Oktober 2019 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Oktober 2019
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ex-STAD FC dengan ex-Malaysia U16 ('88/'90)

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ex-STAD FC dengan ex-Malaysia U16 ('88/'90)

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ex-STAD FC dengan ex-Malaysia U16 ('88/'90). Inilah perlawanan persahabatan yang Mrs. A mention [SINI] tu. Perlawanan persahabatan tersebut telah diadakan di Padang Sintetik Rhino, Rahang (Rahang Square). Kali ni Mr. A tak join team ex-STAD dia bersama team ex-Malaysia U16 ('88/'90) yang pernah dianggotainya suatu masa dahulu. Player team ex-Malaysia ni terdiri daripada negeri-negeri lain dari seluruh Malaysia ada yang dari Kedah, Pulau Pinang, JDT, Selangor dan jugak K.L. Salute Mrs. A dengan depa nih! sanggup tu datang dari jauh-jauh reunion katanya. Hurm... samalah jugak dengan Mr. A tu bulan Julai tahun ni gigih pi Alor Staq [SINI] friendly match dengan otai-otai Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Lepas ni tak tahu negeri mana pulak team ex-Malaysia U16 ('88/'90) ni nak pergi.

Sehari sebelum tu Mr. A memang sedikit busy menguruskan kawan-kawan dia yang datang dari jauh ni mereka check-in di Klana Resort, Seremban. most of them bersama family ialah sambil main bola sambil bercuti ha gitteww... Walaupun cuaca hujan sepanjang hari pada 26102019 namun alhamdulillah di sebelah malam tu hanya renyai-renyai dan tak lama kemudian hujan berhenti terus seakan memahami semangat depa yang berkobar-kobar tu.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ex-STAD FC dengan ex-Malaysia U16 ('88/'90)
Perlawanan-persahabatan-bolasepak
Malam tu team ex-Malaysia berjersi hijau putih. Coach mereka pun turut hadir sama iaitu YBhg Dato' Hj Ahmad Shafie (pakai cap) all the way from Alor Setar, Kedah
Team ex-STAD FC berjersi merah putih turut hadir sama cikgu/ coach Sallehuddin (all the way from JDT)
dan jugak cikgu Dino
Games dijangka mula pukul 8.00 malam tapi bermula agak lewat 20 minit al-maklumlah drizzling time tu. Apa-apa pun tetap happening walaupun drizzling ramai aje family members yang turut hadir terutamanya suku-sakat Mr. A

Adik, Along and the suku-sakat.
Pada malam tu kehadiran player ex-STAD sangat ramai agak luar biasa dari sebelum-sebelum ni mungkin time tu cuti, so ramai yang balik Seremban agaknya. Ada jugak yang Mrs. A langsung tak kenal cos mereka dari batch yang sangat junior batch 2001. Kalau setakat batch 90 an tu ramailah yang Mrs. A kenal. Antara muka famous yang hadir adalah Hamsani Ahmad a.k.a Botet, Effendi Malik, Khairun Haled Masrom, Zafran Razak abang si kembar pun ada jugak.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ex-STAD FC dengan ex-Malaysia U16 ('88/'90)


Otai-otai Ex-STAD FC tengah duduk cikgu/coach Sallehudin a.k.a Pak Din
Walaupun Mrs. A kena bahan durhaka dengan ex-STAD katanya cos pakai jersi ex-Malaysia tapi tetap gak pi kubu depa
Sebagaimana perlawanan-perlawanan persahabatan yang disertai oleh Mr. A sebelum ini masa bermain selalunya akan sampai 3rd quarter baru puas main katanya. Begitu jugalah kejadiannya pada malam itu. Mereka bermain sebanyak tiga kali games ialah ramai ex-STAD yang hadir so semua kena bagi main baharulah seronok dan adil. Tapi kesian pulak dengan team ex-Malaysia mereka tak ramai so ada yang kena bermain ketiga-tiga games ha! amik kau sabar yolah ngeh! ngeh! ngeh!

