MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Wordless Wednesday #94

Wordless Wednesday #94

As Salam and greetings to dear readers.

my blog my stori
We are the Black Pearl

Family Days Out : Tengok Dr. Strange

Family Days Out : Tengok Dr. Strange

As Salam and greetings to dear readers.

Last weekend adalah family days out yang tidak dirancang. Mrs. A ajak pergi Aeon S2 aje makan-makan dan nonton Dr. Strange. Tetapi Mr. A kata nak pergi nonton di Mid Valley la pulok! Mrs. A okay jer... Along dan Adik lagilah suka.

Tengok-Dr.Strange
Trademark nih! harus wefie time OTW tu
Eh! kenapa takde Aryssa ni?? Betullah tu Aryssa pagi-pagi lagi Mrs. A dah hantar dia ke sekolah, tapi bukanlah sebab dia kena sekolah. Aryssa ikut trips sekolahnya ke Cameron Highlands selama dua hari satu malam. Iaitu pergi Saturday pagi dan dijangka pulang Sunday malam.

Hurmm... itu jugak salah satu sebab babah depa terpaksa belanja jalan-jalan barulah adil kata dua orang bujang tu. Oleh kerana we all gerak lepas Zohor lebih kurang pukul 2.00 petang cenggitu jadinya kenalah pergi makan dulu. 

Haish! anti sosial betul dua-beranak ni
Adik ni memang payah tau nak diajak bergambar
Amboi! makan tak hengat! Briyani kambing tu. Ha! malam nanti jangan lupa makan Lipitor sudah.
Tempat lunch ini rasanya tak payahlah Mrs. A nak citer lagi cos dah selalu sangat datang SINI. Okay! selepas kenyang perut suka hati barulah boleh tengok wayang. Dari Ampang terus ke Mid Valley jalan Ampang jem tapi Mr. A ikut jalan yang tak jem pusing sana, sini, situ tetiba dah sampai.

Seperti yang telah dijangka parking memanglah susah kat Mid Valley, namun nasib we all tersangat baik cos ada kereta yang dah nak keluar lalu we all pun dengan cepatnya dapat parking walaupun parking memang full sana, sini, situ.

Alhamdulillah dahlah dapat parking cepat, pastu dekat pulak dengan pintu nak masuk.
Ambil gambar tiang dulu supaya nanti tak lupa parking di mana?
Cinema 18, pukul 5.20pm
Sementara menunggu time nak masuk tu sempat Adik posing kat sini dulu
Mrs. A pun nak jugakk!!!
Okay uols dah tengok ke cerita Dr. Strange ni suka ke tak suka? Pendapat Mrs. A kurang suka cos tidak berjaya menyentuh hati ini, bak kata Ogy Ahmad Daud atau Tok Ram "tak sampai". Memanglah ceritanya fiksyen dan tak logik tapi Mrs. A selalu aje tengok cerita fiksyen macam The Hobbit tu elok jer "sampai".

Cuma satu pengajaran yang Mrs. A paling ingat dalam Dr. Strange adalah dunia ini bukan mengenai kau seorang so tak payahlah nak perasan kau serba tahu dan kau bagus sangat. Dalam bidang kau ya kau memang pakar, kau the best tetapi cuma dalam satu bidang itu aje.

Itulah bila Dr. Strange pergi cari tempat Kamar Taj tu hah! baru dia sedar langit tinggi rendah. Lagi satu adegan pergaduhan tu peninglah tengok bila semua benda bergerak, lantai bergerak, dinding bergerak serius fening anta dibuatnya. Mrs. A bagi tiga bintang jer.. dari lima bintang.

Tapi itu pendapat Mrs. A ajelah, kalau nak puashati lebih baik nonton sendiri. Mungkin pendapat uols lain pulak. Kita share-sharelah ya. Okay! cukup-cukup sudah. Cukup sampai di sini saja... eh! itu lirik lagu der...

The End cerita Family Days Out : Tengok Dr. Strange. nanti Mrs. A nak share cerita Explohunt pulak In Sha Allah doakan Mrs. A rajin nak menulis jer...


Segmen Blog Review Safirul Amar

Segmen Blog Review Safirul Amar

As Salam and greetings to dear readers.

Pagi ini terjumpa satu segmen yang sangat menarik pada pengamatan Mrs. A lalu Mrs. A pun tertarik untuk turut serta. 

Segmen Blog Review Safirul Amar diberi nama. Apa yang lebih menarik lagi adalah segmen ini tak perlu buat apa-apa pun. Hah! apa!! tak perlu buat apa-apa!? Iya... tak percaya ?? cuba klik banner di bawah:-

blog-review#1
KLIK

Okay! itu sahaja nak share pasal Segmen Blog Review Safirul Amar.
Si Kuning Sudah Di 'Neuter'

Si Kuning Sudah Di 'Neuter'

As Salam and greetings to dear readers.

