Saturday night yang baru lepas ni status FB Mrs. A tertulis "nonton games" lokasi Kompleks Belia dan Sukan, Paroi (KOMBES). Ada kawan Mrs. A yang bertanya tengok Selangor vs. ATM kerr...??? ngeh..ngeh..ngeh.. oh! sudah tentulah bukan jawapannyakan. Coz Selangor vs. ATM tu berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sedangkan Mrs. A berada di lokasi berbeza.
Tetapi part nonton games bola tu memang sama cuma team dan liga tu teramatlah jauh perbezaanya. Team yang Mrs. A tonton ni tak lain dan tak bukan team Mr. A iaitu team ex-STAD a.k.a team otai masih berbisa katanya. Walaupun begitu ada juga sesetengah mereka suatu waktu dahulu pernah bermain di liga semi-pro bolasepak Malaysia. Itu cite lama, sekarang dah otai tapi masih semangat nak bermain kekdahnya.
Walaupun games dirancang start pukul 9.30 malam tetapi bermula agak lewat 20 minit. Bukan salah team ex-STAD mahupun Meru FC tetapi terdapat pasukan lain yang bermain sebelum itu yang habis lewat. Keadaan di KOMBES sangat meriah uuoollsss bila Mrs. A dan kids sesampai aje ada acara senamrobik sedang berjalan dengan sound effect yang sangat happening huh! meriah sungguh. Hingar-bingar dengan yang berjogging, yang berfutsal, bernetball, berbola tampar semua gelanggang penuhlah senang citer. Saturday nite fever sangat.
Sebelum game bermula snap gambar dulu.
|
X-STAD FC |
|
Bergambar bersama Meru FC (dari Klang, Selangor) |
|
Along, Adik & Aryssa tengah tunggu gang |
Lebih kurang pukul 9.50 malam barulah game mula. Amboi! teruklah kot nanti team otai ni kena belasah. Pihak lawan nampak slim kesemuanya dan larian mereka pun laju. Selepas 15 minit perlawanan mula Meru FC telah berjaya menjaringkan gol. Ha! kan dah kata habislah ex-STAD ni. Team lawan laju semacam tak terkejor yop! Tapi tanpa disangka-sangka tidak lama selepas itu ex-STAD pulak menjaringkan gol. Fuh! lega penyokong-penyokong ex-STAD semua. Oklah dah seri satu sama cuma perlu maintain jer...
|
Ha! inilah dia diantara penyokong-penyokong ex-STAD my sister in-law & Aryssa |
Cer teka, cer teka siapa yang menang?
|
Dah tamat Sil & hubby berangkat pulang |
|
Hamsani Ahmad (main ATM sekarang) datang selepas game kat Paroi pastu joint game otai ni. yang sorang lagi tu baju hijau Effendi Malik score 1st gol untuk ex-STAD. peminat tegar liga M taulah kot siapa depa tu |
|
Peace yo! Ibu dah pukul 1.30 pagi pun makan ker? katanya |
Tadaaa... yang menang adalah team otai ex-STAD uuoolls dengan jaringan 4 berbalas 2. That is why ada quote don't judge a book by its cover memang kena sangat quote tu dalam citer ni. Walaupun ex-STAD tu otai dan tak lari laju tapi persefahaman dan skill masih berbisa katanya. Kesian! Meru FC datang dari jauh tapi kalah. Adatlah ya Meru FC nama pun lawan bola pasti ada yang kalah dan yang menang. Takpe-takpe next games boleh repeat. Semoga ukhwah yang terjalin diantara kita akan berterusan hingga ke Jannah.
The End.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan