September 2019 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: September 2019
Road To KSR Mini Karnival - Tomorrow Is The Day 28.09.2019

Road To KSR Mini Karnival - Tomorrow Is The Day 28.09.2019

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Road To KSR Mini Karnival - Tomorrow Is The Day 28.09.2019. Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba esok 28.09.2019 adalah acara kemuncak KSR Mini Karnival. Kisah sebelumnya baca [SINI]

Minggu ini adalah hari-hari terakhir team turun training iaitu Rabu dan Khamis hari ini of courselah rest cos esok dah nak game kans... Adoiii!!! semakin terasa pulak bahang karnival ni berdebar-debar pun ada jugak ni. Training-training jugak bergambar tetaplah bergambar muahahaaaa....

Road To KSR Mini Karnival - Tomorrow Is The Day 28.09.2019
Yang ni bergambar selepas habis training di hari Rabu
Yang ni semalam Khamis ada team Angkatan Pertahanan Awam (APM) baru join cos depa pun ada tournament on Saturday jugak di Putrajaya
Buat readers yang duduk Seremban tu esok 28.09.2019 bermula jam 8.30 pagi (dijangka habis pukul 3.00 petang) kalau tak tahu mana nak pergi tu meh! la ke Center Court, Paroi support Mrs. A and team ehh!

Semoga KSR Mini Karnival esok berjalan lancar dan mencapai matlamat yang diharapkan. Semoga ukhwah sesama rakan sekerja akan bertambah erat dan dapat bekerjasama dalam satu pasukan demi memenuhi visi dan misi syarikat. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hurmmm... kena tak peribahasa tu heheheee...

Majulah sukan untuk negara. Doakan Mrs. A menang ya Road To KSR Mini Karnival - Tomorrow Is The Day 28.09.2019.


Farewell To Head of HR & Admin Department

Farewell To Head of HR & Admin Department

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Farewell To Head of HR & Admin Department. Sobs..sobs..sobs.. pagi tadi 26092019 seluruh warga SAINS berasa sedih dan kehilangan cos head of HR & Admin department telah dengan rasminya akan berhenti dari SAINS eh! [over nau-nau ko Mrs. A hoi! muahahaaaa...]

Actually Mrs. A pun tak pasti apakah perasaan sebenar warga SAINS cuma bagi Mrs. A sedihlah jugakkk... cos Mrs. A kira okaylah juga dengan head of HR & Admin tu. Tapi rasanya di mana-mana pun akan ramai kurang suka dengan sesiapa sahaja yang berada di position tersebut. Kategori position panas nih! kalau bukan di tempat lain pun yang pasti ditempat kerja Mrs. A ni position tersebut memang berada pada level kerusi panas ha! gittew.

Walaupun pada mulanya management bercadang hendak mengadakan dua majlis farewell satu khas untuk management sahaja dan satu lagi bersama warga SAINS yang di HQ mahupun di daerah-daerah yang dijemput tapi dalam Senior Management Meeting baru-baru ini meeting telah memutuskan untuk diadakan satu sahaja majlis farewell dan dihadiri oleh semua demi penjimatan kos katanya. #costsavings

Majlis tersebut telah diadakan di Bilik Latihan, HQ. Jom layan gambar yang sempat Mrs. A snap ngeh! ngeh! ngeh!

Farewell To Head of HR & Admin Department
Farewell
Haruslah gambar cik puan blog dulu ngeh! ngeh! ngeh!
Farewell
Yang diraikan sedang memberi sepatah dua kata-kata terakhir
Farewell
Simbolik sebelum jamuan makan Haji RA memotong pulut kuning.
Farewell
Pengarah dan HJ RA apalah yang depa dua tu cakap agaknya
Farewell
Seat tak banyak so siapa yang bertuah dapatlah duduk ehh!
Farewell
Abam-abam SAINS
Farewell
Pulut kuning by Ayu, Finance
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan mewah sungguh dengan segala makanan. Syukur alhamdulillah rezeki dikongsi bersama. 