Si Kuning sudah di neuter dalam bahasa melayunya dimandulkan. Kenapa Mrs. A perlu neuterkan Kuning? Hurmmm... coz dia dah buat perangai jantan sebenar muahhaaaa... Pernah tak dengar orang kata bila kucing jantan dah sampai masa chicky nak mengawan (mating) dia akan menanda kawasan. Cara depa menanda kawasan adalah dengan memancut-mancutkan (kencing berdiri) di mana-mana kawasan yang mereka suka. 

Pada mulanya Mrs. A kurang percaya yang si Kuning akan buat macam itu jugak. Al-maklumlah Kuning kucing yang baik kata hati Mrs. A, yang sebenarnya Mrs. A tahu mesti Kuning pun akan berperangai begitu tetapi hati tetap nak menafikan. Dah ko kenapa Mrs. A hoi!? Terkena syndrom penafian la pulok!

Kuning ni asyiklah tidur je kerja dia lepas kena neuter tu sekarang pun sama
Wajah terbaru selepas di neuter. Macam tak puashati pun ada.
Kekdahnya selepas duk asyik jadi tukang bersihkan pancutan si Kuning tu di tempat-tempat seperti grilled depan rumahlah, pintu bilik Aryssalah, pintu almari Mrs. A pun kena jugak lalu Mrs. A pun give-up dan pada Tuesday 08112016 selepas pulang dari kerja Mrs. A pun bawa Kuning ke Klinik Haiwan Senawang.

Tengahari sebelum pergi tu Mrs. A dah called klinik dulu kalau nak neuter macam mana? Katanya kucing kena check in 2 hari satu malam kat klinik.

Muka curious. Manalah Ibu nak bawa aku ni?

Tak mau tengok. 

Haish! sibuklah look here..look here

Iyalah iyalah okay tengokla ni
Mujurlah petang tu Kuning ada kat rumah dan sewaktu Mrs. A ambil dia untuk dimasukkan dalam carrier dia okay jer... tak melawan pun. Kat atas tu gambar-gambar dia dalam kereta on the way nak ke klinik dia okay jer... seat still tak melawan pun dalam erti kata lain Kuning tu redho ajelah apa yang Mrs A buat kat dia. Dia percayakan tuan dia, eeecececewah!!!

Dah sampai!! haruslah register dan buat bayaran
Setelah peluk-cium Mrs. A pun tingalkan Kuning di tempat kuarantin
Tinggal sini ya!! Esok Ibu datang ambil Kuning.
Di Klinik Haiwan Senawang ini cost untuk neuter kucing jantan RM120.00 seekor manakala untuk kucing betina pula RM140.00 seekor. Selepas settle register dan buat bayaran tuan cat dah boleh balik katanya esok datang ambil sebelum pukul 10.00 malam. Payment pula, deposit aje dulu pun boleh nak full payment lagilah boleh. 

Esoknya sewaktu masuk ke bilik khas untuk ambil Kuning tu Doktor kata dia masih tak sedar lagi. "Ubat bius tu masih belum hilang. Balik nanti kurung dia dulu, pagi esok baru boleh bagi dia makan dan minum". Ini kalau tak kurung apa jadi doktor tanya Mrs. A. "Risau kalau dia dah okay sikit, dia jalan jugak terhuyung-hayang  macam orang mabuk" Oh! macam tu ka??.

Kuning time Mrs. A ambil tu terbaring jer... tak sedar lagi.
Sampai kat rumah Mrs. A bawak dia masuk dalam rumah ingatkan nak biar dia dalam carrier tu aje. Tapi tak jadilah sebab bila dia dah tersedar dia duduk dan nampak dia tak selesa coz carrier tu kecik sangat untuk dia bergerak.

Jadinya Mrs. A pindahkan dia kat dalam cage di luar rumah. Ooopsss... apsal gambar tiga ekor ni pulak??

Lilo and lagi 2 ekor tu takde nama sebab kawan Aryssa nak adopt.
Hahhaa... actually nak tunjukkan gambar cage tu aje. Sebab time Mrs. A letakkan Kuning kat situ tak ambil gambar pun. Time tu dia sekor aje. Tiga ekor tu dapatlah lepas bebas. Beri laluan pada abang dia yang belum pulih ngeh!ngeh!ngeh!

Okay! back tu cerita Kuning, pagi esoknya lebih kurang pukul 6 pagi cenggitu Mrs. A check keadaan dia. Nampak dah sedar dan dia pun dah bersuara ibu... kuning lapar nak kible dan air katanya muahaaaaaa.....(okay! tipu). Lalu Mrs. A letakkan makananan dan air dia pun makan dan minum kemudian dia termenung. Hurmmm... dah okay kot dah kenyang nak tidur lettew!!!

