Jun 2025 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Jun 2025
Happy Birthday To Me

Happy Birthday To Me

Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers.

Happy Birthday To Me. Kisah campak belakang pada 30 Mei yang lalu. Sambutan kecil-kecilan dari  group WhatsApp Gojes (ganglunch) dan juga family Mrs.A๐Ÿ˜˜. Alhamdulillah bertambah usia Mrs. A setahun lagi syukur masih dikurniakan kesihatan yang baik dan sihat tubuh badan serta akal fikiran.

Kiranya pada Jumaat 30 Mei tu ada dua majlis sambutan. Pada sebelah siang time lunch hour Mrs. A diraikan sekali bersama seorang lagi gang Gojes yang paling bongsu iaitu Qiera. Birthday Qiera sehari sebelum Mrs.A iaitu pada 29 Mei, by the way we both are Gemini gittewww...

Happy birthday to me by Gojesrian. 

Happy birthday
Lunch hour sambil celebrate birthday Q dan Mrs.A di The Urban Affair, Dataran Centrio S2

Happy birthday
Terima kasih semua yang meraikan we both terharu

Happy birthday
Happy birthday to me & Qiera

Pada mulanya gang Gojes nak celebrate birthday Qiera pada hari Khamis 29 Mei tu tapi sebab lunch hour masanya pendek itu yang ubah ke hari Jumaat dan celebrate sekali dengan birthday Mrs. A ๐Ÿ˜˜

Happy birthday to me by The A Family.

Pada Jumaat petang sesampai di rumah Mrs. A takdelah expectation apa-apa. Cuma bila masuk aje dalam rumah nampak ada sate tapi takde pulak kek. Mrs. A pun buat macam biasa naik atas masuk bilik mandi dan rutin selalunya selepas Isyak baru turun semula ke bawah. Kekdahnya sewaktu Mrs. A turun selepas Isyak tu tengok eh! dah ada kek.

Happy birthday
Potong-potong kek barulah besday hehheee ๐Ÿ˜‚

Alhamdulillah terima kasih kesayangan semua 

Terima kasih juga kepada semua keluarga, sahabat, officemate, rakan-rakan di media sosial FB dan IG yang telah mengucapkan selamat dan doa yang baik-baik buat Mrs. A. InsyaAllah semoga doa yang baik-baik akan berbalik jua kepada kalian semua.


Pergi Tak Kembali

Pergi Tak Kembali

Bismillahhirahmannirrahim. As Salam and greetings to dear readers.

Pergi Tak Kembali. Jumaat 20 Jun 2025 genap 63 hari arwah Along Mrs. A pergi meninggalkan kami seluruh ahli keluarganya buat selama-lamanya, meninggalkan emak, adik-beradik, anak-anak buah serta ahli keluarga yang lain. Sungguh Mrs. A tak sangka Along akan pergi secepat ini.

Mrs. A tiada perkataan terucap, ralat tiada patah kata, tidak mahu mengimbas apa-apa takut sedih tidak tertanggung sebabnya setelah dia balik kampung lebih kurang lima hari raya itu. Mrs.A langsung tidak pergi menjenguk dia. Emak dan KakNgah ada bagitahu Along tak sihat tapi itulah Mrs. A ingatkan tidak sihat biasa-biasa sahaja.

Sewaktu hari raya semua adik-beradik pulang beraya ke kampung Along tidak pulang waktu tu. Along sepi tanpa berita. Hanya setelah kami semua pulang semula ke rumah masing-masing iaitu lebih kurang lima hari selepas hari raya baharulah dia pulang. Khabarnya kereta dia rosak dan dia tak nak menyusahkan adik-beradik lain nak tumpang kereta masing-masing dah penuh dengan ahli keluarga masing-masing begitulah alasan yang diberinya.

