MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com

Bismillahhirahmannirrahim...

 As Salam and greetings to dear readers.

Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)

Mrs. A join Giveaway

Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my

Mrs. A join Giveaway

Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.



Terima Kasih Kepada 7 Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2018 (365 hari)

Terima Kasih Kepada 7 Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2018 (365 hari)

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat tahun baru 2019 dear readers. Di awal-awal tahun ini dari apa yang Mrs. A perhatikan ramai blogger yang buat post ucapan terima kasih mereka kepada pengomen-pengomen tegar di blog masing-masing. Begitu jugalah dengan Mrs. A tak nak ketinggalan ingin melakarkan ucapan terima kasih kepada 7 pengomen tegar sepanjang tahun 2018 (365 hari) di blog picisan Mrs. A ini.

7 pengomen tegar blog Mrs. A
Terima Kasih Kepada 7 Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2018 (365 hari)

Terima kasih juga kepada lain-lain blogger yang sudi singgah dan komen-komen di blog Mrs. A my blog my stori ini walaupun kalian tidak tersenarai sebagai 7 pengomen tegar 2018 tetapi komen-komen rakan blogger sekelian sangatlah Mrs. A hargai.

Buat silence readers terima kasih juga kerana sudi singgah di blog picisan Mrs. A my blog my stori ini [eh! ada ke silence readers tu]

Terima Kasih Kepada 7 Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2018 (365 hari). 7 pengomen tegar 2017 baca SINI



Nukilan Akhir Tahun 2018

Nukilan Akhir Tahun 2018

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Nukilan Akhir Tahun 2018.

Nukilan Mrs. A
Nama kiter KUNING meoww!!! [gambar tidak berkaitan]
Nukilan Akhir Tahun 2018. 

1. Berhenti menilai dan menghukum orang lain tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.

2. Berani melepas kenangan yang pahit, tidak berdendam dan sakit hati.

3. Berhenti mengharap dan meminta tetapi mula memberi dengan ikhlas dalam kadar yang termampu.

4. Tersandung semalam adalah sebagai kenangan dan peringatan.

5. Kebangkitan hari ini adalah menuju kejayaan dan kebaikkan dalam impian.

6. Kita boleh bezakan "kehendak dan keperluan" lalu mengutamakan keperluan dari kehendak.

7. Berhenti meletakkan nilai pada kebendaan kita lebih menikmati rasa kopi dari menikmati cantiknya cawan.

Sesungguhnya hidayah milik Allah bukan kita. Jagalah ikatan ukhwah dengan penuh rasa cinta dan sayang. Walaupun berlainan bangsa dan agama kerana itu sebahagian dakwah penuh hikmah.

Mrs. A tertarik dengan nukilan ni dapat dari kawan melalui WhatsApp. Terfikir pulak nak share kat blog Mrs. A my blog my stori.
Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)

Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember).

Mrs. A pun tak nak ketinggalan untuk turut serta dalam Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember). Walaupun segmen ini dah berlangsung hampir 2 minggu yang lalu tapi masih sempat lagi ni nak join cos tarikh tutupnya adalah sehingga 11.59 malam nanti.

Mrs. A join segmen bloglist
Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)
Syarat-syarat untuk turut serta Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember) ini pun mudah sahaja iaitu cuma perlu follow blog dan follow G+ penganjur blog.

Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember) sila klik banner di atas untuk ke blog penganjur.
Persediaan Kembali Ke Sekolah Di Zulda Masri

Persediaan Kembali Ke Sekolah Di Zulda Masri

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Persediaan Kembali Ke Sekolah Di Zulda Masri.

Cuti sekolah tinggal lebih kurang lima hari aje lagi. Mesti ramai ibubapa sekarang ni sedang sibuk membuat persiapan terakhir kembali ke sekolah anak-anak. Tak terkecuali jugalah Mrs. A ni. As usual Mrs. A dan Mr. A ni memang sejenis suka membeli-belah last minutes.  Persediaan Kembali Ke Sekolah Di Zulda Masri. Mujurlah di Zulda Masri ni semua ada hew! hew! hew!

Tahun ni Aryssa pergi membeli keperluan sekolahnya dengan Mrs. A terlebih dahulu. Beli di Zulda Masri aje senang. Lagipun sekarang ini Zulda Masri tengah buat promosi kembali ke sekolah sehingga 31 Disember 2018. Sementara Adik dan Along pergi dengan Mr. A. Alhamdulillah Aryssa dan Along tak banyak permintaan pun mereka sekadar membeli apa yang perlu sahaja sebab baju-baju sekolah masing-masing masih elok dan muat lagi. Cuma Adik ajelah yang extra sedikit keperluan dia almaklumlah baru masuk form one so uniform memang semua kena beli yang baharu.

Zulda Masri
Persediaan Kembali Ke Sekolah Di Zulda Masri
Dua tahun sebelum ini selalunya Mrs. A lebih suka membeli keperluan sekolah anak-anak time balik kampung di area Masjid Tanah ada satu kedai favourite tu tapi bila tengok harga dah lebih kurang sama jer... dengan Zulda Masri tu yang beralih arah tu. Lagipun Zulda Masri ni dekat sangat dengan area rumah bila-bila masa boleh singgah.

