Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Dari Pagi Sampai Ke Malam. Actually tak tahu nak bagi tajuk entry ni apa ngeh! ngeh! ngeh! satu yang pasti perjalanan konvoi ni memang dari pagi sampai ke malam. Bukanlah pergi pagi malam baru sampai tapi kira balik hari gittewww... Konvoi ni tujuannya nak pergi ke majlis perkahwinan cousin Mr. A yang nun jauh di Kuala Krau, Temerloh. Cousin Mr. A ni pengantin lelaki iaitu anak kepada Ucu adik m.i.l. Adik-adik m.i.l dan suku-sakat mereka ramai jer yang duduk dekat-dekat sekitar Temerloh tapi kampung yang berlainan.
Konvoi ke Temerloh pada Sabtu lepas ni hanya disertai oleh tiga buah kereta sahaja iaitu s.i.l family dengan m.i.l, Along/Kaklong dan the A's family. Alang family tak join, Ateh family pulak hanya diwakili oleh anaknya Haziq seorang sahaja. So sedikit kurang havoc di situ.
Kalau ikut itinerary dalam grup WA yang s.i.l post tayar golek pukul 7.30 pagi pastu stop breakfast di D'Sawah, Kuala Pilah. Tengok itinerary nak breakfast di D'Sawah tu excited Mrs. A ha! ialah dah banyak kali tengok dalam IG orang jer... views sawah yang cantik, menu breakfast pun best-best tapi none hado arrr.... sepanjang jalan sebelum dan selepas D'Sawah tu dah penuh dengan keta haish! tak tahulah mana datangnya mereka semua tu sudahnya we all breakfast di Warisan jer... kalau dari arah Seremban ke K.P Warisan ni depan lagi dari D'Sawah.
Dari Pagi Sampai Ke Malam.
M.i.l bersama cecucunya |
Sempat Adik posing seketul sebelum breakfast |
Dah settle breakfast we all pun meneruskan perjalalanan time nih! family s.i.l dan Mrs. A je Along/Kaklong bertolak lambat sikit cos ada kerja perlu settle terlebih dahulu katanya. Cuaca sewaktu pergi baik tak hujan. Plan nak kena sampai di rumah Ucu dalam pukul 12.00 tengahari kalau lambat tak singgah rumah Ucu pun kata m.i.l terus je join rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan rumah pengantin tu tak jauh pun dekat-dekat jer... dalam 10 minit perjalanan naik kereta.
Bila dah sampai Bera lebih kurang pukul 10.30 pagi macam tu kereta s.i.l stop kat tepi sungai Bera tu ingatkan ada apa hal bila turun biras Mrs. A kata pi la selfie lu kita tunggu Along/ Kaklong kat sini muahahhaaa... ingatkan apalah tadi.
Dari Pagi Sampai Ke Malam.
We all tunggu di sini Along and Kaklong |
the cousins |
Dipendekkan cerita finally alhamdulillah selamat sampai dan menyertai rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan cuma cuaca time tu kurang cantik sedikit hujan renyai-renyai.
Along & Kaklong |
S.i.l |
Turn suku-sakat pengantin lelaki bergambar bersama. Pelamin kat dalam rumah agak susah nak dapat gambar yang clear cos gelap kurang cahaya |
Dah settle makan-makan dan sembang-sembang di rumah pengantin perempuan tu. We all pun pergi pulak ke rumah Makteh iaitu adik m.i.l yang lagi sorang. M.i.l cakap takyah pergi rumah Ucu lah ialah faham-faham sendiri sudah Ucu masih busy di rumah besan baharunya. Kekdahnya berkonvoi pulaklah ke rumah Makteh yang kira-kira setengah jam perjalanan dari rumah Ucu. Makteh awal-awal lagi tadi dah pulang cos nak menyambut kedatangan we all. Kids memang tak sabar nak ke rumah Makteh ni tak sabar nak mandi jeram sambil kutip-kutip siput. Pertama kali Mrs. A pergi ke rumah Makteh adalah time anak dia Angah kahwin dahulu kisahnya di [SINI] dan [SINI].
Lebih kurang pukul 3.30 petang macam tu we all sampai di rumah Makteh. Makteh sekeluarga memang dah sedia menunggu pun siap nak masak-masak juadah petang bagai. As for Mrs. A, Kaklong, m.i.l dan lain-lain orang dewasa ada yang mandi dan kemudian masing-masing tumpang menunaikan solat zohor yang dah hujung-hujung pun kemudian terus solat asar sekali. Lepas asar s.i.l sekeluarga pergi melayan anak-anak dan anak-anak sedaranya yang dah tak sabar nak mandi jeram yang lain-lain tak ikut pun lepak kat rumahnya.
Dari Pagi Sampai Ke Malam.
