MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Happy Birthday To " Along "

Happy Birthday To " Along "

As Salam and greetings to dear readers.

Happy Birthday to Along. Semalam 6 November 2016 genaplah umur Along 14 tahun. Kebetulan hari semalam we all berada di kampung kekdahnya Mrs. A pun buatlah celebration birthday Along tu di kampung. Actually tak planning pun surprise aje Mrs. A buatkan.

Kebetulanlah pulak mak saudara Mrs. A ajak pergi pekan Masjid Tanah, depa nak keluar duit lalu Mrs. A pun ambil kesempatan tu belikan kek dan KFC. Jadinya Along tak dapat nak agaklah yang ibu dan uwan saudaranya ada agenda tersembunyi.

Oleh kerana di pekan Masjid Tanah tiada kedai kek SR mahupun BC yang ada cumalah kedai kek Norijah (alhamdulillah mujur ada Norijah) lalu Mrs. A pun belikan kek pandan yang Mrs. A rasa sedap berbanding dengan yang lain-lain tu. Ada pulak kek coklat tapi belum habis deco kak ini tak jual, esok baru boleh katanya lorrr... sabar yolah. Takpelah yang penting boleh tulis.

Along happy
Along happy aje dengan kek pandan ini yang penting rasanya memang sedap
Last year we all celebrate sekeluarga aje. Tetapi tahun ini bersama kawan-kawan Along. Happy sangat Along dapat celebrate birthday tahun ini bersama kawan-kawan kampung dia tu. 

Along birthday
Tengok tu kemain buat funny faces
 Happy-birthday

Kana
Kana (duduk atas kusyen) sedang berpuasa katanya, sebab Atok dia baru meninggal. Menurut adat orang hindu cucu sulung kena berpuasa selama 16 hari. Dia cuma makan coleslaw dengan whipped potato je. 
Kaneson
Kanesan (baju biru sandar kat dinding tu) cucu kedua tak perlu puasa katanya
Mereka (kawan-kawan kampung) inilah di antara penyebab Along suka sangat duduk di kampung kawan-kawan tu jugaklah team bermain futsal dan team pasang khemah.

Okay itu sahaja nak shared kisah Happy Birthday To "Along". Semoga Along membesar sihat sejahtera, menjadi hamba yang taat kepada suruhanNYA dan berjaya di dunia mahupun di akhirat.


Lilo Hidup Kembali

Lilo Hidup Kembali

As Salam and greetings to dear readers.

Lilo hidup kembali. Walaupun hakikat sebenarnya bukan begitu tetapi kehadiran anak Koko yang colornya putih bersih seakan Lilo yang dulu tu memang sangat mengujakan we all sekeluarga. Setahun yang lalu Mrs A ada seekor kucing yang diberi nama Lilo tetapi dia dah pergi dan tidak mungkin kembali lagi, baca kisahnya di SINI

Sewaktu Koko beranak baru-baru ini baca SINI  ada pulak seekor anaknya color putih lalu kids dan Mrs. A sepakat namakan dia Lilo.

Lilo Junior
Hi! sayalah Lilo Junior. Umur saya dua bulan lebih
no-photo-please
No photo please!!!
Lilo Junior berbeza dengan adik-beradik dia yang lain sejak lahir lagi. Bulu dia agak tebal dan panjang-panjang dah tu pulak saiz dia lebih besar dari yang lain-lain tu. Lilo Junior ini walaupun colornya sama putih dengan Lilo yang dulu tu tetapi bulu mereka berbeza dari segi ketebalan dan jugak saiz. Lilo yang dulu slim aje Lilo Junior sedari lahir memang dah gebu-gebas.

Okay! itu saja kisah Lilo Hidup Kembali. In Sha Allah nanti Mrs. A buat entry pasal adik-beradik Lilo Junior yang lain-lain.


Wordless Wednesday #92 - Silat

Wordless Wednesday #92 - Silat

As Salam and greetings to dear readers.




Nak tau ceritanya tuh! di SINI

Kredit Photo : Mega Cemandee
GIVEAWAY | Menangi Eyeshadow Palette Morphe Brushes 35O !

GIVEAWAY | Menangi Eyeshadow Palette Morphe Brushes 35O !

As salam and greetings dear readers.

GIVEAWAY | Menangi Eyeshadow Palette Morphe Brushes 35O !

Click banner for more details
Click banner for more details
Tarikh Giveaway berlangsung : (27 Oktober 2016) hingga 3 November 2016 
TPO

TPO

As salam and greetings to dear readers.

Sebenarnya Mrs. A bukanlah nak cerita pasal TPO (The Prayer Outfit) sangat atau dalam Bahasa kita telekung. Ini lebih kepada rasa ralat apabila TPO Mrs. A diguna oleh orang tanpa memberitahu ataupun meminta kebenaran terlebih dahulu. Walaupun benda ni remeh-temeh but still tolong jangan buat tak tahu.
TPO
Hari ini bawa TPO lain, sebab yang tu bawa balik nak basuh.
Begini ceritanya setelah lebih kurang seminggu bercuti dari menggunakan TPO di office, maka semalam cuti dah tamat. Lalu seperti biasa time nak menunaikan solat Zohor Mrs. A pun pergilah ke surau. Time nak ambil TPO tu Mrs. A tengok eh! kenapa cara lipatan TPO aku lain macam aje nih! Pastu time keluarkan dari hanger nak letak kat sejadah. Eh! apsal kuning, kepam nih! (kat area dagu) adoi!!! siapa yang guna nih! nyampah betullah ni mesti kesan make-up, bedak tebal dia nih! habis berkesan telekung aku. Tak suka betul comot-momot cenggini. Dahlah guna tak bagi tahu. Semua tu dalam hati ajelah to be exact bisikan jahat dalam hati Mrs. A. 

