MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Perkongsian: Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan

Perkongsian: Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan

As Salam and greetings to dear readers.

Perkongsian: Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan


Mrs. A tertarik nak berkongsi amalan 10 malam terakhir Ramadhan ini di my blog my stori. Perkongsian ini adalah dari Ustaz Muhadir di IKIM. 

"Bermula malam ini amalkan paling kurang bacaan...
  1. Al Fatihah 3x
  2. Al Zalzalah 2x
  3. Al Kafirun 4x
  4. Al Ikhlas 3x
  5.  Yaasin 1x
Sebaik-baiknya satu set baca di waktu pagi dan satu set dibaca pada waktu malam...

Kalau mahu baca lebih dari satu set juga digalakkan.

Ini adalah bacaan paling minima buat 10 malam terakhir Ramadhan

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendapat Lailatul Qadar. Amin."

Okay perkongsian Ustaz Muhadir setakat yang diatas itu aje tau. Kat bawah ini Mrs. A sajalah nak mengomel sikit ngeh! ngeh! ngeh!

Mrs. A inikan kadang-kadang tahu baca aje sesuatu surah itu tapi tak tahu nama Surah tersebut apa tambah-tambah lagi kalau Surah itu tak sebut sedikit pun petikan dari Surahnya [haish!!! teruk betullah ko nih! Mrs. A hoi!!!] Contohnya macam surah Al Zalzalah tu tapi bila Mrs. A google rupa-rupanya Surah Izazulzilatil Alduzil Zalaha kalau Surah ini Mrs. A tahulah ngeh! ngeh! ngeh!.

Image result for surah al zalzalah tafsir
Surah Al Zalzalah

Dulu-dulu sama juga dengan Surah Qul Hu-wallahu 'Ahad  Mrs. A tak tahu pun nama Surah tersebut adalah Surah Al Ikhlas tapi sekarang alhamdulillah dah tahu.

Okay itu sahaja nak shared Perkongsian Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan. Semoga dengan kehendakNYA bertemulah kita dengan malam seribu bulan iaitu Lailatul Qadar. Amin, In Sha Allah.


Credit Google Image & my WhatsApp Group
Tema Baju Raya Keluarga Tahun ini Adalah Warna Turquoise Tapi itu Bukan Pilihan Mrs. A

Tema Baju Raya Keluarga Tahun ini Adalah Warna Turquoise Tapi itu Bukan Pilihan Mrs. A

As Salam and greetings to dear readers.

Tema Baju Raya Keluarga Tahun ini Adalah Warna Turquoise Tapi itu Bukan Pilihan Mrs. A


Oleh kerana tema warna turqouise itu bukan pilihan Mrs. A tapi Mrs. A nak juga beli warna pilihan hati Mrs. A sendiri iaitu warna grey. Rayakan.... sebulan so hari raya pertama kita pakai turqoise then hari raya kedua pula kita pakailah yang warna grey.

Kebetulan pula Lazada ada menganjurkan Ramadhan Raya Blogger Contest dah tu pula kena sangat dengan salah satu temanya looking good and beautiful iaitu share your oufit details for this raya. Memang tepat pada masa untuk Mrs. A memenuhi misi mencari satu lagi baju raya tema warna grey pula di Lazada online shopping.

Bertambah semangat nak beli baju raya tema warna grey itu di Lazada online shopping apabila terpandang iklan Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale di LazadaSale ini bermula dari 19 Mei hingga 30 Jun tawaran discount pulak sehingga 90% fuh! memang berbaloi-baloi.

Lazada Blogger Contest

Bagi Mrs. A baju raya tersebut tak semestinya baju kurung dan baju melayu sahaja asalkan warnanya sedondon sudah memadai. Jubah dan kurung moden pun Mrs. A layan juga. Yesza... Mrs. A nak looking good and beautiful dengan baju raya bertemakan warna grey pilihan hati Mrs. A untuk diri sendiri pilihannya adalah kurung moden lace by Vercato.

Vercato Nora in Grey.


Lazada Blogger Contest


Untuk my only daughter Aryssa pula looking good and beautiful with dress color dark grey campur sedikit pink.

Aooluo Muslim Dress Skirt Hui.