Pada malam Jumaat 11 April 2025 bersamaan 12 Syawal 1446H lebih kurang pukul 10 malam emak ada menelefon Mrs. A bertanyakan kerusi lipat Mrs. A sebab dia pernah tengok masa datang rumah tak lama dulu. Pesannya kalau balik kampung esok bawalah kerusi lipat tu sekali sebabnya nak bagi Along duduk di kerusi tu lebih selesa. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ Tak sempat Mrs. A nak balik kampung esok tu. 

Dalam tengah malam emak menelefon semula Mrs. A bagitahu Along dah takde ๐Ÿ˜ญ. Allahuakbar panik sekejap sambil bagitahu Aryssa macam tak percaya. WhatsApp KakNgah katanya dia on the way balik kampung. Kekdahnya Mrs. A sekeluarga pun balik ke kampung malam itu juga begitu juga Alang dan Adik Mrs. A.

Menurut emak, dalam masa lebih kurang seminggu Along di kampung tu dia lemah sangat makan pun tiada selera, badan dia sakit-sakit, malam-malam tak dapat nak tidur. Sepanjang seminggu tu emak pujuk dia pergi hospital dia berkeras tak nak pergi. Mrs. A pun hanya sekadar bertanya khabar melalui telefon sahaja minta KakNgah pujuk jugak dia ke hospital. Tapi tulah puas dipujuk Along tetap tak mahu ke hospital.

Pergi Tak Kembali.
Gambar terakhir Along di rumahnya yang sempat di snap oleh Alang ๐Ÿ˜ญ

Along Mrs. A ni masih belum berkahwin tinggal pun sorang-sorang di rumahnya di Puchong tu. Sewaktu dia masih hidup sendiri dahulu memang menjadi kerisauan kami semua kalau apa-apa yang tak diingini berlaku. Ialah tinggal seorang aje kalau sesuatu berlaku hanya Allah SWT je tahu.

Tapi alhamdulillah Allah maha baik, Along meninggal di rumah emak di kampung seminggu waktu dia sakit tu dia ada bersama syurganya. Emak cakap Along banyak kali minta ampun dengan emak. Emak dah ampunkan dia, halalkan makan minum dia. Allahuakbar indah pengakhiran hidup dia mendapat redho dan pengampunan seorang ibu. 

Pergi Tak Kembali
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fuanhu. 

Sewaktu sampai di kampung tu ketika kami semua mengangkat beliau untuk diletakkan di tengah rumah badannya belum begitu sejuk lagi. Mrs. A tengok muka arwah Along manis sahaja tersenyum macam orang sedang tidur. Walaupun ketika hayatnya dia susah nak senyum dan lebih dikenali dengan anak-anak buah seorang yang garang tapi diakhir hayat mukanya tersenyum manis.

Oleh kerana arwah Along meninggal di rumah. Untuk pengesahan kematian kami perlukan pengesahan doktor atau pegawai perubatan daripada hospital terdekat. Pada waktu tu Mrs. A telefon talian kecemasan 999 kemudian maklumkan ada kematian dan perlukan pengesahan dari hospital. Kemudian petugas yang menjawab telefon bertanyakan alamat, nombor telefon dan beberapa soalan lagi dan terus sambungkan Mrs. A ke Hospital Rembau. Lebih kurang pukul 6.00 pagi ambulan pun sampai dan pegawai perubatan bertugas minta kad pengenalan arwah dan buku kesihatan arwah. Alhamdulillah dipermudahkanNYA setelah beberapa sesi soal jawab berkaitan kesihatan arwah pegawai perubatan berpuashati dan tiada keperluan untuk dibawa ke hospital untuk post mortem. Sebab kematian yang dicatatkan adalah kerana kencing manis dan darah tinggi seperti mana di buku rawatan kesihatan arwah Along beliau memang ada follow-up berkaitan sakit tersebut dengan pihak hospital.

Kemudian dengan maklumat tersebut anak Mrs. A yang sulung telah ke balai polis Kota untuk membuat report kematian. Tidak berapa lama kemudian seorang anggota polis dari balai polis Kota telah datang ke rumah untuk pengesahan. Alhamdulillah dapatlah permit untuk menguburkan tu.