Lebih kurang pukul 6.00 petang cenggitu s.i.l dan kids pun pulang dari jeram. Ha! apa lagi laparlah masing-masing makan mee hoon dan jugak cekodok pisang yang Makteh dah sediakan tu. Tak lama tu lebih kurang pukul 6.40 petang we all pun pakat-pakat nak balik Seremban dah. Time nak balik ni konvoi terpisah dua dah Along/Kaklong nak balik ikut jalan Jerantut iaitu jalan yang we all pergi tadi. Tapi Mr. A dan s.i.l/biras nak balik ikut jalan Karak. Mrs. A dan kids follow ajelah mana-mana janji sampai.
Sempat jugaklah Makteh bekalkan orang Seremban ulam-ulaman di petik khas dari kebunnya. Oh! ada juga sebotol tempoyak tapi tak snap pulak.
Aryssa jadi mangsa kena snap gambar pucuk-pucuk tu pastu hantar kat grup kasi cousin dia kenal nama pucuk-pucuk tu. Bukan setakat cosuin dia aje yang tak tahu Mrs. A dan Kaklong pun sama muahhhaaaa... kat atas tu yang Mrs. A tahu pucuk cemperai je putat dan sarifut tu sangatlah rare.
Finally sebelum pulang Makteh minta we all bergambar beramai-ramai.
Dari Pagi Sampai Ke Malam.
Dari Pagi Sampai Ke Malam.
Masing-masing tak berbaju |
kutip-kutip siput sedut |
Sempat jugaklah Makteh bekalkan orang Seremban ulam-ulaman di petik khas dari kebunnya. Oh! ada juga sebotol tempoyak tapi tak snap pulak.
Tepi kiri daun Sarifut , tengah pucuk Putat dan kanan sekali pucuk cemperai |
Finally sebelum pulang Makteh minta we all bergambar beramai-ramai.
Dari Pagi Sampai Ke Malam.
Tudung kuning hitam tulah Makteh belakang sebelah Along adalah Pakteh |
Jeng...jeng...jeng... we all selamat sampai ke rumah masing-masing lebih kurang pukul 11.15 malam manakala Along dan Kaklong serta Danial dah sampai setengah jam lebih awal. Tak kisahlah ya siapa sampai dulu bukan dapat hadiah pun yang penting selamat sampai. Alhamdulillah.
Apakah daun Sarifut itu? First time dengar pasal daun nie... daun kadok tu, biasa la...
BalasPadamItulah Mrs. A pun baru tahu hahaha...
PadamSarifut tu boleh buat ulam dan jugak masak gulai.
mandi sungai!! bestnya...dapat tempoyak + ulam2an...pucuk putat pernah dgr, yg dua lg pertama kali dengar..
BalasPadamnanti gi lagi ke? kenduri belah lelaki pulak..
Belah lelaki buat doa selamat je, tak pergi dah kot.
Padammesti penat kan Mrs A tapi seronok tuu :)
BalasPadamHujan lagilah melambatkan perjalanan pulang. Apapun mesti gembira dapat bawa balik buah tangan.
BalasPadamBerbaloi ni MrsA..ramai-ramai berjumpa..meraikan mempelai sekali jalan-jalan.
BalasPadamAwat tak ngam ngamkan pukui 12 tgh malam baru sampai rumah macam Cinderella hihi....
BalasPadamPuaslah kan berjalan sehari suntuk tu, penuh dengan aktiviti...siap mandi Jeram bagai. Esoknya sure penat, kena qodho tido tu
Nampak menarik sepanjang hari kak...Banyak activiti yang ada...
BalasPadamSeronoknya dapat mandi kat jeram.... tentu sejuk airnya...
BalasPadamAlhamdulillah selamat sampai ke destinasi....
Pucuk sarifut, tak pernah dengar, nak macam pucuk kaduk pun ada, macam bebuas pun ada tapi bebuas ada jeriji sikit tepi daunnya.
BalasPadamSeronoknya dapat bermain dengan air.. lama dah ni tak berendam sungai!
bestnya macam2 aktiviti dari pagi sampai ke malam ^_^
BalasPadammeriahnyaaa.. daun sarifut tu mcm daun sireh
BalasPadamSeronoknya berendam dlm sungai..tentu jenuh suruh budak2 tu naik,kan
BalasPadampucuk cemperai tu sedapnya dibuat ulam..
Dari pagi keluar mesti letih tapi seronok juga dalam beramai-ramai tambah lagi rombongan pengantin, sure meriah
BalasPadamjauh perjalanan tu. Syoklah budak budak dapat mandi.
BalasPadamYang baca pun rasa keseronokan trip ni
BalasPadamfuh memang dari pagi sampai malam...pasti kepenatan kot..hehe
BalasPadamhebat juga dari pagi sampai malam...
BalasPadammemang enjoy habis la macam tu
saya pun suka aktiviti mcm ni biar penat seharian yg penting sama2 enjoy... lg pun bkn selalu kn kita dpt buat mcm ni...
BalasPadam