MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Team Raya Seremban

Team Raya Seremban

As Salam and greetings to dear readers. 

Team Raya Seremban.

Team raya Seremban adalah team beraya side Mr. A. Tahun ini berbeza dengan tahun-tahun sebelummnya cos hanya pada 3 Syawal barulah Mrs. A berkesempatan berhari raya ke Jiboi iaitu rumah parents in law Mrs. A huhuuhu... maafkan anakanda ayah dan bonda tidak pulang di 1 Syawal seperti selalu. Kisahnya klik SINI

Alhamdulillah emak dan abah punya reaksi adalah seperti biasa tidak kelihatan pula muka sentap mereka atau apa-apa yang sewaktu dengannya [dalam hati mereka hanya Allah yang tahu ooopppsss]. Time ini juga Aryssa tak nak ikut. Dah puas Mrs. A pujuk marah pun ada. Kesudahannya biarkan ajelah asalkan babahnya okay.

Sebelum tu share seketul gambar team raya Jiboi amik dari WhatsApp group family.

Team Raya Seremban
The in-laws di pagi 1 Syawal 1438 H. Mr. A and Ateh beraya side wife memasing hiks!
Back to cerita team raya Seremban. Time we all sampai di Jiboi tu ada Kaklong and family, ada S.i.l and family jugak, rupanya mereka pakat-pakat nak pi konvoi raya dan tengah tunggu family Alang sampai. Lalu A's family pun apa lagi joinlah sekaki.

Haish! seperti biasa kalau food ni mesti Mrs. A terlepas pandang nak snap-snap gambar. Walaupun time tu macam-macam juadah hari raya ada, yang dimasak oleh my sister in law. Kenapa my s.i.l yang masak??? Cos m.i.l Mrs. A baru aje discharge dari HTJS sehari sebelum raya akibat demam denggi. Itu pasallah s.i.l kena take over tugas-tugas utama di dapur. Mujur s.i.l pandai dan cekap bab-bab tu untung hubby dia. Kalau Mrs. A tak tahulah apa akan terjadi dengan dapur tu muahahhahaaa...

Sebelum konvoi gerak ke destinasi pertama. Team gegurl sempat wefie-wepot terlebih dahulu ngeh! ngeh! ngeh!

Team Raya Seremban
Nieces - Kehna and KakNgah
Team Raya Seremban
The biras and nieces
Team Raya Seremban
Ferfeeling retis katanya
Team Raya Seremban
dan..dan lagi ferfeeling retis katanya
Destinasi pertama yang team raya Seremban beraya adalah rumah PakNgah di Mambau. Time tu PakNgah dan MakNgah nak pi open house bila tengok we all datang mereka pun jemput masuk takpelah open house tu petang-petang nanti pun boleh katanya.

PakNgah adalah abang kepada f.i.l kiranya bapa sedara Mr. A le... kalau A's family datang 1 Syawal kebiasaanya masih ramai anak-anak dan cecucu Pak/MakNgah ada kat rumah. Tapi pada 3 Syawal tu cuma ada PakNgah dan MakNgah aje yang lain-lain dah pi beraya kat masing-masing punya pihak sebelah pula kata PakNgah. Tidak bergambar pun, seganlah orang tua uols nak diajak bergambar huhuhuuu..... macam tak sessuai pula lagipun ada orang lain yang datang beraya tak berapa lama selepas team raya Seremban nak gerak ke destinasi lain pula.

Selepas ke Mambau team raya Seremban seterusnya pergi beraya ke Rantau pula betul-betul kat pekan Rantau iaitu rumah sebelah stesen minyak Shell. Kali ini rumah family kak Ros dan abang Kadir pula. Kak Ros adalah cousin Mr. A. Kat rumah kak Ros dan abang Kadir team raya Seremban bergambar sakan ini sebab tuan rumahnya sporting habis siap bukakan lampu katanya bagi gambar terang lagipun time tu kena tunggu hidangan utama sedang prepared muahahhahhaaa....

