Berhati-hati Dengan Baju Korporat Anda - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Berhati-hati Dengan Baju Korporat Anda

22 Disember 2014

Berhati-hati Dengan Baju Korporat Anda

This morning sewaktu Mrs. A turun dari kereta untuk membeli breakfast banyak betul mata-mata yang memandang dan memerhati. Dalam hati cakap apasal la... depa ni dok perati aku semacam ni aku tak pakai baju ker...?? Oh! tak mungkinlahkan. Pastu terfikir lagi bukannya tak pakai baju tetapiiiiiiiii pakai "baju korporat" waaaaa....wwaaaa.....waaaaa patut arrr..

Actually bila pakai baju korporat syarikat ni banyak yang perlu dijaga terutama sekali perangai, Al-maklumlah syarikat yang tempat Mrs. A kerja ni sangat berkait rapat dengan sumber keperluan harian manusia. Bukanlah maksud Mrs. A tu bila kita tak pakai baju korporat kita tak perlu jaga perangai. Berperangai baik adalah dituntut itu tak perlulah diperbahaskan semua orang sedia maklum. Apa yang Mrs. A nak share ni adalah perangai sesetengah orang yang tak reti nak jaga perangai bila dia sedang berpakaian korporat kerana sebab dia punya salah orang lain terpalit sama. Senang kata kerana nila setitik rosak susu sebelanga. 

Contoh kejadian masalah dalaman syarikat tapi pi update status kat FB dah! ada orang luar masuk campur tapi mereka membuat andaian dari sudut yang berbeza. Pastu nak jadi besar lagi orang awam pulak yang pi snap gambar pastu post kat satu grup FB yang well-known. 

Habis bila orang luar yang tak tahu kejadian sebenar membuat kesimpulan ooo kerja situ ke ooo patut arrr...sudahlah syarikat tu blablabla f@4#x...blabla..hark tui.. Hah! cenggitulah. Haish!!! haru biru betullah. Walhal benda kecik jer tapi dah jadi isu besar. Kenapa Mrs. A kata besar kerana Mrs. A adalah sebahagian daripada susu dalam belanga itu.

Kepada sesiapa yang berkenaan hentikanlah semua itu. Jangan ada dendam jangan ada benci. Apa kata anda bermaaf-maafan. Renung-renungkanlah.

8 ulasan:

  1. Apa apa pun, pakai baju korporat @ tak, perangai kena lah jaga haha ramai memerhati kan

    BalasPadam
  2. sekarang mmg trend mcm tu, tak puas hati dengan sesuatu institusi terus update kat FB, twitter atau instagram, dan friends dalam tu yg tak tau hal sebenar duk tambah mengapi api kan lagi keadaan.

    BalasPadam
  3. Baju korporat tu kan imej institusi atau syarikat yang kita wakili... so, bila dah menyarung baju secara automatik kita adalah wakil syarikat atau institusi tu... :)

    BalasPadam
  4. Salam. Hee ramai tak update blog sebab sibuk gosip dalam FB lagi mudah.

    BalasPadam
  5. Huhuhuhuu.. baju korporat... lagi2 kalau ada tulis perkataan yg dikenali orang .. tak apa lah sabar jer la... :D

    http://timetravelafif.blogspot.com/2014/12/jordan-part-5-hidden-secret-in-lost.html

    BalasPadam
  6. betul tu . main komen je kat fb , x pikir masak2

    BalasPadam
  7. itu sbb skrg ni kurang update dan layan FB huhhu..sbb kekadang berita yg di kongsi kurang tepat tak pasal2 org tak bersalah 'terkena' juga

    BalasPadam
  8. Kita pakai baju korporat tu membawa bersama nama company atau agensi bersama jadi kena tunjuk tingkah laku yang baik la kaan...

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©