September 2016 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: September 2016
Salam Maal Hijrah 1438H

Salam Maal Hijrah 1438H

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Maal Hijrah 1438H Mrs. A ucapkan buat readers blog. Maal Hijrah bersama hayati hijrah.

'Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah'
1 Muharram 1438H bersamaan 2 Oktober 2016. Semoga tahun ini membawa keberkatan kepada kita semua.



Kredit: Google image

Happy Wedding Anniversary

Happy Wedding Anniversary

As Salam and greetings to dear readers.


Today 29092016 15 tahun yang lalu Mr. and Mrs. A telah selamat diijabkabulkan. Tahun-tahun sebelum ini we both and kids selalunya sambut kecil-kecilan. Biasalah acara wajibnya haruslah cutting the cake.

Tapi tahun ini rasa macam tak dapat aje nak celebrating and cutting the cake tu huwaaa...huwaaa...huwaaaa... nangis kat tepi bucu katil.

Mr.A ada kat sini ha! kali ini sakit G pulak
Okay! share sikit ayat-ayat cinta ni [ingatan untuk diri sendiri]

Tak perlu mencari teman secantik Balqis, jika diri tak seindah Sulaiman,
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusuf, jika kasih tak setulus Zulaikha,
Tak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim, jika tak sekuat Sarah,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah, jika diri tak sesempurna Rasullulah S.A.W
Tak guna ada Mata kalau tak dapat melihat, tak guna ada Hati kalau tak tahu menilai...

Happy 15th Wedding Anniversary to us. Semoga berkekalan sampai ke Jannah.

Wordless Wednesday #88

Wordless Wednesday #88

As Salam and greetings to dear readers.

Ini baru betul Banana Split

SKINFOOD : worth RM200 set (Korean Beauty)

SKINFOOD : worth RM200 set (Korean Beauty)

Bismillahhirrahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers. Oleh kerana Mrs. A telah ditag oleh rakan blogger Aina Yazid kekdahnya Mrs. A pun dengan segera menjoinkan diri cos closing datenya adalah hari ini 26 September 2016.

Mangsa tag Mrs. A tak lain dan tak bukan adalah My Life / LZ / Naddy

Kena buat slogan jugak....
KLIK for details

Saya nak menang Set Skinfood kerana pernah menggunakan lipstik dan lipgloss jenama Skinfood sebelum ini ternyata ianya sesuai dengan diri saya. Oleh kerana saya tamak jenama ini maka kalau dapat percuma lagilah berbaloi-baloi.


School Attack Di SKKGV

School Attack Di SKKGV

As Salam and greetings to dear readers.

This morning 22092016 gigih Mrs. A hantar Adik dah Aryssa seawal jam 6.30 pagi. Ini semua gara-gara Adik yang masuk persembahan silat sempena School Attack yang datang ke sekolah depa. 

Segak macam pahlawan serba hitam gitu. Tapi sayang bila Mrs. A nak snap gambar Adik tak nak la pulok. Tapi takpe later mesti ada gegambar tu kat group WA In Sha Allah.

School Attack merupakan projek TV3 kids bersama TV9 khusus kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan. Ada pelbagai jenis aktiviti dan permainan berbentuk sukan riadah tujuannya semestilah untuk menjana minda cerdas kanak-kanak.

Kredit photo to FB pages TV9 Di Hatiku
Adik memang excited sungguh this morning seawal 5.30 pagi dah bangun. Adik yang kejutkan Mrs. A hahhaaa... Katanya "Ibu artis pun ada datang tau, itulah Ibu kerja pulak tak dapatlah tengok artis". Amboi! tolong fokus kat persembahan awak tu ya jangan silap langkah pulak nanti. Takde makna nak retis-retis sangat dik hoi!

School Attack di SKKGV sekarang. #schoolattack #bananana
Worldless Wednesday #87

Worldless Wednesday #87

As Salam and greetings to dear readers.

Lost In Life?

Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh

Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh

As Salam and greetings to dear leaders.

Selamat hari Isnin. Tiba-tiba terajinlah pulak nak join Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh bila terbaca tuan blog punya reminder. Lagipun suka tengok coin purse Amsterdam yang cute tu manalah tahu kot-kot ada rezeki menang coin purse tu ngeh!ngeh!ngeh!

KLIK untuk tahu lebih lanjut
Mrs. A suka join GA yang syarat-syaratnya mudah dan pendek macam Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh iniler... Okay! Mrs. A sudah,!!..