Team Raya Seremban
The gegurls kan suka bergambar ada pun sorang je the boy yang tu Abang Long S

MakNgah pun nak jugakkk....
Kemain Along rilex habis
Aiitt..aiittt... teringin nak ada baby ker...?
Setelah kenyang perut dan habis berfoya-foya di rumah kak Ros dan abang Kadir destinasi ketiga yang team raya Seremban tuju adalah ke rumah Pakteh. PakTeh juga adalah abang kepada f.i.l rumahnya terletak di Taman Tuanku Jaafar. Alhamdulillah Pakteh ada di rumah.

Sesampai aje terus Makteh bertanya kat Mrs. A. "Pakteh kau sibuklah tanyo apsal agak ea dak Asai [panggilan manja Mr. A hiks!] tak datang deh satu hari ghayo aritu, selalu camni dah sampai deh dah ni???" Belum sempat Mrs. A nak jawab Mr. A dah jawab dulu "kereta ada problem sikit time tu". Dalam hati Mrs. A yang problem tu keta aku bateri kong, keta dia okay jer... namun begitu tetap jugaklah Mrs. A pun sambung bohong sunat sambil mengiyakan "a'ah Makteh keta bateri kong pulak tu yang tak dapat datang satu hari raya aritu". Sambil we both berpandangan sesama sendiri huhuhu...

Selepas rumah Pak/Makteh destinasi seterusnya rumah keempat adalah ke rumah Mak Anjang iaitu rumah arwah Pak Anjang adik f.i.l rumah mereka pun sama di Taman Tuanku Jaafar juga tapi fasa yang berlainan.

Kemudian rumah kelima masih lagi di taman yang sama iaitu Taman Tuanku Jaafar rumah Pak Noh pula tapi wife dia we all panggil Maksu. Time ni dah petang sangat ingatkan dah nak terus pulang eh! tidak lagi uols.

Ketua konvoi kata iaitu Along my b.i.l yang sulung terlanjur dah raya nih habiskan aje semua rumah waghih kodim kito. Last sekali rumah Pak Kutai dan Mak Dah yang ini abang f.i.l rumah mereka adalah di Kampung Panchor nun jalan nak ke Kuala Pilah sana.

Puas betul beraya dengan team raya Seremban tapi itulah f.i.l pun sporting dia layankan aje asalkan dia selesa nak bersolat. [m.i.l tak ikut pun ialah diakan baru discharge belum 100% pulih dari denggi]. Solat Asar bersolat di rumah Pak Noh dan maghrib pula di rumah Pak Kutai dan Mak Dah. Kenapa panggil pak Kutai pun Mrs. A pelik pernah juga tanya Mr. A tapi tak ingat pulak apa jawapan dia.

Salute dengan kesemua tuan-tuan rumah yang Mrs. A pergi beraya tu walaupun we all beraya secara terjah aje tetapi juadah yang mereka hidangkan kesemuanya jenis heavy takdelah setakat kuih kering. Ada mee karilah, roti canailah, nasi himpit, lontong, mee hoon, mee goreng haish!!! pendek kata memang pesta makan-makan sungguh aka makan sampai lebam pada 3 Syawal tu. Ialah lagipun mereka memang dah agaklah kan hari raya mesti sanak-sedara datang beraya nak-nak lagi puak Jiboi ni memang suka datang konvoi huhuhu....

Okay itu je nak citer kisah team raya Seremban pada 3 Syawal 1438H yang lalu. Last sekali nak share juga gambar puan blog bersama other half nya.

Team Raya Seremban
Senyum tau jangan nak control macho sangat

The End.

Pot Meatball

Pot Meatball

As Salam and greetings to dear readers.

Pot Meatball


Apo ko bondo Pot Meatball tu ngeh! ngeh! ngeh! actually itu adalah nama bussiness yang menjual meatball tu. Time lunch semalam Mrs. A malas nak keluar kebetulan pula Pot Meatball ada buat delivery itu yang laju aje Mrs. A mengordernya. Actually ini kali ketiga Mrs. A repeat order. Hah! dah kali ketiga repeat maknanya apa tu..??? Sedappp.... lettew 

Tunjuk sikit apa yang Mrs. A suka tu.

pot meatball
Nama set ini adalah TRIAL SET - Meatball Blackpepper
Walaupun Pot Meatball ada menjual macam-macam flavor tapi Mrs. A ni jenis yang loyal orangnya [poyo jer...] tu pasal dah tiga kali flavor yang sama. Tapi takpe mana tahu esok lusa derhaka kepada flavor meatball blackpepper bolehlah order yang lain-lain flavor tu. Macam kat bawah ni.

