Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu

10 Julai 2026

Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu (KKJU). Kisah campak belakang pada 23 Jun 2026 yang lalu. Mrs. A sekeluarga pergi menghantar Aqil anak bongsu Mrs. A yang lebih mesra dipanggil Adik sambung belajar di Kolej Komuniti Jelebu, Alhamdulillah dekat masih di dalam Negeri Sembilan. Ooops! terasa kekok pula nak bercerita di blog sebab sudah agak lama tidak menulis hu.. hu... Banyak kisah untuk dicoret cuma keadaan tidak begitu mengizinkan. Moga adalah rezeki selalu menulis kembali di my blog my stori.

Baiklah sambung semula kisah menghantar Adik sambung belajar 😉😊 di Kolej Komuniti Jelebu. Pada pagi 23 Jun 2026 dalam pukul 8.30 pagi Mrs. A sekeluarga dah bersiap sedia gerak dari rumah untuk pendaftaran. Disebabkan barang Adik agak banyak jadinya kami pergi dengan dua kereta. Adik dan Along satu kereta manakala Mrs. A, Mr. A dan Aryssa satu kereta. Masa pendaftaran bermula dari pukul 9.30 pagi hingga pukul 12.00 tengahari. Kami sengaja awal sebabnya nak nak rebut tempat di asrama katil bawah muahahaaaaaa....

Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu. 

Kolej Komuniti Jelebu
Banner di jalan masuk 'selamat datang pelajar baharu kemasukan sesi 1 2026/2027'

Kolej Komuniti Jelebu
Dalam Dewan Sri Harmoni inilah tempat urusan pendaftaran dijalankan. Hanya pelajar dibenarkan masuk waris para pelajar diminta menunggu di luar dewan di khemah yang disediakan

Kolej Komuniti Jelebu
Haruslah bergambar sementara menunggu urusan pendaftaran Adik selesai

Kalau nak bercerita kisah Adik sebelum dia kembali belajar ini agak sedih juga. Tapi biarlah menjadi rahsia kami sekeluarga. Sekarang ini Mrs. A rasa sangat bersyukur bahawasanya ada hikmah disetiap kejadian yang telah berlaku. Setiap manusia ada garis masa masing-masing yang penting jangan berhenti berusaha, sambil berdoa dengan penuh yakin.

Sewaktu keputusan UPU diumumkan rasa gembira dan terharu sebab Adik dapat tempat untuk sambung belajar lagi pada masa yang sama Mrs. A sekeluarga juga diuji dengan keadaan Mr. A yang kurang sihat. Keluar masuk hospital, selepas keluar Hospital Mawar Medical Center masuk pula IJN lebih kurang sebulan kami ulang-alik hospital. Dalam tempoh Mr. A sakit tu Adiklah yang banyak membantu menguruskan Mr. A. Timbul juga kerisauan kalaulah Adik dah masuk belajar nanti siapalah nak jaga babahnya. Tapi takkanlah Adik sampai tak sambung belajar sebab nak jaga babah. Alhamdulillah Allah maha baik semua kerisauan dan kebimbangan itu dapat kami atasi dengan perancanganNYA yang tak dijangka.

Disebabkan Mrs. A banyak menghabiskan masa di hospital temankan Mr. A. Kekdahnya barang-barang keperluan hostel Adik yang uruskan sendiri dengan bantuan Aryssa mereka berdua beradik yang pergi membeli. Syukurlah Aryssa dah ada pengalaman so takdelah Mrs. A risau sangat pada masa tu.

Mrs. A dan Mr. A memang extra risau nak lepaskan Adik ni. Walaupun dia dah besar panjang tapi dia tak pernah duduk hostel dengan personaliti introvert dia tu macam manalah dia nak cari kawan nanti. Haish! macam-macam Mrs. A fikirkan. Tapi bila Mrs. A renung semula dan dari pembacaaan dan perkongsian ilmu. Kita tidak elok berfikiran begitu. Sebagai orang islam kita wajib percaya bahawasanya Allah adalah sebaik-baik pelindung. Benda yang kita tak boleh kawal serahkan sahaja pada Allah. InsyaAllah tenang. Eh! panjang pulak luah rasa seorang Mrs. A nih! 😆😇😊

Sambung Belajar Di Kolej Komuniti Jelebu. 

Kolej Komuniti Jelebu.
Gambar Along snap sebelum kami pulang

Kolej Komuniti Jelebu.
Besar juga almari depa muat isi semua barang

Kolej Komuniti Jelebu.
Haruslah ibu ajak bergambar sama

Teruskan melangkah Adik walaupun perlahan yang penting jangan berhenti. Alhamdulillah setelah lebih kurang tiga minggu nun di KKJU menuntut ilmu ini. Adik baik-baik sahaja happy dan ceria belajar. Belum ada lagi dia komplen yang negatif. Semoga Adik terus maju jaya dalam bidang yang diceburi. Doa ibu sentiasa mengiringi Aqil Hayyi.



11 ulasan:

  1. alhamdulillah tahniah adik
    selamat belajar ya!

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah tahniah Adik!
    Sukses selalu hendaknya 🤲🏻
    Semoga diberi kesihatan yg baik buat Mr A 🤲🏻

    BalasPadam
  3. tahniah adik selamat belajar meraih jaya

    BalasPadam
  4. W'salam Mrs. A..
    Alhamdulillah Adik dapat sambung belajar di KKJ.. Semoga Adik dipermudah segala urusan dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah…moga anakanda MrsA terus baik-baik aje di situ dan moga maju jaya dalam pelajarannya.

    Betul, kita buat apa termampu. Perkara luar kawalan, kita serah segalanya pada Allah dengan banyak memohon doa moga dikurniakan apa yang terbaik.

    BalasPadam
  6. Tahniah adik dapat sambung belajar.
    Semoga dipermudah rawatan suami mrs A dan cepat sembuhnya.

    BalasPadam
  7. Selamat berjaya pada Adik. Insya-Allah, Mrs. A, anak-anak kita akan okay tinggal asrama dan boleh berdikari. Semoga Mr. A juga sihat-sihat selalu.

    BalasPadam
  8. Tahniah dan selamat maju jaya, Aqil! Belajar kat mana-mana pun yang penting niat, usaha, dan semangat nak cari ilmu. Kolej Komuniti Jelebu pun banyak kursus dan kemahiran yang praktikal dan berkualiti. Semoga perjalanan menuntut ilmu kat sana dipermudahkan dan beroleh kejayaan cemerlang! 🎓✨

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah.. InsyaAlalh semoga dipermudahkan urusan menimba ilmu adik.. Semoga adik sentiasa dalam perlindungan Allah.. Aamiin..

    BalasPadam
  10. dulu selalu jugak ke jelebu sbb melawat abang ipar kerja di penjara jelebu

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©