Mac 2015 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Mac 2015
LRA Jelai

LRA Jelai

LRA Jelai

Perasmian LRA Jelai
Semalam Mrs. A telah ditugaskan ke luar Daerah, jauh ler...juga dari HQ, tapi its okay its alright coz transport disediakan. Lebih kurang pukul 10.30 pagi dah gerak dari office walaupun majlis perasmian tu dijadualkan pukul 3.00 petang. Hurmmm... ntah apa kes lah depa ni suh pi awal bangat. Ikut ajelahkan dah kata nak ikut transport disediakan. If nak ikut time sendiri drivelah sendiri muahaaahaaa...

Luar kawasan tu adalah di Loji Rawatan Air Jelai dalam daerah Jempol. Loji ni telah dinaik taraf dan Re-branding. Di harap dengan adanya LRA Jelai kekdahnya penduduk-penduduk di daerah Jempol tidaklah menghadapi kesulitan lagi bila tiba musim-musim perayaan. Contohnya penduduk-penduduk di daerah ini selalu complaint bila hari raya jer.. air takde bila hari raya jer... air takde.

Masalah sebenarnya bukanlah ketiadaan air tetapi bila musim perayaan ramai yang pulang ke kampung dan penggunaan air adalah lebih banyak dari hari-hari biasa. Lebih banyak tu tak nampak sangat dahsyat banyaknyakan camne ek nak bagi interpretation banyak yang maha banyak tu, juta-juta-juta gelen lebih banyak dari biasa ha! banyak tak?dengan tekanan air yang rendah so air tidak sampai kepada pengguna akhir iaitu para penduduk di daerah Jempol inilah. In Sha Allah dengan beroperasinya LRA Jelai masalah tersebut telah ditangani.

Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi SAINS pada lebih kurang pukul 3.00 petang 30032015. Majlis ini adalah anjuran bersama di antara SAINS dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).
  
Senyumlah walaupun di dalam cuaca yang paneh bona.

Alhamdulillah majlis perasmian tersebut telah berjalan lancar walaupun cuaca amat panas dan ada seketika hujan renyai-renyai turun sebentar tapi itu tidak menjadi masalah besar kepada tetamu-tetamu yang hadir. Lorrr....hujan tu air jer... takkan takut air kot?? Kambing yelah takut air nanti perutnya sakit.

Akhir kata nak bagi pesanan khidmat masyarakat sikit iaitu "BIL AIR JANGAN LUPA BAYAR".



Bebel

Bebel

Lorrrrr... cenggitu je ending dia huh! tak thrill langsung. Rasa macam tak berbaloi pulak ibu tak masak petang ni kannn... Sha.???? hahahaa... itulah ibu ni... drama aje lebih jawab Aryssa.

Eh! sebelum Mrs. A membebel lebih panjang Mrs. A nak ucapkan selamat hari Jumaat to dear readers semoga hari ini lebih baik dari semalam. Kat office Mrs. A lately nih! hampir setiap Friday dua minggu sekali ada bacaan Yasin & Tahlil arwah. Sesiapa yang berminat nak joint digalakkan tiada paksaan makan/ minum disediakan. Makan/minum tersebut pun adalah sedekah daripada mana-mana staff yang ingin bersedekah. Alhamdullilah semoga diberkati hendakNya.

Setelah dua hari tak update blog tetiba Mrs. A terasa nak membebel la pulak. Dah! luah perasaan kat sorang kawan Mrs. A tu tapi tak puashati lagiks ni nak luah perasaan kat blog pulak. Malam semalam ntah! apa-apa yang Mrs. A dah! tekan-tekan dan godek-godek phone maka phone Mrs. A pun telah mendatangkan sedikit problem. Actually Mrs. A realise pasal problem tupun bila Mr. A called time lunch katanya nape tak baca whatsapp dia. Hah! tak dapat pun... check-check phone kekdahnya kesemua benda yang berkaitan tenet Mrs. A tak terima dan tak boleh sent. Puas Mrs. A ingatkan balik kat manalah benda yang aku pi tekan tu ni??? Cari-cari tak jumpa pastu minta tolong kawan Mrs. A pun sama dia tak jumpa jugak. 

