MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori
Nuffnanger!

Nuffnanger!

Semalam Mrs. A check email, pastu ada satu email dari nuffnang berkenaan contest #TGIFMY "Meat" Your Match. Macam best jer... macam senang jer... tengok gambar meat tu kecur air liur. Lunch nanti harus makan steak ni ngeh!ngeh!ngeh!

Howdy readers sekalian tak perlu ler...Mrs.A huraikan pepanjang berkenaan contest ni nak tau details pi check sendiri email uuu ools yer...


Tapikannn,kan,,kan....... yang lawaknya tuh Mrs. A takde account Instagram muahhaaaahaaaa... Apa...??? takde Insta. kesian lahai!!! ko Mrs.A tak up-todate langsung. Whatever? Ada aku kisah!!! hurrmmm ntah! apa-apa ler... yang Mrs. A merapu nikan. Ok readers kepada sesiapa yang berminat nak joint contest ni dah pi check email, nanti if menang update Mrs. A yer...



Wordless Wednesday #23

Wordless Wednesday #23

Bloodtype

Andai kami berkata-kata

Andai kami berkata-kata


Apalah kena dengan Mrs. A ni dalam gelap pun nak amik gambar we all nampak ker..?? We all nak tidur pun tak senang.



Dah! dia on lampu pulak! Ok bai we all nak tidur jugak.




Yuhoooo.. Mrs. A pi tutup lampuler... we all nak sambung tidur ni. Kesian ko Mrs. A siapa suruh tinggalkan bebudak tu kat kampung mujur ada we all masih boleh temankan ngeh!ngeh!ngeh!


Iniblogke 600 Bloglist

Iniblogke 600 Bloglist

Bismillahhirrahmannirrahim...
Dear readers jom joint segmen ni.

 iniblogke

Tak perlu like, tak perlu follow tak perlu kata apa-apa ngeh!ngeh!ngeh!
lelebih pulak Mrs. A ni kan..kan..kan... cuma perlu buat

- Post bertajuk "iniblogke 600 bloglist"
- Pastikan banner ni ada dalam post u oolss dan linkkan post di sini
- Tinggalkan url post u oolss kat ruangan comment


Sesiapa yang berminat sila klik banner di atas.



Al-Fatihah

Al-Fatihah

11 Disember dua tahun yang lalu Abah telah pergi selama-lamanya meninggal kami sekeluarga. Tetapi arwah Abah selalu dalam ingatan dan sentiasa dalam kenangan kami sekeluarga.
Al-Fatihah buat arwah abah Azalli bin Gayah.




Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Semoga kita akan berjumpa kembali di akhirat kelak. Amin...

11.12.1936 - 11.12.2012

Pertandingan Ten Pin Bowling

Pertandingan Ten Pin Bowling

Pertandingan Ten Pin Bowling Piala Family Haji Isderas & Hajah Zabedah. Amboi! tajuk post bukan main lagi. Macam pertandingan international. Okay kasi gambar dulu.



Ini adalah family event side hubby. Organize by pengantin baru iaitu Mrs. A punya sil siapa lagi Maksulah yang baru jer...kahwin bulan lepas. Event ni dah dua kali postponed dalam meeting katanya nak diadakan pada 25112014 (Selasa) tapi tak jadi cos the biras ada pulak yang tak available kerana diarahkan pergi berkursus. Kemudian tukar date pada 05122014 (Jumaat) pun tak jadi lagi cos Ampang Superbowl, Seremban Prima fully booked. So kekdahnya malam tadi 08122014 barulah menjadi kenyataan.

Untuk event ini tukang booking Ampang Superbowl (AS) tu tak lain dan tak bukan tentulah jaguh bowlingkan..kan..kan... iaitu biras Mrs. A yang Nija (Alang) tu. Kiranya most of the staff kat AS tu dah kenal sangat dengan dia al-maklumlah jaguh bowling SUKNS ni. Kiranya di mana ada event bowling di situlah ada Nija. Ini kira peringkat NSler... bukanler international muuuahaahhaaaaa.....

