LRA Jelai - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: LRA Jelai

31 Mac 2015

LRA Jelai

LRA Jelai

Perasmian LRA Jelai
Semalam Mrs. A telah ditugaskan ke luar Daerah, jauh ler...juga dari HQ, tapi its okay its alright coz transport disediakan. Lebih kurang pukul 10.30 pagi dah gerak dari office walaupun majlis perasmian tu dijadualkan pukul 3.00 petang. Hurmmm... ntah apa kes lah depa ni suh pi awal bangat. Ikut ajelahkan dah kata nak ikut transport disediakan. If nak ikut time sendiri drivelah sendiri muahaaahaaa...

Luar kawasan tu adalah di Loji Rawatan Air Jelai dalam daerah Jempol. Loji ni telah dinaik taraf dan Re-branding. Di harap dengan adanya LRA Jelai kekdahnya penduduk-penduduk di daerah Jempol tidaklah menghadapi kesulitan lagi bila tiba musim-musim perayaan. Contohnya penduduk-penduduk di daerah ini selalu complaint bila hari raya jer.. air takde bila hari raya jer... air takde.

Masalah sebenarnya bukanlah ketiadaan air tetapi bila musim perayaan ramai yang pulang ke kampung dan penggunaan air adalah lebih banyak dari hari-hari biasa. Lebih banyak tu tak nampak sangat dahsyat banyaknyakan camne ek nak bagi interpretation banyak yang maha banyak tu, juta-juta-juta gelen lebih banyak dari biasa ha! banyak tak?dengan tekanan air yang rendah so air tidak sampai kepada pengguna akhir iaitu para penduduk di daerah Jempol inilah. In Sha Allah dengan beroperasinya LRA Jelai masalah tersebut telah ditangani.

Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi SAINS pada lebih kurang pukul 3.00 petang 30032015. Majlis ini adalah anjuran bersama di antara SAINS dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).
  
Senyumlah walaupun di dalam cuaca yang paneh bona.

Alhamdulillah majlis perasmian tersebut telah berjalan lancar walaupun cuaca amat panas dan ada seketika hujan renyai-renyai turun sebentar tapi itu tidak menjadi masalah besar kepada tetamu-tetamu yang hadir. Lorrr....hujan tu air jer... takkan takut air kot?? Kambing yelah takut air nanti perutnya sakit.

Akhir kata nak bagi pesanan khidmat masyarakat sikit iaitu "BIL AIR JANGAN LUPA BAYAR".



2 ulasan:

  1. Mendalam pesanan penaja tu... Air dah dibekalkan jadi kita yang guna perlulah bayar kaan ^^

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©