Game on
Separuh masa pertama kedudukan adalah 1 - 0 iaitu ex-STAD FC 1 dan ex-Malaysia 0. Adoiii! sakan Mr. A kena bahan muahhhaaaa... ha tulah padan muko sapo suh main ex-malaysia kata kengkawan STAD. ermmm... sabar yolah. Tapi di separuh masa kedua kedudukan jadi draw satu sama. Main lagi satu games dah nak last-last tu ex-Stad FC dapat penalti. Walaupun ex-Malaysia ada bantahan hahahaa... kelakar time ni macam main liga Malaysia pulak depa punya semangat tuh! Namun bantahan ditolak dan penalti ex-STAD FC tu diambil oleh Pak Din (cikgu/coach) dan golll..... so jadilah kedudukan mata 2-1. Walaupun ex-Malaysia cuba membalas dalam masa 10 minit lagi tu hampa depa kalah 1 mata dan lagilah teroks! Mr. A kena bahan termasuklah Mrs. A jugak huhuhuuu.... sabar yolah.

Jom layanz gambar lagi...

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ex-STAD FC dengan ex-Malaysia U16 ('88/'90)


M.i.l bersama anak-anak angkat dia zaman sekolah mereka sekolah STAD dulu kengkawan Mr. A
Thanks for coming
N the biras
Ada tukar-tukar plaque dan semua dapat medal jugak. ooppsss! ada photo bom jugak ngeh! ngeh! ngeh!
Dinner di Restoren Nelayan depan padang tu. Kekdahnya malam tu penuh dengan ex-STAD dan jugak ex-Malaysia sambil nonton games Pahang vs Kedah
Sebelum pulang haruslah bergambar yang ni batch Mrs. A sorang dua je bukan
Finally haruslah ada gambar Mr. and Mrs. A gitteww...
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ex-STAD FC dengan ex-Malaysia U16 ('88/'90). Apa-apa pun moments malam tu sangat manis untuk dikenang. Semoga ukhwah yang terjalin akan berterusan sampai ke Jannah.




Dari Pagi Sampai Ke Malam

Dari Pagi Sampai Ke Malam

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Dari Pagi Sampai Ke Malam. Actually tak tahu nak bagi tajuk entry ni apa ngeh! ngeh! ngeh! satu yang pasti perjalanan konvoi ni memang dari pagi sampai ke malam. Bukanlah pergi pagi malam baru sampai tapi kira balik hari gittewww... Konvoi ni tujuannya nak pergi ke majlis perkahwinan cousin Mr. A yang nun jauh di Kuala Krau, Temerloh. Cousin Mr. A ni pengantin lelaki iaitu anak kepada Ucu adik m.i.l. Adik-adik m.i.l dan suku-sakat mereka ramai jer yang duduk dekat-dekat sekitar Temerloh tapi kampung yang berlainan. 

Konvoi ke Temerloh pada Sabtu lepas ni hanya disertai oleh tiga buah kereta sahaja iaitu s.i.l family dengan m.i.l, Along/Kaklong dan the A's family. Alang family tak join, Ateh family pulak hanya diwakili oleh anaknya Haziq seorang sahaja. So sedikit kurang havoc di situ.

Kalau ikut itinerary dalam grup WA yang s.i.l post tayar golek pukul 7.30 pagi pastu stop breakfast di D'Sawah, Kuala Pilah. Tengok itinerary nak breakfast di D'Sawah tu excited Mrs. A ha! ialah dah banyak kali tengok dalam IG orang jer... views sawah yang cantik, menu breakfast pun best-best tapi none hado arrr.... sepanjang jalan sebelum dan selepas D'Sawah tu dah penuh dengan keta haish! tak tahulah mana datangnya mereka semua tu sudahnya we all breakfast di Warisan jer... kalau dari arah Seremban ke K.P Warisan ni depan lagi dari D'Sawah.

Dari Pagi Sampai Ke Malam.
M.i.l bersama cecucunya
Sempat Adik posing seketul sebelum breakfast 
Dah settle breakfast we all pun meneruskan perjalalanan time nih! family s.i.l dan Mrs. A je Along/Kaklong bertolak lambat sikit cos ada kerja perlu settle terlebih dahulu katanya. Cuaca sewaktu pergi baik tak hujan. Plan nak kena sampai di rumah Ucu dalam pukul 12.00 tengahari kalau lambat tak singgah rumah Ucu pun kata m.i.l terus je join rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan rumah pengantin tu tak jauh pun dekat-dekat jer... dalam 10 minit perjalanan naik kereta.