Moh Ghayo Kek Sekolah 2016

Moh Ghayo Kek Sekolah 2016

As Salam and greetings to dear readers.

Throwback cerita Moh Ghayo Kek Sekolah 2016, dah lama benar duk kat draft malam tadi dah touch itu pasal dah boleh publish.

Tahun ini merupakan tahun ketiga Mrs. A turut serta dalam annual event Alumni ex-STAD aka Alumni Bekas Pelajar Sekolah Tunku Ampuan Durah. Kalau nak baca cerita  tahun lepas klik Ghayo 2015 dan dua tahun lepas klik Ghayo 2014. Moh Ghayo Kek Sekolah ini bermula sejak tahun 2013 tapi tahun pertama tu Mrs.A tak join pun.

Event Moh Ghayo Kek Sekolah ini terbuka kepada semua ahli Alumni ex-STAD tak kira di mana jua anda berada. Yuran pendaftaran untuk menjadi ahli adalah RM10.00. Untuk menjadi ahli seumur hidup yuran adalah sebanyak RM150.00. Ahli biasa RM3.00/bulan atau RM36.00 setahun bayaran boleh di buat setiap bulan atau setahun sekali. Kalau nak tahu detail boleh email di alumnistad@yahoo.com

Tajuk event memanglah hari raya tapi tarikh sebenar kejadian dah habis hari raya pun. Macam tahun ini tarikh event tu adalah pada 20 Ogos 2016 iaitu dah tiga minggu habis Syawal hah! Menurut AJK dan juga pihak penganjur, bukanlah mereka sengaja memilih tarikh lewat sangat dari hari raya sebenar tetapi dewan sekolah yang tiada kekosongan.

Pada kebanyakkan tarikh semasa masih di bulan Syawal dewan telah terlebih dahulu di tempah oleh pelbagai agensi dan juga individu. Kenalah ikut first come first servekan... kalau tak? Tak adillah pula.

Actually sebelum event hariraya berlangsung di sebelah paginya telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke - 9. Tahun ini tiada pemilihan AJK kerana ianya telah diadakan pada tahun lepas kalau tak silap Mrs. A pemilihan AJK dilakukan dua tahun sekali.

Ketibaan para jemputan lebih kurang pukul 11.00 pagi
Inilah dia barisan AJK/Urusetia event yang terdiri daripada pelbagai Batch
AJK/Urusetia event dari Batch yang sama dengan Mrs. A
Selain daripada jamuan makan, event juga dimeriahkan dengan beberapa lagi acara lain iaitu persembahan kumpulan dan juga solo dari pelbagai batch yang hadir. Kemudian diselang-selikan dengan lucky draw dari awal hingga habis event. Macam-macam lucky draw ada. 

Ada jugak pertandingan santai seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu kategori pakaian mengikut tema lelaki/wanita, pasangan sedondon, family sedondon, pasangan sejoli (dua-dua bersekolah di STAD), bekas pelajar paling jauh dan juga paling muda, batch paling ramai hadir dan persembahan terbaik.

Okay! meh kito layan gambar.

Pemenang Persembahan Terbaik dari batch 94
Eh! eh! eh! tak sangka Mrs. A menang uols. Kategori wanita pakaian ikut tema. Ha! bukan setakat pakaian aje tau kasut tudung, handbag, mata semualah cokelat gitu...
Pemenang Pasangan Sedondon (2 tahun berturut-turut)
Pemenang/penghargaan bekas pelajar paling jauh iaitu dari Kucing, Sarawak.
Pemenang Batch paling ramai hadir iaitu Batch '81
Kemain Aryssa!! happy sangat dapat bergambar dengan Aunty Marisa katanya
Antara batch Mrs. A yang hadir 
Mr A and the gang
Banyak sangat jurugambarnya tak tahu nak tengok mana satu
Sekeluarga bergambar bersama Marisa Yasmin junior Mrs.A time sekolah
Kemain Mr.A tu senyum sampai ke telinga bila bergambar dengan retis cun
Classmate and Aspuri time form 4 - 5
Mrs. A ingat , dah tinggi dah rupanya Marisa lagi tinggi.
Ferfeeling no feeling
Ha! nak tahu tak apa hadiah yang Mrs. A menang tu??? Lucky draw pun Mrs. A dapat jugak tau tapi pyjamas jer... Hadiah yang menang "pakaian ikut tema" tu adalah blender. Macam tahu-tahu aje Mrs. A memang berkira-kira nak beli blender pun, jadinya tak payah beli cos dah dapat free of charge. Alhamdulillah.