Lazada Blogger contest


Buat the boys pula iaitu untuk Mr. A, Along dan Adik ha! ini dia ibu pilihkan jubah yang stylo dan sexy gitu.

Jubah Hasan Albai. 

Lazada Blogger Contest


Hehhehee... mudah aje kesemua tema warna grey baju raya untuk family Mrs. A telah dijumpai di Lazada online shopping.  Ooopssss belum habis lagi tau walaupun kesemua warna tema dah jumpa tapi nak juga beli lain-lain keperluan seperti sandal baru untuk the boys, shawl, kasut dan handbag baru untuk Aryssa dan Mrs. A dah namanya raya semua pun nak baru ler....

Sandal pilihan untuk my three heros untuk disuai padankan dengan jubah Hasan Albai di atas.

Kasut/ Sandal U G-Wingx 

Lazada Blogger Contest


Kasut pilihan hati for girls adalah warna Pink untuk Aryssa dan black untuk Mrs. A dari jenama yang sama iaitu....

Leyi

http://www.lazada.com.my/catalog/?spm=a2o4k.campaign-1113.0.0.mTywKw&q=Leyi%20Ms%20pointed%20hollow%20thin%20word%20buckle%20shoes%20with%20cold%20Black&searchclickposition=prod3

Orang perempuan kalau dah ada baju baru semestinyalah nak tudung baru jugak. Tudung itu pulak perlu disuai padankan warnanya dengan baju-baju tu. Setelah Mrs. A survey maka berjumpalah warna yang dirasakan sesuai dengan baju kurung moden lace - Vercato Nora in Grey. Hehehe iaitu shawl instant.....

Jelitasara X Lazada Balqis color golden yellow.

Lazada Blogger Contest

Oleh kerana dress Aryssa tu ada campuran warna pink dan kasutnya pun dah warna pink maka warna tudungnya juga haruslah pink barulah sesuai. Aryssa kalau shawl dia suka brand Naelofar jadinya Mrs. A pun pilihkan untuk dia warna silver pink by Naelofar.

Naelofar Hijab Latiffa.

Lazada Blogger Contest

Okay last sekali barang yang Mrs. A nak beli adalah handbag buy one free one by Klikzone. Pilihan Mrs. A adalah yang jenis shoulder bag white for Aryssa and black for me.

Klikzone Women PU Leather Handbag


http://www.lazada.com.my/catalog/?q=KLIKZONE%20Women%20PU%20Leather%20Handbag%20Quilted%20Plaid%20Shoulder%20Bag%20(Black)%20%5BBuy%201%20Get%201%20Free%5D&searchclickposition=prod4

Rasanya semua yang Mrs. A inginkan di Lazada online shopping untuk hari raya nanti sudah pun dijumpai. Readers bagaimana pula dah habis shopping raya ke belum??? Ha! kalau belum apa kata survey di Lazada online shopping banyak pilihan yang menarik dengan tawaran harga yang berbaloi-baloi. Hehehehe... walaupun puasa baru 17 hari, malam tujuh likor pun belum tapi macam dah tak sabar nak raya tambah seronok kalau angan-angan jadi  kenyataan.

Okay itu sahaja nak kongsi kisah Tema Baju Raya Keluarga Tahun ini Adalah Warna Turquoise Tapi itu Bukan Pilihan Mrs. A.

Giveaway 1,000 Kotak PERLASHINE® Kapsul Mutiara

Giveaway 1,000 Kotak PERLASHINE® Kapsul Mutiara

As Salam and greetings to dear readers.

Giveaway 1,000 Kotak PERLASHINE® Kapsul Mutiara.

Sesiapa yang teringin untuk mencuba Perlashine tapi berkira-kira sebab harganya yang agak mahal tu. Ha! takpe jom kita join Giveaway Safiey Ilias nih! Banyak tu Safiey nak bagi satu ribu kotak katanya. 

Apa itu Perlashine? Perlashine adalah supplemen berasaskan serbuk mutiara yang terbukti berkesan dan selamat untuk mencantikkan, mencerahkan kulit, dan menggebukan kulit serta awet muda!

1 biji sudah melepak, 2 biji lagi lah melepak-lepak.