Bila dah sampai Bera lebih kurang pukul 10.30 pagi macam tu kereta s.i.l stop kat tepi sungai Bera tu ingatkan ada apa hal bila turun biras Mrs. A kata pi la selfie lu kita tunggu Along/ Kaklong kat sini muahahhaaa... ingatkan apalah tadi.

Dari Pagi Sampai Ke Malam.
tepi-sungai-Bera
We all tunggu di sini Along and Kaklong
the-cousins
the cousins
Dipendekkan cerita finally alhamdulillah selamat sampai dan menyertai rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan cuma cuaca time tu kurang cantik sedikit hujan renyai-renyai.


Dari Pagi Sampai Ke Malam

Dari Pagi Sampai Ke Malam
Along & Kaklong
Dari Pagi Sampai Ke Malam
S.i.l
Dari Pagi Sampai Ke Malam
Turn suku-sakat pengantin lelaki bergambar bersama.
Pelamin kat dalam rumah agak susah nak dapat gambar yang clear cos gelap kurang cahaya
Dah settle makan-makan dan sembang-sembang di rumah pengantin perempuan tu. We all pun pergi pulak ke rumah Makteh iaitu adik m.i.l yang lagi sorang. M.i.l cakap takyah pergi rumah Ucu lah ialah faham-faham sendiri sudah Ucu masih busy di rumah besan baharunya. Kekdahnya berkonvoi pulaklah ke rumah Makteh yang kira-kira setengah jam perjalanan dari rumah Ucu. Makteh awal-awal lagi tadi dah pulang cos nak menyambut kedatangan we all. Kids memang tak sabar nak ke rumah Makteh ni tak sabar nak mandi jeram sambil kutip-kutip siput. Pertama kali Mrs. A pergi ke rumah Makteh adalah time anak dia Angah kahwin dahulu kisahnya di [SINI] dan [SINI].

Lebih kurang pukul 3.30 petang macam tu we all sampai di rumah Makteh. Makteh sekeluarga memang dah sedia menunggu pun siap nak masak-masak juadah petang bagai. As for Mrs. A, Kaklong, m.i.l dan lain-lain orang dewasa ada yang mandi dan kemudian masing-masing tumpang menunaikan solat zohor yang dah hujung-hujung pun kemudian terus solat asar sekali. Lepas asar s.i.l sekeluarga pergi melayan anak-anak dan anak-anak sedaranya yang dah tak sabar nak mandi jeram yang lain-lain tak ikut pun lepak kat rumahnya.

Dari Pagi Sampai Ke Malam.
Dari Pagi Sampai Ke Malam
Masing-masing tak berbaju
 Dari Pagi Sampai Ke Malam

Dari Pagi Sampai Ke Malam
kutip-kutip siput sedut
Lebih kurang pukul 6.00 petang cenggitu s.i.l dan kids pun pulang dari jeram. Ha! apa lagi laparlah masing-masing makan mee hoon dan jugak cekodok pisang yang Makteh dah sediakan tu. Tak lama tu lebih kurang pukul 6.40 petang we all pun pakat-pakat nak balik Seremban dah. Time nak balik ni konvoi terpisah dua dah Along/Kaklong nak balik ikut jalan Jerantut iaitu jalan yang we all pergi tadi. Tapi Mr. A dan s.i.l/biras nak balik ikut jalan Karak. Mrs. A dan kids follow ajelah mana-mana janji sampai.

Sempat jugaklah Makteh bekalkan orang Seremban ulam-ulaman di petik khas dari kebunnya. Oh! ada juga sebotol tempoyak tapi tak snap pulak.
Tepi kiri daun Sarifut , tengah pucuk Putat dan kanan sekali pucuk cemperai
Aryssa jadi mangsa kena snap gambar pucuk-pucuk tu pastu hantar kat grup kasi cousin dia kenal nama pucuk-pucuk tu. Bukan setakat cosuin dia aje yang tak tahu Mrs. A dan Kaklong pun sama muahhhaaaa... kat atas tu yang Mrs. A tahu pucuk cemperai je putat dan sarifut tu sangatlah rare.

Finally sebelum pulang Makteh minta we all bergambar beramai-ramai.

