Fesyen Jubah Terkini ke Pejabat

December 04, 2015

Kita semua sedia maklum bahawa semua pejabat tentunya mempunyai 'dress code' yang harus diikuti oleh setiap pekerja. Ada pejabat yang mengharuskan para pekerja memakai pakaian formal dan ada juga pejabat yang membolehkan para pekerja memakai pakaian smart casual. Bagi kaum wanita Muslimah khususnya, pakaian seperti baju kurung, dress labuh dan blouse merupakan beberapa jenis pakaian yang sering menjadi pilihan untuk hadir ke pejabat. 

Cuba bayangkan kalau pejabat kita cantik dan menawan seperti gambar di bawah. Ha..! semestinyalah fesyen kita ke pejabat pun harus seiringkan! kan..kan..?? Betul tak?

Mrs. A

Mrs. A pun selalu aje dilema di pagi hari, apalah aku nak pakai hari ini? Nak pakai yang ini ke nak pakai yang itu? Haish!! pening dibuatnya. Tapi sekarang ini dilema itu berjaya juga dikurangkan dengan menambah koleksi jubah moden untuk dipakai ke pejabat. Jika dahulu jubah hanya digayakan apabila ingin menghadiri majlis-majlis keagamaan, namun kini ia juga sesuai untuk dijadikan sebagai pakaian ke pejabat.

Kenapa!! tak percaya? Cuba tengok ni...

mrsablogstori.blogspot.com

Jubah yang simple dengan rekaan yang modern. Contohnya seperti koleksi jubah berwarna kelabu di atas yang mempunyai rekaan batwing sleeve. Sungguh anggun dan menawan. Hurm... memang tinggi confident level bila jumpa customer dengan gaya jubah begini.

Mrs.A my blog my stori

Yang kedua, gayakan koleksi jubah yang direka dengan perincian lace seperti berikut. Koleksi jubah ini dikenali sebagai jubah lace modern. Ia juga mempunyai potongan yang menyerupai potongan dress Muslimah.

fesyen-jubah

Untuk fesyen jubah yang ketiga, anda juga boleh memadankan koleksi jubah moden tersebut dengan pemakaian outerwear seperti cardigan. Ia memberikan anda penampilan yang lebih ‘corporate’ dan ‘smart’.

Dan yang terakhir, tampil bergaya dengan fesyen jubah yang unik dan salah satunya adalah wrap jubah seperti berikut!

my blog my stori

Ha! sekarang ini dengan fesyen jubah moden dan minimalis seperti contoh-contoh di atas semestinya mampu mengurangkan dilema fesyen apa yang kita hendak pakai ke pejabat. Betul tak?? Actually Mrs. A pun bukanlah kaki jubah tapi dengan evolusi jubah moden sekarang pemakaian jubah sememangnya satu trend. 

Lagipun bila tengok kawan-kawan ofis Mrs. A yang sememangnya memakai jubah ke pejabat, jealous dibuatnya. Mujurlah fesyen jubah terkini seperti jubah-jubah di atas boleh di dapati di ZALORA Malaysia apa lagi cepat ajelah membelinya.


You Might Also Like

12 comments

  1. Replies
    1. hehehee...betulkan Wak? order je kat Zalora.

      Delete
  2. orang pendek macam saya memang susah nak cari jubah readymade... baju kurung pun kena beli kids size.. so tengok je la orang pakai jubah lawa2 heheh

    ReplyDelete
  3. cantik semuanya kan ... kalau lah slim kan hehehe :p

    ReplyDelete
  4. Jubah memang senang, 1 piece je kan, dapat pulak material yang tak payah gosok. Banyak dah pilihan yang simple tapi trendy. :)

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me