Jom KLIK SINI sama-samalah kita melepak-lepak ya... ngeh! ngeh! ngeh!

 KLIK
KLIK

Actually bukan itu sahaja banyak lagi hadiah-hadiah menarik yang lain seperti iPhone7 pun ada tau.!!! Rugi pulak rasanya kalau tak join sebab mudah sangat cara nak menjoinkan diri. Cepat-cepat sebab GA akan tamat pada 9 Julai 2017. Jangan berlengah lagi jom klik sini untuk turut serta.

Mrs. A sudah join Giveaway 1,000 Kotak PERLASHINE® Kapsul Mutiara. Readers pula bila?

Pesanan Daripada Emak Dan Mak Mertua

Pesanan Daripada Emak Dan Mak Mertua

As Salam and greetings to dear readers.

Pesanan Daripada Emak Dan Mak Mertua. Hahahha... actually ini adalah message yang Mrs. A dapat dari group WhatsApp rasanya dah pernah terbaca dulu tapi tak ingat kat mana. Pesanan ini ditulis dalam bahasa Nogori. Sangat menggeletek hati Mrs. A sebab dalam loghat Negeri Sembilan. Mrs. A pun sajalah nak shared kat my blog my stori jugak.



Posan dari omak @ mak mentuo kek anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu kok balik beghayo:-
  1. Omak bukan eh orang gaji yang kono siap an juadah untuk ekau anak-beranak....
  2. Omak bukan eh orang gaji yang kono komeh an tompek tido ekau anak-beranak...
  3. Ghumah omak bukan eh 'taman permainan', jadi jago anak semasing jangan boghi belaghi, belolah, toghojon tambam dalam ghumah.
  4. Omak bukan bini Pordana Montori yang ado simpanan berjuta untuk sponsor makanan Ghayo kek ekau anak-beranak...
  5. Omak bukan ado kodai dobi layan diri nak basuh segalo sarong bantal dan cadar yang ekau tinggal an lopeh ghayo nanti. Pandai-pandailah cuci dan lipek dulu sobolom balik ghumah semasing...
  6. Ghumah omak bukan eh Dewan Parlimen, jangan ado ipar duai, biras miras nak kocik-kocik ati sesamo sendighi.
  7. Ghumah omak bukan eh 'hotel'.... bak den ulang laie ah, 'hoootelll'....Omak taulah kau orang dah bagi duit ghayo.... Jadi suruh bini semasing ringan-ringankan diri tolong kojo dapur. Jangan nak duduk melompap, menebeng yo nengok TV, Pesbuk, Instagram dan Wassup.
  8. Jagolah aurat di ghumah omak. Maso ni ipar duai, biras miras yang bukan mahram pun ado....
  9. Jago pergaulan anak semasing dengan sepupu-sepupu eh.... tolong ingat sepupu lelaki mo pompuan bukan ea Mahram.... Last sekali.... yang ko...
  10. Ghumah omak ni bukan studio gamba yo... Jadi janganlah sibuk nak berselpi-selpi bagai atau rakam gambar famili pagi-pagi ghayo sampai terlupo nak ziarah rumah jiran-jiran....
Yang Ikhlas Nabona:-

Omak dan mak mentuo
Kau Orang!!!

Muahhhahhaaa.... memang 'win' pesanan emak dan mak mertua  'kau orang' ini. Walaupun pesanan ini nampak agak kasar tapi ada benarnya. Bagi Mrs. A pulak fikir positif jer... no heart feeling.

The end Pesanan Daripada Emak Dan Mak Mertua.

Baru Nak Tempah Baju Raya

Baru Nak Tempah Baju Raya

As Salam and greetings to dear readers.

Baru nak tempah baju raya. Readers bagaimana pula dah siap ke persiapan raya tahun ini? Bagi   Mrs. A pula last Saturday sebelum pulang ke kampung barulah A's family berkesempatan menempah baju raya tema. Hurm!... tak peliklah dah fiil Mr. A memang biasa tempah baju raya last minute nih! Akan jadi pelik bila tempah awal macam tahun lepas tu muahhaaaaa...