Buat Hj RA, Mrs. A doakan semoga bertambah maju jaya di tempat kerja yang baharu. Terima kasih banyak juga diucapkan di atas segala tunjuk ajar dan budi baik kepada kakitangan selama berada di SAINS. Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi memaafkan kesalahan kami semua. Mrs. A pun sama memaafkan jugak segala kesalahan Hj RA pada Mrs. A ehh!

Benarkah employees don't leave companies, they leave managers??? Farewell To Head of HR & Admin Department.



Perbezaan KLIA Express, KLIA Transit & Private Transport

Perbezaan KLIA Express, KLIA Transit & Private Transport

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Perbezaan KLIA Express, KLIA Transit & Private Transport.
Hurmm... tengok tajuk je dah tau sharing session Mrs. A kali ni pasal apa kanss.... Pada yang dah tahu tu, takpe. Tapi yang belum tahu tu meh! sini Mrs. A nak share buat tambah pengetahuan. Manalah tahu suatu ketika nanti you all tetiba pulak nak menggunakan perkhidmatan tersebut so takdelah blurrr... sangat nanti.

1. KLIA Express
First of all, KLIA Express ini merupakan salah satu pengangkutan train yang menuju ke KLIA dan KLIA2 tanpa berhenti di station yang lain. Cepat dan mudah. Tak perlu nak pening-pening fikir nak naik dari mana sebab KLIA Express ni hanya boleh di naiki di station KL Sentral sahaja. Pada yang sibuk nak kejar flight tu, Mrs. A syorkan you all naik KLIA Express ni sebab perjalanan hanya memakan masa selama 30 minit sahaja untuk sampai ke airport. 


KLIA Express
Tambang pulak macam mana? Ada dua cara pembelian iaitu samada beli terus di kaunter tiket ataupun beli secara online. Untuk yang online, Mrs. A recommend kan you all beli kat Traveloka. Sebab apa? Sebab Traveloka always provide us with KLIA Express cheap booking di mana ianya adalah lebih murah berbanding di kaunter. Cuma perlu isi maklumat yang dia nak dalam form tu, dah confirm semua, boleh teruskan dengan bayaran. Simple sesangat. Voucher akan di hantar via emel yang you all dah bagi tu.
Untuk waktu beroperasi pula, train pertama bagi KLIA Express ini akan bertolak dari KL Sentral seawal jam 5 pagi. Tiket yang you all dah beli tu pulak boleh guna bila-bila masa yang penting pada hari yang sama. Kekerapan ketibaan train pula bergantung kepada waktu kemuncak pada hari tersebut. 
view inside
Kalau you all naik je train ni, perkara pertama yang you all akan rasa adalah selesa yang teramat selesa. Seat yang lebar, luas, tak sempit dan aman gitteww... Tak perlu berebut-rebut macam dalam LRT tu. So kesimpulannya, kalau malas nak menghadap jangka masa perjalanan yang lama ke airport, boleh pakat-pakat naik KLIA Express ni.

2. KLIA Transit
Perbezaan antara KLIA Transit ni dengan KLIA Express pula ialah KLIA Transit ni akan berhenti di beberapa station yang tertentu untuk sampai ke airport. Antara station yang ada ialah KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya, Salak Tinggi, KLIA dan KLIA2 Arrival. KLIA Transit ini sering dinaiki oleh mereka yang berkeluarga untuk sampai ke airport sebab tambang yang murah berbanding KLIA Express. Cuma masa perjalanan akan sedikit slow berbanding dengan KLIA Express.





Tambang pula boleh dibeli di kaunter yang disediakan atau secara online di website Traveloka. Proses pembelian adalah sama macam beli tiket KLIA Express jugak. 
Waktu operasi train bagi KLIA Transit pula ialah seawal jam 4.30 pagi daripada KL Sentral. Sebabnya adalah, banyak station yang perlu KLIA Transit ni berhenti sebelum sampai di airport. Kekerapan ketibaan train pula ialah 15 minit bergantung kepada peak-hours pada hari tersebut.
Keadaan di dalam train juga boleh dikatakan selesa, cuma tidak seperti KLIA Express dimana seat lebih luas dan selesa. Walaubagaimanapun, kedua-dua train ini sangat sesuai untuk dijadikan pengangkutan ke airport samada secara berkumpulan ataupun berseorangan.

3. Private Transport 
Private transport merupakan salah satu pengangkutan yang boleh digunakan untuk ke airport bagi you all yang tak suka untuk tunggu train dan malas untuk memandu sendiri. Penggunaan private transport ini banyak digunakan oleh businessman dan pelancong dari luar negara. 
Ini kerana ianya mudah untuk didapati dari mana-mana kawasan. Kalau you all berminat untuk book servis ni, you all boleh book secara online di pautan airport shuttle yang disediakan oleh Traveloka ini. Dalam pautan tu you all boleh pilih jenis kenderaan yang bersesuaian dengan bilangan passenger yang nak naik.

Buat mereka yang lebih suka suasana yang privacy, private transport ini adalah pilihan yang terbaik untuk ke airport. Beberapa kelebihan lain adalah:-
  • Servis yang digunakan door-to-door lebih memudahkan you all kalau banyak luggage nak bawak. Tunggu je kat tempat pick-up, nanti driver sampai dia tolong angkat semua harta benda you all tu masuk kereta.
  • Private transport ni beroperasi selama 24 jam. Non-stop. So you all boleh book bila-bila masa walaupun dah tengah malam. Tak ada charge tambahan ke apa. Sebab masa you all bayar utnuk book online tadi tu dah kira harga yang include semua. No hidden charge. Kalau dah puashati rasa okay, boleh terus proceed bayar.
  • Untuk keselamatan pula jangan risau, sebab driver ni akan call/whatsapp you all balik untuk confirmkan tempat pick-up.
  • Flight delayed? Pun tak ada masalah sebab driver boleh tunggu. Memang dah book untuk you all. Tapi agak-agak la. Janganlah lama sangat sampai tumbuh janggut lak driver tu.

Okay. That’s it! Mrs. A rasa setakat ni je dulu info yang Mrs. A dapat share pasal beberapa transport yang you all boleh guna untuk ke airport ni. Mrs. A harap entry ni dapatlah membantu serba sedikit dan bagi idea buat you all yang sedang dan masih lagi berfikir nak naik apa untuk ke airport. Okay itu saja nak share berkenaan Perbezaan KLIA Express, KLIA Transit & Private Transport.

Happy Birthday! Mak

Happy Birthday! Mak

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Happy Birthday! Mak. Pada 14 September iaitu Saturday lepas adalah birthday mak Mrs. A lebih meriah kalau dipanggil nenek oleh cecucunya. Berapa umur mak Mrs. A tu biarlah rahsia katanya ngeh! ngeh! ngeh! berapa pun umur mak yang penting mak selalu ada dengan kami dan semoga Allah S.W.T sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik dan umur yang berkat buat emak ku sayang.

Pada petang Saturday tu setelah pulang dari wedding adik biras Mrs. A (cerita di lain entrylah ya) On the way nak hantar mak balik kampung tu Mrs. A dan kids adalah belikan kek untuk mak. Actually ini Adik yang plan dan beli kek tu pun guna duit Adik. Hajat dia nak belanja nenek cos katanya masa result UPSR dahulu nenek ada bagi dia RM banyak jugaklah ha gitteww... Time Mrs. A dan Adik turun dari kereta beli kek kat Bakers Cottage tu mak tak perasan pun itu kedai kek hiks!. Adik pun dah siap beli  tu bawak sorok-sorak letak kat dashboard belakang cos we all plan dah sampai kampung nanti nak buat surprise.

Happy Birthday! Mak.
happy-birthday
Allah selamatkan Nenek, we love you nenek
Weekend lepas tak ramai pun adik-beradik Mrs. A yang balik kampung cuma yang ada kids dan Mrs. A jer... setelah neneknya masuk aje ke dalam rumah nak salin baju cepat-cepat Along cakap "oppsss! Nenek jangan salin baju dulu, kita potong kek dulu"sambil Aryssa dan Adik get ready the cake. "Potong kek apa pulak ni...kata Neneknya" tapi follow jugalah terus ke meja sambil bergambar, sambil layan we all nyanyikan lagu birthday Allah selamatkan nenek. Sambil mak cakap Alhamdulillah terima kasih ya belanja nenek kek, siapa belanja kek ni katanya? Aqil jawab Mrs. A. Terus kesat air mata orang tua tu sobs..sobs..sobs... adehh! touching la pulak!