Pastu........ adalah sorang umat manusia kat office konon nak tolong solve problem tapiii... uuoollsss buat stressed lagi adalah ada ke dia kata data Celcom Mrs. A tak cukup coz memang dia dah try guna wifi boleh. Pastu suruh Mrs. A top up data then bila tanya, kat ada sorang lagi umat manusia ni pun setuju gak dengan kekata dia tu katanya yelah kak data sikit macam tu mana cukup. HELL! LO.... takde kena mengena dengan data celcom I tu ya... I taulah I guna data banyak mana dan I tau plan penggunaan data I hokeh! uuoollls ni kalau tak tau jangan goma memandai-mandai boleh tak???. Huh! annoying sangat petang semalam. Tapi syukur alhamdulillah akhirnya Mrs. A dapat solve problem tu. Actually Mrs. A tertekan kat Apps-LenovoSafe-Network Firewall-Data pastu dengan bangganya Mrs. A pi tunjuk kat depa-depa tu yang data Celcom Mrs. A yang ciput tu memang takde kena mengena dengan problem tenet yang berlaku tu. Moral of the story kalau tak tahu cakap tak tahu.

Petang semalam jugak Mrs. A dan ada sorang lagi staff dari unit yang sama dengan Mrs. A telah ditugaskan ke Daerah yang agak jauh pada hari Isnin nanti. Dia pun tanya Mrs. A on ke tidak. Then Mrs. A kata ok if transport provided. No isulahkan. Pastu dia suruh Mrs. A tanya orang tu tanya orang ni eh!eh!eh! kau la pi tanya suruh aku watpe. Kau dah lah tak berapa nak rapat dengan aku. Dia ni annoying betullah tadi aku dah bagi jawapan tak reti-reti ker.... cer uuuoollss imagine dari lepas lunch hingga ke time balik asyik duk membebel isu yang kecik cenggitu huk! aloh annoyingnyer.... lah hai! tak tahulah Mrs. A if dia dapat surat transfer kat Daerah tu. Camanalah kepoh dan kecohnya dia ek??. Mungkin kalau itu berlaku Mrs. A kena guna ear plug kot untuk mengurangkan frekuensi annoying. Moral of the story kalau nak bercerita sila tengok muka orang tu dia suka ke tak suka cerita tu.

Last sekali nak bebel pasal manusia mudah lupa mungkin jugak buat-buat lupa. Mrs. A tak katalah Mrs. A ni baik sangat tapi tolonglah benda basic dan simple tu tolong ikut. Contoh kau dengar orang berdoa kalau kau tak nak menadah tangan pun takpe tapi pleaseeeeee.... tolong senyap boleh tak? Orang kat surau membaca doa kau boleh pulak bergayut kat telefon pastu cerita pun ntah! apa-apa jer... citer yang boleh postpone lepas doa tu kau sambunglah citerkan. Dahlah kekita ni tak joint baca Yasin tu at least time doa tu pleaseeeelah... sesama kita mengaminkannya. Moral of the story jangan jadi manusia kufur nikmat Allah.

Back to the top, oleh kerana tak nak ketinggalan sedikit pun ending "Teman Lelaki Upahan" Mrs. A sampai malas nak masak uuuoollsss tapau aje. Tapi bila tengok ending EL dapat pujuk Kyra kat restoran tu cenggitu-cenggitu jer... huk! aloh... tak puashati langsung. Graf yang di bawah par dari kaca mata dan fikiran Mrs. A. Moral of the story tak payahlah nak set tinggi sangat expectation tu nanti frust tak berbaloi-baloi.

Okaylah rasanya cukuplah sampai di sini bebelan Mrs. A untuk kali ini kan...kan..kan... Happy weekend dear readers.


Wordless Wednesday #33

Wordless Wednesday #33

 Insta. Photo [Friend FB]

Tolong Jangan Ketawa

Tolong Jangan Ketawa

Lamanya dah tak update blog. Huhuuhuuu rindu blog picisan Mrs. A nih! Mrs. A pergi bercuti itupun last minutes punya plan that is why blog pun bercuti tu. Okaylah ni nak citer tolong jangan ketawa.

Walaupun zaman smartphone telah bermula sejak sekian lama. Ada gak kawan Mrs. A yang sooooo call up to date dah berganti berbelas maupun berpuluh smartphone. "Ada aku kisah" ngeh..ngeh..ngeh... tak kisahlah apa depa nak kata Mrs. A ni kolotlah, kedekutlah namun Mrs. A masih setia jer... dengan phone not so smartphone itupun a gift hokeh!.

Lagipun untuk diri Mrs. A itu adalah lebih kepada kehendak bukanya keperluan. Lainlah bagi sesetengah orang yang menjalankan business on line tu, kekdahnya smartphone tu dah jadi keperluan pada dia coz kat memana customer mungkin bertanya pasal product depa then customer maukan jawapan cepat dan pantas.