Dari Pagi Sampai Ke Malam.
Tudung kuning hitam tulah Makteh belakang sebelah Along adalah Pakteh
Okay itu sahaja kisah dari pagi sampai ke malam. Cer teka pukul berapa we all sampai semula ke Seremban? Perjalanan pulang tu cuaca tak berapa nak cantik awal-awal aje tak hujan kemudian Mrs. A dah tertidur bila terjaga most of the time adalah hari hujan. Sorry dear I is tidur tak teman pun you driving muahhaaaaa.... tapi dua tiga kali jugaklah stop kat petrol station nak membuang air kecil.

Jeng...jeng...jeng... we all selamat sampai ke rumah masing-masing lebih kurang pukul 11.15 malam manakala Along dan Kaklong serta Danial dah sampai setengah jam lebih awal. Tak kisahlah ya siapa sampai dulu bukan dapat hadiah pun yang penting selamat sampai. Alhamdulillah.





Lepak Makan Di Container Kebab Seremban, Centrepoint

Lepak Makan Di Container Kebab Seremban, Centrepoint

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Lepak Makan Di Container Kebab Seremban, Centrepoint sementara menunggu spek Aryssa siap. Psssttt... semalam Mrs. A cuti ehh! sajalah nak bagitahu ngeh! ngeh! ngeh!. Actually Mrs. A tak plan pun nak makan di Container Kebab ni tapi tulah ada masa 1/2 jam ke satu jam sementara nak menunggu spek Aryssa tu siap lagipun hujan time tu... so perut pun lapar derr... Bila Mrs. A tanya Adik dengan Aryssa jom kita makan kebab nak? Laju je depa jawab naakkkkk.....

Mrs. A pun belum pernah cuba Container Kebab by Baba Rafi ni lagi Adik dengan Aryssa dah pernah tapau tapi lepak makan belum, tu yang excited nau-nau nak lepak kat cafe ala hipster ha gittewww...
Lepak Makan Di Container Kebab Seremban, Centrepoint
Lepak Makan Di Container Kebab Seremban, Centrepoint 
Ada pelbagai pilihan menu kebab dan ada jugak bukan kebab contoh macam ada menu mee, ada jugak nasi tapi tak banyak pilihanlah kalau tak silap Mrs. A [kalau silap mohon jangan saman ya] haish! lupa pulak nak snap gambar menu. Anyway menu pilihan Adik dan Aryssa ialah Original Kebab  dedua pilih chicken kebab tapi tiga pilihan sos masing-masing bersama air pilihan masing-masing. Mrs. A pulak pilih Signature Kebab (Beef) dan smart kombo ada hot white coffee, fries + chili sauce.

Lepak Makan Di Container Kebab Seremban, Centrepoint.
Lepak Makan Di Container Kebab Seremban, Centrepoint
Pilihan Adik Original Kebab chicken, tiga sauces black pepper, cheese and BBQ, Aryssa pun sama cuma sauces berbeza
Lepak Makan Di Container Kebab Seremban, Centrepoint
Huwaaaa... kebab Mrs. A hitam nyesal lak pilih Signature Kebab ni sebab hitam dahlah nampak macam kertas tapi isi dalam dia sedappp penuh isi dan juicy.
Overall pendapat Mrs. A tentang Container Kebab by Baba Rafi ini adalah sedap dan puashati next time boleh datang lagi. Cuma tulah Mrs. A tak nak dah pilih si kebab hitam ni pilih yang original tu jer... pasti takde tapi-tapi dah muahahahaaaa....

Okaylah cerita tentang Aryssa ni pulak dah banyak kali dia cakap nak buat spek kat Mrs. A tapi tulah Mrs. A buat donno jerk! ialah kalau ikut Mrs. A yang rabun ni lagilah tak suka nak pakai spek kalau setakat power tak berapa nak banyak tu tak perlu kot. Tapi kebetulanlah pulak kat Centrepoint ni ada kedai spek tengah promosi frame + lense mur..mur... je so Mrs. A pun layankanlah

Lepak Makan Di Container Kebab Seremban, Centrepoint
Dah pilih-pilih frame, check mata guna mesin yang kat luar ni dulu. 
Selepas dah check yang kat luar tu barulah check yang kat dalam bilik yang lebih details tu. Bila keluar tu  optometrist tu cakap mata kiri dia 100 dan kanan pulak ada silau sikit. Tapi sebab ini 1st time dia pakai spek so dia suggest power dikurangkan kepada 75 kiri dan kanan pulak 50 + 25 silau. Mrs. A memang dah boleh agak memang biasanya optometrist akan suggest begitu ini berdasarkan pengalaman Mrs. A yang memang rabun dan dah empat lima kali membuat spek.

