MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Doa Pagi Jumaat

Doa Pagi Jumaat

As Salam and greetings to dear readers.

doa-pagi-jumaat
FB Pages: Brunei Islam

We Miss You

We Miss You

As Salam and greetings to dear readers.

Setelah hampir sebulan tak balik kampung finally last Saturday kids dan Mrs. A berkesempatan untuk balik kampung. Semasa bulan Syawal hari itu banyak sangat hal yang membuatkan keinginan untuk pulang ke kampung terbantut. Kendurilah, open houselah, konvoi rayalah haish! macam-macam hal lah.

Walaupun dah lama tak balik kampung tetapi minggu sebelum tu Mrs. A sekeluarga ada jer... berjumpa dengan emak, kakngah sekeluarga, adik dan niece yang keletah tu kat wedding anak cousin. Tapi itulah sekejap sangat tak puashati. Last weekend tu kids memang looking forward sangat nak balik kampung nak jumpa si tecik ni...

Mrs.A-missed-me
Missed me??!

Malangnya sesampai aje kampung budak tecik tu ada kat Ikea Damansara nak pi makan meatball kata mummynya ngeh!ngeh!ngeh!

Sorry we all balik Puchong seminggu dua ni

Semua muka kuciwa aje... tak bestlah tak bestlah kata depa. Tapi mujurlah ada nenek takpelah dapat jumpa nenek pun dah bersyukur kata depa lagi... Hahhaaa... ayat nak sedapkan hati sendiri. Nenek pulak cakap takpelah buah rambutankan ada boleh makan sampai hongeh! Alahai buah rambutan tu belum masak ranum lagi tapi dah boleh jugaklah untuk dimakan.

Patah terkulai angkara monyet-monyet

Mak Mrs. A kata tak tahulah sempat masak ranum ke tidak buah-buah rambutan tu, ntah sempat kita makan ke tak ker...?? Monyet banyak tak sedar bila masa dia makan, tengok-tengok kulit rambutan dah bertaburan kat bawah pokok tu.  Kemain monyet-monyet tu berpesta.

Nenek nape tak bakarkan mercun? tanya kids dah bakar dah sekejap aje takutnya. Mercun pun dah habis ha! monyet tu datang balik. Habis dah ikhtiar, geram nenek!!! biarlah monyet pun nak makan jugak kongsi-kongsilah kita nampak gayanya yaaa.... Jadinya kat kampung we all asyiklah duk makan buah rambutan mujurlah tak sakit tekak dek banyaknya makan tu.

Oh! ya sebelum balik kampung last Saturday tu we all sempat pergi wedding cousin Mr. A di TTJ. Tapi yang lucunya ntah kenapa time tu langsung takde bergambar dengan pengantin. Malas nak citer banyak.

Biarlah gambar berbicara.

Mrs.A
Ini aje gambar pengantin yang ada itupun jauh bebenor

Mrs.A
Along (b.i.l) sekeluarga sedang menjamu selera. Mereka sampai lewat sedikit dari we all

Mrs.A-the-cousins
The cousins

Mrs. A
F.i.l dan cucunya yang paling kecik

Mrs.A
Amboi!! teringin nak ada baby kerr... tu??

Mrs.A
Awat hang pi ketawa cenggitu sekali Mrs. A oii!! buruk perangai

Okay itu saja, al-kisah we miss you. Hahahaaa tajuk macam tak synchronize dengan ending jer...


Kredit Photo: Group WhatsApp family
Pencarian Bloglist Untuk Blog Gadisgenits

Pencarian Bloglist Untuk Blog Gadisgenits

As Salam and greetings to dear readers.

Demi kasih dan sayang kepada rakan blogger LZ yang telah mengTAG Mrs. A untuk segmen ini maka dengan sportingnya [muahahahaaaa ayat tak boleh blah] Mrs. A pun turut sama-sama memeriahkan segmen Pencarian Bloglist Untuk Blog Gadisgenits.


