As Salam and greetings to dear readers.
Klinik Pergigian UTC Seremban. Tak tahulah apa mimpi Adik tiba-tiba ajak Mrs. A pergi scalling gigi. Mungkin gara-gara usikan babah dia yang cakap gigi dia kuning kot muahahhaaaa....Mula-mula duklah blurrr... klinik manalah yang paling dekat nak pergi ni? Pastu Adik kata UTClah ibu.. eh! a'ahlah kat UTC yang sekangkang kera aje dari rumah we all ni memang ada klinik pergigian baru Mrs. A teringat terus Mrs. A setuju.
Plannya nak pergi hari Sabtu 29122018 tapi time tu Adik kena pergi sekolah untuk pendaftaran pelajar baru dan membeli buku apa yang patut. So jadinya hari Ahad 30122018 barulah Mrs. A pergi. Kononnya nak pergi pagi tapi nan hado dah tengahari baru we all pergi. Haish! tak kisahlah janji klinik open. Bagusnya UTC time ni cecuti pun open.
Klinik Pergigian UTC Seremban
Kita... selfie dulu sebelum check/ scalling gigi |
Waktu Operasi UTC Seluruh Negara mulai 01.01.2019 |
As usual pergi ke kaunter setelah nombor dipanggil kalau dah pernah datang nurse akan cari fail dan terus bagi fail. Tapi untuk Adik dan Mrs. A yang tak pernah datang ni haruslah register dulu dan isi kad pergigian yang macam budak-budak sekolah punya tu, hijau untuk kanak-kanak dan merah untuk dewasa. Oh! ya kad pengenalan jangan lupa bawa. Kemudian bayar seringgit sebagai bayaran registration. Setelah settle registration tu bawa kad masing-masing letak dekat box depan pintu bilik rawatan yang nurse arahkan. Kalau bilik 1 letaklah depan box bilik 1 kalau 2 dualah. Nanti nurse yang kat dalam bilik rawatan pulak akan amik kad tu kemudian akan suruh kita masuk bilik rawatan untuk menjalani prosedur seterusnya.
Adik dan Mrs. A time tu memang sekadar nak check gigi dan scalling sahaja. Mula-mula Adik masuk Mrs. A pun ikut sekali cos penjaga nak kena tandatangan kad dulu. Selepas tu Mrs. A tinggalkan aje Adik di kerusi rawatan tu walaupun Adik suruh teman. Haish! tak koserlah ibu dik hoi! kau dah besar panjang dah! pandai-pandailah nak survive. Alhamdulillah tak lama kemudian lebih kurang dalam setengah jam Adik pun keluar sambil tersenyum puas. Hahahha...lawaklah kau ni Adik, sambil tengok gigi kat camera phone sambil cakap "ibu sama jer... tak putih pun gigi Aqil". Nak putih tu ada rawatan lain la dik oii!!!
Setelah Adik keluar tu giliran Mrs. A pulak dipanggil masuk. Sama jugak kena tandangan kad rawatan dulu barulah mula prosedur check gigi. Sejujurnya Mrs. A memang dah lama bebenor tak pergi check gigi ialah mentality sejenis yang kalau gigi tak sakit so tiada keperluan untuk berjumpa doktor gigi. Last Mrs. A pergi scalling gigi rasanya 10 tahun yang lalu dan last cabut gigi tujuh lapan tahun yang lalu kot. Itupun ada kisah disebaliknya mula-mula buat root canaling tapi tulah tiga empat kali duk ulang klinik gigi sakit giginya tak hilang-hilang jugak. Geram punya pasal terus cabut jer... senang citer. Time tu Mrs. A pergi private klinik harganya jauh beza dengan klinik kerajaan macam langit dengan bumi ha!
Okay sambung balik time giliran Mrs. A tu. Doc tanya nak buat apa? Mrs. A pun cakaplah nak check dan scalling jer doktor. Oh! okay katanya sambil check satu persatu setiap batang gigi Mrs. A sambil nurse yang membantu dia tu job-down apa yang doktor cakap pada kad warna merah milik Mrs. A ha.. gitewww.... Sekarang ini kita yang kena pegang sendiri alat yang sedut air tu since when tak tahu pulak Mrs. A 10 tahun lampau takde macam tu muahahaaaaa..... Tak lama pun time scalling tu sekejap aje dah settle. Hurrmmm... pendapat Mrs. A setelah melihat hasil scalling tu okaylah tapi takdelah wow! cos masih ada saki-baki kesan hitam dicelah-celah gigi tapi karies yang tebal-tebal tu memang dah takdelah sudah habis disingkirkan. No wonderlah sekejap. Apa kau nak putih bersih pi lah private Mrs. A oiii!!! setakat bayar RM2.00 pastu ramai lagi orang yang berbaris nak check gigi kau expect nak lama-lama, in your dream okay!