Kalau buat event kenalah jugak buat collectionkan, so this time kena bayorrrr... RM22.00 per head. Lagi banyak head maka lagi banyaklah RM yang kena dibayor..... As for Mrs. A kena RM110 iaitu 22 times 5, tetapi kerana Along & Adik tak joint maka dapat semula RM44 ngeh!ngeh!ngeh!. Along (bil) family pun ada yang tak dapat joint kerana Abanglong (anak sulung depa) nun di PUO menuntut ilmu. Family Alang & Ateh anak kecik memasing memang tak jointlah cos nak angkat bola bowling pun tak larat inikan pulak nak masuk pertandingan. Takpe tunggu besar lagi sikit ya.

Event start lebih kurang pukul 8.30 malam dan dirasmikan oleh Abah (fil). Terima kasih Abah kerana sporting sangat melayan karenah anak-anak menantu dan cecucu semua.

Abah amik gambar dulu ya...

Simbolik perasmian adalah Abah kena buat balingan yang pertama sebelum we all memulakan pertandingan. Kemain protokol sangatkan. Habis tu dah organizer suruh buat cenggitu haruslah ikut.

Abah dengan gaya balingannya

Pertandingan Ten Pin Bowling Piala Family Haji Isderas & Hajah Zabedah ni terbahagi kepada dua kategori iaitu dewasa dan kanak-kanak. Kategori dewasa duo manakala kanak-kanak trio, eh! macam pertandingan nyanyian pulak. Dah itu yang Mrs. A dengar DJ cakap Mrs.A ikut jer... duo dan trio tu bukan sendiri yang pilih ya. Itu ditentukan oleh organizer katanya depa cabut undi, iyer ke tidak tak dapatlah nak dipastikan. Tetapi Mrs. A memang tak tahu siapa pair Mrs. A sehinggalah melihat sendiri frame monitor tu time sampai mencari-cari lane.

Point after 1st game.

Dewasa ada lima teams, Papa & Kak Ngah (Mrs. A ler...tu), Babah & Mama, Alang & Makteh, Kak Lang & Ateh serta team organizer iaitu Maksu & Paksu. Sementara itu kanak-kanak pulak ada tiga teams, [Aryssa, Danial, Kna] dan seterusnyalah satu team tu dua orang adalah niece & nephew side kaklong pengganti kepada along & adik yang tak hadir kerana syok sangat duduk kampung.

Sebagaimana yang telah dipersetujui team tak dibenarkan husband&wife, cos ini berdasarkan pengalaman lalu pasti champion we all dah boleh agak  iaitu pasangan jaguh bowling tu ler.. Alang & Nija. Kekdahnya team kali ini no more husband&wife except for organizer takpelah kasi chance newly wedd. Beberapa   tahun yang lampau we all dah pernah adakan pertandingan bowling ni at that time Maksu still single. Yang kalah tercorot kena bayar so cer teka siapa yang kena. Ngeh!ngeh!ngeh! mujur bukan Mrs. A yang tercorot hokeh! tapi we all yang kalah tu tong-tongler... membayarnya. 

Time tu takler begitu organize sepertimana event kali ini, siap dengan T-shirt berserta print out family name dan hadiah bagai. T-shirt tu sponsor by pengantin baru color pink Mrs. A yang choosed mujur menang voting cos ada cadangan lain nak color purple. Huh! pleasela... dah dua T-shirt bowling Mrs. A purple iaitu time bowling bersama ex-Stadian. Cukup-cukup sudah aku tak mahu purple lagi. Hadiah Mrs. A tak pasti siapa yang sponsor tapi Aryssa ikut time mil & sil gi beli hadiah tu tapi dia dah kawtim dengan maksunya tak boleh bagi tahu rahsia katanya.

Time event tu berlangsung lanes kebanyakkannya ok takde problem sangat pin tersangkut kerr... bola tak return kerr...all smooth and clear. Pastu tak ramai sangat orang kiranya yang memeriahkan keadaan dan bising-bising hanyalah family we all.




Aryssa, Danial & Kna




Loving couple setia menungggu we all habis games

Settle tiga frames, jeng..jengg...jeng...time untuk lihat siapa yang menang. Okay amik tempat dulu then posing-posing.