Baju raya yang ditempah pun yang color tema tu aje sepasang aje pun syukurlah dari takde gitu. Hurm!!! siapalah yang punya angkara cipta tema-tema bagai ni ya! kan dah hassle. [huk! aloh yang ko nak mengikut tu dah kenapa Mrs. A hoi!!] Nanti tak meriah dan awkward pulak bila bergambar dengan adik-beradik, anak sedara, sepupu-sepapat yang bertema-tema bagai tu. Mrs. A tak kisah sangat tapi kesianlah pulak dengan kids.

Iyalah cousins depa semua bertema-tema bagai, kekdahnya kids pun naklah jugak bertema-tema tu terutamanya si Aryssa. Dari awal tahun lagiks dah bertanya "Ibu tema kita tahun ini apa?" haish! tak tahu lagilah Aryssa. kita tengoklah apa kata survey nanti. Bila dah sampai bulan Ramadan lagilah kerap pertanyaannya tu naik rimas pulak kiter dibuatnya.

Alhamdulillah finally last Saturday we all diberi rezeki olehNYA untuk ke Lanwin di Era Square, Seremban dengan misi untuk menempah baju raya tema.

Baju Raya
Ha! amik ko pilih mana color nak!?
Mrs. A dan Aryssa sepakat nak color silver grey unfortunately the boys tak nak. Pilih color lain kata Mr. A then we both tukarlah pilih color pink. Choi!!! lagilah kena pangkah terus. Kekdahnya we both surrender ajelah the boys nak color tu ha!

Baju raya
Color yang menang survey adalah turqoise iaitu 3 berbalas 2. Okaylah santek jugak tu
Kebiasannya kalau we all tempah di Lanwin ini beli kain kat Lanwinlah jugak. Sebab Mr. A tu kurang rajin nak memilih kain di tempat yang bersesak-sesak. Kat Lanwin Mr. A lebih suka berurusan dengan Desmond iaitu tuan yang empunya kedai. Otai yang dah kenal lama dari kedai beliau di town lama Seremban sampailah dah pindah kedai di Era Square masih lagi Mr. A setia menempah di sini.

Tapi time we all datang tu Desmond takde yang ada adalah Roy dan adik dia, they both tailor jugak macam bapak dia si Desmond tu. Harga kat sini ikut tailor kalau si Roy nih! mahal sikit dari adik dia. Tapi oleh kerana Mr. A dah kenal lama dan selalu aje menghabiskan duit kat sini so Desmond bagi special price tak ikut harga Roy yang mahal tu walaupun Roy yang kena buat baju we all. Kalau Roy banyak citer nanti we all akan report kepada Desmond muahhahahaaaa.... nasib engkaulah Roy.

Baju raya
Si Roy sedang amik ukuran Along. Blok tahun lepas dah tak boleh guna katanya cos depa dah membesar
Baju raya
Adik pun sama kena ambil ukuran jugak
Baju raya
Gigih nak memilih color tema. None hado tekau!
Baju raya
Aryssa kata takpelah ibu nanti kita beli color silver grey kat butik Peace ya...
Bagi Aryssa dan Mrs. A pula tak perlu ambil ukuran dari badan cos we both lebih selesa bagi baju siap yang selesa dipakai dan ikut aje ukuran baju tu. Cuma itulah baju kena tinggal kat Lanwin so tak dapeklah nak pakai baju tu buat seketika.

Baju raya
Tu dia si tukang bayar tengah membelek kemejanya
Kalau ada sesiapa nak try tempah baju di Lanwin terutamanya kaum Adam alamatnya adalah No. 27, Jalan Era Square 3, 70200 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. 

Okay itu sahaja kisah Baru Nak Tempah Baju Raya. Salam Ramadan Kareem buat readers my blog my stori sekejap aje dah 11 Ramadan kan? Selamat berpuasa dan selamat menunaikan solat Terawih.
A Gift From Gang Lunch

A Gift From Gang Lunch

As Salam and greetings to dear readers.