Tadaaaa...
Lepak Makan Di Container Kebab Seremban, Centrepoint
Beza nau-nau pilihan frame dia dengan Mrs. A tak kisahlah Aryssa janji happy ya
Lepas dah dapat panggilan dari kedai spek tu melaju jer... Aryssa pi collect spek dia. Pastu tak sabar-sabar nak pakai. Iyolah Aryssa benda baru memang cenggitu. Jangan dua tiga bulan nanti spek ntah ke mana tak ingat mana letak ha time tu jangan nak mengadu dengan ibu lagi ya. Tak ibu, Sha janji akan jaga elok-elok katanya. Amvoiii! kemahen!

Okay! itu sahaja nak share kisah Lepak Makan Di Container Kebab Seremban, Centrepoint sementara menunggnu spek Aryssa siap.


Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A

Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A. Pada hari Ahad 13102019 lepas Mrs. A serta family dikurniakan kesempatan untuk memenuhi jemputan kahwin anak cousin Mrs. A iaitu Abang Azhar. Bang Zahar cosuin side arwah abah Mrs. A. Emak dia dan arwah abah Mrs. A adik-beradik.

Walaupun rumah Bang Zahar di Taman Widuri tapi dia buat majlis kahwin anak dia nih di dewan Arena CMC, Jalan Sikamat. Mrs. A dengan Angah Mrs. A pakat-pakat nak pergi sama-sama cos BangNgah tak tahu Dewan CMC tu. So janjinya tunggu di depan Petronas Jalan Jelebu. Angah sekeluarga dari Melaka singgah kampung dulu amik mak then barulah gerak ke Seremban.

Dalam 12.30 tengahari Angah calling-calling katanya dah keluar tol Senawang. Bila dia dah samapai tol Senawang barulah Mrs. A gerak keluar dari rumah dan tunggu ditempat yang dijanjikan. Tak lama pun we all tunggu Angah dalam 5 minit macam tu dah sampai so gerak sesama ke Dewan CMC alahai sekojap jo dah sampai

Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A.
Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A
Adik kalau dengan nenek kemahen... dia nak bergambar
Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A
Eh! jom bergambar dahulu ngeh! ngeh! ngeh!
Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A
Sebelum pulang tuan/puan rumah bergambar bersama mak 
Jemputan Kahwin Anak Cousin Mrs. A
Pengantin lama hiks!
Lama juga we all di majlis ni ialah ambil kesempatan mak berjumpa dengan adik-beradik arwah abah dan juga anak-anak sedaranya yang dah lama tak berjumpa. Mujurlah ini je satu majlis yang we all nak pergi so layanz... ajelah kalau nak lama mana pun tak kisah. Tapi tulah time nak balik tu Mr. A ajak mak dan Angah singgah rumah tapi depa tak dapat la pulak! mak cakap nak balik cepat cos Adik Mrs. A nak balik kampung petang tu. Hurm... takpelah maybe next time.

Bila kat rumah belek-belek gambar baru perasan gambar Along, Aryssa dan kak Ikinya satu pun takde hahahaaa... ialah time tu depa bertiga tu duk kat table lain lagipun dah remaja kononnya tak mau dah bergambar dengan mak/pak.



Santai Petang Sabtu

Santai Petang Sabtu

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Santai Petang Sabtu. Pada hari Sabtu baru-baru ni 12102019 team bola Mr. A iaitu ex-NS (bekas-bekas pemain bolasepak Negeri Sembilan) ada friendly match ("FM") dengan team Kolektor xi. Team Kolektor xi itu pulak salah seorang ahlinya cousin Mrs. A. Team Kolektor xi ini adalah team pengumpul jersi liga Malaysia. Kolektor xi ini adalah pertubuhan berdaftar dan ahli-ahlinya adalah terdiri dari seluruh Malaysia kerana minat yang sama they are united ehh! tiber... Mula asalnya Mrs. A tahu pun dari group WA kerabat Mrs. A cousin tu post invite datang beramai-ramai ke stadium Paroi menyaksikan friendly match team dia dengan team Ex-NS ngeh! ngeh! ngeh! katanya sambil tengok bola sambil merapatkan ukhwah.

