Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last

8 Mac 2020

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last. Selepas subuh pagi second day the boys semua tidur balik. Mrs. A dengan Aryssa pergi morning walk kat sekitar hotel sementara menunggu the boys bangun nak pergi breakfast. Jom layan cerita bergambar.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90
Morning walk sekitar Hotel Mutiara Johor Bahru
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90
Gigih ha nak bagi nampak signboard Mutiara
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90
Ha jumpa pun swimming pool yang dicari-cari lepas breakfast terus nak swimming katanya
Dah puas jalan-jalan we both pun naik bilik kejutkan the boys nak pergi breakfast ialah lambat sangat nanti coffee house closed pulak for breakfast kan....

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90
Drink station pilih je mana nak
Selepas breakfast apa lagi seperti yang depa dah plan pergi swimminglah. Mrs.A pun layankan ajelah. Mrs.A tak mandi pun tengokkan depa je al-maklumlah pool ni dalam.

Poolnya biasa-biasa aje tapi dalam jugaklah
Lama jugak depa mandi-manda tu samapi nak dekat lunch hour gittew. Kemudian naik bilik terus lunch kat bilik je cause babah dah tapau siap-siap pastu tidur sampailah ke waktu nak berangkat ke Stadium Pasir Gudang untuk ke perlawanan persahabatan bola sepak ex-Msia U16 '88/'90 dengan team veteran ex-Johor.

Selepas maghrib semua players and family diminta berkumpul di lobi hotel. Sebelum gerak tu haruslah snap-snap dulu sebagai kenang-kenangan di masa hadapan ha gittewww...

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last.
Mrs. A dengan Aryssa je ada jersi nih! Along dengan Adik takde huhuhuuu...
Yang diambil gambar sama ramai dengan yang tukang snap hiks!
Kamilah team Ex-Malaysia (u16 '88/'90)
Free style!!! 
Dari hotel Mutiara Johor Bahru ke Stadium Pasir Gudang tu we all disediakan bas uols! Memang meriah sungguh dapat naik bas ramai-ramai ngeh! ngeh! ngeh!

Naik...naik..naik... hahhaaa...
Muka-muka tak sabar nak naik bas ngeh! nghe! ngeh!
Family duduk belah depan, players duduk belakang. Kecoh betul dalam bas macam bebudak sekolah fiil memasing
 Dekat -dekat nak pukul 9.00 malam cenggitu we all pun samapi kat Stadium Pasir Gudang. Team veteran ex-Johor sedang warming-up time tu.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last.
Gambar blurr snap dari jauh jer...
Sementara they all warming up tu. We all pun ambil kesempatan bergambar di Stadium Pasir Gudang ialah bukan selalu datang eh! ini pertama kali kot Mrs. A menjejakkan kaki di Stadium pasir Gudang ni.
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90
Ha! nampak tak tu 'Stadium Pasir Gudang'
Seat untuk players away
Aryssa pun nak jugakkkk...
Anak dan bapak
Lebih kurang dalam pukul 9.15 malam barulah games dimulakan. Alhamdulillah cuaca malam tu sangat baik. Games friendly team Mr. A nih! sepeti biasalah drag sampai ke 3rd quater barulah puas katanya. Siapa yang menang??? Hurmm... cer readers teka? Teka dulu nanti Mrs. A bagi tahu ya...

Selepas dah habis games tu ada pulak sesi makan-makan family dan players semua. Selepas dah makan-makan tu barulah gerak balik semula ke hotel. On the way  nak balik hotel tu ada pulak permintaan singgah sebentar di Stadium JDT yang baharu sahaja dirasmikan tu. Time sampai kat stadium tu Mrs. A dan kids tak turun pun masing-masing ketiduran ialah time tu dah jauh malam pun lagipun we all dah bergambar 1st day lagiks! Lebih kurang pukul 1.00 pagi cenggitu alhamdulillah bas sampai ke hotel dengan selamat. 

Day 3 and last pagi-pagi tu lepas solat subuh tidur semula. Kelewatan sungguh nak turun breakfast tapi mujurlah masih sempat cumanya punyalah asyik sangat breakfast sampai staff coffee house reminder 15 minit lagi tamat waktu breakfast muahahaaaa....

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last.
Day 3 a.k.a last day di Hotel Mutiara Johor Bahru
Wefie terakhir di coffee house Mutiara hotel Johor Bahru semoga ketemu lagi next time. InSyaAllah
After breakfast tu Mrs. A terus aje naik bilik untuk packing barang-barang, Kids pulak sempat pergi swimming sekejap. Mr. A pulak pergi membawang dengan kawan-kawan dia. Lebih kurang pukul 12.30 tengahari macam tu we all pun check-out dah. Walaupun plannya nak ke taman tema Hello Kitty dan yang berdekatan dengan taman tema tu tapi cancel la pulok. Angin je kids huhuhuuu... Cancel sebab cuaca hujan lagipun babah ea lotih koba ea.

Sementara tunggu babah amik kereta
Sepanjang perjalanan balik tu hujan jer... pastu dah 1 jam perjalanan tukar driver cause Mr. A mengantuk la pulak. So Mrs. A pun drive sampai ke R&R mana ntah tak ingat tapi dah lepas Restoren Jejantas Air Keroh dah untuk melepaskan hajat masing-masing dan tukar driver semula. Syukur Mr. A dah segar semula so lebih kurang pukul 7.00 malam alhamdulillah we all pun selamat sampai rumah. Sebelum tu sempat singgah makan dulu kat Pedas. Ntah macam mana Mr. A pilih  exit tol Alor Gajah pun Mrs. A confused.

Tahu tak apa yang pertama Mrs. A cari dan kira dulu ngeh! ngeh! ngeh! semestinyalah kucing-kucing Mrs. A. Alhamdulillah cukup bilangan semua. Terima kasih jiran sebelah to be exact abang Gaza cause sudi tolong tengok-tengokkan dan bagi kucing-kucing Mrs. A makan sewaktu Mrs. A sekeluarga holiday. Tapi dah pindah ni tak tahulah macam mana nanti. Okay nak tahu tak jawapan kepada siapa yang menang tu jeng..jeng..jeng pemenangnya adalah veteran ex-Johor heheheee... Okay tamat kisah yang panjang lebar nih! sekian.



6 ulasan:

  1. Waalaikumussalam. Best ukhwah yg terjalin melalui sukan 😍

    BalasPadam
  2. Baru nak teka di ruangan komen. Berjalan sambil ada perlawanan. Seronok ye duduk hotel.

    BalasPadam
  3. Wah, seronoknya esp part naik bas ramai-ramai as a visiting team. Mesti havoc dalam has tu kan...

    BalasPadam
  4. wahh dtg pasir gudang mesti limpas rumah hinggap wak kat masai tuuu., hehehe

    BalasPadam
  5. Jumpa dengan kawan² lama.. memang riuh renda la jadinya... bestnya kan.. cantik pulak jersey tu... 😍

    BalasPadam
  6. uiii terlajak hebat / riuh ni... dah mcm atlet kebangsaan nk bertanding game besar ;-)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©