh hidup si Awanikenet di awal perpindahan dahulu.

Bila Mrs. A dah berkira-kira nak spaying Awanikenet tu tengok perut dia macam dah bunting la pulak so kekdahnya biarkan ajelah lalu lahirlah dua ekor anak dia.Mula-mula ingatkan anak dia seekor je tapi sehari kemudian lahir seekor lagi. Mrs. A bagi dia nama dulu-dulu tapi Mr. A suruh tukar kepada Upin dan Ipin sebab dia macam kembar je.

Awanikenet Beranak Lagi.
Upin dan Ipin the kitten
2 days old. 13 April lahir sekor kemudian 14 April lahir lagi seekor bulu semua sama
 beza sikit aje Upin kat tengah kepala dia tu ada setepek color oren.
Awanikenet-upin-ipin
Age one month old Awanikenet pindahkan Upin dan Ipin dalam bilik Mrs. A. Sabar yolah
Kemudian setelah dua bulan berlalu Mrs. A pun mewar-warkan kepada seluruh isi rumah selepas ini bila Upin dan Ipin dah bercerai susu ibu nak bawa Awanikenet pergi vet spaying. Aaaiyah! Upin dan Ipin ni dah besar pun menyusu lagi bilalah nak bercerai susu nih! sampailah Aryssa cakap ibu... rasanya Awanikenet dah pregnant lagi la... What! I don't think so Upin dan Ipin tu menyusu lagi la jawab Mrs. A. Unfortunately huwaaa...waa....waaa.... betul apa yang Aryssa cakap. Hurmmm... macam ini punya kes pun ada. Bertabahlah Mrs. A hoi!!!

Awanikenet Beranak Lagi.
Awanikenet-tiga-ekor
Petang 18 Ogos 2020 tiga ekor. Muka penat lepas beranak ha.
Akhirnya Awanikenet pilih tempat dalam almari di bilik ibu. 
Batch kedua ni sewaktu Awanikenet sarat pregnant tu dia jarang-jarang lekat kat rumah. Mrs.A rasa dia nak cari port lain untuk melahirkan. Berdasarkan pengalaman di rumah lama taman sebelum ni dua tiga kali jugaklah bila nak beranak Awanikenet akan pergi cari port baru. Pernah jugak dia tak balik sebulan dua namun akhirnya dia kembali juga ke pangkuan we all.

Meleset tekaan Mrs. A kali ini. Pilihan terakhir Awanikenet adalah dalam bilik Mrs. A time tu Mrs. A pergi kerja balik-balik je Adik cakap "ibu... babah kata Awanikenet dah terberanak kat dalam almari dressing room ibu". "La kenapa biarkan? Kan ibu dah pesan tutup pintu bilik ibu"."Ntah! babah!" jawab si Adik. Haish! sabar yolah selalu tewas dengan makhluk Allah bernama kucing. Agaknya dah puas dia recce port baru tiada yang selamat. Kekdahnya dari pemerhatian Mrs. A rumah-rumah kat area taman ni  masing-masing ada membela pet kalau tak kucing, anjing. Itu yang Awanikenet kembali ke pangkal jalan kot muahahaaaaa....

Awanikenet-4-ekor
Ku sangkakan tiga rupanya empat. Esoknya tu 19 Ogos 2020 tambah lagi sekor.
Semasa berpindah Mrs. A bawa kesemua kucing-kucing Mrs. A iaitu Kokothemamacat, Marble, Bobo, Awanikenet dan dua anaknya Damak dan Adek, Kuning, Tiga dan Oren. Mrs. A tak bawa pindah semuanya sekali serentak. Mrs. A bawa berperingkat mana yang senang nak handle Mrs. A bawa dulu iaitu mula-mula Kokothemamacat, sehari kemudian Awanikenet, Damak dan Adek dua tiga hari kemudian Bobo dan Marble. Selepas itu Kuning, Tiga dan Oren cause tiga ekor ni memang susah sikit nak handle penakut sangat dengan orang yang tak biasa dan environment baru. Mula-mula pindah memang Mrs. A kurung expecially yang tiga ekor tu kurung dalam 2 tiga hari kalau lepas pun sekejap-sekejap nak bagi dia ekor bau-bau environment baru. Bawak masuk dalam rumah mengelitai dia ekor nak keluar kekdahnya Mrs. A biarkan aje dengan harapan depa dah dapat bau-bauan rumah baru tu so kalau dia ekor pergi pun nanti akan jumpalah jalan pulang. Unfortunately Tiga, Oren dan Kuning pergi tapi sampai sekarang tak pulang-pulang lagi. Mula-mula hilang dulu cari jugaklah tapi tak jumpa pun. Takpelah redha pasti ada hikmah disebaliknya.