Akhirnya pada 18032015 bersamaan hari Rabu, Mrs. A telah mendapat gift dari my other half


V

V

V

Tadaa....
my 1st smartphone ever ngeh..ngeh..ngeh..

Walaupun bukan yang mahal mahupun yang tercanggih di kalangan brand smartphone yang ada di Malaysia ini tapi Mrs. A ok jer... syukur alhamdulillah yang penting tak perlu keluar RM. Akhirnya tercapai juga prinsip Mrs. A yang tak nak membeli handphone itu. ngeh..ngeh..ngeh...

Beberapa belas tahun yang lalu Mrs. A pernah cakap kat husband time tu dia bagi gift handphone, lepas ni saya takkan beli handphone lagi kecuali awak yang belikan. Handphone tu hilang bila Mrs. A kena ragut. Pastu dia belikan yang lain memang dah lebih 13 tahun Mrs. A tak pernah membeli handphone untuk diri sendiri. Beli handphone untuk anak ataupun mak Mrs. A tu adalah tapi untuk diri sendiri dah lama tak membelinya memang tunggu gift aje.

Semoga janganlah kita terlalai dengan WhatsApp/ FB/ Wechat/ Blog dan segala bagai. Biarlah kita bersederhana dalam segala hal. Bak kata Professor Dr. Muhaya "biarlah kita hidup dari dalam ke luar, janganlah kita hidup dari luar ke dalam, kesiannnn katanya". Maksudnya hiduplah dari rohani ke jasmani. Peringatan untuk diri sendiri juga.


Wordless Wednesday #32

Wordless Wednesday #32


Kisah Satu Ringgit

Kisah Satu Ringgit

Lorrrr...belum Friday lagi ler... baru Tuesday. Sabar ye.. lagi 3 hari jer lagiks hah! tapi lepas tu dah habis pulok! school holidays. Last Saturday we all balik kampung kids ingat depa dapatlah tinggal kat kampung. Unfortunately tak dapatlah ya kids coz u oll kena mengaji. Mengaji u oll tak cuti hokeh! ngeh..ngeh..ngeh...

Alamak!!! CIMB ATM service tak boleh guna. Habeh! camno ni duit ibu tinggal seringgit jer.. anak-anak ha!

Days Of The Week Comments
Magickal Graphics


Itulah kisah benar yang berlaku last Saturday. Time we all nak balik kampung stop kat petrol station cari ATM tujuannya untuk keluarkan duit. Unfortunateley CIMB ATM tak boleh nak keluarkan duit uuwaaaa...waa...waa....huhuuuhuuhu... 

Babah time ni tak ikut balik pastu tu aksyen tak minta duit kat dia. Tapi we all gamble aje balik jugak hanya berbekalkan wang satu ringgit. Tapiiiii... of courselah dah make sure minyak full dan smart card/ touch n go masih mempunyai kredit. 

Kalau tak??? Gantung diri kat pokok taugeh ler...jawabnya. Alhamdulillah thank you Allah akhirnya we all selamat sampai di kampung hanya dengan berbekalkan wang satu ringgit. Hah! siapa kata dengan satu ringgit tak boleh balik kampung??? ngeh..ngeh..ngeh...


The Cats

The Cats

Tengahari ni walaupun luch hour panjang Jumaatlah katakan tapi Mrs. A takde hati nak keluar lunch ataupun cecuci mata di Aeon S2 tu. Jiwa kacau sikit coz tadi Mr. A called katanya sakit batu karang dia datang semula kot. Suara pun lemah macam teruk aje gayanya pastu dia pun gi klinik tapi amik ubat jer.. lorrr... ingatkan kena admit tapi tak perlulah buat masa ni katanya. Hurmm... speachless. Coincidence gang lucnh Mrs. A pun tak dapat nak keluar coz pegi tengok anak. Kekdahnya to kill the time apa kata kita up-date blog. 

Last time Mrs. A pernah post kisah kucing Mrs. A klik sini dan sini kalau nak baca. Tapi sekarang kekucing tu semua dah takde. Dah takde dalam situasi Mrs. A ni ialah tak tahu hilang ke mana? Cara hilang ataupun ghaib tetiba tu adalah sama kesemua iaitu time we all balik kampung weekend. Pastu tu bila we all balik semula ke rumah the cats tak muncul-muncul seperti selalu yang bila nampak jer...keta we all dari jauh dah berlari-lari kegumbiraan coz tuan depa dah pulang. hukk..hukk.huk.. sedih sangat. Kiranya sehingga petang semalam 12032015 memang the cats tak pulang-pulang lagi. Walaupun masih berharap the cats pulang.