happy-birthday
Staf Bakers Cottage tu 100% c&p note Adik yang tulis tu sampai eja birthday pun jadi beday jer... plus love ngeh! ngeh! ngeh!
happy-birthday
Happy Birthday! Mak
Itu sahaja sambutan yang we all mampu buat sekadar potong kek. Tapi tulah neneknya cakap ini pun dah syukur alhamdulillah yang penting doakan nenek selalu sihat. Happy Birthday Mak. Kakcik doakan mak semoga dikurniakan syurga tanpa hisab di akhirat kelak. Amin...


Road To KSR Mini Karnival - pt 3

Road To KSR Mini Karnival - pt 3

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Road To KSR Mini Karnival - pt 3. Okay sambung lagi kisah netball [SINI] siapakah yang telah berjaya dalam selection untuk wakil team HQ pada penutup mini karnival yang telah reschedule pada 28 September 2019 nanti. Dalam selection yang kira-kira kurang lebih 25 orang hadir itu hanya 10 orang yang berjaya iaitu 6 orang dari Wing A, wing Mrs. A lettew... dan 3 orang dari Wing B. Oleh kerana team HQ bergabung dengan daerah Jelebu so seorang wakil dari daerah Jelebu awal-awal lagi telah menempah tempat.

Walaupun penganjur untuk pertandingan netball ini adalah pihak HQ tetapi ada juga syarat-syarat utama penganjuran ditentukan oleh EXCO KSR so kekdahnya penganjur pun kena follow syarat berkenaan seperti players HQ kena bergabung dengan Daerah Jelebu, Seremban dengan Rembau, Tampin dengan Kuala Pilah, dan Port Dickson dengan Jelebu. Tapi walaupun dah bergabung masih juga tak cukup players ha! so dibenarkan import players HQ yang tak terpilih tu untuk wakil daerah masing-masing maksimum 2 orang.

Yeayyy!!! Mrs. A terpilih uols tiberrr....

Road To KSR Mini Karnival - pt 3
Di suatu hari selepas training pi Pasar Malam
Road To KSR Mini Karnival - pt 3
5 ketul team HQ yang terpilih tudung merah tu Wing B #mudahterhibur
Ha! tapi itulah bukan senang nak mengumpulkan complete players pada hari-hari training yang telah ditetapkan itu. Abeh! camno sabar yolah! Sajalah nak bagitahu ni gambar-gambar yang Mrs. A share ni adalah hari-hari training yang berlainan tau haish! dah nama pun road to KSR Mini Karnival so banyaklah hari-harinya tak gittew....

Road To KSR Mini Karnival - pt 3
Road To KSR Mini Karnival - pt 3
2 orang dari kanan tu Wing B yang terpilih seorang kiri Jelebu tapi yang terpilih tiada dalam gambar huhuhu...
Road To KSR Mini Karnival - pt 3
Semua yang kat belakang tu team Daerah Seremban/Rembau time ni sama pulak hari we all training
Setelah seminggu rest baru semalam Mrs. A dan team neball HQ start training semula. Yang rest tu actually mereka yang tak terlibat dengan volley ball jer... termasuklah Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh! cos ada beberapa player netball depa pun main volley ball jugak last  week depa concentrate training untuk games volley ball gamesnya last Saturday. Dah berentap pun tapi tulah takde rezeki nak menang. Takpelah team yang penting dapat experience next time cuba lagi.

Ha! yang ni gambar training semalam tapi incomplete jugak cos ada yang dah balik dan ada yang tak datang.

Road To KSR Mini Karnival - pt 3
Team HQ bergambar bersama coach.
Menjelang sebelum hari karnival nanti we all planning akan turun training 2 kali seminggu. Harapnya adalah hari-hari yang team HQ akan complete so bolehlah dapat gambaran sebenar rentak permainan we all. Ececerrr... gaya ngalahkan team netball Malaysia muahhahaaaa.... Okay itu sahaja nak share kisah Road To KSR Mini Karnival - pt 3






Segmen Bloglist Sii Nurul

Segmen Bloglist Sii Nurul

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Segmen Bloglist Sii Nurul. Sebagai tanda support kepada blogger Sii Nurul dengan gembiranya Mrs. A join segmen bloglist beliau. Amvoii!!! intro kemahen ko ni ya Mrs. A oiii! Walaupun tiada dalam syarat segmen perlu membuat blog post segmen tapi Mrs. A nak buat jugak muaahaaaaaa....