Bila Mrs. A dapat tahu terus cakap dengan Mr. A dah awak tu tak payah main la jadi penonton jer... tak pun jadi coach tak rasmi. Orang kalau dah ada sakit 'G' dah tak sesuai kot nak main lagi. Haishhh!!! macamlah Mr. A tu  nak sangat dengar cakap Mrs. A nih! hurmmm... faham-faham sudahlah. Kalau dah minat tu semangat dia lain macam bila kat padang terus sihat dan gian nak main uols! Mrs. A faham tu cos Mrs. A pun sejenis yang sama bila nak bernetball tu hilang semua sakit walaupun time tu lutut ko sebenarnya sedang kondem muahahaaaa....

Hari Sabtu tu awal Mrs. A dah siap masak ialah Mr. A kata dia nak lunch awal sebab games 4.30 petang amvoiii! semangat betul ha. Dalam pukul 12.30 tengahari we all dah lunch. Mr. A tak lama tu dah ketiduran al-maklumlah tiba-tiba hujan turun lebat giler. Sambil dalam hati Mrs. A cakap huish! camne depa nak main bola nih! hujan lebat. Tapi tulah Allah know best dalam 3.30 petang tu cuaca dah clear lagilah best sejuk je tak panas sangat. As usual Mr. A pergi dulu kids and Mrs. A datang kemudian. Panjang dah intro ni jom ler layanz gambar pulek!

Santai Petang Sabtu.


Wife cousin Mrs. A sambil nonton games sambil we all membahan muahhaaaa.....
Cousin 
Bergambar sebelum games mula team Ex-NS (bekas-bekas pemain bola Negeri Sembilan) dengan jersi baharu mereka.
#otaimasihberbisa
Walaupun games diwar-warkan bermula pukul 4.30 petang tapi times Mrs. A sampai di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi lebih kurang pukul 5.00 petang tu tak mula pun lagi. Mrs. A pun tak plan nak datang awal lepas asar barulah gerak ingatkan games dah separuh jalan none hado uols. Petang tu Mrs. A datang dengan Adik je cos Aryssa tak jadi datang dah sentap bergaduh dengan si Adik. Walaupun Aryssa yang beria-ria nak pergi last minutes tak jadi pergi selalu sangat dah jadi hal  macam ni. Mrs. A biarkan aje tak koser nak pujuk. Ehh! iklan der...

Sambung balik kisah santai petang Sabtu, games kali ini sangat organize sebelum bermula tu siap ada intro keluar dari bilik persalinan dulu diiringi dengan bunyi muzik. Drone pun ada fuh! meriah betul excited para penonton. Berdasar pengalaman sebelum ini kalau team Mr. A punya FM masa games depa mesti sampai ke 3 quarter sama jugaklah pada petang tu. Menurut cousin Mrs. A team Kolektor xi ni bukan pandai sangat main bola pun depa tu kaki bangku katanya muahahhaaa... depa tu setakat kumpul jersi je terror. Lorrr... macam ni pun ada, mungkin ada benarnya cos walaupun depa muda-muda tapi tulah tak berjaya juga mengalahkan team otai so kesudahannya ex-NS 4 - Kolektor xi 2.

Dah settle games, rilexs sambil tunggu turn ambil medal. Siap ada medal gitteww...
Bertukar
- tukar plague
Yang berusaha katanya
Finally haruslah bergambar beramai-ramai as penutup
Tamat kisah santai petang Sabtu.Bersempena dengan bulan sukan Negara nih! InSyaAllah next akan ada lagi friendly match tungguuuuu....


Semoga Berjaya Azim Haiqal Calon SPM 2019

Semoga Berjaya Azim Haiqal Calon SPM 2019

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Semoga Berjaya Azim Haiqal Calon SPM 2019. Walaupun SPM telah bermula semalam tetapi Azim Haiqal a.k.a Along today adalah 1st day dia punya paper kemudian break dan akan bermula semula bersama semua calon SPM 2019 yang lain pada 05 November 2019. InSyaAllah.

