Sijil Penyertaan dah! dapat.

May 16, 2014

Tak lama dulu aku dah pernah blogkan pasal Adik & Aryssa masuk pertandingan mewarna sempena Hari Pengguna Malaysia 2014. Walaupun tak menang tapi dapat Sijil Penyertaan. Setelah sekian lama menunggu Sijil Penyertaan yang penganjur kata akan diposkan itu, akhirnya pada 22 April 2014 barulah mendapat. Adoi! lah hai!!! pelik dan musykil hanya adik punya sahaja ada. Ke manakah, di manakah, apakah yang telah terjadi kepada Aryssa punya sijil??? Jawapannya masih diselubungi misteri.

Pada saat dan ketika aku amik sijil tu dari post box Aryssa yang lebih teruja, kesian dia. Aku bagitau dia oh! mungkin Sya punya belum sampai lagi kita tunggu lagi 2 ke 3 hari lagi ya. Unfortunately sehingga ke semalam 15.5.2014 sijil penyertaan Aryssa masih tak kunjung tiba.

Gini ler...ghuper sijilnya.

Sijil Aryssa tu camne ek? Mungkin aku patut call mereka yang berkenaan. Tapi rasa macam poyo jer...sijil penyertaan ajepun. Ermmm... sabar ajelah.

You Might Also Like

0 comments

Top Commenters

Shout Me