Mrs. A join Segmen Bloglist Sii Nurul
Segmen bloglist Sii Nurul
Mrs.A join Segmen Bloglist Sii Nurul
Syarat-syarat untuk turut serta dalam segmen bloglist Sii Nurul :-

1. Perlu follow Blog Sii Nurul
2. Like Facebook Page dan Subscribe youtube channel Sii Nurul
3. Tidak perlu buat entri untuk segmen ini
4. Komen URL blog anda, link Facebook Page dan Instagram sekiranya ada untuk beliau follow dan like diruangan komen penganjur segmen. Bukan ruang komen Mrs. A tau ehh!

Itu sahaja syarat-syaratnya mudah je hiks! Mrs. A join Segmen Bloglist Sii Nurul



Jemputan Kahwin Jiran Sekampung

Jemputan Kahwin Jiran Sekampung

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Jemputan Kahwin Jiran Sekampung. Last weekend Mrs. A and kids balik kampung dah janji dengan mak dan KakNgah Mrs. A sama-sama balik cos nak tengok 'Manja' kahwin. Manja tu nama timangan anak jiran sekampung mak Mrs. A kat kampung. Dahulu-dahulu time dia kekecik rajin melepak kat rumah mak we all tu yang kira rapat jugaklah. Pejam celik pejam celik dah besar si Manja dah kahwin dia hiks! fuhhh! cepat sungguh masa sekarang ini berlalu pergi. Rasa macam tak terkejorr... yeoppp!

Plannya Saturday tu Mrs. A gerak dari Seremban dalam pukul 11.00 pagi tapi tulah meleka pulak membasuh kain baju dan lagi satu Along tu lambat bangunnya. So kesudahannya terlewat dalam setengah jam. Mr. A pulak tak join dia pi Kelantan to be exact pergi ke Daerah Jeli biasalah dia ada friendly match team bola sepak dia tuh! hurmmm... so we all dengan kisah masing-masinglah ha gitteww...

Walaupun terlewat dalam setengah jam tapi mak dan suku-sakat Mrs. A yang lain tu tetaplah menunggu we all untuk pergi sama-sama. Tempat kejadian tu tak jauh dari rumah mak Mrs. A sekejap aje dah sampai. Setelah bersalam-salaman dengan tuan rumah we all pun terus ke khemah untuk menjamu selera.

Jemputan Kahwin Jiran Sekampung
Jemputan Kahwin Jiran Sekampung
Semuaaaa... tengok sini 123 snapppp...
Jemputan Kahwin Jiran Sekampung
Mak.. mak tengok sini hehehe...
Alhamdulillah sedap semua lauk-pauk kat rumah Acik Lela ni. Acik Lela masih menggunapakai stail gotong-royong dan rewang orang-orang kampung dari memasak hinggalah ke penanggah semua jiran-jiran sekampung yang buat. Patutlah food semua sedap-sedap, bubur pulut hitam pun sedap jugak. Tahniah dan terbaik orang-orang kampung Mrs. A ni alhamdulillah semoga ukhwah kekal baik-baik sahaja.

Jemputan Kahwin Jiran Sekampung
Baju merah tu budak tak suka bergambar
Jemputan Kahwin Jiran Sekampung
Adik bongsu Mrs. A a.k.a Maksu
Seronok sungguh kat majlis kenduri kahwin Manja ni time bersanding kat pelamin tu siap ada tarian piring yang diirngi dengan pukulan rebana ubi, dengar suara atok-atok team rebana tu nyanyi fuhhh!!! excited habiss! hahahaa... Takde gambar pulek cos Mrs. A rekod video time tu. Sebelum pulang tu sempat jugaklah Mrs. A snap seketul gambar raja sehari.