Sepertimana ibubapa yang lain yang mahukan anak-anak mereka berjaya SPM 2019 ini begitu jugalah harapan Mrs. A dan juga keluarga.

Semoga Berjaya Azim Haiqal Calon SPM 2019
semoga-berjaya
Actually ini gambar Along time nak pergi kem SPM 30 September yang lalu
Semoga anakanda Azim Haiqal Allah alirkan kebijaksanaan ke dalam minda Azim Haiqal agar dia dapat menjawab dengan baik. Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid.

Ya Allah, mudahkan urusan anak-anak SPM 2019 ini pada hari peperiksaan dan hari-hari seterusnya sehingga selesai peperiksaan.

Semoga Along dan kawan-kawan serta semua calon SPM 2019 akan beroleh kejayaan yang cemerlang. Doa yang baik-baik minta yang baik-baik InSyaAllah akan dapat dan datang yang baik-baik sahaja.

Salam Jumaat : 6 Kewajipan Seorang Muslim Terhadap Muslim Lainnya

Salam Jumaat : 6 Kewajipan Seorang Muslim Terhadap Muslim Lainnya

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat : 6 Kewajipan Seorang Muslim Terhadap Muslim Lainnya. Salam Jumaat barokah! dear readers. Sudah agak lama Mrs. A tak share post Salam Jumaat Mrs. A last adalah bulan Mac aritu [SINI]

Pagi ini terasa nak share post ni cos dapat dua jemputan kahwin ni ehh! hiks! iaitu salah satu daripada 6 hak tersebut. Sajalah nak mengingatkan diri sendiri yang jemputan kahwin itu wajip kita hadiri seandainya tiada sebarang aral melintang, yang kategori "malas pergi" tu tak dikira aral ya ooopppsss...

Salam Jumaat : 6 Kewajipan Seorang Muslim Terhadap Muslim Lainnya.

6-kewajipan-seorang-muslim-kepada-muslim-lainnya

Salam Jumaat : 6 Kewajipan Seorang Muslim Terhadap Muslim Lainnya.
Kredit : Sumber
Finale KSR Mini Karnival

Finale KSR Mini Karnival

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Finale KSR Mini Karnival. Akhirnya road to KSR mini karnival berakhir sudah pada 28 September 2019 yang lalu. Phewww! dah nak dekat 2 minggu kejadiannya entry baru nak keluar ha! Adoii...la blogging slump melanda diri ini abih! camno?

Okay takpe sambung kisah finale KSR mini karnival, di pagi hari kejadian tu bukan setakat di Center Court (CC) sahaja ada event KSR di sekitar situ pun ada lain-lain lagi event. Di sebelah CC ada pertandingan Muay Thai, di Pusat Aquatic pun ada jugak dah tu pulak di Stadium Paroi pun sama ada sukan PDRM se-Malaysia. Ha! itu pasallah peserta-peserta KSR telah diingatkan supaya datang awal dikhuatiri parking full. So susah payah pulak mencari tempat nak parking nanti. Syukur alhamdulillah time Mrs. A sampai parking masih ada banyak yang kosong cuma favorite spot Mrs. A memang dah takde ler...  orang lain dah amik huhuhuu...

Di dalam group WA, Team HQ diminta supaya datang seawal jam 7.30 pagi. Al-maklumlah we all games yang pertama vs dengan team Jempol/PD. Waktu games pertama adalah pukul 8.30 pagi, pukul 8.00 pagi dah boleh mula register. Datang awal ni bagus supaya boleh warm-up dan amik mood dulu ha! gittew.

Finale KSR Mini Karnival.

Jom layanz... gambar. Amaran sila jangan #muntahhijau cos gambar agak banyak muahahhaaa....