KLIK

Memang suatu kepayahan yang amat sangat bagi Mrs. A jika segmen yang mengenakan syarat perlu tag rakan blogger ini. Huhuuuuhuuu... namun begitu demi memenuhi syarat tersebut Mrs. A dengan rasa penuh ikhlas dan berbesar hati untuk tag 3 rakan blogger yang ramah-tamah iaitu:

Hi I'm Suki

Adianiez~Aida's

Karyaku: Paridah Ishak


Untuk tahu detail sila KLIK banner di atas. Jom sama-sama kita support rakan blogger Wanny Dlover. 


Salam Jumaat - Doa Pergi Bekerja

Salam Jumaat - Doa Pergi Bekerja

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs.A-doa-pergi-bekerja


Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2016 Gabungan Badan Berkanun Negeri Sembilan

Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2016 Gabungan Badan Berkanun Negeri Sembilan

As Salam and greetings to dear readers.

Hai..hai..hai.. readers tolong jangan kecam Mrs. A ya sebab cerita raya lagi... tengok tajuk aje dah boleh agakkan?? Tetapi Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2016 Gabungan Badan Berkanun Negeri Sembilan ini bukanlah cerita raya biasa. Ini Mrs. A kena kerja da... jadi AJK katanya.

Gabungan Badan Berkanun tersebut adalah terdiri dari lima Badan Berkanun di Negeri Sembilan iaitu:-

1. Lembaga Muzim Negeri Sembilan
2. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
3. Yayasan Negeri Sembilan
4. PKNNS dan
5. Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS)

Okay! kasi tepek kad jemputan sket.

Mrs.A-inilah-rupa-kad-jemputannya
Inilah rupa kad jemputannya

Actually Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2016 adalah tahun kedua ianya diadakan dan tuan rumah pada tahun ini adalah Yayasan Negeri Sembilan. Tempat yang mereka pilih adalah di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi (KOMBES). Manakala pada tahun pertama dahulu tuan rumahnya adalah PKNNS pada tahun tersebut tempatnya di perkarangan office Mrs. A aje al-maklumlah banggunan yang syarikat Mrs. A kerja itu adalah bangunan PKNNS. Tahun lepas santai sangat Mrs. A dan gang lunch turun aje datang makan-makan sampai lebam ngeh! ngeh! ngeh! 

Berbeza dengan tahun ini Mrs. A kena bertugas dan bergabung dengan setiap gabungan badan-badan berkanun berkenaan. Setiap gabungan ada tugas dan peranan masing-masing. Masing-masing juga ada khemah dan gerai yang harus dikawal selia dan dipertanggungjawabkan. Di antara tugasan AJK adalah memantau outsources dan mengalu-alukan tetamu.

Menu bagi syarikat tempat Mrs. A kerja adalah minuman dan mee kawah. Ada lebih kurang empat jenis mee disediakan. We all ada dua gerai iaitu satu gerai air dan satu gerai mee kawah.

PKNNS punya menu kambing golek. Lakukeras kambing golek PKNNS tu walaupun 10 ekor kambing yang terkorban tetapi tak sampai pukul 3.00 petang dah habis. Untung depa gerai tutup awal.

Untuk tiga lagi gabungan badan berkanun tu mereka ada menu satay dan apam balik, ada jugak kambing perap dan satu lagi tu makanan orang dulu-dulu iaitu ubi rebus bersama sambal tumis ikan bilis  dan jugak sambal gesek.

Khemah tetamu di bahagian luar

Gerai minuman panas/sejuk/cendol

Meja tetamu  VVIP dalam dewan. 

Tempat duduk tetamu istimewa anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Al-Khair, Taman England, Sikamat

Cantik karpet dalam dewan KOMBES ni

Masa Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2016 Gabungan Badan Berkanun Negeri Sembilan itu adalah dari pukul 11.00 pagi sehingga 3.00 petang. Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu VVIP iaitu YAB DSU Hj Mohamad bin Hj Hasan dan juga isteri.