Alhamdulillah dalam tengahari macam tu Along called Mrs. A time ni Mrs. A kerja ada kat office, katanya Kuning dah pulih. Along dah keluarkan dari cage dia pun dah jalan macam biasa. Fuh! lega sangat.

Sekarang ini Kuning dah tak terpancut sana-sini lagi, Kalau dia membuang tu elok aje duduk (Mrs. A skodeng dia kat dalam bilik air ngeh!ngeh!ngeh!). Cuma mulut bising dia tu masih ada lagi dan kuat tidur. Kalau readers nak tahu kat rumah Mrs. A ada banyak cats. Oleh sebab tu memang ada yang perlu dan harus di neuter demi menjaga kesejahteraan sesama jiran. Okay! itu saja nak shared kisah Si Kuning Sudah Di 'Neuter'


Kejohanan Silat Terbuka Rembau 2016

Kejohanan Silat Terbuka Rembau 2016

As Salam and greetings to dear readers.

Kejohanan Silat Terbuka Rembau 2016 tak tahulah macam mana mula asalnya Adik dan Imran cousinnya boleh terjebak dengan event ini. Mrs. A fikirkan kejohanan itu biasa-biasa sahaja tapi bila sampai ke sana di hari kejadian terkejut dibuatnya. Adik!!! ko takde pengalaman macam manalah ko bersilat nih! dik hoi!

Banner - Kejohanan Silat Terbuka Rembau 28 - 30 Oktober 2016
Tempat kejohanan adalah di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Chembong, NSDK

Pagi-pagi sampai haruslah warming-up dulu
Team Mega Cemandee

Sejujurnya Mrs. A tak amik port sangat pun pasal Adik dan silatnya tu. Suatu hari tu tak ingatlah tarikh sebenarnya sebulan dua yang lalu. Katanya ibu... cikgu cakap dia nak buat pemilihan untuk masuk pertandingan silat. Siapa terpilih akan jadi wakil kelab silat tu, kelab luar cikgu ahli kelab tu. Setelah sesi pemilihan selesai adik dengan happy bagitau dia dan Imran terpilih. So Mrs. A sekeluarga layankan ajelah lagipun tengok dia very looking forward to this event. (tapi di hari kejadian bila tengok mereka berlawan serius touching).

Walaupun Adik tak menang apa-apa pingat tapi game Adik yang pertama dia menang.
Konon nak snap time juri angkatkan tangan siapa yang menang. Unfortunately tak sempat la pulak.
Pemenangnya adalah !!! dari...sudut biruuuuu..... yeaa... Adik menanglah
Manakala cousin dia Imran sampai ke peringkat suku akhir (3 games), Semua games Imran penuh debar dan sangat menarik terjerit-jerit family Mrs. A dan suku-sakat lain yang turut datang beramai-ramai untuk support.

Imran dari sudut merah sedang bersedia untuk berlawan
Imran (sudut merah) sewaktu berlawan dalam salah satu games yang dimenanginya
Actually Mrs. A pun tidak tahu secara details berkenaan Kejohanan Silat Terbuka Rembau ini, tapi dari FB pages mereka ianya dianjurkan oleh kelab silat Seni Gayong Fatani, Chembong dengan kerjasama KBS dan Kerajaan Negeri.

Kategori yang dipertandingakan adalah mengikut berat badan dan peringkat umur:-

(i)  Pra Kanak-kanak - umur 4 hingga 6 tahun
(ii) Kanak-kanak - umur 7 hingga 9 tahun
(iii) Pra Remaja - umur 10 hingga 12 tahun
(iv) Remaja - umur 13 hingga 15 tahun
(v) SUKMA - umur 16 hingga 19 tahun dan
(vi) Dewasa - 20 tahun ke atas

Kejohanan Silat Terbuka Rembau ini memang meriah penyertaannya ada juga peserta jemputan dari luar negara iaitu dari negara Uzbekistan dan juga Singapura.

Hadiah adalah berbentuk wang tunai iaitu RM500 untuk juara, RM300 untuk naib juara dan RM200 untuk tempat ketiga.

Okay jom kita layan gambar lagi.




Berdoa dahulu sebelum bertanding. Sempat pulak Mr. A ni membeli T-shirt silat tu.
Hurmm... unfortunately tiada untuk Mrs. A 
Tu dia kategori Pra-Remaja. Dua orang ahli kelab Cemandee, tiga orang SKKGV 
Eh! ini peserta kategori apa nih!? Hahhhaaa ini Kaklong biras Mrs. A iaitu Mama Imran 
Ait...!? sempat ko tukar baju Mrs. A. Hurmm... takde makna tukar baju, ini adalah hari pertama 
Buat Adik dan Imran kalah menang adat pertandingan Ibu dan Mama tetap support dan bangga dengan you both. Tak teruk sangatlah ada jugak games yang menang kansss. Cuma belum ada rezeki untuk bergelar juara dengan pingat emas. Lagipun ini kali pertama masuk pertandingan masih belum ada experience takpe nanti kita cuba lagi dan cuba lagi ya... In Sha Allah.