#potmeatball
Tu diaaaa.... macam-macam ada [copypaste dari WhatsApp group]
#potmeatballs

Kepada orang Seremban atau yang sewaktu denganya yang berminat nak order di sini Mrs. A kongsikan instagram Pot Meatball. Bagaimanakah, apakah dan macam manakah nak order silalah DM mereka @potmeatballs.

Pot Meatball juga ada stall di Senawang tapi stall mereka Mrs. A belum pernah jejak lagi. In Sha Allah mana tau esok lusa terjebak ke sana.

pot meatball
@potmeatballs
Semoga perniagaan Pot Meatballs akan terus maju jaya dan bertambah-tambah customer mereka dari sehari ke sehari. Apa yang penting quality dan servis haruslah terbaik!! dan maintain tip-top.

Jom check it out instagram Pot Meatbal @potmeatballs


Turn Tiga pula kena spaying

Turn Tiga pula kena spaying

As Salam and greetings to dear readers.

Turn TIGA pula kena spaying


Turn TIGA pula kena spaying. Kalau Lara Alana ada TIGO, Mrs. A pula ada TIGA. Actually Tiga dah mula buat perangai gediks (nak mengawan) dia tu seminggu sebelum raya. Adoiii!!! time tu susah betul nak bagi dia jangan gediks cos kekucing jantan yang dia menggediks adalah kekucing Mrs. A jugak iaitu si Whiskas dan Jingga hah! sampai dua ekor sekali tu nak menggediks dengan si Tiga yang memang tengah gediks time tu.

Actually time Tiga tengah gediks dalam bulan puasa tu dua kali percubaan Mrs. A ke klinik dedua kali klinik closed. Time Mrs. A ada kat rumah ok lagi boleh aje kurungkan si Tiga tu hah! makan hati jugaklah si Whiskas dan Jingga tengok gelpren kat dalam cage tak boleh nak buat apa. 

Tapi time Mrs.A nak balik beraya haruslah lepaskan Tiga tu takkan nak kurung pulak itu dah kes menganiaya binatang namanya. Bimbang pulak dia tak cukup makan dan minum walaupun Mr. A setiap hari jenguk rumah tapi dia tu so-so jer....part top-up makanan dan air dalam cage ini. Kalau bebas takpe kekucing tu boleh je makan sendiri guna automatik feeder depa.

#tigathecat
Kucing betina kat situlah tempat operate dia
#tigathecat
Tiga dah tak gediks lagi tau ibu
Dipendekkan cerita last week Monday barulah Mrs. A berjaya membawa Tiga ke Klinik Haiwan Ampangan. Time Mrs. A bawa tu Vet tengah solat. Pembantu dia aje ada pastu bila dia tengok Tiga "eh! kak dah peknan kot semacam je perut dia". "Hah!!! adoi... takkanlah dik hoi!!! dia punya perut memang pesen macam ni dik bulat tapi tak peknan lagi kot jawab" Mrs. A lebih kepada nak sedapkan hati sendiri. "Takpe-takpe kita tunggu Vet check dulu" balas dia.

Tak berapa lama kemudian sampai masa Vet check si Tiga tu suspen betul Mrs. A. Bila Vet kata "hurm... tak pregnant lagi takde papepun kosong jer..." kata dia. Fuh! lega alhamdulillah. Kekdahnya petang tu Tiga pun admitted Wednesday petang lepas balik kerja barulah Mrs. A ambil dia semula.
In Sha Allah petang ini ataupun pagi esok Tiga dah boleh bebas cos dah cukup one week tempoh berkurung dia.

Hah! lepas Turn Tiga pula kena spaying siapa pulak yang nak kena nih!!???

Nak tahu hukum memandulkan kucing baca SINI.

Pemenang Ramadhan Raya Blogger Contest

Pemenang Ramadhan Raya Blogger Contest

As Salam and greetings to dear readers.

