Bismillahhirahmannirrahim...
Ulang Tahun Perkahwinan. Sajalah nak share salah satu doa pengikat kasih sayang ni. Jom sama-sama amalkan. Aaaminnn...
As Salam and greetings to dear readers.
Ulang Tahun Perkahwinan. Semalam 29.09.2022 genap 21 tahun usia perkahwinan Mr. dan Mrs. A. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar moga yang baik-baik aje sehingga ke Jannah. Mohon rakan bloggers doakan sama-sama ya... ๐ Kisah tahun lepas [SINI]
Asam garam hidup berumahtangga tentu ada pasang dan surutnya. Begitu jugalah dengan Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh! mengingatkan pagi semalam sebelum pergi kerja tu iols tersentap dengan kata-kata husband walhal dia cakap tu macam biasa aje dah memang macam itu stail dia tapi tak tahulah pagi semalam tu macam tersentap pulak muahahahaaa. Terus pagi tu janji dengan diri sendiri tak nak up-date apa-apa pun di socmed walaupun FB wall Mrs. A doklah mengeluarkan memories anniversary tahun-tahun sebelum itu huhuhuuu... nyampah! ๐ฃ๐ฃ๐ฃ
Ulang Tahun Perkahwinan.
Gambar paling baru berdua ๐ Mintak dia bergambar trademark Mrs. A setiap kali nak check-out |
Sampailah time balik kerja bila naik ke bilik nampak ada paper bag macam nak bagi hadiah. Tapi Mrs. A buat tak tahu aje dah tu Mr. A pun senyap aje takde cakap apa-apa haish! Sampailah time solat maghrib. Mr. A dah solat dulu maybe tunggu Mrs. A lama sangat mandi tu yang ingat-ingat makan pengat nak berjemaah nan hado. Seperti biasa solat Isyak selalunya memang berjemaah, kekdahnya selepas solat Isyak dah bersalam barulah dia bagitahu yang dalam paper bag tu hadiah ibu. Hehehee... la ingatkan sape punya tersenyum sendirian sambil pi tengok hadiah tu.
Thank you ๐ tak kisah hadiah apa pun yang penting tanda ingatan gittewww... |
Ulang Tahun Perkahwinan. Sajalah nak share salah satu doa pengikat kasih sayang ni. Jom sama-sama amalkan. Aaaminnn...