Tetapi lain yang ditunggu lain pulak yang datang. Tadaaaa....

V

V

V

Midnite Gebu  bukan nama sebenar

Petang semalam sewaktu Mrs. A tengah memasak Midnite Gebu telah datang dengan muka cool dia tu campur muka tak malu selamba aje dia masuk pintu depan sehinggalah ke pintu belakang nak kecek ikan letew!! Macam tau-tau aje dia Mrs. A tengah menggoreng ikan.


Walaupun dia dah dapat ikan tapi dia berehat sebentar sambil duk perati kekucing lain tengah makan. Dalam hati dia apa kellass aku nak makan reramai cenggitu aku nikan abang kawasan.

Cats siapalah ni? Yang pasti bukan Mrs. A punya tapi takpelah berkongsi sedikit rezeki Allah. Sharing is caring.

Midnite Gebu adalah nama yang Mrs. A dan kids bagi dia. Tapi nama sebenar dia adalah Hitam. We all tak nak dialah coz dia tu kucing orang tuan dia kawan anak Mrs. A tu yang we all tahu nama dia Hitam. Tapi we all tetap gak panggil dia Midnite Gebu. Si Midnite Gebu ni macam tahu-tahu aje the cats dah takde semenjak tulah dia berani masuk rumah we all. Walaupun we all dah marah-marah dan halaukan dia. Tapi "ada aku kisah" cenggitulah lagaknya. Mrs. A marah-marah cet..cet....syioh..syioh....sambil membebel oooo dulu ko garangkan ko gasing-gasingkan the cats tapi dia tak takutpun dia buat donno jer.. [ialah dia manalah faham apa yang Mrs. A cakap ngeh..ngeh..ngeh...] cara nak halau dia keluar kena angkat pastu keluarkan then tutup pintu. Dia tu dahlah berat pastu perangai buruk. Dah! dua kali dia pancutkan fridge we all mahu tak menjerit mak jemah jadinya. Satu kerja pulak nak mop fridge tu haish! sabar yolah. Lately ni kerap pulak dia datang jangan samapi we all jatuh kasih sudah.

Mrs. A dah berpatah arang berkerap rotanlah nak amik bela strays cat nih! Nanti we all dah bela elok-elok cantik-cantik, wangi-wangi pastu hilang ghaib entah kemana. In Sha Allah plan nak amik cat yang kat rumah parents in-law tu lepas dia dah tak menyusu lagi kat ibu dia. Sekarang dia masih toddler dan still menyusu kat ibu dia, itupun we all namakan dia Midnite coz dia all black dan berekor panjang. Mrs. A kalau cat suka pilih yang ekor panjang if ekor kontot kurang minat sikit tapi kalau dah dapat yang ekor kontot redho aje.

Habis kisah the cats. Dua tiga hari ni rajin jer Mrs. A terjah blog kawan-kawan dan juga blog bukan kawan-kawan. Macam-macam kisah kehidupan dan cerita-cerita bergambar dapat dikutip dan dibaca. Tak kisahlah dear blogger ya! terutamanya blogger picisan macam Mrs. A ni nak tulis apa-apa pun janji tak kacau orang. Blog kita suka hati kita. Kita yang mencorakkannya. Tak perlulah nak memikir-mikirkan sangat apa orang nak kata entry takde passionlah, entry ntah apa-apalah. Ada aku kisah! muahhaaaaaa.... (sambil gelak evil). Yang penting happy.

  
Wordless Wednesday #31

Wordless Wednesday #31

Lirik Lagu Wanita Terbahagia – Bunga Citra Lestari


Jujur ku mengakui
Pantas ku beri
Seribu pujian buat kamu

Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia

Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
lebih berharga dari harta di dunia

Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta

Kamu ku yakin tahu
Ku yakin sama
Tujuanmu dengan tujuanku

Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia

Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia

Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta

Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia

Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta

Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta

Jalan-Jalan Pergi Wedding

Jalan-Jalan Pergi Wedding

Weekend ni cuaca tak menentu sekejap hujan sekejap panas. Panas bukan panas biasa tapi panas yang amat. On Saturday morning nak kata morning sangat pun taklah kot. Kids berdoa-doa agar school shoes depa kering, tersenyum sendirian Mrs. A bila dengar Adik dan Aryssa menadah tangan berdoa time depa nak jemur tu Ya! Allah panaskan hari sehingga kasut kami kering dan jugak kain dan baju yang ibu basuh kering. Amin Ya Rabbil Alamin. Pastu depa pun pi menjemur kasut memasing.

