Bowling Update

June 08, 2015

Okay last week Mrs. A dah promised nak update citer bowling selepas selection tu. Sebelum hari pertandingan tu sempat jugaklah Mrs. A and the gang gi practice dulu. Huhuuhuuu practice!! uols al-maklumlah bowling bersama company ni semua bowlers hebat-hebat uols. Terdapat ramai wakil Maksak hah! hebat tak hebat tu. Memang tipis sangat harapan nak menang. Takpe adat bertanding pasti ada kalah menang yang penting semangat perjuangan. Amboi! dah macam kempen pilihanraya pulak gaya bahasanya ngeh! ngeh! ngeh!..

Takpe dik! kalah pun takpe asalkan menang gaya muaaahhaaaaaaa...

Selepas penat training kita makan. Walaupun dah agak lewat tapi makan tetap makan. Mrs. A dan adik sorang ni jer...pulang dulu yang guys tu still continue lagi practice depa.

We-fei

Akhirnya Saturday 06062015 Pertandingan Bowling Piala Pusingan Pengarah pun tiba juga. Pertandingan ini diadakan di Ampang Superbowl Seremban Prima. Organizer kata pukul 9.30 pagi semua mesti dah get ready. Hurmmm... Mrs. A ingatkan diri inilah yang lambat. Rupanya masih ada ramai  lagi yang lambat. Tapi memang sesuatu yang tidak patut berlakulah coz Tuan Pengarah dah sampai dulu dari kebanyakkan peserta. Tapi mujurlah dia ok jer...

Selain dari Ampang Superbowl Seremban Prima, ada dua lagi tempat di bandar Seremban ini yang kita boleh berbowling. Satu di Aeon Seremban 2 dan satu lagi yang terbaru iaitu di Mydin Mall Seremban 2. Tetapi for those yang memang kaki bowling mereka selalunya akan choose Ampang Superbowl kat Seremban Prima ni.

Inilah dia Team HQ 2.

Merah sangatlah Makngah!
  
Souvenir  yang semua peserta dapat

Event yang bagus untuk beramah mesra semua daerah dan HQ berkumpul

Sambil main sambil alert coz ada lucky draw


Hadiah-hadiah yang banyak unfortunately satu pun Mrs. A tak dapat huaa..huaa..huaaaa..........


Lebih kurang pukul 2.00 petang barulah pertandingan berakhir sepatutnya boleh habis lebih awal tetapi ada sedikit masalah teknikal contoh macam lane Mrs. A banyak kali pin kena reset coz pin rongak. Si adik manis lagilah lane dia langsung tak boleh pakai kekdahya Team dia terpaksa menunggu sesiapa yang dah habiskan game barulah Team dia boleh main di lane yang dah habis tu.

Syabas dan thumbs up Mrs. A ucapkan kepada organizer kerana berjaya menganjurkan pertandingan bowling nih! dengan meriahnya. Apa yang Mrs. A dapat tahu dari peserta yang menang hadiah tu, hadiah-hadiah memang menarik sangat. Untuk kategori individu yang Top 5 tu semua hadiah best-best katanya. Hadiah merupakan personal belonging contoh branded wallet, branded belt dan lain-lain lagi. Takpe yang kalah boleh cuba lagi tahun depan, In Sha Allah [kata-kata semangat ditujukan untuk diri sendiri] Ngeh! Ngeh! Ngeh!..

The End.


You Might Also Like

1 comments

Top Commenters

Shout Me