Jemputan Kahwin Jiran Sekampung
Comel je pengantin semoga berbahagia till Jannah.
We all nak pulang dah! haruslah jumpa tuan rumah dulukan. Sempat jugaklah Mrs. A snapkan gambar.

Jemputan Kahwin Jiran Sekampung
Emak, Angah dan Acik Lela.
Alhamdulillah dapat memenuhi jemputan kahwin jiran sekampung. Actually minggu lepas pun ada jugak jemputan kahwin jiran sekampung yang lain tapi yang itu Mrs. A tak pergi pun emak dan Adik Mrs. A je pergi. Next week pun ada lagi jemputan kahwin. InSyaAllah kalau takde aral melintang sampailah we all heheheee.... Mrs. A ni memang sejenis yang suka pergi jemputan kahwin. Siapa sejenis macam Mrs. A sepp skett... ngeh! ngeh! ngeh!



Family Days Out Tengok Sangkar The Movie

Family Days Out Tengok Sangkar The Movie

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Family Days Out Tengok Sangkar The Movie. Sempena public holiday Awal Muharram tu Mrs. A pun ajaklah Mr. A keluar bawa kids tengok Sangkar the movie. Mulanya Mr. A buat senyap je pastu bila Adik menyampuk jomlah Bah dah lama tak family days out katanya. Sambil buat muka Mr. A tu tapi akhirnya mengalah dan setuju jugaklah nak pi nonton Sangkar the movie.

Mr. A ni pulak sejenis semua nak cepat kalau orang ramai ni dia rimas pastu part queue panjang dia memang tak berapa berkenan so kekdahnya we all pun sepakat booking ticket Sangkar the movie online je... Mula plan nak tengok kat TGV Aeons S2 tapi show times lambat sangat dalam pukul 5.00 petang baru ada so Mr. A suruh tengok di GSC Palm Mall aje show times pukul 3.20 petang.

Tapi gigih jugaklah pergi Aeons S2 dulu cos Aryssa nak beli buku. Sekejap kata nak pergi MPH pastu bila ibu tunjuk Popular Bookstore dah nak pi Popular lah pulak.

sangkar movie
Aryssa
Dah settle membeli buku Aryssa, we all pun cepat-cepat gerak ke Palm Mall. Sendiri mau ingatlah parking kat area Palm Mall ni susah nak dapat huhuhuuuu... Sebelum tu sempat we all lunch dulu kat KFC. Itupun kena makan laju-laju cos takut tak sempat pulak nak kejar masa 3.20 petang showtimes tu nanti. Mujurlah dah beli tiket online mudah sangat nak masuk tu terus scan barcode aje tak payah nak queue bagai oleh kerana time tu dah pukul 3.30 petang so we all terus masuk tak sempat dah membeli popcorn bagai errmmm... bagus juga tu jimat sikit muahhaaaaa....

Family Days Out Tengok Sangkar The Movie.
sangkar movie
Macam inilah rupa barcode yang dihantar setelah online payment dibuat
Siapa yang dah tengok citer Sangkar ni best ke tidak? Bagi pendapat personal Mrs. A menarik citer  Sangkar ni ia sebenarnya lebih kepada kisah keinsafan dan persahabatan. Kisah mengenai kehidupan Johan (Remy Ishak) dan Adam (Zul Ariffin) yang sama-sama terlibat dalam sukan MMA. Johan ni pulak ada dua orang adik iaitu Lea (Mira Filzah) dan Reza (Nik Adam Mika). Lea ni pulak seorang nurse Reza kecik lagi masih bersekolah.

Adam ni pulak dibesarkan oleh pakcik dia (Aman Graseka) cos ibu dia dah meninggal time dia kecik lagi. Ayah Adam ni ada dalam penjara. Bolehlah dikatakan Adam ni seorang yang kurang kasih sayang tak macam Johan a family type Abang Long ha gittew...