Pendapat Mrs. A tentang Kejohanan Silat Terbuka Rembau 2016 dari segi penyertaan memang sangat menggalakkan. 

Tetapi dari segi penganjuran terdapat beberapa kelemahan yang wajib diperbaiki pada masa akan datang untuk kejohanan besar macam ini. Di antara kelemahan tersebut adalah:-

(1) Penganjur sepatutnya dah boleh agak hari pertama kejohanan berapa sahaja kategori yang mampu mereka jalankan. Ini berdasarkan gelanggang yang hanya ada 6 berbanding dengan peserta yang ramai (lebih kurang 600 peserta)

(2) Jadual perlawanan tidak sepatutnya dibuat secara manual. Setiap Pengurus pasukan masing-masing perlu ke meja urusetia untuk mengetahui jadual dan ambil gambar jadual perlawanan dari semasa ke semasa dan WhatsApp kepada ibubapa peserta pasukan mereka.

(3) Pada hari pertama kejohanan kategori Pra-remaja dan Kanak-kanak memang langsung tidak dijalankan kerana perlawanan untuk kategori lain-lain berlarutan sampai ke tengah malam. 

(4) Pengumuman berkenaan tiada perlawanan untuk kategori Pra-remaja dan Kanak-kanak sepatutnya dibuat awal-awal lagi. Maka tidak perlulah kami tertunggu-tunggu hingga ke petang anak-anak ada yang dah tertidur-tidur dan keletihan.

Okay itu sahaja nak share kisah suka duka di Kejohanan Silat Terbuka Rembau 2016. Majulah sukan silat untuk negara.


Wordless Wednesday #93

Wordless Wednesday #93

As Salam and greetings to dear readers.


#93

KGP Sodap Bona

KGP Sodap Bona

As Salam and greetings to dear readers.

Balik kampung last weekend sempatlah Mrs. A singgah di KGP. Lagipun dah lama tak singgah kat kedai KGP ni biasa beli tapau aje minum kat rumah. KGP apo ko bondo ea tu??? ngeh!ngeh!ngeh! mesti readers tertanya-tanyakan. 
Kelapo Goncang Panchang
KGP adalah Kelapo Goncang Panchang aka coconut shake
Actually KGP tu adalah short form untuk Kelapo Goncang Panchang hurmmm...sodap bona. Kelapo tu bahasa Negeri Sembilan dalam bahasa standard adalah "kelapa" dan Goncang adalah goncang juga shake-shake uols. Actually dalam bahasa yang diketahui umum adalah coconut shake. Manakala Panchang tu adalah nama kampung Mrs. A. 

Tetapi di kampung Mrs. A satu kampung sedia maklum KGP itu apa. Dalam erti kata lain ianya adalah branding untuk coconut shake keluaran di kampung Panchang. Tetapi jangan salah faham pula ya KGP itu bukanlah hasil keluaran penduduk kampung Panchang ianya adalah hak milik individu yang tinggal di Kampung Panchang. Tuan KGP ini adalah pemilik kedai runcit dan juga pemilik KGP yang terletak sebelah-menyebelah aje.

Sodap Bona
Shawl merah ni anak siapalah tu? Kanan tuan KGP sedang siapkan order Mrs. A and kids.
perisa-original
Ini Mrs. A punya perisa original
Menu
Ada juga lain-lain perisa
Di KGP ini juga ada WI-FI percuma. Kedai KGP akan sangat meriah dan busy bila hari-hari cuti ataupun musim-musim perayaaan al-maklumlah time tu semua anak-anak kampung yang di perantauan pulang ke kampung. Inilah port lepaking sambil minum-minum KGP sodap bona.

KGP ini bukan sahaja ada di kampung Mrs. A ada jugak truck bergerak ke sana ke mari. Boleh klik 
KGPkool untuk mengetahui lebih lanjut.

Okay itu sahaja nak share pasal KGP Sodap Bona. Andai kata ada readers yang melalui kampung Mrs. A ataupun terserempak truck KGPkool bolehlah cuba ya.... In Sha Allah memang sodap bona berbaloi-baloi.

Nota: Kampung Mrs. A ini ada dua nama Panchang pun ia Kampung Haji Sulaiman pun ia juga. Macam mana ada dua nama? Ntah! sejarahnya Mrs. A belum siasat lagi.
MRS.A my blog my stori ©