Kedai Zulda Masri ni terletak di area Ampangan sebaris dengan 7 Eleven iaitu di seberang jalan berhadapan dengan bangunan UTC Ampangan. Segala macam keperluan sekolah ada di Zulda Masri from head to toe. Baju-baju seragam pandu-puteri, pengakap, kadet polis, beg sekolah, kasut, tudung, stokin, alat tulis haish!! pendek kata macam-macam ada. Pergi aje kat Zulda Masri ni semua benda dapat dicari di bawah satu bumbung ha! gitewww....

Zulda-Masri
Aryssa semua dah dapat tu sedang cari kasut pulak ni
Keperluan sekolah Aryssa dah settle time pergi dengan Mrs. A tu. Adik juga dah settle Adik pergi dengan babah dia sebelah malam time cuti Christmas sebelum ni. Sementara Along malam tadi settle jugak membeli bersama babahnya.

Buku-buku tulis Aryssa dan Along Mr. A dah pergi settle last Wednesday. Time ni hari pertama Koperasi sekolah buka ramai sangat ibubapa membeli buku kata Mr. A beratur panjang. Itulah Mrs. A dah bagi tahu bawalah Aryssa dan Along sekali hurm... tak nak pulak. So bapaknya bertabahlah masuk barisan ya.

Zulda-Masri
Buku-buku tulis zaman sekarang color-colorful
Okay lega rasanya hampir kesemua checklist dah bertanda 'right' untuk keperluan anak-anak kembali sekolah. Cuma tinggal Adik sorang belum settle lagi buku-buku dia. Adik form one esok Sabtu 29.12.2018 adalah merupakan hari suaikenal dan pendaftarannya In Syaa Allah esok baru nak kasi settle.

Mrs.A percaya kepada mereka yang mempunyai anak-anak yang bersekolah adalah  menjadi satu kelegaan dan kegembiraan apabila dapat memenuhi keperluan anak-anak. Begitu jugalah apa yang Mrs. A rasakan sekarang iaitu satu perasaan lega dan sangat bersyukur.


Jalan-Jalan di Kuching City.

Jalan-Jalan di Kuching City.

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Jalan-Jalan di Kuching City.

Hi dear readers! pernah tak uols berjalan-jalan ke area Sabah Sarawak? Belum? Eh! samalah Mrs. A pun belum ngeh! ngeh! ngeh! Agak-agak susah tak nak cari hotel kat sana? Tak pernah pergi lagi kan? Since kita sama-sama belum pernah pergi, this time Mrs. A gonna talk about a hotel in Kuching city, specifically Pullman Hotel. Ni pun cari-cari kat Internet and terjumpa hotel Pullman ni macam best je... 

Pullman-hotel
Jalan-jalan di Kuching City
Lagipun hotel ni terletak di tengah-tengah bandar, so senang nak bergerak ke mana-mana kat Kuching City. Baca reviews semua macam best je Pullman hotel ni. Harga pun boleh dikatakan berpatutan dan mampu bayar. Lagipun Pullman ni brand hotel international gitewww... so worth the money.

Dari apa yang Mrs. A baca hotel Pullman Kuching ni dah lama jugak didirikan, tersergam indah kat tengah-tengah bandar Kuching, Sarawak. Hotel ni, kalau check kat website Traveloka, dia received rating 8.7/10, level impressive. Services provided by the staffs pun katanya sangat bagus. Bilik selesa walaupun hotel lama. Pullman Kuching ni ada sangat banyak pilihan bilik. Kira macam sampai tahap uols boleh customised nak bilik apa, katil apa, ada breakfast ke tidak dan lain-lain lagi. 
Jalan-jalan di Kuching City
Ha! berpinar jugak mata nak baca semua jenis bilik yang Pullman hotel ni ada. Kat Traveloka punya website je ada dekat 23 jenis bilik listed bawah Pullman Kuching. Kalau tengok harga dia, range dari RM273 untuk bilik Superior sampai lah RM868, ni dah level suites. Katil uols boleh pilih nak katil satu-satu ke or katil besar sebijik giteww.... Semua bilik ada mini-bar untuk uols simpan makanan ke, air ke, ada coffee/tea set and meja serta kerusi untuk apply make-up. TV pun ada, flat-screen lagi. Semua bilik ada internet and free wi-fi.

