Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Seekor Kucing Putih Comot Tiba-Tiba Muncul. Sewaktu Mrs. A sampai ke rumah selepas kerja pada petang Jumaat 24112023 ternampak ada makhluk berbulu di atas rak kasut. Mrs. A pelik dan hairan sebabnya tak pernah nampak dia ekor sebelum ni, kesian je tengok dia comot dan lemah. Sambil bercakap dengan dia ekor tu eh! kau sape ha! camne leh tersesat kat sini. Pergi balik mesti bibik ko risau.
Mrs. A pun terus aje masuk dalam rumah. Dalam hati berkata nanti dia pergilah tu balik rumah tuan dia.
|
Pendatang Asing Tanpa Izin = PATI |
Sambil-sambil tu tanya juga pada Mr.A, Along dan Adik kucing sape kat luar tu? Tahu ke sape punya? Hurm... masing-masing pun tak menjawab buat acuh tak acuh jer... huhuuuhu... sabar yolah. Kemudian Mrs. A pun meneruskan rutin kehidupan, malam tu lebih kurang pukul 9.00 Mrs. A keluar tengok dia ekor masih ada eh! tak boleh jadi ni terus snap gambar dan war-warkan dalam group taman sesiapa yang ada kehilangan kucing boleh datang ambil di rumah No xxx. Unfortunately sampailah ke pagi esoknya tu tiada seorang pun penghuni taman yang claim itu adalah kucing depa sobs! sobs! π’π’π’
Esoknya tu Mrs. A pun bagi dia makan dan minum. Mrs. A pun namakan dia Pati shortform dari pendatang asing tanpa izin.πππ Actually Mrs. A pun tak tahu ni jenis kucing siam ke apa tapi adalah sikit gaya kucing siam tu walaupun hidung dia tak hangus tapi telinga dia adalah sikit-sikit hangus. Kemudian Mrs. A pun bersihkan hidung dan telinga dia. Kakitangan dia pun Mrs. A bersihkan. Cakap dengan Mr. A kalau dia masih ada lagi dalam 2 tiga hari ni, nanti nak bawa dia pergi vet.
Seminggu berlalu Pati masih ada lagi di rumah Mrs. A dah bermastatutin dah dia makan, minum semua cukup hahahhaaa... bagus si Pati ni pandai berak dan kencing dalam litter box tak payah ajar gayanya dia macam dah biasa je berak kencing dalam litter box. Firasat Mrs. A rasa Pati ni telah diabaikan ataupun dibuang oleh tuannya. Kalau betullah cis! dasar manusia durjana eh! ntahlah tak tahulah kalau salah kang berdosa pulak bersangka buruk. Walaubagaimanapun pada 30112023 dikurniakan rezeki masa dan kemampuan Mrs. A pun membawa Pati ke klinik Haiwan Ampangan. Sebenarnya pada 29 dan 30 haribulan tu Mrs. A tak sihat demam batuk selsema dapat MC 2 hari. Hari kedua MC tu macam dah okay sikit tu yang bawa Pati jumpa vet.
Seekor Kucing Putih Comot Tiba-Tiba Muncul.
|
Manalah aku nak dibawa pergi ni ? Bising mulut dia waktu ni |
|
Dah sampai Klinik Haiwan Ampangan yang sebelah Dapur Bunda tu |
Sampai di klinik kena tunggu sekejap sebabnya ada kucing lain sedang mendapatkan rawatan. Masa register tu kelakar bila adik kaunter tanya nama kucing, Mrs. A jawab takde panggil Pati je sebab dia kucing datang tanpa izin hehehhee tergelak adik kaunter tu. Tunggu dalam 15 minit dah sampai turn Pati masuk jumpa vet. Mrs. A pun bagitahulah vet "Pati ni tiba-tiba je datang tak tahulah kena buang kot, pastu dia selsema dan nafas berbau". Vet pun check dalam mulut dan lidah Pati "Oh! patutlah lidah dia sakit dan mulut ada ulser macam baharu nak menjadi" kata vet.
Bila Mrs. A tanya berapa anggaran umur Pati ni vet kata kucing dewasa ni umur dalam setahun ke dua tahun, Minta vet checkkan juga dah mandul ke belum? Vet kata kalau nak tahu itu kena cukur perut dia. Sambil tu tekan-tekan bawah perut Pati katanya skarang ni takde pregnant. Buat masa ini tak boleh nak cukur dulu biar dia sihat. Kalau nak mandulkan pun tunggu dia dah sihat baru boleh. Vet bagi ubat cacing, ubat kutu dan suntik antibiotik pada Pati menjerit dia marah hahahhaaa... Di samping itu ada juga bekalan ubat-ubatan yang kena dihabiskan dalam masa 14 hari.
|
Empat jenis ubat untuk Pati sehari sekali makan |
|
Muka kasihan sangat dengan hidung berair Waktu ni baru sahaja sampai rumah selepas pulang dari klinik |
Mrs. A letakkan Pati di luar rumah area porch sahaja tak bagi dia indoor pun. Sebabnya kucing-kucing Mrs. A tu indoor depa macam tak suka dan belum serasi lagi. Adalah sekali pagi Sabtu 2 Disember tu Mrs. A keluar nak bagi Pati makan tengok-tengok Pati takde. Aduhh! mula dah fikir bukan-bukan nyesal pun ada apsal tak kurung dia dalam sangkar tu. Panggil-panggil tak datang jugak sedih teringat yang dia baharu je 2 kali makan ubat. Tidak berapa lama tu Mrs. A tengok jiran depan Mrs. A ni halau-halau macam kucing pastu Mrs. A kuatkan suara panggil si Pati lagi alhamdulillah memang dia. Bila dia nampak Mrs. A berlari dia datang balik ke arah rumah Mrs. A. Ya Allah syukur Allah bagi semula almaklumlah dah jatuh kasih pulak dengan si Pati ni.
Sehingga entry ini ditulis dah 6 hari Pati makan ubat 8 days to go kemudian nak pergi follow up jumpa vet. Setakat 12 hari ini Pati sangat berselera dan kuat makan. Setiap hari Mrs. A bagi dia wetput sekali pagi dan juga petang sebabnya vet advice bagi makanan lembut memandangkan lidah dia sakit. Kibbles sentiasa ada je itupun dia selalu habiskan kibbles tu bila letak tak lama tu tengok dah habis itu yang Mrs.A kata dia kuat makan. Tapi itulah selsema dia masih ada lagi cuma dah kurang sikit. Mohon readers dan rakan blogger doakan kesembuhan Pati ya. Mrs. A selalu jugak pesan pada dia main kat area porch aje jangan pergi rumah jiran ngeh! ngeh! ngeh! Doa yang baik-baik InsyaAllah akan hadir yang baik-baik sahaja. Okay setakat itu sahaja kisah Pati untuk kali ini. Kalau ada perkembangan lain later Mrs. A cerita.