Okay! itu saja nak shared cerita Moh Ghayo Kek Sekolah 2016 semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan hingga ke Jannah. In Sha Allah.


Sesetengah photo kredit to FB pages ex-STAD
Cerita Hariraya Aidiladha 2016

Cerita Hariraya Aidiladha 2016

As Salam and greetings to dear readers.

Rasanya belum terlambat lagi untuk Mrs. A ucapkan selamat hariraya Aidiladha a.k.a hariraya korban a.k.a hariraya Haji buat readers blog Mrs. A ini. Walaupun hari ini umum sedia maklum wordless Wednesday katanya tapi tak dapatlah nak wordless sangat cos dah empat hari tak up-date blog. Nampak sangat tu derhaka pada blog kansss??

Actually bukanlah Mrs. A tak nak up-date tetapi line Cxxcxx di kampung Mrs. A pada hariraya Aidiladha tahun ini sangatlah teruk. Terputus habis dari dunia alam maya bukan setakat blog lain-lain media sosial pun sendu aje, tapi takpelah Mrs. A okay jer...

Hariraya Aidiladha tahun ini alhamdulillah Mrs. A dan keluarga diberi rezeki olehNYA untuk menunaikan ibadah korban. Korban seekor lembu di taman tempat Mrs. A tinggal tu tapi Mrs. A tak pergi pun time lembu tu disembelih cuma Mr. A aje yang pergi.

Actually plannya pada hariraya tu nak join konvoi side Mr. A ke kampung Balun di Slim River, Perak iaitu balik ke kampung M.i.l. ntah macam mana pagi raya tu Mr. A kata tak jadilah cos dia kurang sihat rasa tak fit nak drive. Kids pun suka aje tak membantah Mrs. A pun okay jer... lagipun lepak-lepak kampung sendiri tentulah lebih nikmat ngeh! ngeh! ngeh!

Hariraya Aidiladha kat kampung Mrs. A takde pun budak-budak datang beraya walaupun juadah raya macam-macam ada. Ada nasi himpit kuah kacang, rendang daging, rendang ayam dan juga lemang tapi we all ajelah yang makan. Hurmmm... nampak sangat zaman dah berubah. Berbeza dengan zaman Mrs. A kecik-kecik dulu hariraya Aidiladha tetap jugak beraya rumah jiran-jiran.

Aktiviti pagi raya we all adik-beradik pergi ziarah kubur orang-orang yang kami sayang yang telah dikebumikan di kampung ini. 
Al-Fatihah buat arwah Abah, Uwan dan PakNdak semoga aman-damai di alam sana

Selepas itu dah takde apa nak buat Mrs. A pun gait rambutan gigih dengan berbaju kurung tu muahhaaaaa...

Gait jangan tak gait
Kemudian Bangah ajak pergi Mydin Hypermarket, kat Tampin yang baru buka tu. Apa lagi 'on' ajelah. 

Adik dengan ayah (bangah) boleh pulak sedondon

Ait... Mrs. A pun sedondon dengan bangah ha!!! yang sorang lagi peace yo tu kakngah (my elder sister)
Lepaking kat Mydin, Tampin sampai lebam dah tu baru ler... balik.  Shoppingnya tak banyak mana pun setakat beli breeze aje ngeh!ngeh!ngeh!

Kepada readers yang melakukan ibadah korban semoga kita berjaya membuat korban terbaik serta dirahmati dan diberkati Allah S.W.T. In Sha Allah.

Okay! itu sahaja nak shared cerita hariraya Aidiladha 2016. 

Salam Jumaat : Doa Untuk Hilangkan Migrain & Sakit Kepala

Salam Jumaat : Doa Untuk Hilangkan Migrain & Sakit Kepala


As Salam and greetings to dear readers.

Oleh kerana Mrs. A ini ada migrain a.k.a sakit kepala sajalah nak kongsikan doa ini. Iaitu Surah Al-Waqi'ah, Ayat 19. [sebagai rujukan diri-sendiri juga]
Ertinya: Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

Salam Jumaat buat readers blog Mrs. A. Doa Untuk Hilangkan Migrain & Sakit Kepala semoga bermanafaat.
Wordless Wednessday #86 - Si Kuning

Wordless Wednessday #86 - Si Kuning

As Salam and greetings to dear readers.