Pada subuh 12 April tu Alang dan BangNgah telah ke masjid untuk solat subuh berjemaah sambil memaklumkan kepada kariah masjid/ kampung mengenai kematian Along. Kemudian jemaah masjid telah ke rumah kami dan diadakan bacaan tahlil. Mulanya emak bercadang untuk memandi dan kapankan arwah di rumah tapi Imam mencadangkan supaya jenazah dimandi dan dikapankan seterusnya disolatkan di surau kampung sahaja. 

Menurut imam lebih mudah begitu kerana segala kemudahan telah tersedia di surau dari kemudahan tempat mandi, kain kapan dan sebagainya. Hasil perbincangan kami sekeluarga bersetuju dengan cadangan imam. Lalu jenazah pun dibawa ke surau dengan van jenazah.Van jenazah adalah dari kampung sebelah, kami sekeluarga pakat-pakat sewa. 

Pergi Tak Kembali.

Pergi Tak Kembali
Selamat dikebumikan lebih kurang pukul 11.45 pagi Sabtu 12 April  bersamaan 13 Syawal 1446H

Syukur alhamdulillah segala urusan dari awal kematian hingga ke urusan pengebumian dipermudahkan dan lancar dengan izinNYA.

Mohon readers dan rakan-rakan blogger doakan roh arwah Along Mrs. A iaitu saudara Abdul Rahman bin Azalli dicucuri rahmat, dikasihi, dikasihani dan ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman dan para syuhada. Aaamiin Ya Mujib.




Barakallah Fii Umrik

Barakallah Fii Umrik


Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Barakallah Fii Umrik. Kisah campak belakang bulan April yang lalu. Family kecil Mrs. A meraikan ulang tahun kelahiran Aryssa dan Adik. Simple sahaja sambutannya yang penting mesti ada kek. Begitulah selalunya yang diinginkan oleh babahnya ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Barakallah Fii Umrik.

Barakallah Fii Umrik
Seperti biasa Sha dan Adik akan potong kek bersama-sama 

Barakallah Fii Umrik
The boys dah leka menikmati sate sementara Sha dan ibu wefie ๐Ÿ˜…

Barakallah Fii Umrik
Barakallah Fii Umrik Aryssa dan Aqil semoga dikurniakan umur yang berkat

Sya dan Adik berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu pada 22 April. Manakala Mr. A pula pada hujung bulan April. Pada tarikh 29 April tahun ini. Mrs. A dan anak-anak dah plan nak sambut birthday Mr. A di rumah seperti kebiasaan yang lain iaitu potong-potong kek selepas isyak. 

Aryssa dah siap-siap beli kek SR.
Barakallah Fii Umrik
Aryssa beli di Aeon selepas dia habis kerja (intern actually)

Along pulak masa 29 April tu dah belikan satay. Tapi apakan daya kita merancang Allah merancang. Sekali lagi perancangan kami tidak diizinNYA. Lebih kurang sama seperti kejadian tahun lepas [SINI] bila mana nak sambut birthday Mr. A ada kejadian tidak terduga berlaku. Pada hari tersebut anak kawan Mr. A meninggal dunia di hospital HTJ. Jadinya Mr. A ke HTJ menolong menguruskan apa-apa yang patut.

Kekdahnya pada malam tu we all makan ajelah satay itu tanpa Mr. A cuma kek tu tak potong pun simpan terus dalam peti ais tunggulah bila Mr. A dah ada baru potong. Tapi tulah tunggu punya tunggu sampai ke tengah malam baru pulangnya. Masing-masing pun dah ketiduran huhuuuhu... Jadinya takdelah potong-potong. Esoknya tu masing-masing potong makan sendiri sahaja ngeh! ngeh! ngeh!

Lama betul tak memblog rinduuuuu... jadilah hari ini dapat lepas rindu menulis. 

MRS.A my blog my stori ©