Girls only

Memula penyampaian hadiah untuk kategori kanak-kanak. Penyampainya adalah mil.

3rd place - Bob, Adhwa & Sumaiyah (they both ganti along &adik)

2nd place - Aryssa, Danial & Kna
Champion - Aidil, Imran & Kngah Aniz
Tak main pun dapat hadiah gak tapi dah ketiduran

Sorang lagi ni pun dapat gak

Kemudian penyampaian hadiah untuk kategori dewasa pulak. Kali ni turn fil pulak untuk sampaikan hadiah.

5th place - Kaklong & Babah

4th place - Paksu& Maksu

3rd place - Mrs. A & Along. Apa kes ko tayang gigi Mrs. A ingat iklan colgate ker...??

2nd place - Makteh & Alang 

Champion - Nija (K.lang) & Ateh
Huk alor...Danial nape kepala ko masuk sekali ni, gangguan pemandangan betul ler...



Okay finally gambar beramai-ramai, unfortunately Mrs. A takde dalam gambar yang ini cos yang tengah amik gambar tu ler... Mrs. A. Nija pun sama takde nampak kat sebelah tu tengah adjust timer, ngeh!ngeh!ngeh!. Alhamdulillah thank you Allah kerana we all diberi kesempatan untuk event ini. In Sha Allah tahun depan if ada rezeki plan event lain pulak.


Maaf Along Zul kami tak datang

Maaf Along Zul kami tak datang

Maaf Along Zul kami tak datang. Weekend 06122014 ting tong ting tong takde plan apa-apa. Kids masih kat kampung. Kekdahnya haruslah balik kampungkan... Actually Mrs. A diminta oleh emak wakilkan dia pergi wedding anak nephew dia di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi cos Mrs. A yang paling dekat ke sana kiranya sekangkang kera aje. Nephew kepada emak dan cousin kepada Mrs. A. Emak tak berapa sihat kaki dia belum sembuh sepenuhnya tak boleh nak diri lelama ataupun jalan jauh, penyakit yang biasa orang tua ada iaitu sakit lutut, boleh kot dikatakan penyakit keturunan cos atuk dan nenek side emak memang ada sakit ni sewaktu mereka masih hidup.

Huhuuuhuuu...tapi sorry mak anakmu ini tak dapat nak memenuhi permintaan mudah mu itu. Mrs. A memang nak pergi tapiiiii...... sedih!!! takpelah tak perlu cerita kot to personal to share. Kenapalah permintaan yang mudah itupun ada gak manusia tak dapat nak penuhi? Kenapa??? Sampainyer.... hati. Huh! drama time tu.. so Mrs. A pun berlalu pergi pulang ke kampung untuk memujuk hati yang lara. Drama u oools.

Di kampung meriah ada family Alang selain daripada my kids, adik & emak. Oleh kerana school holiday so family Alang lepak kampung seminggu dua katanya. Paling teruja 1st time jumpa my newborn niece Nur Inshirah Nabila.
Tengok cameraler... tapi dia tengok aunty

Tengok tu tembam ofcos ler...fully BF. Lagi satu yang tak boleh blah tu rambut dia tegak-tegak ibu dia kata dah macam-macam cara buat cenggitu jugak takpelah tunggu... sampai cukur jambul nanti.

Cuti kali ni memang my kids selalu ada jer..kat rumah neneknya tak pergi berjalan pun rumah neighbour ataupun main futsal maybe disebabkan cuaca hujan dan jugak family Alang ada ataupun memang sebab kids masih ingat janji-janji manis they all.

Sampai masa nak balik Seremban iaitu malam tadi cuma Aryssa aje yang ikut balik itupun sebab nak main bowling. Adik & Along walau pelbagai cara dan kaedah Mrs. A pujuk ajak balik sekali namun they both tetap pendirian tak nak balik jugak. Alhamdulillah perjalanan ke Seremban lancar nak kata lancar sangat tak juger.. kira slow moving cenggitu. Lebih kurang pukul 9.30 malam we both pun selamat sampai rumah.


MRS.A my blog my stori ©