Kalau setakat tengok iklan mungkin kita akan fikir citer Sangkar ni ganas dan banyak pertarungan dalam sangkar macam MMA tu. Hurmmm... bukan begitu sebenarnya mesti peminat MMA akan sedikit kuciwa bila tengok filem Sangkar yang iklannya kemahen! aksi pertarungan MMA yang gah lah sangat. Ialah di awal cerita je dah tunjuk adegan perlawanan dalam sangkar di antara Johan 'The Jedi' Kamarudin dengan Adam 'The Ace' Abdullah masing-masing duk provoke antara satu sama lain memang ganas giler lagaknya.

sangkar movie
Kredit Google Image
Dalam perlawanan tu Adam nak sangat menang sebab rekod sebelum ni dia dah 3 kali kalah dengan Johan. Tapi tulah katanya dia kalah tu pun sebab bookie yang nak dia kalah bukan sebab Johan lebih bagus dari dia. Tapi pertarungan malam tu Adam nekad nak menang jugak so dia pun tak dengar cakap bookie tuh so Adam menang anyway dia menang tu pun sebab main cheating sikit tapi Ref tak perasan pun.

Walaupun Adam dah menang tapi dia masih tak puashati lagi dengan Johan. Johan ni pulak rilexs jer... cuma Adam sangat terkesan dengan kata-kata Johan 'tak guna kalau menang tapi tak bermaruah'. Adam kemudian tu pi carik Johan kat luar dia ajak fight one by one takde Ref takde penonton, kita tengok siapa yang menang katanya. Time tu Johan baru balik surau, si Adam ni pulak tengah khayal mabuk arak baru lepas balik clubbing kot. Sedang depa tu tolak menolak sorang nak ajak gaduh, sorang tak nak gaduh cos nak nak balik rumah terus Lea dengan Reza tengah tunggu jeng...jeng...jeng... tiba-tiba budak-budak flat bertempiaran lari sambil cakap lari bang..lari... kekdahnya ada pergaduhan gang samseng la pulok! Ha! time ni anti-climaxs sungguh la hahahhaaa.... tiba-tiba dah tunjuk scene Adam atas katil kat rumah dan Johan kat hospital.

Selepas kejadian malam tulah hidup Johan dah bertukar 360 darjah, dia dah lumpuh dari dada ke bawah. Adam pulak terasa bersalah sangat dan nekad nak tolong Johan. Okeh! lepas tu bermulalah kisah bromance depa dua tu. So kalau readers nak tahu kisah selanjutnya silalah kepawagam berhampiran anda ya! ehh! tiber macam iklan la pulek! [sungguh poyo le ko nih! Mrs. A hoi!] muahahahaaa

Family Days Out Tengok Sangkar The Movie

sangkar movie
sangkar movie
Kredit Google Image
Dalam citer sangkar ni Mrs. A bagi 5 bintang untuk lakonan Zul Ariffin watak Adam tu memang sangat menjadi dialog dan lawak yang dia buat memang best, selamba dan sangat neutral. Tabik spring kat Zul Ariffin. Watak Reza lakonan adik Nik Adam Mika pun sangat menjadi neutral je tak macam dibuat-buat. Lakonan Mira Filzah tu okaylah takdelah wow! sangat. Si Ray tu sedikit over bagi pendapat Mrs. A la. Watak Mc Sweeney tu pulak biashe-biashe je... Okay sekian tu je nak share kisah Family Days Out Tengok Sangkar The Movie.



Mrs. A Menang Giveaway-01 By Ematunz

Mrs. A Menang Giveaway-01 By Ematunz

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A Menang Giveaway-01 By Ematunz. Alhamdulillah dah tertulis rezeki bawal kaca itu milik Mrs. A asbabnya join giveaway aje ha gitteww... Mrs. A perasan Mrs. A menang bila penganjur giveaway komen kat blog post penyertaan Mrs. A [SINI] sepantas kilat Mrs. A pi terjah kat instagram beliau. [okeh! tipu muahhaaaa....]

Meh! tayang sikit bawal color egg-york pilihan Mrs. A ni ha! semalam sampai J&T hantar.

Giveaway
Corak pepatung tu pun pilihan Mrs. A juga cuma sepatutnya black color tapi takde stok so colorful pun cantik juga.
Hurm... what can I say ya... yess! I likes this bawal kaca so much cuma tulah pengalaman pertama menang giveaway tapi postage kena bayar sendiri muahahaaaaaa.... sabar yolah. Sedikit terkejut tau Mrs. A bila penganjur kata postage tu pemenang yang kena bayar walaupun terdapat argument dengan Ematunz tapi dah settle pun. Ialah ini bukan pertama kali Mrs. A menang giveaway dah banyak kali kot tak pernah pulak lagi yang menang-menang sebelum ni postage pemenang yang kena bayar huhuhuhu....

