MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2016 - part 1

Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2016 - part 1

As salam and greetings to dear readers.

Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2016 - part 1

Okay! sambung lagi cerita Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2016 aka #LISUS yang telah berlangsung dengan lancar dan meriahnya. Kejohanan dijadualkan bermula pada pukul 9.00 pagi. Tetapi sejak dari pukul 7.30 pagi lagi dah ramai yang datang. Team office pun sama ada yang dah sampai awal dalam pukul 7.30 pagi cenggitu sebab risau tak dapat parking.

Mrs. A takdelah awal sangat coz breakfast dulu bersama Aryssa sebelum hantar dia ke kelas Bestari tahun 6. Tapi syukur tempat yang biasa Mrs. A parked tu masih kosong. Sesampai aje cari team mana depa punya port nih!?

Ha! jumpa pun.
Pastu terus aje amik gambar.

Kepada sesiapa yang tak breakfast lagi ada sandwich dan pisang untuk alas perut.

Kemudian bergambar bersama team

Pengurus pasukan Mrs. A terpaksa datang lewat coz bapa saudaranya meninggal. Takpelah we all faham asalkan players cukup syukur alhamdulillah. 

Kemudian lebih kurang pukul 8.30 pagi semua diminta berkumpul dalam barisan untuk acara perasmian. Perasmian dilakukan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, alamak nama dia Mrs. A tak ingatlah tapi handsome jugaklah orangnya cia...cia...cia.... Katanya dalam kejohanan kali ini penganjur akan memilih pasukan terbaik ataupun individu yang dirasakan bagus dan terbaik untuk mewakili Negeri Sembilan dalam kejohanan di peringkat negeri nanti.

Menurut beliau lagi tahun ini penyertaan paling ramai dalam sejarah penganjuran netball LISUS iaitu sebanyak 18 pasukan kesemuanya

Meriah dengan 18 pasukan yang bertanding dari luar NS pun ada iaitu Gombak dan Shah Alam.

Selepas acara perasmian, sebelum kejohanan dimulakan, 

Kita bergambar dulu!!!

Bergambar bersama sebelum kejohanan dimulakan

Kemudian kejohanan pun bermula. Terdapat empat kumpulan kesemuanya iaitu kumpulan A, B, C dan D. Kumpulan A dan C terdiri daripada lima team manakala kumpulan B dan C pula empat team sahaja. Dalam cabutan undi yang dijalankan team office termasuk dalam kumpulan B iaitu empat team sahaja.

Oleh kerana kumpulan A dan C terdiri dari lima team maka kumpulan tersebut telah bermula dahulu. Team A bermain di gelanggang 1 dan team C bermain di gelanggang 2. Peluang tersebut we all gunakan untuk menyaksikan perlawanan team yang bertanding awal dan sambil itu warmed up. 

Masing-masing sibuk tengah passing bola

Tangan satu, dua tiga, empat.... dan lapan

Tukar tangan satu, dua, tiga, empat.... dan lapan. Amboi! kemain semangat berkobar.

Ini acara wajib bergambar satu pasukan. Kalah menang adat pertandingan tapi gaya biarlah menang muahhaaaaa......

Ouch! besarnya nama masing-masing. Siapalah yang punya idea nih!??

Hurmmm...ingat nak habiskan terus kisah Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2016 tapi kering idealah nak menulis. Lagipun kasi suspen sikit apakah keputusam team office Mrs. A. Tunggguuuuu... to be continue.


Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2016 - Teaser

Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2016 - Teaser

As salam and greetings to dear readers.

Esok team netball office akan menyertai Kejohanan Bola Jaring Daerah Seremban 2016 ataupun lebih dikenali dengan nama Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Untuk Semua. Ini adalah salah satu persediaan juga untuk team office sebelum ke SBAM. Sajalah nak bagi experience bagaimana feel sertai pertandingan liga. Bukanlah tak pernah ada experience cuma nak refresh feel tu yang dah berkurun lama tak menyertai mana-mana pertandingan.

Tahun 2014 dulu Mrs. A dah pernah sertai kejohanan yang sama tapi bersama team Netball Ex-Stadian.

Kepada peminat-peminat netball seantero negara mereka pasti dah familiar dengan Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Untuk Semua ini. Actually kejohanan ini memang sedang berlangsung sekarang di seluruh negeri di Malaysia seperti Selangor, Terengganu, Wilayah dan lain-lain negeri.




Belanja gambar di suatu petang selepas training. 
Time ini hanya lima orang aje yang turun training pun lima lagi macam-macam hal.

Yang muda remaja dua orang peace yo kat belakang tu adik-adik sekolah vokasional yang selalu jadi sparring training bersama.



Saranghaeyo!!!

Doa-doakan team Mrs. A menang di peringkat grouping ya! Kalau nak juara tu memang payah arrr... banyak team power-power huhuuuhuuu... Okay to be continue cerita selepas kejohanan nanti.

