Hari Terbuka LRA Gemas Sempena Hari Air Sedunia 2017 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Hari Terbuka LRA Gemas Sempena Hari Air Sedunia 2017

20 April 2017

Hari Terbuka LRA Gemas Sempena Hari Air Sedunia 2017

As Salam and greetings to dear readers.

Hari Terbuka LRA Gemas Sempena Hari Air Sedunia 2017. Oleh kerana Mrs. A salah seorang jawatankuasa khas yang kena bertugas di sana pada hari tersebut sajalah nak share cerita di tempat kejadian. Walaupun hari air sedunia dah hampir sebulan berlalu tetapi syarikat memilih 18 April 2017 sebagai sambutan dan penutup dengan mengadakan hari terbuka loji rawatan air Gemas. 

Okay cerita sedikit apakah itu hari air sedunia? Hari air sedunia, pada 22 Mac setiap tahun merupakan salah satu cara untuk menangani krisis air. Hari ini 1.8 bilion orang menggunakan sumber air yang tercemar meletakkan mereka berisiko dijangkiti taun, disentri, demam kepialu dan polio.

Pada tahun 1993, Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu secara rasmi telah menetapkan 22 Mac sebagai Hari Air Sedunia. Hari Air Sedunia diselaraskan oleh UN-Water dengan kerjasama kerajaan dan agensi terlibat.

Tema hari Air Sedunia pada tahun ini adalah Air Sisa (Wastewater) Mengapa Air Sisa? Di Peringkat global, sebahagian besar air kumbahan dari rumah kita, bandar-bandar,industri dan pertanian mengalir kembali ke alam semula jadi tanpa dirawat atau digunakan semula secara tidak langsung akan mencemarkan alam sekitar.

Daripada membazir air sisa, kita boleh mengurangkan dan menggunakannya semula. Di rumah kita boleh menggunakan semula air sisa sebagai siraman tanaman hiasan. Manakala di bandar-bandar kita boelh merawat dan menggunakan semula air sisa untuk kawasan hijau. Industri dan pertanian pula kita boleh merawat dan mengitar semula pelepasan air sisa untuk perkara-perkara seperti sistem penyejukan dan pengairan.

 

Okay! sambung semula cerita Hari Terbuka LRA Gemas. Pelbagai aktiviti telah diadakan bersempena dengan hari terbuka LRA Gemas tersebut di antaranya adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak Tadika Kemas, seramai 50 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian.

Jom layan gambar.
hari air sedunia
Ha! tengok tu kusyuk dek mewarna logo hari air sedunia 2017
hari air sedunia
Alat-alatan mewarna disediakan oleh syarikat dan diberikan terus sebagai cenderahati
hari air sedunia
Ada jugak abang yang datang support

hari air sedunia
Ini pula sedang kusyuk mendengar pengumuman pemenang. Seramai 15 orang pemenang telah dipilih berdasarkan siapa mewarna paling kemas dan cantik.
Selain daripada Tabika Kemas tu terdapat juga penglibatan daripada 7 buah sekolah lain iaitu lebih kurang 280 orang pelajar dan guru-guru yang turut hadir memeriahkan hari terbuka LRA Gemas. Sambutan memang meriah sesangat walaupun tempatnya tersangatlah jauh daripada bandar Seremban. iaitu kira-kira dua jam perjalanan. 

Ha! nak tau tak Mrs. A kena berada kat office seawal pukul 6.45 pagi time tu sebab transport akan bergerak paling lewat pukul 7.00. Actually bukanlah Mrs. A seorang yang harus berada seawal 6.45 pagi tu semualah jawatankuasa khas yang terlibat sama tu. Meh! belanja gambar.

hari air sedunia
Jawatankuasa khas gegirls daripada pelbagai bahagian dan unit yang terlibat. Cer cari mana satu Mrs. A? ngeh! ngeh! ngeh!
Kebiasaanya apabila syarikat mengadakan hari terbuka di mana-mana LRA pilihan a.k.a yang terpilih pada tahun tersebut. Maka inilah  masanya peluang terbuka bagi orang ramai untuk melawat ke loji rawatan air syarikat bagi melihat sendiri kaedah pemprosesan air mentah.  

Syarikat juga akan turut menjemput pelbagai jabatan kerajaan dan agensi swasta untuk turut serta mengadakan pameran dengan membuka kiosk masing-masing. 

Pada tahun ini antara jabatan yang turut serta adalah Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM). Manakala agensi swasta pula adalah Indah Water Konsortium (IWK), SWM, SWCorp, Forum Air dan tidak ketinggalan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Bagi acara perasmian penutup hari terbuka LRA Gemas sempena hari air sedunia 2017 tersebut syarikat telah menjemput YB Dato' Abdul Razak bin Ab Said merangkap ADUN, Gemas untuk menyempurnakan majlis dengan simboliknya memotong reben pada bingkai gambar yang telah disediakan. Selain itu turut hadir sama mengiringi YB Dato' adalah Pegawai Daerah Tampin, ketua-ketua Jabatan Kerajaan dan Pengurusan Kanan syarikat.

Okay biarlah gambar bicara pulak!

Hari air sedunia
Setiba sahaja YB Dato' Abdul Razak diminta menandatangani buku registration
hari air sedunia

hari air sedunia
Kiosk Uitm diserbu SMK Gemas
hari air sedunia
Krew NegeriFM sedang menghiburkan para hadirin 
hari air sedunia
Krew NegeriFM sedang anjurkan kuiz siapa dapat jawab dapat hadiah
hari air sedunia
Happening betul dua orang DJ NegeriFM nih!
hari air sedunia
Finally of courselah  JK bergambar bersama beramai-ramai gitew!
Okay itu sahaja nak share kisah Hari Terbuka LRA Gemas Sempena Hari Air Sedunia 2017, dengan pesanan "bil air jangan lupa bayar ya!...."


Credit to WWD and WA group JK HAS 2017

9 ulasan:

  1. tak tahu pun ada hari air sedunia..teruk tul suki..

    BalasPadam
  2. Eh bagusnya lah ada acara sebegini. tahniah jadi ahli jawatan kuasa n tqq for sharing this :)

    BalasPadam
  3. Hahaha serious tak pernah tahu ada hari air sedunia. Harap Melaka pon ada anjurkan juga haha..

    Hye, jom datang baca post baru AMERZING || http://ameridzuan.blogspot.my/2017/04/men-minimalist-fashion.html

    BalasPadam
  4. Tak pernah tahu ada hari cam gini. Seronoknya la bila ada prgm cam gini kan.

    BalasPadam
  5. Serius, baru siqah tahu ada kewujudan hari Air sedunia :)

    BalasPadam
  6. Setuju dengan yang lain-lain. tak pernah tahu pula ada hari air sedunia hehe.
    Bila tengok budak-budak tu mewarna rasa macam rindu pula zaman budak-budak dulu.
    saya antara budak yang rajin join pertandingan mewarna hahaha.

    BalasPadam
  7. prog mcm ni x sah kalau tak ada colouring contest kan? ;-)

    BalasPadam
  8. Salam ziarah,
    Jemput singgah blog saya untuk menambah koleksi tudung dan hijab anda
    akinascarves.blogspot.my

    InsyaAllah bermanfaat :)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©