Pemenang Ramadhan Raya Blogger Contest.

Syukur alhamdulillah tiada perkataan yang lebih indah selain mengucap syukur kepadaNYA kerana rezeki yang tidak disangka-sangka. Excited sangat bila rakan blogger aka ganglunch iaitu LZ WhatsApp Mrs. A malam tadi bagitahu yang Mrs. A menang 1st place. 

Katanya sampai hati you tak bagi tahu I, kah..kah..kah... sesungguhnya Mrs. A memang tak tahu. Actually dah beberapa kali we both check each other ada tak dapat email dari Lazada? Dah tahu ke siapa yang menang? punyalah nak tahu tu cos we both sesama join contest tu. Finally persoalan terjawab.

Lazada
Terima kasih Lazada My kerana telah memilih Mrs.A sebagai pemenang 1st place
Buat readers yang berminat nak baca entry yang menjadikan Mrs. A pemenang tu boleh baca SINI.

Tahniah juga Mrs. A ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger yang turut tersenarai sebagai pemenang. Selamat berbelanja di Lazada online diucapkan.

Sekali lagi terima kasih Lazada kerana telah memilih Mrs. A sebagai Pemenang Ramadhan Raya Blogger Contest.
Cerita 1 Syawal 1438 H

Cerita 1 Syawal 1438 H

As Salam and greetings to dear readers.

Cerita 1 Syawal 1438 H. 


Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya selalunya selepas solat hari raya Mrs. A sekeluarga akan gerak balik ke Kg Jiboi iaitu rumah parents in-law pula (side Mr. A) Tetapi tahun ini time nak gerak tu salah seorang anak buat fiil terus babahnya merajuk. Huhuhuhu.... yang jadi mangsanya Mrs. A dan dua lagi anak. Kesian we all bertiga. Tapi takpelah setelah menangis melegakan perasan Mrs. A okay jer... fuh! drama sangattttt... di pagi 1 Syawal 1438 Hijrah itu.

Alahai!!! rugi pulok! tak snap gambar juadah di pagi raya. Selalunya di rumah emak juadah yang wajib ada untuk hidangan semasa breakfast di pagi raya adalah nasi himpit/ ketupat bersama kuah kacang, lemang, rendang daging, sup daging, tahun ini ada extra rendang iaitu rendang itik. Itik tu Mr. A yang beli dan minta mak mertuanya buatkan ngeh!ngeh!ngeh! Selain daripada itu mestilah ada juga kuih-muih raya. Kuih-muih tu biasanya dari pelbagai source ada yang emak sendiri beli ada jugak daripada KNgah, Along dan Mrs. A sendiri.

Di pagi raya tu ada family Mrs. A dan Abang sulung Mrs. A aka Along sahaja. Family Kngah balik dalam tengahari actually mereka dah pulang awal sebelum raya iaitu hari Jumaat kemudian balik semula ke Melaka cos ada urusan yang belum selesai. Family Alang pula malam raya baru mereka sampai. Adik Mrs. A yang bongsu beraya di Kelantan cos ikut turn daa....

Amvoi!!! panjang pulak intro cerita 1 Syawal 1438 H ni ya.... Meh! Mrs. A belanja gambar.

1 Syawal 1438 H
Kami bertiga jer kawan dua lagi tu tak kawan time nih! 
1 Syawal 1438H
Along
1 Syawal 1438H
Adik
1 Syawal
The Kngah's #teamrayamelaka
1 Syawal
The Alang's #teamrayakl
1 Syawal
The Maksu's #teamrayakelantan
1 Syawal 1438 H
Along bersama Nenek dan nenek-nenek sedaranya #teamrayakg
Tak berapa lama setelah we all sibuk-sibuk bergambar Kngah and family pun sampai. Terus dia pun join sama bergambar.

1 Syawal
Aksi bebas katanya
Kalau di side Mr. A jurukameranya adalah niece iaitu kaklang Kehna tetapi di side Mrs. A pula jurukameranya adalah Abang sulung Mrs. A. Abang sulung Mrs. A aka Along aka Paklong adalah sejenis manusia yang tidak suka bergambar. Memang family dah sedia maklum Along memang tak suka bergambar tapi lebih suka megambil gambar. Tapi dulu pernah juga dia join bergambar [klik SINI]

Di pagi raya tak ke mana stay at home tunggu orang datang beraya je... kebanyakkannya budak-budak jiran sekampung. Kemudian di sebelah petang setelah agak kebosanan Kngah Mrs. A ajak beraya keliling kampung terjah aje rumah kawan-kawan yang dah berkurun tak jumpa.