Sesiapa yang berkelapangan yang duduk di Seremban tu meh! la datang support.


Salam Jumaat : 7 Rejab 1437H

Salam Jumaat : 7 Rejab 1437H

As salam and greetings to dear readers.

Shared Yamtuan Murshid's post


X-STAD FC vs IJM Land FC

X-STAD FC vs IJM Land FC


As salam and greetings to dear readers. 

Last Saturday Mrs. A rajinlah pulak nak ikut Mr. A pergi game bola. Mungkin disebabkan tempatnya di IJM Rimbayu tu yang rajin tu. Lagipun Mrs. A belum pernah sampai ke situ lagi. Kids pun sama excited sangat dapat pergi.

X-STAD FC dah Otai sangat!! tapi hati  muda kata depa.  

IJM Land FC tengah warmed-up. Amboi! semua kekurus dan nampak fit.

X-STAD FC pun warmed-up juger... tapi tak ramai yang kurus ngeh! ngeh! ngeh!

Tujuan depa bukanlah nak main bola sangat tapi lebih kepada suka dapat berkumpul jumpa kawan-kawan lama. Main pun sampai tiga games. Tak sedar awak-awak tu dah otai. Takpelah janji semua sihat dan tiada yang injured. Alhamdulillah yang penting happy!!

Tapi tempat ini memang best ada padang main bola dan taman untuk riadah.


Babah main dalam padang, adik main tepi padang

Haahhaaa... 'Dilwale' sangat


Apa motif ni? Ini adalah lantai toiletnya tembus bawahnya tasik.

Nakk... jugak enterframe

Taman Rimbayu ini macam best aje, tapi banyak rumah yang masih kosong lagi. Next time kalau ada friendly match kat sini lagi boleh ikut lagi. Akhir kata majulah sukan untuk negara, ngeh! ngeh!ngeh!


Wordless Wednesday #75

Wordless Wednesday #75


As salam and greetings to dear readers.

Ini citer tengahari semalam. Kisah kereta lagi. tapi kali ini kereta yang takde gear.. muahhaaaaa.


Eh! eh! sini jap mana gear ni...???

Kereta Alang Mrs. A rosak dipendekkan cerita dia menggunakan perkhidmatan workshop yang sama dengan we all guna. Oleh kerana kereta dia tak boleh siap semalam jadinya we all bagi dia pinjam Viva Mrs. A.

Mrs. A pulak kena guna kereta yang workshop bagi. Kenapa begitu? Hurm... tak mau banyak soal jawab dengan Mr. A tu iol follow jer.. Time proses punggah-memunggah barang dan hand over kereta tu tetiba Mrs. A confused mana pulak gearnya nih! sambil tanya kat Mr. A.


Sini ler... vongoks la ibu ni

Ngeh!ngeh!ngeh! kena vongoks dengan Mr. A tu. Sabar yolah, kesian nampak sangat keta pinjamnya.

Majlis Kenduri Aqiqah, Tahlil Dan Doa Selamat

Majlis Kenduri Aqiqah, Tahlil Dan Doa Selamat

Majlis Kenduri Aqiqah, Tahlil Dan Doa Selamat.

As salam and greetings to dear readers.

Majlis kenduri aqiqah, tahlil dan doa selamat ini kejadiannya adalah pada Ahad, 03042016 dah dua minggu berlalu rupanya sekejap aje masa berlalu. Hurm... tak tahu apa kes seminggu dua ini Mrs. A kemalasan nak up-date blog. Nampak gayanya azam tahun baru satu hari satu entry telah tidak mencapai sasarannya seawal April lagiks huhuuuhuuu...

Majlis Kenduri Aqiqah, Tahlil Dan Doa Selamat
Aqiqah-online
Khemah is ready 

Okay kembali kepada fakta kejadian. Majlis aqiqah itu adalah untuk Annur Husna iaitu niece Mr. A yang baru lahir tu nak kata baru sangat tak kot dah habis pantang pun. Di samping itu dibuat jugaklah majlis tahlil sempena menyambut Ramadhan yang bakal tiba dan jugak doa selamat.


Aqiqah-online
Auuuwww!! cekci la... Annur Husna tu. Apalah Makngah nih! cover la sket perut kita tu

Majlis tersebut diadakan di Kg. Jiboi iaitu rumah parents in law Mrs. A. Majlis ini telah diadakan secara catering mudah dan senang bagi pihak tuan rumah tak yah nak stressed fikir tak cukup kakitangan, cuma fikir duit aje mana nak cari bagi cukup ngeh! ngeh! ngeh!

Tetapi untuk kambing aqiqah itu M.I.L yang masak sendiri. Kari kambing M.I.L memang sedap cepat aje habisnya compare dengan lauk-pauk yang lain.

Aqiqah-online
Friday nite Mrs. A amik tugas racik bunga rampai bersama my biras N, Along, Adik dan niece.