Saturday ada wedding invitation di Taman Seremban Jaya tak jauh pun masih dalam area Seremban. Tuan rumah tu adalah saudara side Hubby we all panggil Apak Suman. Pada mulanya hubby plan sendiri dia nak gi sensorang tapi mujur Mrs. A dan Aryssa nampak kat white board malam sebelum tu. Pastu Mrs. A cakap dengan hubby cantik muka takde makna nak pergi sorang aje we all pun nak ikut. Senyap aje dia tak jawab sepatah apa pun. Huh! annoyingkan?

Friday petang lepas balik kerja time amik kids kat Jiboi, M.i.l pulak kebetulan tanya esok gi rumah Pak Suman tak? Time tu kat meja makan hubby tengah makan dia senyap jer... Mrs. A pun jawab itulah orang memang nak gi mak ni ha! Angah ni nak gi sorang. Takde-takde pergi sekeluarga Aryssa pulak menjawab, babah nikan pentingkan diri aje kata dia. M.i.l pun sengih-sengih aje tengok gelagat we all mungkin jugak dalam hati dia garangnya cucu dan doter in-law aku ni buatkan anak aku gaya gini kesian..kesian..kesian muahhaaaaa...

We all gi lambat lebih kurang dalam pukul 2.00 petang baru gerak memang hubby sengaja coz tak mau datang time orang tengah ramai nanti tak dapat nak sembang-sembang dengan tuan rumah katanya. Mrs. A tak kenal rapat pun dengan pengantin ni yang selalu sembang-sembang pun dengan Apak Suman dan isteri dia. Otw nak ke sini di traffic light sebelum sampai terserempak dengan Kaklong & family depa dah balik dah pun, sementara we all pulak baru nak sampai. Parents in-laws Mrs. A pun dah balik time we all sampai.

Kat khemah time dah habis menjamu selera. Motif gambar 2 sebelah bawah adalah nak snap gambar tuan rumah tapi malas nak gi dekat sambil duduk jer dari tempat makan

Ini ajelah gambar pengantin yang Mrs. A sempat snap inipun diambil sambil duduk dengan selesanya ngeh..ngeh..ngeh...

Kemain lagi dengan rokoknya tapi dah benti  katanya, sure ada yang hulur tu. Pakai songkok baju Melayu kuning ialah Apak Suman. Yang duduk hubby & wife Mrs. A tak kenal tapi yang pasti kenalan Mr. A

Sambil duduk sambil curik snap-snap. Oh! sure Mr. A dapat huluran rokok dari kawan dia yang ni (tengah duduk dengan wife perasan tak ada asap tu).

Lama jugak we all kat majlis ni.. lebih kurang pukul 4.00 petang cenggitu barulah gerak pulang ke rumah. Seperti biasa sure Mrs. A yang kat belakang sekali ikut barisan kekdahnya.

Along nun jauh kat depan, babahnya lagilah dah start engine pun. Aryssa teh Adik dengan goodies memasing sorang 2.
Otw balik we-fie dulu coz tadi otw nak gi terlupa we-fie ngeh..ngeh..ngeh...

Okaylah itu saja kisah gi weddingnya. Sambil tu nak tanya readers kalau gi wedding selalunya bagi hadiah tak selain dari RM.


Wedding Anniversary Giveaway NaelofarHijab

Wedding Anniversary Giveaway NaelofarHijab

Bismillahhirrahmannirrahim...