A Gift From Gang Lunch. Thank you very much my best Gang Lunch. Sayang you all ketat-ketat. Last Friday Mrs. A dapat surprise dari gang lunch dapat gift sempena birthday Mrs. A yang ke 24 tahun muahhhaaaaaaa 24 tahunlah sangat. Actually ini memang tradisi gang lunch memberi hadiah birthday kepada kesemua membersnya yang menjadi surprise adalah bila hadiah itu akan diterima. Terkadang cepat terkadang lambat bergantung kepada free time members yang tidak terlibat birthday pada bulan itu.

Dalam kes Mrs. A ini, Mrs. A memang surprise sungguh bukan pura-pura tau... cos tarikh birthday Mrs. A adalah 30 Mei dan giftnya dapat keesokan hari. Lagi pula time tu Mrs. A tengah busy hendak mengejar dateline menyiapkan paper mesyuarat. Memang cerita birthday tiada langsung tup-tup dapat gift.

Mula-mula seorang member datang biasalah cerita-cerita semasa. Tiba-tiba seorang demi seorang gang lunch datang kat cubicle Mrs. A. 

Meh! sini belanja gambar

gang lunch
Muka terharu campur gembira gitu... Ha! as usual kena paksa buka time tu jugak
Apa itu Gang Lunch buat Mrs. A? Gang lunch  itu adalah gang yang selalu keluar lunch bersama-sama tak semestinya satu department yang pasti bersama ketika nak makan tengahari muahhahhaaaa... Tempat lunch itu pulak ikut request members. Yang seronoknya tu we all sekepala takdelah berkira sangat tempat mana nak lunch tu. Follow aje mana-mana tempat lunch as requested by sesiapa di kalangan members. Alhamdulillah so far tiada masalah. Gang Lunch jugak ada group WhatsApp mereka sendiri. Of Course ler.... mana bisa tiada WhatsApp group.

Okay! jom Mrs. A belanja lagi gambar-gambar Gang Lunch ketika meraikan membernya yang celebrate birthday!

gang lunch
Terbaru adalah Mrs. A hew! hew! hew!
gang lunch
Gang yang ini sama jugak di bulan Mei cuma dia di awal Mei
gang lunch
Ini pulak time birthday kak .N
gang lunch
Ini birthday LZ. Tapi time dia we all terlewat sedikit dari tarikh sebenarnya. Harap LZ tak ambil hati
Oh! ya bulan April members tetap Gang Lunch ada 5 orang tetapi di pertengahan Mei members telah bertambah lagi seorang. So sekarang ini Gang Lunch dah jadi 6 orang. Cara we all membeli gift itu adalah kongsi-kongsi RM dikalangan members kecuali mereka yang celebrate birthday pada bulan yang diraikan itu.

Biasanya idea untuk membeli gift itu juga dikongsi bersama tetapi kadang-kadang ada jugak we all tanya nak gift apa hiks!. Then we all pun belikanlah. Budget takdelah mahal-mahal sekadar yang we all mampu aje yang penting tanda INGATAN tulus ikhlas.

Semoga ukhwah yang terjalin dikalangan Gang Lunch akan kekal manis-manis hingga ke Jannah. In Sha Allah. 

The end kisah A Gift From Gang Lunch.



Planning Pil Jenama Loette Murah Di Farmasi Alpro

Planning Pil Jenama Loette Murah Di Farmasi Alpro

As Salam and greetings to dear readers.

Planning Pil Jenama Loette Murah Di Farmasi Alpro. Ooppss.... ini post untuk wanita khasnya kaum-kaum ibu yang consume planning pil ngeh! ngeh!ngeh! Tiga hari lepas Mrs. A telah tersinggah tanpa sengaja [ayat kemain hiks!] di Farmasi Alpro yang baharu sahaja dibuka di area office Mrs. A. 

Plannya nak pergi farmasi yang selalu Mrs. A pergi tu, kat area yang sama tetapi tiba-tiba mata tertancap pulak kat kalungan-kalungan bunga di lorong pejalan kaki depan farmasi Alpro al-maklumlah depa dapat bunga ucapan tahniah gitu. Terus ajelah Mrs. A singgah mana tau sebab baharu buka kot-kot depa buat diskaun 'pembukaan'.