Rumah pertama yang we all terjah adalah rumah Maklong Putih. Time ni dapatlah jumpa anak-anak dia tapi yang Mrs. A gang tu takde dia beraya side wife dia.

Kemudian rumah kedua rumah En Peral dan puan Midah depa jiran time Mrs. A duduk kuarters zaman kekecik dulu, gambar tu semua kawan-kawan Mrs. A time kekecik sekarang dah mak-mak orang muahhhaaaaa....

1 Syawal
Walaupun umur memasing jauh beza tapi nampak macam sebaya jer... yang tudung kuning tu sebaya dengan Adik Mrs. A dan juga GBS dia
Bila beraya ke rumah ketiga terserempak pulak dengan rakan sebaya Mrs. A dia pun sedang beraya kat situ tak hairanlah cos itu rumah mak sedara dia

1 Syawal
Suka dengan color baju dia pink belacan kan?
Kemudian we all sambung lagi beraya lagi dua buah rumah satu rumah kawan KNgah satu lagi rumah sedara. Time kat rumah sedara tu kebetulan Mak Ndak (Palong 7) pun datang actually itu rumah arwah parents dia. Sekarang adik bongsu dia duk situ. Bila we all jemput dia datang rumah, jawabnya "Mak Ndak ni dari rumah you all la nih! amboi! kemain ya yang pompuan pegi beraya yang jantan-jantan tinggal kat rumah". Muahhahhaaaa kena we all sedasszzzz.... 

Alhamdulillah pulang dengan happy dapat beraya keliling kampung sambil mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak. Sesungguhnya zaman kanak-kanak adalah yang terindah. Paling best time tu bermain bersama kawan-kawan permainan di alam nyata tak macam sekarang kebanyakkan kanak-kanak duk sibuklah dengan gadget memasing. #tolongjangankecam

Dah sampai rumah tu sempat lagi Mrs. A sambung bergambar seketul dua.
1 Syawal
Fiil dia dah kembali normal

1 Syawal
Peace yo! bergambar bersama niece sulung
Dah! dah lettew dah nak maghrib ni pi le mandi suara dari ibunda tercinta ngeh! ngeh!!ngeh! Memory last forever. Okay! itu sahaja Cerita 1 Syawal 1438 H semoga berjumpa lagi Syawal tahun hadapan. In Sha Allah.


Jemputan Kahwin Anep Anak Tokey Joint Kitchen

Jemputan Kahwin Anep Anak Tokey Joint Kitchen

As Salam and greetings to dear readers.

Jemputan Kahwin Anep Anak Tokey Joint Kitchen. Last Sunday sebelum kembali bekerja Mrs. A sekeluarga sempat memenuhi jemputan kahwin Anep dan pasangannya Ieda. lagipun Mrs. A dah pulang sehari awal dari kampung iaitu Saturday petang cos nak avoid traffic jam. Kekdahnya Sunday kita pi la wedding Anep.

Jemputan kahwin
We all sibuk nak bergambar. Adik sibuk pi minum cendol
Actually Mr & Mrs. A friends dengan parents Anep iaitu Abang Mat dan Kak Yatie. Anep ini time kecik-kecik dulu sama-sama gi bercuti ke Jakarta.

Hah! itu kisah tahun 2004 kalau tak silap cos time tu Aryssa masih baby lagi umur dalam tiga empat bulan kot. Time pergi bercuti tu Aryssa tinggal tak bawak pun dia. Along je ikut dia pun masih kecil belum 2 tahun lagi umur dia. Anep pun budak hingusan time tu, suka sangat dia menyakat Along yang masih toddler.

