Persediaan Kembali Ke Sekolah Di Zulda Masri - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Persediaan Kembali Ke Sekolah Di Zulda Masri

28 Disember 2018

Persediaan Kembali Ke Sekolah Di Zulda Masri

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Persediaan Kembali Ke Sekolah Di Zulda Masri.

Cuti sekolah tinggal lebih kurang lima hari aje lagi. Mesti ramai ibubapa sekarang ni sedang sibuk membuat persiapan terakhir kembali ke sekolah anak-anak. Tak terkecuali jugalah Mrs. A ni. As usual Mrs. A dan Mr. A ni memang sejenis suka membeli-belah last minutes.  Persediaan Kembali Ke Sekolah Di Zulda Masri. Mujurlah di Zulda Masri ni semua ada hew! hew! hew!

Tahun ni Aryssa pergi membeli keperluan sekolahnya dengan Mrs. A terlebih dahulu. Beli di Zulda Masri aje senang. Lagipun sekarang ini Zulda Masri tengah buat promosi kembali ke sekolah sehingga 31 Disember 2018. Sementara Adik dan Along pergi dengan Mr. A. Alhamdulillah Aryssa dan Along tak banyak permintaan pun mereka sekadar membeli apa yang perlu sahaja sebab baju-baju sekolah masing-masing masih elok dan muat lagi. Cuma Adik ajelah yang extra sedikit keperluan dia almaklumlah baru masuk form one so uniform memang semua kena beli yang baharu.

Zulda Masri
Persediaan Kembali Ke Sekolah Di Zulda Masri
Dua tahun sebelum ini selalunya Mrs. A lebih suka membeli keperluan sekolah anak-anak time balik kampung di area Masjid Tanah ada satu kedai favourite tu tapi bila tengok harga dah lebih kurang sama jer... dengan Zulda Masri tu yang beralih arah tu. Lagipun Zulda Masri ni dekat sangat dengan area rumah bila-bila masa boleh singgah.

Kedai Zulda Masri ni terletak di area Ampangan sebaris dengan 7 Eleven iaitu di seberang jalan berhadapan dengan bangunan UTC Ampangan. Segala macam keperluan sekolah ada di Zulda Masri from head to toe. Baju-baju seragam pandu-puteri, pengakap, kadet polis, beg sekolah, kasut, tudung, stokin, alat tulis haish!! pendek kata macam-macam ada. Pergi aje kat Zulda Masri ni semua benda dapat dicari di bawah satu bumbung ha! gitewww....

Zulda-Masri
Aryssa semua dah dapat tu sedang cari kasut pulak ni
Keperluan sekolah Aryssa dah settle time pergi dengan Mrs. A tu. Adik juga dah settle Adik pergi dengan babah dia sebelah malam time cuti Christmas sebelum ni. Sementara Along malam tadi settle jugak membeli bersama babahnya.

Buku-buku tulis Aryssa dan Along Mr. A dah pergi settle last Wednesday. Time ni hari pertama Koperasi sekolah buka ramai sangat ibubapa membeli buku kata Mr. A beratur panjang. Itulah Mrs. A dah bagi tahu bawalah Aryssa dan Along sekali hurm... tak nak pulak. So bapaknya bertabahlah masuk barisan ya.

Zulda-Masri
Buku-buku tulis zaman sekarang color-colorful
Okay lega rasanya hampir kesemua checklist dah bertanda 'right' untuk keperluan anak-anak kembali sekolah. Cuma tinggal Adik sorang belum settle lagi buku-buku dia. Adik form one esok Sabtu 29.12.2018 adalah merupakan hari suaikenal dan pendaftarannya In Syaa Allah esok baru nak kasi settle.

Mrs.A percaya kepada mereka yang mempunyai anak-anak yang bersekolah adalah  menjadi satu kelegaan dan kegembiraan apabila dapat memenuhi keperluan anak-anak. Begitu jugalah apa yang Mrs. A rasakan sekarang iaitu satu perasaan lega dan sangat bersyukur.


11 ulasan:

  1. sana sini ibu bapa sibuk dengan persiapan anak-anak ke sekolah kan Mrs A, apapun semoga terus sukses dunia akhirat untuk tahun 2019 ini.. Aamiin

    BalasPadam
  2. dulu buku tulis kaler brown je, cuma ada nama & lencana sekolah...sekrg meriah, pelbagai warna..budak2 mesti suka..

    BalasPadam
  3. Betul tu Mrs A.. settle kelengkapan sekolah anak, lega je rasanya..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah settle semua mesti rasa lega kan :)

    BalasPadam
  5. kita semua dah settle awal . tinggal nak tunggu baby keluar je dalam perut ni . .tapi persediaan kita untuk anak sek pun tak lah banyak sangat sebab baru je nak masuk tadika agama johor . . cuma risau je bersalin time hari sekolah . maulah kelam kabut suami tu nanti . huhu ..


    jemput join segmen blogwalking kita

    http://nurulaineddihar.blogspot.com/2018/12/segmen-blogwalking-by-nurul-ain-eddihar.html

    BalasPadam
  6. dah hjg2 ni lg sibuk mak ayah siapkn kelengkapan ank2.. pegi shopping mall penuh org

    BalasPadam
  7. Wah dh senang hati dh. Selamat bersekolah sesi 2019 adik, along n Aryssa. Buku tulis kita dulu warna cekelat kertas tu je hahaha

    BalasPadam
  8. Zaman sekarang perbelanjaan persedian kembali kesekolah boleh mencecah ke ribu ringgit.

    BalasPadam
  9. Selamat kembali ke rutin asal untuk Mrs.A dan anak-anak ye. Semoga dipermudahkan urusan

    BalasPadam
  10. Tahun nie, teman tak ada buat persiapan untuk sekolah anak pun... sekarang nie tengah fikir plan home schooling je...

    BalasPadam
  11. Bagus ada semua barang di satu tempat jer

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©