Julai 2022 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Julai 2022
Mrs. A join Giveaway BZ Satu 2022

Mrs. A join Giveaway BZ Satu 2022

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A join Giveaway BZ Satu 2022. Terjumpa posting Giveaway BZ Satu 2022 ini di blog mummy Ayu last Tuesday. Tertarik nak join cause ditakdirkan pada bulan Julai 2022 ini Mrs. A memang busy like a bee eeecewah! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ itu yang entry blog setakat ni ada dua jerr tu #tiberrr...

Okay kembali kepada tajuk mula-mula haruslah tepek banner seperti di bawah

Mrs. A join Giveaway BZ Satu 2022.

Mrs. A join Giveaway
KLIK

Syarat-syarat penyertaan Giveaway BZ Satu 2022 :-

๐Ÿ’ FOLLOW blog ZARIDA
๐Ÿ’ Beralamat di MALAYSIA
๐Ÿ’ Buat satu posting dengan tajuk GIVEAWAY BZ SATU 2022 dan masukkan sekali banner di atas dalam entry tersebut dan back link ke entry giveaway di blog penganjur
 ๐Ÿ’ Sila tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen entry giveaway ini di blog penganjur.

Tarikh tutup Giveaway : 13 OGOS 2022, jam 11.59 malam

Dah nama pun Giveway haruslah ada hadiahkan...kan.... Nak tahu apakah hadiahnya silalah ke blog penganjur eh! muaahahahaaaa.....

Buat rakan blogger yang berminat nak join juga seperti Mrs. A boleh klik banner di atas untuk terus ke blog penganjur. Semoga bertuah.

Okay itu sahaja nak share citer Mrs. A join Giveaway BZ Satu 2022. 



Hari Raya Aidiladha 2022

Hari Raya Aidiladha 2022

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Hari Raya Aidiladha 2022. Indah Aidilfitri kerana kemaafan, indah Aidiladha kerana pengorbanan gittewww.... ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š Hari raya Aidiladha tahun ini dapat kita lihat meriah dengan ibadah korban termasuklah di kampung Mrs. A. Ada 6 ekor lembu dan 3 ekor kambing untuk korban. Alhamdulillah rezeki emak Mrs. A di saat-saat akhir dapat masuk satu bahagian korban. Walaupun pada awalnya imam kata dah cukup tapi ntah macam mana sehari sebelum hari raya tu imam datang balik tanya pada mak Mrs. A masih nak join lagi tak korban? Ditakdirkan masih ada kekosongan satu bahagian. Dengan gembiranyalah mak Mrs. A kata nak.

Mrs. A dan anak-anak balik kampung pada hari Sabtu iaitu sehari sebelum raya. Pada pagi Sabtu tu Adik ada kelas untuk ambil lesen motor itu yang we all balik sebelah petang. Indahnya percaturan Allah Mrs. A dan Aryssa dapat berbuka di kampung bersama emak. We all bertiga buat puasa sunat Arafah pada hari Sabtu (9 Zulhijjah 1443H) tu.

Hari Raya Aidiladha 2022. Sambut tetap sambut walaupun sederhana tapi tetap terkesan dihati. Ntah! kenapa 2021 Mrs. A takde buat posting Aidil Adha ralat pulak rasa mungkin disebabkan PKP kot duduk rumah sendiri tiada apa yang menarik nak cerita.

Hari Raya Aidiladha 2022.

Hari Raya Aidiladha
Alhamdulillah dapat bergambar bersama emak/ nenek di pagi raya

Hari raya Aidiladha
Emak dan anak sulungnya ๐Ÿ˜ jarang-jarang berlaku ni Along Mrs. A nak bergambar ๐Ÿ˜…

Hari Raya Aidiladha
Along baru balik dari masjid sebab tu gambar atas sekali dia takde

Hari Raya Aidiladha
Simple aje menu Aidiladha kami
Mujur dah settle hidang Mrs. A teringat nak snap ๐Ÿ˜

Sepertimana tahun-tahun sebelumnya selepas solat dan berhari raya di kampung. Family kecil Mrs. A akan gerak pula untuk berhari raya ke Jiboi iaitu side Mr. A. Itulah yang tak dapat nak bergambar raya baju sedondon dengan adik-beradik Mrs A yang lain. Family Angah sampai dalam tengahari waktu tu we all dah sampai Jiboi pun ngeh! ngeh! ngeh! Family Alang tak balik kampung raya Aidiladha kali ini, sama jugak dengan Maksu adik bongsu Mrs. A tu dia balik beraya sebelah husband di Kelantan. 

Di Jiboi seperti biasa meriah dan havoc cumanya raya Aidiladha ni tiada sesi bergambar sepertimana di hari raya Aidilfitri 2022 yang lalu [SINI]. Kalau ada pun seketul gambar dak ooo ot gittewww...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Hari Raya Aidiladha 2022.

Hari Raya Aidiladha
#ootdraya

Itu sahaja nak share kisah hari raya Aidiladha Mrs. A. Didoakan ibadah korban kita semua diterima olehNYA. InsyaAllah. Salam Aidiladha buat readers blog Mrs. A blog stori serta maaf zahir dan batin.



Salam Jumaat: 10 Amalan Pada Awal Zulhijjah

Salam Jumaat: 10 Amalan Pada Awal Zulhijjah

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat: 10 Amalan Pada Awal Zulhijjah. Dah lama tak buat posting Salam Jumaat sajalah nak share 10 amalan yang boleh diamalkan pada awal bulan Zulhijjah yang Mrs. A baca dari perkongsian Ustazah Asma' Harun.
  1. Anjuran untuk tidak memotong, mencabut dan mencukur rambut, bulu mahupun kuku ke atas orang yang melakukan ibadah korban.
  2. Berpuasa pada hari Arafah.
  3. Perbanyakkan berdoa dan saling mendoakan antara satu sama lain.
  4. Menghidupkan suasana hari raya dengan takbir.
  5. Perbanyakkan berzikir.
  6. Perbanyakkan sedekah dan menghubungkan silaturrahim.
  7. Mentadabbur ayat al-Quran.
  8. Mendirikan solat sunat hari raya Aidiladha dan tidak menjamah makanan sebelumnya.
  9. Melakukan ibadah korban bagi yang mampu.
  10. Makan dagingkorban dan berikan kepada asnah fakir miskin.
Salam Jumaat: 10 Amalan Pada Awal Zulhijjah
MRS.A my blog my stori ©