Actually bukanlah racik bunga rampai aje, ada lagi macam-macam kerjanya hah! salah satu lagi masuk pulut kuning dalam bekas.

Aqiqah-online
Tak boleh tutup lagi sebab masih panas.

Jom layan gambar.

Majlis Kenduri Aqiqah, Tahlil Dan Doa Selamat
Aqiqah-online
Berzanji oleh penduduk kampung Jiboi

Aqiqah-online
Time ni turn Mr. A potong-memotong jambul si Husna

Aqiqah-online
Husna yang elok aje behave

Aqiqah-online

Aqiqah-online
Haziq abang si Husna nak jugak!!! hurmmm... jeles lettew..

Aqiqah-online
M.I.L cakap kau pi duduk kat buaian teman si Z takkan dia sorang jer... pulak. Haish! untung iol yang seorang lagi si cantik lawa tu niece we all panggil kaklang.

Agak lama juga takde kenduri-kendara di Jiboi itu pasal yang Mr. A beriya nak buat jugak katanya takpe dia sponsor kambing. Apa lagi laju ajelah yang lain-lain bersetuju. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun cuaca memang panas tetapi tetamu yang hadir tetap ramai seperti yang yang dijemput dan telah dijangka.

Kenduri-kendara memang seronok walaupun penat tapi dapat berjumpa dengan sedara-mara dan kawan-kawan memang berbaloi-baloi indahnya.


AQIQAH lebih mudah di  Aqiqah Online






Tak Dapat Pergi Training

Tak Dapat Pergi Training

As salam and greetings to dear readers.

Lorrr... dah 4 April 2016 kekdahnya dah 4 hari tak up-date my blog my stori ini. Tak kira.... hari ini nak jugak mencuri masa untuk up-date blog Mrs. A ini. Walaupun last Friday ada berkira-kira nak up satu entry berkenaan 1 April unfortunately tidak berkesempatan bila dah busy dengar kerja dah terlupa la pulak. 

Lagipun last Friday Mrs. A pulang awal planningnya seperti beberapa Friday yang lepas untuk ke training netball. Unfortunately tidak kesampaian, itulah manusia hanya mampu merancang tetapi yang menentukan adalah Allah S.W.T. On the way nak ke tempat training tu di tengah highway Bukit Chedang Viva buat hal la pulak. Baru aje si Viva ni buat hal dah dia buat hal lagi. Mujur jugaklah bukan Mrs. A seorang ada dua orang lagi officemate yang tumpang keta Mrs. A time tu untuk ke training netball kekdahnya takdelah Mrs. A mati kutu sangat. Okay jer... boleh buat lawak-lawak lagiks!

Dalam proses Mrs. A dan dua lagi officemate nak tolak keta ke tepi tu berlakulah jugak inciden ngeri bila tetiba ada satu kereta nih! laju sangat, yang tak perasan la kot kereta  rosak kat tengah-tengah highway mujur aje driver tu sempat break. Tapi we all menggigil bila dengar bunyi break tu adoyai! laju heart beat dibuatnya mujur takde yang kena serangan heart attack. Kalau tak satu hal lagi la pulak nak panggil ambulance. 

Sewaktu offimate Mrs. A nak tolak ketepi keta tu tak gerak uols, muaaahhaaaaa nampak sangat lemahnya we all nih! Lagi satu kesian kat we all sebab tak ramai pun yang prihatin kebanyakkan mereka tu terus aje berlalu pergi.  Mujurlah ada pompuan India dengan anaknya dan seorang bro melayu naik motor yang baik hati berhenti dan tolong tolak ketepi kalau tak tak tahulah berapa lama masa we all nak ambil untuk tolak ke tepi. 

Kemudian apa lagi calling-callinglah si penyelamat (Mr. A), Haish! penyelamat nih! banyak soal jawab pulak. Haruslah tunjuk bukti sikit kasi percaya.


Awat muka Mrs. A camtu??? Ini hah! saya dengan Yus dengan Iz. Tolong cepat sikit panas nih!
(Actually hangin satu badan bila penyelamat soal-siasat macam tak percaya dengan kita la pulok)

Kemudian discussed dengan netballers maka dipersetujui salah seorang netballers akan datang untuk amik we all. Unfortunately Mrs. A seorang aje tak lepas sebab Mr. A kata tunggu settlekan keta ni dulu muaaahhaaaaaaa.... macam cursed la pulok.!!

Kekdahnya Iz dan Yus ajelah yang dapat joined training petang itu. Walaupun pada mulanya Mrs. A fikir akan joined kemudian sebab ingatkan bateri aje yang kong. Tetapi bila dah tukar bateri pun tak boleh start juga. Mekanik kata ini bukan masalah bateri, maybe wiring problem kena towing ke workshop. 

Tunggu lagi sampai towing car datang. Sabar yolah!! tunggu bersama si penyelamat.




Alhamdulillah syukur semuanya selamat dan dipermudahkan.

MRS.A my blog my stori ©