Selain dari beliau terdapat beberapa orang lagi tetamu kehormat yang lain. Pada majlis tersebut juga YAB DSU telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Al-Khair, tersebut. Alhamdulillah sama-sama kita berkongsi rezeki dengan mereka yang kekurangan.

Walaupun cuaca agak panas tetapi tetamu yang hadir dan sambutan yang diberikan sangat menggalakkan. Selain tetamu daripada anggota gabungan iaitu panel lawyer masing-masing, agensi berkaitan, kontraktor, consumer dan lain-lain. Turut hadir memeriahkan majlis adalah orang awam yang terdiri daripada penduduk sekitar dan jugak adik-adik dari sekolah-sekolah yang berdekatan.

Ni nak habaq jugaklah gerai we all menang kategori pencetus ummah. Dapatlah hamper seketui.

Hamper ini akhirnya dibahagikan sesama AJK

Disebabkan ada pertandingan gerai itu jugaklah maka AJK kena datang awal untuk menghias gerai masing-masing. Adoii... hai berpeluh ketiak masing-masing menghias gerai hilang sekejap vogue dek adegan panjat-memanjat nak gantung hiasan punya pasal.

Ala...sebenarnya semua gerai menang muahhaaaaaa... cuma kategori aje berbeza-beza. Ada gerai Lawak Ke Der... gerai Otai Masih Berbisa adalah dua nama lagi Mrs. A tak ingat. Ntah! apa kes semua nama kategori rancangan Astro apa depa ingat ini siaran Astro ke??? Haish! memang we all tak setuju langsung dengan semua nama-nama yang mereka pilih tu. Tak tahulah siapa punya idea takde semangat patriotik kepada syarikat masing-masing langsung. Cerdik pun boleh terpengaruh dengan rancangan TV apatah lagi budak-budak ya...dok??? Hahhaaaa.... apa kes ko emosional pulak dah Mrs. A hoi!!!

Okay dah habis cerita jom layan gambar pulak. Peringatan gambar-gambar sangat annoying kalau tak nak muntah hijau cukup setakat sini sahaja.


Jom..jom... kita bergambar

Ferfiling Diva Raya

Sis comel tu nama dia Azie

Gang lunch turut hadir sorang tu bukan.
Shawl gold color company sponsored untuk AJK terlibat.
Ha! nampak tak brooch besar gedabak tu. Itu pun sponsored tekau!!

Yea!! dah habis, sebelum balik bergambar lagi

AJK office Mrs. A bergambar bersama sebelum menjalankan tugas masing-masing

Antara officemate yang hadir

Alhamdulillah syukur majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Walaupun ada sok-sek-sok-sek makanan ada yang cepat habis tapi itu adatlahkan. Kambing golek memang habis awal anggaplah yang tak dapat tu bukan rezeki awak pada hari itu. Pilih ajelah makanan lain yang masih ada banyak lagi.

Bagi Mrs. A Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2016 Gabungan Badan Berkanun Negeri Sembilan memang satu idea yang bagus dan patut diteruskan pada tahun-tahun berikutnya. Selain daripada dapat merapatkan ukhwah dan silaturrahim sesama anggota gabungan. AJK juga dapat berkenal-kenalan dengan rakan-rakan gabungan yang terlibat. Bila dah saling kenal kerja akan jadi lebih mudah. In Sha Allah.

