Teman Mak Pergi Mesyuarat - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Teman Mak Pergi Mesyuarat

17 April 2017

Teman Mak Pergi Mesyuarat

As Salam and greetings to dear readers.

Teman mak pergi mesyuarat. Last Saturday Mrs. A and kids balik kampung cos mak Mrs. A nak pergi Mesyuarat Agong Pergerakan Wanita UMNO ngeh! ngeh! ngeh! #tolongjangankecam Amvoi! kemain mak tu ha! gigih suruh anak-anak dia turut serta tau. 

Bukan setakat Mrs. A aje dia berharap agar dapat balik kampung tu Kakngah Mrs. A pun sama dia minta balik jugak. Siap pesan "notis panggilan mesyuarat dedua ada nih! nanti kalau tak datang tak cukup korum" katanya. Hah! ha..ha..hai! lah emak punya pasal we both layankan aje yang penting mak happy.
Mesyuarat
046 tu no lucky draw Mrs. A. Alhamdulillah lucky uols dapatlah shower foam, ubat gigi dan syampu ngeh!ngeh!ngeh!
mesyuarat
Sebelah seat untuk wanita dan sebelah seat untuk lelaki. 
Ketua Umno cawangan kampung Mrs. A sedang menyampaikan ucapannya. Dia sedikit kuciwa dengan kehadiran yang sekadar cukup korum sahaja. Namun tetap bersyukur mujur jugaklah cukup korum tu iaitu 59 out of dua ratus lebih dapatlah jugak mesyuarat dijalankan. 

Cer bayangkan kalau Kakngah dengan Mrs. A tak hadir, ada kemungkinan besar jugak mesyuarat tidak dapat diteruskan. Nampak tak, nampak tak??!! besar jugak peranan we both tu [poyo jer]. Kesian orang-orang kampung dahlah kebanyakkannya senior citizen.

Tapi itulah apsal pilih tarikh tetengah bulan Tok Ketua oii!!! kami belum dapat gaji lagik!

mesyuarat
Jaga-jaga ada pemerhati ya...
mesyuarat
Peace yo! budak tecik ni pun nak teman nenek jugak
mesyuarat
Wefie dua beradik penting tu nak up-date kat group WA muahhhaaaaa....
Lebih kurang pukul 5.00 petang cenggitu mesyuarat pun selesai! Nak tau apa yang best sekali kalau pergi mesyuarat di balai raya kampung ni? Bila tanya Mrs. A tentulah makanan-makanannya cos tukang masak tu memang pandai masak, masakan dia semua yang Mrs. A makan sodap yo! 

Macam tahu-tahu pulak tu Mrs. A suka nasi himpit kuah kacang kebetulan adalah pulak. Actually makan dengan kuah lontong tapi Mrs. A lebih suka makan dengan kuah kacang aje. Penuh satu mangkuk untuk Mrs. A ngeh!ngeh!ngeh!

Lagi satu kebetulannya ketiga-tiga nombor lucky draw tu [emak, kakngah, Mrs. A] bertuah. Mula-mula nombor Kakngah naik iaitu 067, kemudian nombor emak 047 dan last sekali nombor Mrs. A 046. Alhamdulillah rezeki.

Alrite itu sahaja nak share kisah Teman Mak Pergi Mesyuarat.

15 ulasan:

  1. Syioknya dapat lucky draw 🎉 Tahniah, tahniah. Rezeki dapat lucky draw, rezeki dapat makan makanan favorite 😉

    BalasPadam
  2. sama laa sy kalu ikut g mesyuarat nak tggu part mkn je hahahahaha

    BalasPadam
  3. datang mesyuarat part paling best sekali adalah makanan... hehehe..

    BalasPadam
  4. Wahh rezeki tu duapay lucky draw berturut2 :D

    BalasPadam
  5. SAMBIL BERMESYUARAT DPT MKN SEDAP OKLH TU HEH..HEH..

    BalasPadam
  6. Part makan plg best kan. Selalu cari satay dulu kalau ada. Hehe

    BalasPadam
  7. Laaaaaa..... lebih cerita makan dari cerita mesyuarat,

    BalasPadam
  8. Pernah kena heret dengan mak untuk mesyuarat umno masa PRU sebelum nie.. Memang part makan je yang best.. haha

    BalasPadam
  9. hahaha...bak kata my lecture mesyuarat sepuluh kali tapi takda apa2 kata sepakat pon...lagi baik kita makan dulu ahli2 jemaah sekalian..

    BalasPadam
  10. dah keje ofis ni, sama la.. asal mesyuarat je, makan.. asal makan je, mesyuarat.. hahahaah

    BalasPadam
  11. hehee bila miting, time mkn paling best.. ekekeke

    BalasPadam
  12. Rezeki betul tu Mrs. A semuanya dapat nombor bertuah! hehehe
    part makan memang paling best dalam mana2 majlis keh2.

    BalasPadam
  13. wahhh, tahniah keluarga sis, bertuah semuanya!

    BalasPadam
  14. Rezeki MRs A dapat lucky draw! Tahniah semua. Murah rezeki semua :)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©