Apa-apa pun satu pengalaman baru bagi Mrs. A In Sya Allah kalau gigi Mrs. A tak sakit setahun lepas ini nak datang lagi pi scalling gigi. Ialah kalau ikut amalan kesihatan gigi yang baik, Kita dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
Klinik Pergigian UTC Seremban
Kredit: Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Caj Rawatan Pergigian - Klinik Pergigian UTC Seremban |
UP-DATED:
Makluman Pindaan Waktu Operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) Di Seluruh Negara Mulai 22 Januari 2019
Berdasarkan kepada kajian yang telah dilaksanakan sebelum ini, Kementerian Kewangan (MOF) telah menetapkan waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre atau UTC) seluruh negara dari 8.00 pagi hingga 7.00 petang. Walau bagaimanapun, maklum balas yang diterima daripada orang awam memohon supaya operasi UTC di beberapa lokasi tertentu dibuka sehingga 10.00 malam. MOF telah mengkaji kesesuaian UTC yang boleh melaksanakan waktu operasi tersebut dan menetapkan tujuh buah UTC yang terletak di dalam pusat membeli-belah untuk dilewatkan waktu operasinya.
Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa mulai 22 Januari 2019, waktu operasi UTC seluruh negara adalah ditetapkan seperti berikut:
Waktu Operasi UTC seluruh negara mulai 22 Januari 2019 |
Kredit: Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
tak pernah try pi kenek gigi yg kt utc, ok jgk kan kak... walaupun tak la tiptip mcm kt klinik private tp dengan rm2... oklah tu kan,
BalasPadammurah je feesnya ...senang la ada klinik gigi kt utc yg dkt ngan Mrs A....tk rmi org suka pi dentist hehe...ni opis pn ada juga peruntukan utk ke dentist tp klinik yg doktor best tu jauh plak skarang sejak tukar lokasi opis baru..jd mmg susah la sgt nk ke dentist..opis lama dlu mmg sebelah je...time break jumaat pn bole pegi hehe
BalasPadamAlamak..mcm kena ja ngan cheery, mmang tngah sakit Gigi nih. Huhu
BalasPadamhai Mrs A ! salam tahun baru! eheee~ wahhh syoknya pergi scaling gigi berjemaah. murah pulak tu ye buat kat UTC. ana ni sampai skrg takut nak jumpa dentist hehe
BalasPadamenam bln sekali plg bgs... bgs laa aqil ni xtakut g dentist 👍👍
BalasPadamMESTI RAJIN BUAT SCALING GIGI TU BARU MEMANCAR SINAR PUTIHNYA
BalasPadamZumal ni lepas keluar sekolah dah tak pernah jumpa doktor gigi. Entah apa situasi gigi ni pun tak tahu la...
BalasPadamMemang teringin nak gi jumpa dentist tp tulah yg pertamanya seram yang keduanya harga nak kena bayo tu boleh tahan mahei...tu yg terus tak jadi nak jumpa hahahha...
BalasPadamokklah sangat tu kan.... rugi kita tak guna kemudahan yg diberikan...Ingat nak pi jugaklah
Masih murah lagi ye buat gigi di klinik kerajaan. Tapi dengar dentist je dah kecut perut.
BalasPadamHoho krna pegang sendiri ke benda sedut tu
BalasPadameh.. ada klinik gigi kat UTC Seremban ek?? esok lusa bleh gi.. thanks for info. :-)
BalasPadamtak pernah buat treatment putihkan gigi..scaling je sekali-sekala..
BalasPadamlama tak pegi utc.. hehe
BalasPadamThankyou info mrs. A ! Mmng tgh sakit gigi skrg ni. Gigi berlubang...ni g tampal gigi ..ngilu sgt
BalasPadamNak pergi jumpa doc gigi, debarannya macam nak jumpa bakal mak mertua.. hehehe..
BalasPadam