Wedding Anniversary Giveaway NaelofarHijab



Happy 4th Anniversary to  Aini Ismail & Husband


Mangsa Tag:

Whatever Apa-Apa Sahaja

mY LiFe

Liebster Award By Mad Parihh

Liebster Award By Mad Parihh

liebster award

First time dapat Liebster Award. Sebelum ni Mrs. A dah! pernah dapat The Versatile Blogger Award. Thank you very much to pemilik Blog Parihh iaitu Mad Parihh kerana sudi tag Mrs.A cuma sorry lambat sikit menyahut cabaran adik Parihh. Okaykan..kan..kan...janji akak sahut tu maknanya akak sportingkan?? ngeh..ngeh..ngeh... To readers yang tak tahu apo bondo eh ni Liebster Award boleh google sini

Soalan Parihh :

1 . Apa pendapat ikhlas mengenai Blog Parihh ?
2 . Agak2 apa perasaan bila hidup takde phone ?
3 . Blog mana yang selalu anda pergi ?
4 . Ada prinsip ke dalam hidup ?
5 . Selalu bila rasa kesepian apa yang anda buat ?
6 . Target yang nak capai dalam blogging ?
7 . Anda ni orang yang jenis macam mana ?
8 . Agak2 apa pendapat tentang Ahmad Faris Bin Ahmad Fadzil ?
9 . Lelaki / perempuan yang macam mana anda nak jadikan pasangan ?
10 . Makan sayur ke tak ? Kalau tak kita geng .

Jawapan Mrs. A :

1. Blog yang kemas, teratur, user friendly dan boleh dapat banyak tips blog, tutorial pun senang nak faham.
2. Hidup takde phone ok jer.. sebab itulah phone akak masih bukan smartphone.
3. Banyak bloglah dik expecially blog yang suka tinggalkan komen kat blog akak.
4. Mestilah ada
5. Dah ada anak-anak dan suami tak sempat nak rasa kesepian.
6. Menjadi bahan bacaan dan rujukan anak-anak bila dewasa
7. Down-to-earth
8. Nice
9. Dah ada pasangan
10. Makan tapi tengok gaya masaknya. Cth. taugeh: kalau dlm mi tak makan kalau masak lemak makan.

Okay dah jawab semua soalan seikhlas hati. Semoga berpuashati dengan kesemua jawapan. Sekarang turn Mrs. A pulak nak tanya soalan ya. Okeh! ni soalan-soalan Mrs. A


Soalan Mrs. A :

1. Pendapat tentang blog Mrs. A dari segi entry blog, bahasa, template etc.

2. Sekiranya anda singgah di blog seseorang, perkara pertama yang anda buat ialah klik iklan, stalk pageview, tinggal jejak etc.

3. Sekiranya anda bisnes online mahupun fulltime blogger apakah sosial media yang anda wajib ada untuk melancarkan lagi kerja-kerja anda? cth. FB, kickers etc.

4. Apakah yang membuatkan anda suka berkunjung ke sesebuah blog?

5. Pernahkah anda tertipu dengan blogger yang buat/ anjur segmen? cth. dah tahu result senyap, tanya soalan tak jawab etc.

6. Blogger adalah rakan di alam maya sekiranya terjumpa di luar tegur ke tidak?

7. Berapa banyak blogkah yang anda ada dan dah berapa lama berblog?

8. Jika boleh, komen yang bagaimanakah yang anda harapkan? komen pendapat, komen sepatah dua kata, etc.

9. Adakah anda dalam golongan yang tak suka seseorang blogger tu (cth entry up-up entry poyo) tapi tetap gak rajin ke blog blogger poyo yang berkenaan?

10. Siapakah penulis blog yang anda suka dan kenapa?

Okay dah cukup sepuluh soalan. Time untuk mencari calon-calon untuk diberi Award la pulak. Award ni Mrs. A nak bagi kepada, tadaaa....


3 lalat

Beautiful Creatures

Najib Ariyan

Fadzi Razak

anajingga

mY LiFe

Maria Hasun

ewanthology

Life is beautiful...don't waste it.


Sekiranya penerima Award sudi menerimanya sila linkkan entry jawapan uuuoollsss di ruangan comment later ya! Yes together we make it happen. ngeh..ngeh..ngeh.. Eh! apa pulak yang ko  merapu ni Mrs. A ha!



Wordless Wednesday #30

Wordless Wednesday #30

acelebrationofwoman.org
GIVEAWAY NOVEL ALAF 21 BUAT RAKAN BLOGGER ZAMANI ABE

GIVEAWAY NOVEL ALAF 21 BUAT RAKAN BLOGGER ZAMANI ABE

Bismillahhirahmannirrahim...

GIVEAWAY NOVEL ALAF 21 BUAT RAKAN BLOGGER ZAMANI ABE

 ZAMANI ABE
Klik Banner

Dears readers terutamanya peminat novel jom joint giveway nih! Syarat-syaratnyer amat mudah that is why Mrs. A joint di samping support rakan blogger kita ni. 
For more details sila klik banner di atas or klik sini
MRS.A my blog my stori ©