Pastu tersedar bisikan positif pulak cakap, apalah ko nih! Mrs. A telekung ajepun ko nak kecoh sangat. Sepatutnya ko bersyukurlah dapat pahala free orang guna telekung ko. Dah! abaikan saja buat tak tahu sudah. Bawak balik basuh. Puas Mrs. A berbisik-bisik sendiri dalam hati sambil bersihkan muka buang-buang make-up tu. Namun terlepas jugak cakap mengadu-domba kat Kak N yang kebetulan ada kat surau time tu. Kak ada orang guna telekung saya tengok arrr... kepam kat dagu dia. Huwaaa.... kamu tak sedar ke? Taklah kak sayakan bendera merah last week? Pastu Kak N kata lagi sebab kamu dah seminggu tak guna tu yang kuning kot. Ish!!. akak ni time saya tinggalkan last week takdelah kuning macam ni sambil tunjuk tempat yang kuning tu.

Mrs. A bukanlah jenis kedekut sampai tak bagi kalau orang nak pinjam TPO tu. TETAPI apa yang Mrs. A rasa ralat sangat dan tak puashati timbul tu adalah disebabkan kenapa!? mengapa!? orang yang guna tu langsung tak bagi tahu Mrs. A.

Tak kisahlah bila kau nak guna tapi tolong bagi tahu, boleh tak?. Apalah salahnya selepas dah guna tu singgah sekejap tempat Mrs. A bagi tahu. "Yuhuuu... tadi iol guna TPO uol" sebab iol terlupa bawak sendiri punya. hah! tak pun cakap jer.. iol guna TPO uol cos iol suka cos TPO SK.

Hah! pointnya adalah cer bagi tahu tuan yang empunya TPO tu. Bagi tahu secara pukal pun okay. Contoh ayat pukal "Eh! U..., iol nak bagi tahu nih! tadi iol guna TPO hah! esok, lusa nak guna lagi tau ataupun bila-bila iol suka nih! iol bagi tahu in-advance ni". Hah! kan senang macam tu. Mrs. A pun puashati, In Sha Allah pahala pun dapat.

Haish! macam-macam caralah boleh jer bagi tahu, WhatsApp pun boleh. Hurm...WhatsApp??? mungkin dia tak tahu nombor phone Mrs. A. Kalau macam tu pesan kat kawan-kawan pun okay. Apa yang penting wajib bagi tahu tuan yang empunya.

Okay! share sikit hadis.

TPO

Walaupun hadis ini macam takde kena-mengena, tapi konsepnya lebih kurang sama iaitu mengambil hak orang lain walaupun tujuannya berbuat kebaikan tetapi kebaikan tersebut jadi "tidak bernilai".

Okay! itu sahaja nak cerita kisah TPO Mrs. A mujur ada blog dapat luah rasa. Selamat bercuti dear readers. Hati-hati di jalan raya ya.
Wordless Wednesday #91

Wordless Wednesday #91

As Salam and greetings to dear readers.

#91

Balik Kampung

Balik Kampung

As Salam and greetings to dear readers.

Last Saturday Mrs. A balik kampung. Pada mulanya tak confirm lagi nak balik ke tidak pastu tengok Mr. A macam takde apa-apa plan pun. Kekdahnya balik kampung lagi best. Lagipun kids tak sabar nak jumpa cousin teciks depa yang keletah nih!

Niece Mrs. A yang keletah sesangat
Ahadnya tu Mrs. A pergi pekan Masjid Tanah, tujuannya nak cari Gamogen ala... product Gamat Healin tu... Dah cari kat Seremban tapi takde. Mungkin tak cari betul-betul kot ngeh! ngeh! ngeh! Lagipun product Gamat Healin ini bukannya terdapat di sebarang-sebarang kedai yang jual macam-macam product lain tu sebab Gamat Healin ini ada kedai depa sendiri so kena cari kedai Gamat Healin barulah jumpa. Mujur di Pekan Masjid Tanah ada dan open pula di hari Ahad. Syukur alhamdulillah.

Adik yang tukang snap, hiks awat kejong cenggitu ko dik! 
Dah berjumpa barang yang dicari kita take 5 dulu minum cendol dan singgah kedai 2 hengget.

Aunty kita nak tulis-tulis ni belanja tau (coloring book dia panggil tulis-tulis) hehehe,... cute jer... 
Ko tengok la Aryssa nih! ntah apa-apa jer... dia snap gambar ibu..  cisss...gambar curi
Manalah cendol kita nih! rojak ni dah la...pedas
Alhamdulillah mujurlah kampung Mrs.A dekat aje... itu pasal yang boleh selalu-selalu balik kampung. Okay! itu saja nak share cerita balik kampung. Readers pula apa cer???

The End.


MRS.A my blog my stori ©