Nampak gayanya sekarang ni dah ada 4 ekor lagi.Sabar yolah. Memang nak kena disiplin tinggi betul-betul ni nak pergi spaying si Awanikenet 6 atau 8 minggu selepas ini. Banyak-banyak sangat kucing pun tak sesuai kot nanti takut tak mampu nak menjaga mereka dengan baik dan demi kemaslahatan jiran tetangga. Okay itu aje nak share kisah Awanikenet beranak lagi. Mrs. A plan nak rehome 4 ekor tu. Tak tahulah menjadi ke tak sebab the A's yang lain semua membantah. #adoptdontshop #janganbuangkucing.


#FaceOnMalaysia

#FaceOnMalaysia

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

#FaceOnMalaysia. Saja suka-suka Mrs. A nak join #faceonmalaysia oleh @dexandra_hq di Instagram. Al-kisahnya Mrs. A dah terlanjur membeli dexandra Merdeka Collection dari officemate. Mulanya nak beli perfume je lagipun perfume Mrs. A dah habis. Tapi bila officemate kata ada promotion Merdeka Collection haish! terus tewas di situ muahahhaaaaaa... Bila dapat semalam tengok belakang box tu ada tulis it's time to show your stuffs! Three simple steps: Snap - write - post.

Dah post pun di @mrsablogstori. #FaceOnMalaysia

#FaceOnMalaysia


#FaceOnMalaysia

Lepas tu kena tulis caption "Hero Merdeka saya ialah...." Ngeh! ngeh! ngeh! gigih jugaklah Mrs.A tulis caption panjang-panjang Hero Merdeka saya ialah 'Barisan Hadapan' #frontliners kerana mereka telah banyak berkorban masa, tenaga dan penuh berdedikasi dalam perjuangan menentang virus Covid19 sesungguhnya anda telah menjadi sebahagian sejarah sebagai hero dan heroin rakyat Malaysia".
#faceonmalaysia

Unfortunately huwaaa...waaa...waaa.... caption panjang lebar tu tak appear pun. Akaun IG yang Mrs. A Tag pun tak captured. Kekdahnya IG Mrs. A yang ada masalah likes dan comment tu masih belum solve lagi walaupun dah 5 hari berlalu. Masalahnya Mrs. A yang tak boleh nak likes dan comment IG atau video kawan-kawan tapi kawan-kawan boleh jer... likes and comment IG Mrs. A. dah cuba uninstalled kemudian install semula tapi masih ada lagi problem yang sama. Bila Mrs. A like ataupun nak comment akan keluar carutan seperti dibawah:-

Dah banyak kali la bagitahu rupanya bila google kena buat boxxh dalam 24h
Tapi tadi dah try report bug kat HELP IG. Haish! serabutlah nak memikirkan biar ajelah counting lagi 24 hours. Kalau readers pernah ada problem cenggitu mohon tunjuk ajar Mrs. A ya acaner nak buat? Nampak gayanya takde chancelah nak menang #faceonmalaysia eh! tiberrrr....






Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee

Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee. Setelah puas survey di beberapa tempat akhirnya Mrs. A berjaya  membeli headloop face mask untuk wanita bertudung a.k.a untuk Hijabista di Shopee. Heheheee... shopee kan aje senang dan mudah gittewww.... Eh! macam iklan la pulak! muahahaaaa.. Untuk makluman ini bukan post berbayar pun sajalah Mrs. A nak share mana tahu ada readers bertudung di luar sana yang tengah survey-survey jugak macam Mrs. A sebelum ni so bolehlah dapat idea sedikit sebanyak.

Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee.
Headloop face mask
Cenggini la rupa belakang (back) headloop face mask untuk wanita bertudung yang Mrs. A beli di Shopee tu
Headloop face mask untuk wanita bertudung yang Mrs. A beli di Shopee ini jenis 3 ply disposable dan 95% Bacterial Filtration Efficiency (BFE). Semalam dah guna so far so good. Tali face mask tu oklah kuat alhamdulillah tak mudah putus. Selesa pakai setakat jalan kaki dari office (DS2 Mall) ke Aeon S2 ditengah panas mentari masih selesa lagi. Takdelah timbul gatal-gatal atau rashes. Kalau nak cakap pasal kualiti Mrs. A pun takdelah pakar sangat tapi kenalah ambil tahu juga tak maulah jadi Aiman tak kisah dan Tipah tertipu giittewww.....

Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee.
Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee
Front face mask tu cengginilah colornya.
Sebelum ni Mrs. A tak beria pun membeli face mask atau pelitup muka ini cause office ada supply untuk staff. Tapi semenjak office cut cost membelikan reusable face cover a.k.a basuh dan guna semula so nak tak nak kenalah membeli untuk anak-anak. Pada bulan May yang lalu Mrs. A beli face mask di farmasi yang jenis bertali kalau tak silap satu kotak 50 hengget. Bukan Mrs. A yang beli pun Mr. A yang tolong belikan time tu memang kena beli cause dah back to work dan wajib pakai face mask. Di awal back to work dulu office memang supply face mask ni untuk semua staff tapi jenis yang ear loop. Tapi Mrs. A tetap terimalah dah office supply walaupun Mrs. A tak guna tapi boleh je bagi anak-anak yang guna jimat dah di situ. Tetapi bermula bulan Ogos 2020 office dah supply pelitup muka jenis macam gambar kat bawah ni.

washable 25-30 times
Bermula Ogos 2020 office supply yang cenggini
Adoiiilaa.... sejujurnya Mrs. A tak suka jenis ni bila pakai rasa pelik, bila tengok ketawa sendiri sebab imagine macam pakai spender kat muka muahhaaaaaa.... kekdahnya yang ni Mrs. A tetap jugaklah terima pemberian dari company yang disayangi #sayanglahsangat  tapi bagi Mr. A yang pakai ngeh! ngeh! ngeh! Sorry for my imaginasi melampau ya buat mereka yang suka pakai jenis washable nih!

Okaylah back to kisah beli headloop face mask untuk wanita bertudung di Shopee. Jadinya setelah dua bulan lebih berjaya tidak membeli face mask. Akhirnya pada 26 Ogos 2020 Mrs. A terpaksa jugaklah membeli so Mrs. A shopee kan aje beli untuk anak-anak jenis yang ear loop dan untuk Mrs. A jenis yang headloop tapi Mrs. A tak beli dari seller yang sama, Mrs. A beli dari seller yang berlainan.

Untuk seller yang jenis ear loop tu memang terbaiklah servisnya beli 26 Ogos esoknya tu 27 Ogos dah dapat. Alhamdulillah bersyukur sangat cause memang kalau tak sampai pada 27 haribulan tu 28 haribulan tu 3 ply face mask kat rumah memang dah out of stok ada kemungkinan Adik ke sekolah tak pakai face masklah jawabnya. Aryssa ok lagi no hal pakai jenis washable tu.

As for Mrs. A pulak headloop face mask yang Mrs. A order tu delivered semalam iaitu pada 1 September 2020. Kalau tak sampai semalam Mrs. A punya face mask jenis bertali pun dah out of stok jugak. Tapi mujurlah dah sampai so selamat tak perlulah nak pakai jenis ear loop tu lecehlah nak kena ada extender bagai. Mrs.A sebelum ni pernah juga cuba pakai extender tu tapi memang tak masuk jiwalah itu yang Mrs. A lebih prefer jenis bertali. Tapi yang jenis headloop ini adalah lebih mudah dari yang bertali.

Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee.
Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee
Cenggini rupa belakangnya (back) bila pakai.
Sekarang ini face mask dah jadi satu keperluan mujurlah harga pun dah mampu beli takdelah macam awal-awal PKP dulu harga Yahudi sungguh. Lagipun sekarang ini dah banyak pilihan hendak beli di mana-mana. Tetapi InShaAllah selepas ini Mrs. A akan beli lagi di seller yang sama semestinyalah di Shopee. Testimoni Mrs. A bagi 5 bintang.

Memandangkan PKPP sehingga Disember 2020 kekdahnya memang setiap bulanlah kena beli tak mau beli sekali banyak nanti bila banyak anak-anak tak reti nak berjimat cermat memang mentaliti manusia begitu kot bila nampak banyak je mulalah tak sedar diri guna. Sama jugaklah macam lauk di rumah kenduri kahwin bila nampak banyak lagiiii... kita pun ambil tak hengat eh! tiberrrr.... #peringatanuntukdirisendiri. Okay itu je nak share Beli Headloop Face Mask Untuk Wanita Bertudung Di Shopee.







Welcome September

Welcome September

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Welcome September. Pejam celik pejam celik dah 1 September di tahun 2020 sekejap aje masa berlalu. Semoga di bulan September ini Mrs. A akan lebih rajin memblog dan semoga beautiful quotes di bawah ini akan terkena tempiasnya kepada seorang Mrs. A

Welcome September.

Welcome September
Welcome September
Welcome September. Minta yang baik-baik, doa yang baik-baik. InShaAllah akan datang yang baik-baik juga.







MRS.A my blog my stori ©