Georgian Charity Run 2019 - Finally! - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Georgian Charity Run 2019 - Finally!

21 Jun 2019

Georgian Charity Run 2019 - Finally!

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Georgian Charity Run 2019 - Finally! akan diadakan esok 22 Jun 2019. Setelah tertunda daripada perancangan awalnya iaitu pada tarikh 13 April 2019. Finally esok Georgian Charity Run 2019 akan dilangsungkan juga InSyaAllah.

Apa yang Mrs. A dimaklumkan, pihak penganjur terpaksa menunda tarikh 13 April 2019 tersebut kerana tarikh berkenaan sama dengan tarikh PRK DUN Rantau. Menurut penganjur pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban yang telah diarahkan menumpukan sepenuh perhatian kepada PRK DUN Rantau mencadangkan tarikh berkenaan ditunda ke suatu tarikh yang lain. Lagipun seperti yang kita semua sedia maklum prosedur keselamatan bagi penganjuran acara larian mestilah dipatuhi sepenuhnya kerana ianya melibatkan orang awam terutamanya pelajar sekolah.

Kekdahnya ha! amik kau berbulan lamanya tarikh penundaan tu dibuat ialah tak lama selepas PRK DUN Rantau tu dah masuk bulan puasalah pulak itu pasallah kot penganjur pilih tarikh 22 Jun 2019 selepas bulan puasa. Setelah penundaan tarikh tu Mrs. A pun takde pulak up-date entry kisah Georgian Charity Run 2019 ataupun cerita lari jangan tak lari Mrs. A yang sebanyak tiga episod tu [Ep-1] [Ep-2] [Ep-3] muahahhaaaaa.... apa punya blogger da...

Okay takpe ini Mrs. A nak up-date la nih! meh tunjuk gambar T-shirt yang Adik dah collect tu.

Georgian Charity Run 2019 - Finally!
Georgian Charity Run 2019
T-shirt Georgian Charity Run 2019 - Front
Georgian Charity Run 2019
T-shirt Georgian Charity Run 2019 - Back.
Nombor tu boleh je tampal kat depan atau belakang ataupun dedua depan/belakang tapi Mrs. A pilih nak tampal kat belakang je
Actually penganjur telah memaklumkan penangguhan tarikh Georgian Charity Run 2019 itu seawal Satu April 2019 lagi. Selain daripada di group WhatsApp sekolah Mrs. A juga telah terima e-mail daripada penganjur ini termasuklah detail registration dan tarikh baharu untuk collect race kit atau race pack. Tempat collect je tak berubah iaitu tetap di Georgian Green a.k.a Padang Sekolah SMK KGV. Mrs. A share serba sedikit tentative untuk Georgian Charity Run 2019 esok ya tapi kalau nak tahu details silalah ke Facebook GeorgianRun.

Georgian Charity Run 2019 - Tentative

Flag Off

Terbuka: 5km (pindaan dari 7km) - 8.00am
Keluarga: 3km - 8.10am
B12 L: 3km - 8.20am
B12 P: 3km - 8.40am
B15 L: 3km - 8.50am
B15 P: 3km - 9.00am
B18 L: 5km - 9.10am
B18 P: 5km - 9.20am

Tarikh: 22 Jun 2019
6.30am: Berkumpul di Georgian Green (Padang SMK KGV)
7.00am: Ucapan VVIP
7.15am: Zumba
7.45am: Panggilan Kategori Terbuka dan seterusnya mengikut turutan
8.00am: Pelepasan Kategori Terbuka dan seterusnya mengikut turutan
10.30am: Majlis Penutup
10.30am: Agihan Sijil Penyertaan bagi kategori sekolah

7.00am - 12.00pm:
Pelbagai Gerai Jualan Makanan dan Minuman
Persembahan Live Band
Pemeriksaan kesihatan percuma

Georgian Charity Run 2019
Georgian Charity Run 2019
Georgian Charity Run 2019
Georgian Charity Run 2019 - Kedudukan khemah


Georgian Charity Run 2019
Georgian Charity Run 2019 - peta laluan
Georgian Charity Run 2019 - Finally! Aduhaii!!! berdebar-debar pulak Mrs. A rasa ngalahkan macam peserta olimpiklah pulak muahhaaaaaa... wal-hal setakat charity run jer... tak perlulah nak beria-ria sangatkan santai-santai sudah. Mrs. A yang sebenarnya risau pun ya jugak ni ialah dah lama tak training berlari-larian semenjak bulan puasa hari tu terus stop training lari. Plan tu ada tapi tulah maciam-maciam halangannya hujanlah, demamlah, sakit kepalalah haish! alasan sangatkan.

Harapan Mrs. A cuma dikurniakan kesihatan yang baik esok so fit untuk berlari-larian bersama Adik dan Aryssa serta bersama-sama dengan pelari semualah yang turut serta esok. Harapnya cuaca baik serta dapatlah Mrs. A yang masuk kategori keluarga ni menamatkan larian dan seterusnya dapat sijil yeay!!! eh! tetiba... hahahaaa... Readers pun doa-doakanlah ya untuk Mrs. A sekeluarga. Go! go! go! Georgian Charity Run 2019.



Credit: Facebook GeorgianRun

16 ulasan:

  1. Badan sihat, otak pun cerdas join program cam ni kan :)

    BalasPadam
  2. Event larian ni selalu nya meriah. Enjoy!

    BalasPadam
  3. seronok nampaknya tuh kak, lagi2 bab nk bg lemak hilang time2 raya nih

    BalasPadam
  4. Bestni..sy pn berjinak2 dgn even mcm ni mmg seronok...sihat dapat, pnglaman dpt, kenalan pn dapat.

    BalasPadam
  5. Seronok dan ada rasa teringin untuk sertai larian camni tapi masih belum mempunyai kekuatan.. All the best to Mrs. A dan anak-anak yang menyertai larian ini..

    BalasPadam
  6. Run2 mcm ni selalunya seronok bila dpt kumpul baju n medal. hihi

    BalasPadam
  7. best untuk mereka yang jenis kaki lumba

    BalasPadam
  8. best tengok Mrs A join event run-run ni. pastu dpt collect tshirt & medal.. dpt buang lelemak sekali hehe

    BalasPadam
  9. kereen kak artikelnya..

    salam kenal..

    mampir2 ke blog saya juga yaa

    BalasPadam
  10. Wuaaah surprise .. ,dapat nomor peserta sama persis dengan kode agen detektif keren James Bond 😁 !

    BalasPadam
  11. Wah berlari lagi.. good luck ye

    BalasPadam
  12. wahhh lari lagiii syoknya dia. awa x mampu.. semput rasa haha

    BalasPadam
  13. keputusan mcmana? tk sabar nk baca story..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©