Georgian Charity Run 2019 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Georgian Charity Run 2019

7 Mac 2019

Georgian Charity Run 2019

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Petang semalam time Mrs. A balik kerja excited betul Adik bercerita tentang Georgian Charity Run 2019 ini. "Ibu nanti 13 April ada charity run kat sekolah Aqil semua dijemput hadir. Cikgu cakap, ada jugak orang luar negara bu...Nanti kita joinlah sekeluarga ajak babah jugak". Hahahaa... tergelak Mrs. A dengar sambil cakap "yolah dik! kau ingat babah ko tu larat ke nak lari. Ibu ni pun lutut dah kondem ha!".

Pada awal-awal tahun aritu sewaktu pendaftaran pelajar baru pihak sekolah Adik dah war-warkan tentang Georgian Charity Run 2019 iaitu pihak sekolah akan menjadi penganjurnya. Georgian Charity Run  2019 ini adalah peringkat kebangsaan dan sekolah mengangarkan seramai sehingga 5000 peserta akan turut serta. Cuma time tu tarikhnya sekolah tak confirm lagi. Tapi semalam baru je Adik cakap tarikh larian dah confirm iaitu pada 13 April 2019. Matlamat Georgian Charity Run ini adalah untuk "Pembangunan SMK King George V menjelang 2025".

Di antara objektifnya pula adalah:
  1. Pembelian van untuk kegunaan aktiviti sekolah
  2. Memupuk sikap prihatin dan bertanggungjawab dalam kalangan semua warga SMK KGV dengan turut sama melibatkan diri dalam setiap aktiviti sekolah.
  3. Mewujudkan hubungan yang mesra antara warga sekolah, ibubapa dan komuniti.

fun-run
Georgian Charity Run 2019
fun-run
Map
Kepada mereka yang suka dengan acara larian jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan sijil di peringkat kebangsaan.

Kategori:

  • Bawah 12 tahun (Lelaki & Perempuan) : 3km [RM20]
  • Bawah 15 tahun  (Lelaki & Perempuan) : 5km [RM20]
  • Bawah 18 tahun  (Perempuan) : 5km [RM20]
  • Bawah 18 tahun (Lelaki) : 7km [RM20]
  • Terbuka (Lelaki & Perempuan) : 7km [RM70]
  • Alumni (Lelaki & Perempuan) : 5km [RM100]
  • Keluarga : 3km [RM150] - 3 orang (parent + kid)

Hadiah:

  • Hadiah wang tunai untuk kategori terbuka (L&P)
  • JOHAN : RM300 + Medal + Trofi
  • NAIB JOHAN : RM200 + Medal + Trofi
  • KETIGA: RM100 + Medal + Trofi
  • T-shirt + Medal Finisher + sijil untuk semua pelari kategori Terbuka, Alumni dan keluarga
  • 2000 helai T-shirt untuk pendahtaran awal B12, B15 & B18
  • 200 helai T-shirt untuk penamat setiap kategori B12, B15 & B18 
  • Semua peserta dapat sijil Peringkat Kebangsaan

DATELINE : 31 Mac 2019

Buat readers yang berminat untuk turut serta boleh WhatsApp nombor berikut :- 
  • 0176162048
  • 0126208576
  • 0126978422
  • 0193455233.

Penganjur bersama Georgian Charity Run 2019 adalah Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK KGV.


Kredit: Portal Rasmi SMK KGV




14 ulasan:

  1. wah bagus ni. sambil menyihatkan badan, sambil beramal ^_^

    BalasPadam
  2. wow menarik ni. KGV nak beli van ya. Terbaik. Hehehe

    BalasPadam
  3. Menariknya.. kalau fit boleh joint..

    BalasPadam
  4. BAGUS JOIN AKTVTI SUKAN GINI SMBIL MNYUMBNG DERMA

    BalasPadam
  5. wowww...sasaran 5k peserta tu...jauh pulak nak join...da lama tak run ni

    BalasPadam
  6. Bagus usaha sekolah KGV ni..
    Rasa ingin join tapi Terbuka Perempuan 7km Mrs. A.. Fuhh mencabar!
    Kalau LZ berjaya lepas ni pi Pall Mall jalan kaki ler, hehehe #gurau

    BalasPadam
  7. ok jgk tgk larian ni tak la mencabar sgt sampai 10km ke apa kan... tp bagi yg dh biasa msti mcm kacang je kan...

    BalasPadam
  8. Memang bagus jika aktiviti macam ni diperbanyakkan untuk budak2 remaja

    BalasPadam
  9. Masuk kategori keluarga pun ok have fun 3 km saje :)

    BalasPadam
  10. dah lama tk join larian..bagus usaha sekolah cari dana..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©