Takziah Diucapkan Buat Kak Hajerah Serta Keluarga - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Takziah Diucapkan Buat Kak Hajerah Serta Keluarga

13 April 2015

Takziah Diucapkan Buat Kak Hajerah Serta Keluarga

Ajal dan maut Allah yang tentukan, siapa sangka anak akak yang dulu pergi tinggalkan akak sepatutnya akaklah dulu katanya itulah di antara kata-kata kak Hajerah yang Mrs. A ingat. Petang semalam Mrs. A dan seorang lagi kawan Mrs. A yang tinggal setaman dengan Kak Hajerah itu datang melawat dia. Actually kak Hajerah inilah guru mengaji anak-anak Mrs. A dan seorang lagi anak perempuan dia nama Soleha yang ajar mengaji.

Yang meninggal adalah anak sulung dia yang nama Aliff masih muda lagi umur baru 22 tahun. Aliff baru aje habis belajar kat Indonesia belum pun sampai setahun lagi kembali ke pangkuan keluarga. Kak Hajerah kata Aliff anak yang baik dan rapat dengan adik beradik terutama sekali Soleha. Bawah arwah Aliff adik lelaki dia yang berumur 21 tahun, pastu Soleha, Musa, Hassan dan yang kecik sekali Zulaikha. Menurut kak Hajerah lagi arwah rapat sangat dengan ayahnya. Tapi dah memang takdir Allah sewaktu kemalangan ni ayahnya iaitu suami kak Hajerah takde kat Malaysia dia berada di India atas urusan kerja dah sebulan ada kat sana dijangka pulang bulan puasa nanti. Walaupun dia dah diberitahu, kalaupun dia nak pulang ke Malaysia ambil masa dua ke tiga hari jugak kata kak Hajerah rasanya tak perlulah.

Sewaktu kawan Mrs. A tanya ada tak arwah tunjukkan apa-apa tanda, kak Hajerah kata itulah dia beli barang-barang dapur banyak sangat kira-kira stok untuk tiga bulan. Katanya nanti senang tak payah beli lagi stok ni In Sha Allah cukup sampai ayah balik dari India. kak Hajerah kata Ayah dia pesan minta jaga emak dan adik-adik sewaktu ayah takde ambik hantar adik-adik pergi sekolah. Mungkin sebab itulah agaknya dia beli stok siap-siap. Lagi satu kak Hajerah kata arwah selalu aje mengadap telefon sampai kadang akak tegur janganlah asyik sangat nanti rosak mata. Tapi dua tiga hari ni dia langsung tak pedulikan handphone dia sampai akak pulak hairan. Arwah Aliff telah selamat dikebumikan di makam Tuan Haji Said, Seremban. Al-fatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah S.W.T.

Berita tentang kemalangan ini ada disiarkan di akbar Metro Ahad dengan title 'imam muda maut'.

Keadaan kereta dipandu Muhammad Aliff yang terbabit kemalangan di Kilometer 2 Jalan Tampin-Seremban

Mrs.A sekeluarga pun lambat dapat tahu petang Sabtu lepas dia dah kebumi baru tahu coz kawan Mrs. A yang setaman dengan kak Hajerah tu balik kampung cuma husband dia aje yang datang ziarah dan hantar ke kubur. Bila tanya kak Hajerah kenapa tak bagitau Mrs. A katanya akak pun kelam-kabut tak ingat apa dah! iailah Mrs. A pun faham tu. Arwah dimandikan dan dikapankan terus di hospital Tampin atas permintaan kak Hajerah serta keluarga tiada bedah siasat dilakukan. Tak perlulah itu semua katanya lagipun arwah tiada insuran nyawa yang perlu procedure buat bedah siasat untuk claim insuran. 

Seminggu ni tiada ngaji ya Aryssa, Haiqal dan Aqil kata kak Hajerah time Mrs. A dah nak balik tu. Ialah kami faham tu akak banyak-banyak sabar ya itu jelah yang mampu Mrs.A ucapkan. Mrs. A pun terasa sedih sangat apatah lagi kak Hajerah besar sungguh dugaan dia. Semoga kak Hajerah, Soleha dan kesemua ahli keluarga yang lain sabar dan tabah menempuh dugaan ini. Allah menguji seseorang hambaNya mengikut kadar kemampuan hambanNya itu. 


3 ulasan:

  1. Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©