Kalau nak tengok lebih banyak gambar klik SINI

Kredit Photo: WhatsApp Group AJK Gabungan & Gang Lunch



Wordless Wednesday #84

Wordless Wednesday #84

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs.A-musang-king
Musang King

Ini durian musang king yang Mr. A beli. Mahal tekau!!! Tapi takpo jom kito poei Festival Buah-Buahan dan Makanan Negeri Sembilan ni ha...


mrsablogstori.blogspot.com-festival-buah-buahan-makanan-negeri-sembilan
Festival Buah-Buahan & Makanan Negeri Sembilan

Tiket masuk Jom Makan Sampai Hongeh:

Dewasa = RM15                                Umur 13-18thn = RM10                    Bawah 12thn = Percuma


Majlis Perkahwinan Anak Sepupu

Majlis Perkahwinan Anak Sepupu

As Salam and greetings to dear readers.

Majlis perkahwinan anak sepupu Mrs. A amboi!!! sepupu Mrs. A anak dia dah kahwin uols!... sedangkan anak-anak Mrs. A masih bersekolah lagi. Sepupu Mrs. A ini (Kakngah Ani) adalah sebelah arwah abah iaitu emak dia yang Mrs. A panggil Maklang tu dengan arwah abah Mrs. A yang mereka panggil Pakcik adalah adik-beradik.

Majlis perkahwinan tersebut bertempat di Dewan Sekolah Men. Keb. S2 last Saturday 30072016 dekat bebenor dengan office Mrs. A. Last two weeks Kakngah Ani sekeluarga telah datang ke kampung menjemput, time tu Mrs. A takde pun dan tak tahu pun. Emak Mrs. A yang calling-calling bagi tahu dan plan ajak pergi sesama dengan Kakngah Mrs. A sekeluarga dan adik. 

Mrs.A-pengantin-bersama-ayah-dan-ibunya-kakngah-ani
Pengantin bersama ayah dan ibunya (kakngah Ani)

Emak Mrs. A kata "Angah kau tak tahu jalan nanti kita pergi sesama mak ikutlah dari belakang". Amboi!! mak macamlah anak mak ini tahu sangat jalan. Tetapi takpe serahkan aje pada yang pakar. Kekdahnya janji on Saturday tu dalam pukul 1.30 petang tunggu selepas tol Seremban. Kenapa lambat sangat tanya adik Mrs. A pulak. "Terpaksalah coz anak aku si Aryssa tu sekolah ler... last week dah ponteng minggu ni mana boleh ponteng lagiks!!! ada paham.

mrsablogstori.blogspot.com
Tu dia pakar jalan tengah serius memandu ngeh!ngeh!ngeh!
Awat yang kat belakang tu?? Oh! ini gambar otw pulang da...

We all sampai lebih kurang dalam pukul 1.45 petang cenggitu okaylah walaupun dan terlepas time bersanding tapi selesa coz orang dah tak ramai sangat dan bebas nak selphi-selpot dengan pengantin. Time ini jugaklah ambil kesempatan berjumpa dengan sedara-mara, sepupu-sepapat sebelah arwah abah yang dah lama tak berjumpa. Ada jugaklah seorang dua yang dah tak kenal langsung al-maklumlah wajah masih-masing dah berubah sangat.

Hoi! lambatnya ko makan Mrs. A lain-lain semua dah habis ha...

Co Founder Cendol Songkok Tinggi & anak sulungnya a.k.a Pak Busu & cousin Mrs. A

Pak Busu & anak-anak sedaranya

Ait!! si tecik tu sempat bergambar dengan idolanya Upin dan Ipin

Kids and nieces kemain berselfi ha..

Sebagai penutup sebelum masing-masing pulang we all bergambar kenangan bersama-sama pengantin.

Selain daripada Mak Mrs. A mereka yang lain-lain adalah sepupu bersama family masing-masing

Free style katanya

Akhir sekali diucapkan selamat pengantin baru kepada Sharulnizam dan Noraini semoga berkekalan hingga ke Jannah.

Nama pengantin perempuan tu sama pulak dengan nama ibu mertuanya iaitu Noraini tak lain tak bukan Kakngah Ani sepupu Mrs. A tu ngeh!ngeh!ngeh!




MRS.A my blog my stori ©