Hi! ibu... tolong...
Tolong... garukan pipi Kuning
Ha... macam tulah
Ouch! terlelap Kuning ha!
Kuning ini adalah kucing jantan Mrs. A yang paling tua. Anak Koko batch pertama. Sekarang dia suka buat bunyi bising sebab dia tengah biang nak mengawan. Bila Mrs. A marah suruh dia senyap dia pun datang suruh garu-garu pipi dia sambil keluarkan bunyi purring dia tu.

CPUV - Scotts DHA Gummies & Dyson Pure Cool Link

CPUV - Scotts DHA Gummies & Dyson Pure Cool Link

As Salam and greetings to dear readers.

Dah sebulan tak buka Nuffnang sebab nyampah! dah lama tak dapat CPUV ngeh!ngeh!ngeh! This morning tiba-tiba rajin pulak buka, tengok adalah pulak CPUV yang sedang on going. Walaupun ciput tapi nak up jugak. Tak kisahlah kalau ada yang kata puan blog nampak sangat dah takde benda lain nak post lettew.

CPUV On Going - Scotts DHA Gummies & Dyson Pure Cool Link
Scotts DHA Gummies ini adalah keluaran terbaru dari Scott's. Biasa kita dengar scotts emulsion jer.. sekarang dah ada gummies pulak.

Dyson Pure Cool Link hah! kat rumah yang ada kucing macam Mrs. A nih macam sesssuai jer... kalau dapat beli ni kansss???

Okay! itu saja nak shared pasal CPUV - Scotts DHA Gummies & Dyson Pure Cool Link.


Family Days Out : KL Tower & Upside Down House

Family Days Out : KL Tower & Upside Down House

As Salam and greetings to dear readers.

Rasanya macam dah lama takde family day's out, Saturday petang babahnya tanya Aryssa Sunday ada Bengkel UPSR tu kan Aryssa? Eh! takdelah Bah.. bengkel tu 4 September kata Aryssa. Kemudian Mrs. A pun check semula WhatsApp aa'ah memang betul 4 September rupanya. Tersilap tarikh da... Lalu babahnya pun mengajak we all jalan-jalan KL.

Actually tak plan pun nak pergi KL Tower & Upside Down House ni, Mrs. A yang cadangkan lepas baca kat blog I'm Suki entry dia pasal Upside Down House yang dah ada kat KL sekarang ini, macam menarik aje.

We all gerak dari rumah lebih kurang pukul 12.00 tengahari Kemudian terus pergi lunch kat Ruz Aladdin haish! macam takde tempat lain balik-balik sini. Layan yolah ada orang nak makan beriyani gam.

Mrs. A order lamb chop.

Dagingnya dipotong nipis-nipis dan tak banyak lemak
Okaylah sedap daripada yang selalu makan time lunch hour office kat Aeon tu ngeh! ngeh! ngeh!

Setelah perut kenyang barulah happy nak jalan-jalankan..kan.... Jadinya we all terus aje ke KL Tower. Mrs. A nak terus ke Upside Down House, tapi babah kata pergi KL Tower dululah.

Dah lama sangat tak datang sini last datang time muda remaja dulu time single lagiks! dah tak ingat dah tahun bila dah berbelas tahun ha!! lama tak lama tu. Dulu ada tower ini aje.

Menara ketujuh tertinggi di dunia dengan ketinggian 421 meter.

Sekarang dah ada Mini Zoo dan Upside Down House.

Upside Down House ini comel aje nak masuk kena ikut turn.
Oleh kerana Mrs. A tak menyinggah di Mini Zoo kekdahnya takdelah gambar. Kat atas KL Tower tu ada Restoren Berputar, ada observation deck dan satu ke dua lagi tempat untuk dikunjungi tapi semuanya kena berbayarlah. Mrs. A pergi observation deck aje.

Beli tiket family package iaitu wajib ada dua dewasa dan dua kanak-kanak katanya. Okaylah memang ada pun cuma terlebih seorang dewasa terpaksalah beli single tiket for adult. Family package RM95.00 Adult RM32.00.

Okay! jom layanz...gambar

Cantikkan botol air tu bentuk KL Tower
Bergambar ajelah acara paling win kat sini
Apalah yang Adik snapkan tu?
Adik apa kau buat tu ha?? Sibuklah ko nih! Long
Senang diri jaga sedia okay!
Ini budak merajuk. Tak tahu apa ceritanya dengan babah dah sentap anak dara sorang nih!
  