Amvoi!!! peramahnya lak hai!!! pekerja dia tu. Bila Mrs. A tanya planning pil jenama Loette ada ke tidak? Kemudian dia pun cari dan jumpa bila tanya harga pulak "RM23.00 only mem". Dua kali Mrs. A tanya ha! "how much?" ialah manalah tahu kot-kot Mrs. A salah dengar RM33 ke? RM23.00 katanya lagi sambil menerangkan yang mereka bagi harga minimum, "agak susah untuk dapat harga ini di mana-mana tempat lain kecuali yang beli direct daripada pengeluar" tambahnya. Hah! Mrs. A pun apa lagi terus ajelah membeli dan terus jugak menjadi 'members Alpro'.

Kalau ikutkan Mrs. A ini susah jugaklah nak termakan kata-kata promotion yang suruh kita join members ini, tapi disebabkan jadi members cuma RM10.00 sahaja seumur hidup, terus tergoda tambahan pulak harga Loette tu kat Alpro ini memang berbaloi-baloi.

Loette
Alpro insured RM1,000,000 genuine medicine
Berdasarkan pengalaman Mrs. A yang dah banyak tahun consume planning pil Loette ini harga di Alpro ini adalah serupa time mula-mula Mrs. A ambilnya dulu iaitu kira-kira lapan tahun yang lalu. Time tu Mrs. A beli di klinik Dr. R di Plaza Dwitasik amvoi!!! jauhnya membeli muahahhahhaaaaa.... Takdelah time tu Mrs. A kerja company lain dan projek office di Plaza Dwitasik.

As time goes by Mrs. A pun dah tak kerja di sana lagi dan kenalah beli kat tempat lain banyak sangat tempat dah Mrs. A beli kat farmasi area taman Mrs. A, di Senawang, di Watson, di Guardian, di farmasi kat kampung haish! banyaklah mana-mana tempat yang menawarkan harga terendah pasti Mrs. A akan terjah dan biasanya beli dua ke tiga kotak buat stok. Namun kesemua harga tak mampu nak beat tempat baru yang Mrs. A jumpa ini iaitu farmasi Alpro. [oiiii... Alpro ko dengar tak nih!?] Itulah kesian ko Mrs. A Alpro dah lama wujud yang ko tak pergi kenapa huhuhuhu....

Kenapa Mrs. A pilih planning pil jenama Loette dari pelbagai jenis planning pil yang ada di antara sebab utamanya adalah Mrs. A tak gemukkkk....!!! bila ambil Loette. Actually time mula-mula nak consume planning pil dulu adalah dua tiga jenama lain yang Mrs. A dah cuba seperti Gynera, Yasmin, ada satu lagi tak ingat pulak apa ke namanya hah! gebu-gebas badan iol.

Bila dah gebu-gebas tu Mrs. A pun minta advise Dr. R kat klinik di Plaza Dwitasik tu, cakap dengan dia 'Doc I nak consume planning pil yang tak menggemukkanlah' then Dr. R pun suggest Loette. Ini berdasarkan cerita Mrs. A kat dia yang dah consume lain-lain planning pil yang Mrs. A sebut tadi tu.

Katanya cubalah Loette kita kena tengok jugak jenis hormon masing-masing setiap individu berbeza. Actually planning pil tu ada dos-dos hormon tertentu yang berbeza-beza peratusnya. Contohnya hormon esterogen maybe dalam jenama A peratusnya 20% dan jenama B pulak 10%. So kalau hormon esterogen dalam seseorang individu itu banyak dia maybe sesuai dengan jenama B. Oooopppssss apa-apa pun kena minta advised dari yang pakar ya... Mrs. A sekadar berkongsi pendapat sahaja berdasarkan pengalaman. Janganlah ambil serius pula terus nak tukar jenama nanti kalau menggemuk jugak hah! janganlah salahkan Mrs. A pulak huhuhuhu....

Pssstttt.... tapi kalau nak murah lagi ada jer... ambil yang kat klinik kesihatan tu muahahhahaahhaaa...

Eh! nak share jugak gambar card membership Alpro.

Pharmacy Alpro
Selain card dapat jugak key-chain Alpro
Selepas ini dah tentulah Mrs. A akan terus sahaja membeli Planning Pil Jenama Loette Murah Di Farmasi Alpro.

The End.

MRS.A my blog my stori ©