Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
#SBAM2018 - Day 1
Okay meh! sini Mrs. A sambung lagi citer Sukan Bekalan Air Se-Malaysia a.k.a SBAM2018 di Johor yang dah hampir dua minggu berlalu itu. Teaser baca [
SINI] Sedang yang dalam bas Mrs.A seronok-seronok otw tu dapat pula khabar dari satu van yang bawa team ping-pong tersadai tak boleh nak teruskan perjalanan gara-gara air-cond van bermasalah. Kesian... kat team fing-fong itu, mujur team netball tak naik van itu tadi. Solutionnya mereka terpaksa tunggu van ganti sampai barulah boleh meneruskan perjalanan.
Lain-lain kenderaan alhamdulillah perjalanan smooth and steady. Setelah kurang lebih satu jam perjalanan bas berhenti di R&R Pagoh untuk breakfast dan buatlah apa yang patut ngeh! ngeh! ngeh!
|
Haruslah team netball bergambar kat R&R Pagoh itu cumanya tulah signboard tu tak nampak la pulok!! |
Kemudian bas pun meneruskan perjalanan ke Johor to be exact tempat yang we all tuju adalah Educity Sports Complex, Nusajaya untuk acara perasmian SBAM2018. Kontinjen-kontinjen dari serata negeri mestilah register selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengahari. Alhamdulillah kontinjen SAINS sampai dalam waktu yang just nice. Sewaktu we all sampai pun dah ada beberapa kontinjen dari negeri lain yang sampai. Ialah dari apa yang Mrs. A dengar ada negeri yang jauh-jauh tu macam Sarawak dan Selangor mereka dah tiba awal iaitu sehari sebelum hari kejadian.
|
Pentas utama dalam Indoor Arena |
Dalam jadual majlis perasmian akan bermula lebih kurang pukul 3.00 petang iaitu selepas solat Jumaat. Walaupun pada awalnya diwar-warkan ianya akan dirasmikan oleh Menteri Besar Johor tetapi pada hari kejadian MBJ tidak dapat hadir dan beliau telah mewakilkan YB Jimmy Puah Wee Tse (Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan & Utiliti) untuk menyempurnakan majlis pembukaan dan perasmian SBAM 2018.
Sementara menunggu pukul 3.00 tu we all yang perempuan ni kebanyakkannya ada jer... kat perkarangan Indoor Arena tu. Lunch untuk tengahari tu telah disediakan oleh SAJRanhill siap-siap. Kebanyakkan kontinjen pun makan kat situ jer... Nak solat zohor pun selesa ada surau disediakan cantik dan bersih. telekung pun tersedia dalam 5 ke 6 helai baru-baru lagi.
Okay jom layan gambar sewaktu acara pembukaan dan perasmian. Mula-mula adalah acara perarakan masuk kontinjen-kontinjen. Yang berarak tu bukan semua pun hanya yang dipilih oleh syarikat masing-masing sahaja maksima dalam 36 orang termasuk Pembawa Pelekat, Pembawa Bendera dan Ketua Kontinjen.
|
Kontinjen tuan rumah |
|
Inilah kontinjen we all. |
|
Pembawa Pelekat tu diwajibkan memakai pakaian tradisional negeri masing-masing |
|
Tu dia pemenang acara perbarisan iaitu kontinjen daripada negeri di bawah bayu Sabah ba |
|
Kesemua kontinjen yang turut serta pada SBAM 2018 adalah sebanyak 15 negeri termasuk SPAN dan KATS |
|
Ada juga persembahan tarian zapin selain dari nyanyian |
|
Setelah selesai berucap YB Jimmy Puah turun untuk memberi souvenir kepada setiap wakil kontinjen |
Fuh! serius meriah terasa macam sukan olimpik uols, grand dan gilang-gemilang betul acara majlis pembukaan dan perasmian SBAM 2018 ini, sangat berbeza dengan yang sebelum-sebelum ini. 'Thumbs up' buat SAJRanhill sebagai tuan rumah kali ini we all sangat kagum dan terhibur. Kalau tak percaya boleh tengok video kat IG Mrs. A tau dan mohon follow sekali @mrsablogstori Ooopsss... sempat iklan la pulok! muahahhhaaaa....
Setelah habis acara pembukaan dan perasmian tersebut maka kontinjen-kontinjen pun teruja pula nak ke tempat penginapan masing-masing as for kontinjen SAINS we all gerak ke Pulai Springs Resort lebih kurang setengah jam perjalanan daripada Educity Sports Complex.
|
Selamat datang ke Pulai Spring Resort sayalah #dragon penjaga sini hahahaha... dragon ini ada di ruang lobby ramai betul peminat yang nak bergambar dengan dia |
|
Views dari room 502 room Mrs. A lettew.. |
|
dan tiga orang lagi room mates |
|
satu room deluxe |
|
dan satu room lagi king size bed Mrs. A pilih yang ni |
|
3 in 1 pun ada tersedia setiap hari depa top up |
Alhamdulillah leganya dapat berehat lepas tu walaupun malam tu ada kenderaan disediakan kepada mereka yang nak keluar dinner atau beli keperluan apa yang patut tapi we all tak keluar pun letih dah seharian diluar lagipun kena tidur awallah esok nak games.
Okay tamat kisah #SBAM2018 - Day 1 nanti Mrs. A sambung lagi ya.. In Sha Allah minta-mintalah Mrs. A rajin nak menulis.