Dah puas explored kat observation deck tu we all pun turun nak ke Upside Down House pulak. Unfortunately sewaktu Mrs. A nak beli tiket katanya "kak kena tunggu dalam setengah jam ya... cos ramai orang kat dalam tu". Huhuuhuu...sedih dan frust Mrs. A seorang diri tau cos babah dan kids tak nak tunggu, jadinya takdelah dapat masuk. nak puaskan hati Mrs. A bergambar kat luar ajelah.

Nak ambil gambar kat sini pun payah ramai sangat orang bergambar tu yang dapat kereta sebelah aje ha
Mujur sempat ambil gambar kereta terbalik yang comel ini dari dalam kereta

Tiket untuk masuk Upside Down House ini RM15.00 for adult dan RM10.00 for kid. Oh! ya time kat KL tower tu ada service mengambil gambar. pandai aje marketing strategi depa suruh kita bergambar kemudian depa follow kita suruh beli gambar yang depa dah siap cucikan siap dengan frame segala bagai harga kemain uols RM80.00 gitew!

Okay itu saja kisah Family Days Out : KL Tower & Upside Down House. Have a nice weekend buat readers yang dikasihi semoga gembira selalu bersama family tersayang.

Solat Hajat Sempena UPSR & UPKK 2016

Solat Hajat Sempena UPSR & UPKK 2016

As Salam and greetings to dear readers.

Alhamdulillah malam tadi Mrs. A dan family berkesempatan hadir ke solat hajat sempena UPSR dan UPKK 2016 anjuran pihak sekolah Aryssa.

Walaupun cuaca hujan namun kehadiran ibubapa dan anak-anak murid tetap diluar jangkaan. Itulah yang Mrs. A dengar dari ucapan guru besar sekolah, kami jangkakan kehadiran kurang dari 500 katanya tapi alhamdulillah sambutan begitu hebat. Berdasarkan pendaftaran kehadiran pihak sekolah mendapati jumlah yang hadir melebihi 500 katanya. Syabas dan terima kasih kami ucapkan kepada murid-murid dan juga para ibubapa.

Tempat lelaki solat di dalam surau manakala perempuan pula di dalam khemah.
Mrs. A nak shared sikitlah kaifiat solat sunat hajat ambil dari aturcara program solat hajat sempena UPSR & UPKK 2016 tersebut. Program ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam.

Pengertian:-

Solat sunat yang dikerjakan untuk memohon sesuatu hajat terhadap Allah mengenai semua hal samada untuk dirinya atau orang lain.

Boleh dikerjakan sehingga 12 rakaat dengan salam setiap selepas 2 rakaat.

Waktu solat hajat yang paling baik ialah di tengah malam.

Lafaz niatnya:

Image result for lafaz niat solat hajat

"Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala"

Rakaat Pertama: Baca surah Al Fatihah sekali dan surah Al Kafirun.

Rakaat Kedua: Baca surah Al Fatihah sekali dan surah Al Ikhlas.

Kemudian membaca doa solat sunat hajat.

Oleh kerana tak jumpa doa macam ini kat google.
 Mrs. A snap jer.. dari brochure yang sekolah sediakan.
Semoga hajat dan hasrat Mrs. A sekeluarga dan juga para ibubapa yang lain dimakbulkan hendakNYA. Semoga anak-anak mendapat keputusan UPSR & UPKK yang cemerlang dan gemilang In Sha Allah.

Namun walau apa pun keputusan Aryssa Mrs. A terima seadanya. kerana Mrs. A percaya ada di antara anak-anak itu, adalah seorang artis; yang tidak perlu memahami matematik.

Ada juga berjiwa usahawan, yang tidak peduli tentang Sejarah atau Kesusasteraan Inggeris.

Ada juga berkemungkinan ahli muzik, yang mana markah subjek kimia, tidaklah berharga.

Ada ahli sukan, iaitu mereka yang kemantapan fizikalnya jauh lebih penting berbanding subjek fizik.

Jika anak-anak mendapat markah tertinggi, baguslah. Namun jika tidak, tolonglah jangan rampas keyakinan dan maruah mereka. [ingatan untuk diri sendiri]


Kredit: Warkah guru besar untuk ibubapa.
AUGUST ANNIVERSARY GIVEAWAY!

AUGUST ANNIVERSARY GIVEAWAY!

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Yeah! Entry September bermula dengan join GA. Mrs. A tertarik nak join GA ini sebab syarat-syaratnya yang mudah.

Apa!?? Nak join jugak? Jom! klik banner di bawah untuk tahu details.

Klik

Tarikh Tutup: 30 September 2016


MRS.A my blog my stori ©