Finale KSR Mini Karnival
Rilexslah GK baru first game dah serius nau-nau muahahhaaa
Finale KSR Mini Karnival
Hoi! ko tengah games sempat pulak ko suruh photographer snap ya
Finale KSR Mini Karnival
Di awal pagi sebelum games bermula netballers and referee #coach yang dah sampai tu haruslah bergambar reramai kans...
Finale KSR Mini Karnival
Group yang telah diundi untuk games pertama HQ/Jelebu vs Jempol/PD
Finale KSR Mini Karnival
HQ/Jelebu port dikunjungi GS, team Tampin/KP
Finale KSR Mini Karnival
Time ni Mrs. A pulak pi membawang kat port Jempol/PD ehh! takdelah pi jumpa kawan-kawan daerah yang lama dah tak jumpa
Dalam finale KSR Mini Karnival ni setiap team netball haruslah berlawan sebanyak tiga kali games cos group netball ada empat kesemuanya. Contoh team Mrs. A iaitu HQ/Jelebu first games vs Jempol/PD setelah lain-lain team habis games mereka team HQ/Jelebu vs Sban/Rembau dan last sekali Tampin/KP. Sebagaimana dijangka team HQ/Jelebu vs Sban/Rembau memang persaingan sengit. Masing-masing ada netballer yang wakil SBAM first quater tu team Mrs. A ketinggalan satu mata dengan team Sban/Rembau iaitu 7 - 8. Time break tiga minit tu masing-masing bagi semangat antara satu sama lain biasalah kata-kata semangat kita boleh!, kita boleh! tu wajib di pasakkan pada mereka yang jenis hati kecik nih! eeececewah! barulah semangat depa membara semula. 

Alhamdulillah second quarter team HQ/Jelebu berjaya mendapatkan jaringan pertama so mata pun jadi sama. Kemudian team HQ/Jelebu mendahului pula satu mata dihadapan dan selepas itu dibalas semula oleh Sban/Rembau adoiiila time nih! stresss...betul Mrs. A uols! geram amat-amat dengan GS si Fiza ni susah pulak rasa nak jaga dia, time training tu boleh je Mrs. A makan dia ehh! [poyo la ko Mrs. A hoii! muahhhaaaa] Akhirrr...nya setelah berhempas pulas keputusan berpihak seperti di bawah:-

Finale KSR Mini Karnival
Abaikan nota menang 2 mata tu #ralat Menang actually dapat 3 mata.
Ha! faham tak keputusan tu, tak faham tengok je part kedudukan tu so mesti faham ngeh! ngeh! ngeh!

Netball habis dalam waktu yang dijangkakan iaitu pukul 12.00 tengahari gittew. Namun yang sadisnya permainan dart aka damak delay sangat lambat so kekdahnya ramai yang dah pulang dahulu tak sanggup dah nak menunggu iaitu sehingga ke pukul 3.30 petang barulah acara penutup dan penyampaian hadiah dapat dijalankan. Tapi team netball memang sporting ramai je... yang menunggu sehingga karnival tamat.

Finale KSR Mini Karnival
Duduk di barisan team masing-masing sambil tunggu pengumuman pemenang dan ambil hadiah
Finale KSR Mini Karnival
Pengurus pasukan dan seorang pembantu jer... wakil pi amik hadiah ingatkan semua pi amik tapi katanya masa dah delay lama. So time ni Mrs. A wakil amik untuk hadiah netball yeay! kamilah juara
Bila majlis dah bersurai team netball HQ yang tinggal tidak melepaskan peluang bergambar amvoi!!! ayat kemahen!
Finale KSR Mini Karnival
Adoii! macam-macam kecohnya nak bergambar yang tukang snap ni pun suka nau-nau buat candid
Finale KSR Mini Karnival
Ha! buat gaya gigit medal katanya
Finale KSR Mini Karnival
Yang besar tu piala pusingan juara untuk keseluruhan. Tahun ini 2019 juara keseluruhan adalah team HQ
Finale KSR Mini Karnival
Ha! tu dia HQ all stars
Finale KSR Mini Karnival
Mrs. A masuk dua acara iaitu boling dan netball. Alhamdulillah dedua Johan
Finale KSR Mini Karnival
HQ menang hanya 3 mata aje lebih dari Daerah Seremban. Tetiba rasa mujurlah netball menang kalau tak maybe seri ehh!
Okay tamat kisah road to KSR mini karnival dengan posting Finale KSR Mini Karnival ini. Alhamdulillah Mrs. A dan kawan-kawan office yang turut serta dan terbabit dalam KSR Mini Karnival ini berasa sangat gembira walaupun hadiahnya tak seberapa tapi itu bukanlah masalahnya yang penting adalah ukhwah dan silaturrahim sesama rakan sekerja dapat dijalinkan dengan lebih erat.





MRS.A my blog my stori ©