Abang Mat dan Kak Yatie pun Mrs. A dah lama lost contact recently bertemu kembali iaitu bulan Ramadhan tahun ini. Restoren Joint Kitchen itu rupanya mereka yang punya barulah Mrs. A tahu setelah Mr. A dapat kontrak di area sana (Dataran Centrio, Seremban 2). Itu pasallah bila mai S2 jer... we all suka nak menjamu selera di Joint Kitchen lagipun food di Joint Kitchen banyak yang sedap-sedap belaka.

Majlis perkahwinan Anep ini diadakan di D'Cattleya, Senawang. Kat D' Cattleya ini selain dari pada shoplot dan bangunan office rupanya terdapat juga Hall untuk di sewa. Ini 1st time Mrs. A menjejakkan kaki di Elegance Hall, SECC Senawang. Selain daripada Elegance Hall apa yang Mrs. A perasan terdapat juga dua tiga lagi Hall yang berlainan namanya. Mungkin owner hall tersebut pun orang yang berbeza-beza.

Elegance Hall, SECC Senawang ini berada di block belakang dan tempatnya di tingkat satu. Kena naik tangga uols.

Jemputan kahwin
Time makan beradab sempat Mrs. A snap curi
jemputan kahwin
Souvenir majlis perkahwinan pun dah berinovasi no more telor-telor
Jemputan kahwin

jemputan kahwin
Sebelum pulang haruslah bergambar di banner ya...
Semoga perkahwinan Anep dan pasangannya kekal bahagia hingga ke Jannah. Meriah sungguh majlisnya mungkin juga sebab majlis tersebut masih di bulan Syawal iaitu 8 Syawal 1438 H. Nanti bolehlah letak nama anaknya Syawal. Eh! apalah yang ko mengarut nih! Mrs. A muahhhhaaaaa. Okay itu sahaja kisah Jemputan Kahwin Anep Anak Tokey Joint Kitchen. 

Salam 9 Syawal 1438 H

Salam 9 Syawal 1438 H

As Salam and greetings to dear readers.

Salam 9 Syawal 1438 H. Semalam genaplah 9 hari my blog my stori sendu dari up-date. Rasanya memang dah setiap kali raya blog pun sama bercuti da....Alasan paling 'win' adalah line internet di kampung Mrs. A teruk paling banyak pun dua bar tetapi selalunya adalah pangkah terus tiada bar langsung. Kalau nak check WhatsApp kena pi bawah pokok ceri muahhhaaaaaa.....

Okaylah enough dengan alasan APTB tu yang penting hari ini Mrs. A nak up-date jugak blog kesayangan Mrs. A ini. Cerita raya memang seronok tapi itu nantilah ya... hiks! Last entry tak puas lagi nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat readers. Macam mana raya tahun ini meriah ke idok?

Mrs. A seperti tahun-tahun sebelumnya hari raya pertama adalah di kampung Mrs. A di Lubok China. Actually sebelum raya lagi dah pulang ke kampung iaitu pada hari Jumaat 23.06.2017. Kemudian pada hari Sabtu tu emak Mrs. A buat lemang. So Mrs. A menolonglah apa yang patut. Biasanya part jaga lemang memang Mrs. A rajin menyibukkan diri. Tapi ada seorang kawan Mrs. A kata "aku rasa ko selphi yo lobih yang jago api ea tu mak-mak sedara kau" muahhahhhaaa....

Actually gambar ini dah pernah post kat IG @my.maziah (kalau sudi follow ler... IG kiter....) sekarang share kat blog pula.

9 Syawal 1438H
Tu dia 19 batang lemang. habis dalam masa 2 hari sahaja huhuhuu.....
Haish! nampak aje bara api tu jauh tapi panasssss...uols! hanya penjaga lemang yang bisa ngerti.

9 Syawal 1438H
Hentak jangan tak hentak
Tak lupa juga Mrs. A nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan blogger Nina Mads kerana sudi mengirim kad raya buat Mrs. A. 

9 Syawal 1438H
Kad raya special dari Nina Mads
Ha!! cantikkan kad raya dia!? Mrs. A suka jer...

Okay!!! once again Selamat Hari Raya Aidilfitri buat readers my blog my stori serta mohon maaf zahir dan batin. Terima kasih ukhwah. 

Salam 9 Syawal 1438 H
MRS.A my blog my stori ©