So kekdahnya next time hadam isi kandungan giveaway betul-betul jangan menjoin hentam kromo sahaja. #ingatanuntukdirisendiri. Mrs. A Menang Giveaway-01 By Ematunz.



Hello! September

Hello! September

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Hello! September. Rasa macam dah lama gila tak up-date blog. So today paksa diri nak up-date jugak takde cerita apa pun reka-reka ajelah apa yang terlintas difikiran ini. Hello! September ha! rasanya bulan September ni paling banyak cuti di hari Isnin so takdelah istilah Monday blues ya.

Cuti tiga hari ni Mrs. A tak ke mana pun ada je kat rumah dan kalau keluar pun area Seremban sahaja. Saturday duduk rumah Sunday pergi kenduri dan jugak pergi wedding anak officemate. Monday family days out pergi nonton Sangkar the movie.

Actually Sunday tu plan asalnya nak pergi tiga rumah kenduri tapi yang berjaya direalisasikan hanyalah dua rumah sahaja. Satu rumah lagi tu Mr. A cancel katanya dah lambat tak sempat nak pergi dah. Mula-mula pergi kenduri tahlil di Taman Pulai Impian iaitu rumah adik kaklong biras Mrs. A. Timing pergi ni yang lari banyak kononnya pukul 11.00 pagi dah nak gerak tapi nan hado pukul 12.30 tengahari barulah we all terhegeh-hegeh nak keluar rumah. So kekdahnya sampai-sampai terus makan dan terus langsung solat zohor aje di situ. Kemudian tu Mr. A sakanlah pulak borak dengan kawannya so timing pergi wedding ke rumah officemate Mrs. A tu pun lari banyak, itu yang bila nak pergi ke rumah ketiga tu iaitu wedding anak kawan sekolah we all Ex-Stadian tak menjadi. Dah lambat sangat memang tak sempat sampai nun jauh di Kuala Pilah di Dewan Seri Menanti.

Hello! September. 
Hello! September
Wedding anak officemate. Adik tak nak bergambar so berempat ajelah
Merahnya mak/pak pengantin tu hehehee... 
Selepas dah pergi wedding rumah officmate Mrs. A tu iaitu di Taman Sri Penaga, Sikamat we all pun terus aje balik rumah time tu pun dah pukul 3.30 petang. Hurm... takde rezeki nak pergi wedding anak Shiela Ex-Stadian cuma mampu tengok gambar kawan-kawan yang pergi share di grup WhatsApp Ex-Stadian.

Ex-Stadian yang hadir bergambar bersama Shiela dan pengantin
Tahniah Shiela terima menantu. Maafkan Mrs. A ya tak jadi datang huhuhuhu....

Lagi satu Mrs. A nak share jugaklah berkenaan blog Mrs. A ni huhuhuu... sedih dah kena google sandbox. Actually Mrs. A adalah terasa sedikit pelik lately ni kenapa pv Mrs. A teruk sangat pastu terbaca posting blogger DianaRashid tentang blog dia kena google sandbox. Dia pun ada share link kalau nak tahu samada blog kita ada kena google sandbok ke tidak kat [SINI] Bila Mrs. A check  blog Mrs. A pun sama. Mrs. A pun tak tahu kaedah sebenar nak pulihkan macam mana. Mrs. A dah check kat Google Search Console as for now ada 4 pages submitted URL has crawl issue. Status terkini masih pending validation. Nampak gayanya kena check semula satu persatulah keempat-empat blog post tu apa ke benda yang tak kena tu. Sobs..sobs..sobs... sedihnya.

Mrs. A minta jasa baik readers yang tahu atau pernah mengalami masalah blog kena google sandbox ni mohon share jalan penyelesaiannya ya. Apa yang Mrs. A buat sekarang ni hanyalah re-submit sitemap sahaja.



MRS.A my blog my stori ©