Selain dari bilik hotel yang pelbagai jenis dan pelbagai harga tu, Pullman Kuching ni ada swimming pool jugak. Haish! swimming pool semestinyalah wajib ada dalam list nak pilih hotel, tak giteww uols? Lagi-lagi kalau ada anak-anak yang hantu air kan? Mesti nak berendam, ermm.. orang dewasa pun apa kurangnya Mrs. A lettew... Bila panas sangat lepas enjoy Bandar Kuching tu, jom lah sama-sama berendam dalam pool dengan anak-anak kan? 
pullman-hotel
Jalan-jalan di Kuching City 
Kat pool depa ni pun siap ada bar, boleh la nak minum macam-macam jenis juice dan lain-lain lagi. Selain tu, kat Pullman Kuching ni pun ada spa. Tukang urut dia, or masseurs, semua professionals. Relax-relax kat spa, berurut, buat facials dan lain-lain tu fuh! mesti best. Apatah lagi time bercuti ni, masa ni lah nak lepaskan dan hilangkan semua stress yang ada. Rehat puas-puas, selagi boleh enjoy, kita enjoy!!!. Kat spa ni, ada macam-macam jenis massages, boleh pilih. Siap ada bilik-bilik berbeza untuk sauna dan steam, dan jugak separated untuk laki-laki dan perempuan. Masseurs dia pun boleh request.
pullman-hotel
Jalan-jalan di Kuching City
Buat uols yang suka fitness atau memang sejenis yang aktif, berlari atau bercardio tu, Pullman Kuching ni ada menyediakan fitness centre. Fitness Centre depa memang lengkap macam gyms yang uols selalu pergi. Nak barang cardio ada, free weights ada, treadmill ada, haish! macam-macam ada. Yang best pasal Fitness Centre ni adalah!.. open seawall 6a.m until 10p.m. Suka hati uols nak bersenam pagi-pagi sebelum berjalan atau pun sebelah malam sebelum tidur. Fuhh! best kan? 
Lagi satu Mrs. A nak bagi tahu ni. Percaya tak kalau Mrs. A kata hotel ni ada fitness class? Ala... yang macam kelas yoga, kelas menari semua tu? Perrrcayaaalahhh... [baca ikut lirik lagu Dato' CT hiks!] yang benarrr ni dong.. kat Pullman Kuching ni ada. Hotel lain ada tak? Fitness class ni diadakan setiap hari Selasa sampai hari Jumaat, dari jam 6p.m until 7p.m. Sejam setiap hari dan kelas beza-beza. Contoh macam, Selasa tu ada Cardio Dance, Rabu pulak ada Yoga Class. Hurmm... best kan?
Oppss!!! sebelum lupa, buat uols yang nak pergi ke Pullman Kuching ni senang je. Naik kereta tak samapi pun setengah jam dari airport Kuching. Kalau pilih naik teksi dari airport pun boleh. Location Pullman hotel dekat sangat dan terletak betul-betul di tengah bandar Kuching later nak jalan-jalan bandar Kuching pun senang. So tunggu apa lagi, jom book Hotel Pullman at Kuching City, sekarang!

Kredit photo to Google Image
Selamat Pengantin Baru 'Officemate'

Selamat Pengantin Baru 'Officemate'

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Pengantin Baru 'Officemate'

Selamat pengantin baru buat Shara dan Akmal. Ha... kalau readers nak tahu dedua ni officemate Mrs. A tau. Dedua sama tempat kerja dengan Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh! Cumanya yang Shara sama 'Wing A' dengan Mrs. A sementara Akmal pula Wing satu lagi a.k.a 'Wing B'.

Nak dijadikan cerita parents Akmal ni ada kena-mengenalah pulok dengan m.i.l so time parents Akmal ni datang menjemput parents in-law Mrs. A terkeluarlah pula cerita tentang tempat kerja anak menantu masing-masing hah! ha haiii... Time tu jugak m.i.l telefon Mrs. A sambil tanya kenal tak Akmal tu. Mrs. A kata kenal-kenal cenggitu je, kalau selisih kat office senyum-senyum tak berborak  pun. Tapi kalau Shara tu kenalah dah dapat kad pun dari Shara tu mak mertua ku.  Hehehe...kisahnya pusing-pusing situ jugak kata m.i.l.

Walaupun Mrs. A personally dapat jemputan daripada Shara kendurinya hari Sabtu tapi we all pergi jemputan rumah Makcik Minah iaitu rumah Akmal yang hari Ahad tu. Hari Sabtu tak dapat datang cos Mrs. A balik kampung ambil Aryssa. Tak kisahlah yang mana satukan janji dapat memenuhi undangan.

Mrs. A sekeluarga datang lambat time we all sampai m.i.l dan konvoi adik-beradik Mr. A dah balik dah. Punyalah tak ingat nak snap-snap seketul gambar ni je yang ada macam Mrs. A datang sorang je kan ngeh! ngeh! ngeh!

selamat-pengantin-baru
Selamat Pengantin Baru 'Officemate' Akmal x Shara
Alhamdulillah sangat meriah dan rare majlis kenduri kahwin di rumah Makcik Minah ni semua tetamu makan berhidang di khemah yang luas dan panjang tak perlu beratur-atur nak ambil makanan. Food pun sedap air pun mewah. Terbaik!

Tahniah dan selamat pengantin baru buat Shara dan Akmal. Mrs. A doakan semoga kekal berbahagia hingga ke Jannah.

Okay itu sahaja nak share kisah Selamat Pengantin Baru 'Officemate'.
MRS.A my blog my stori ©