Semoga Berjaya Aryssa Hani Calon SPM 2021 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Semoga Berjaya Aryssa Hani Calon SPM 2021

2 Mac 2022

Semoga Berjaya Aryssa Hani Calon SPM 2021

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Semoga Berjaya Aryssa Hani Calon SPM 2021.  Hari ini 02032022 bermulalah peperiksaan bertulis SPM 2021. Ujian lisan dan ujian mendengar untuk calon SPM 2021 ini telah selamat ditempohi seminggu dua yang lalu  2021. Alhamdulillah Aryssa Hani sihat-sihat sahaja begitu juga dengan calon-calon yang lain. Walaupun ada yang positif Covid19 tetapi hanyalah seorang dua sahaja. Tetapi Mrs. A difahamkan mereka tetap boleh mengambil ujian tersebut pada tarikh yang berlainan.

SPM 2021 selain Aryssa, anak sedara Mrs. A si Luqman Hakim iaitu cousin Aryssa pun sama calon SPM 2021 juga. Semoga berjaya Luqman Hakim. 😘 
 
Sewaktu SPM 2019 Along tak perlu pun nak buat saliva test sebelum ke sekolah tahu pun tidak apa itu RTK antigen 😅😅😅 namun ketika Aryssa asal nak hadir ke sekolah aje cikgu akan ingatkan buat saliva test dahulu ngeh! ngeh! ngeh!

Semoga Berjaya Aryssa Hani Calon SPM 2021.

Calon SPM 2021
Pagi tadi sempat Mrs. A minta Aryssa posing dulu 😊

Sebelum ke sekolah selalunya Aryssa akan datang jumpa Mrs. A dulu sambil salam-salam dan peluk-peluk minta doakan dia 😍😍😍 Alhamdulillah pagi tadi Aryssa sihat dan ceria nak ke sekolah berbeza dengan sewaktu dia nak menghadapi percubaan dulu stress semedang ngeh! ngeh! ngeh! sampai Mrs. A cakap rilexslah Aryssa tak payah nak fikir-fikir sangat, setakat mana usaha awak begitulah hasilnya. Ibu terima seadanya dah tak payah nak stress-stress sangat gittewww....

Calon SPM 2021
Penerangan akhir oleh ketua panitia BM untuk kelas 5K

Calon SPM 2021
Taklimat perjalanan peperiksaan lisan BI

Buat anak-anak yang tinggal di asrama didoakan mereka kuat semangat, tabah dan sabar untuk mengharungi dugaan tidak dapat bersemuka dengan ahli keluarga tersayang masing-masing. Mrs. A percaya doa ibubapa kalian sentiasa mengiringi walaupun jauh di mata. InSyaAllah.

"Ya Allah, mudahkanlah urusan anak kami ini pada hari peperiksaan dan hari-hari seterusnya sehingga selesai peperiksaan. Kurniakan mereka kesihatan baik yang berterusan, selamatkan perjalananan mereka ke dewan peperiksaan, lindungi daripada halangan dan rintangan."

"Ya Allah, mudahkan setiap soalan bagi mereka, tajamkan akal fikiran mereka, lancarkan penulisan mereka, ingatkan apa yang mereka lupa dan bantu mereka untuk menjawab dengan tepat dan betul. Kurniakanlah kejayaan yang cemerlang kepada mereka."

"'Ya Allah... tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganMu semata-mata. Terimalah doa kami... Aamiin...Aamiin..Aamiin... YaRabbal A'lamin."

Mohon rakan-rakan blogger Aamiinkan perkongsian doa di atas share dari grup WhatsApp. Kita tak tahu doa siapa yang akan diangkat. Mana tahu ada dikalangan doa kita yang diangkat dahulu.

Semoga Berjaya Aryssa Hani Calon SPM 2021 dan juga buat semua calon SPM 2021.



18 ulasan:

  1. amiin..all the best Aryssa Hani!

    BalasPadam
  2. Bittaufiq wa najjah Aryssa & semua calon SPM 2021!

    BalasPadam
  3. gud luck Aryssa... tetiba rasa debo lak... hahaha mcm kita lak nk amek exam :D

    BalasPadam
  4. Semoga dipermudahkan buat semua calon SPM 2021..
    Good Luck buat Aryssa Hani..

    BalasPadam
  5. moga arysa dan calon SPM menjawab soalan dgn tenang dan sukses seterusnya

    BalasPadam
  6. Semoga Berjaya Aryssa Hani! Insyallah, aturan Allah pasti baik buatmu :)

    BalasPadam
  7. Semoga berjayaaa.. in shaa allah

    BalasPadam
  8. Semoga dipermudahkan, dilapangkan hati dan fikiran untuk menjawab soalan dengan tenang.. All the best.. Allahumma ameen.

    BalasPadam
  9. Mudahkan, lancarkan dan beri kejayaan kepada semua calon-calon peperiksaan ya Allah.

    BalasPadam
  10. good luck buat kedua nya..... buat yang terbaik ya

    BalasPadam
  11. Semoga dipermudahkan urusan dan mudah jawab spm nanti sampai habis

    BalasPadam
  12. All the best! Semoga semuanya lancar!

    BalasPadam
  13. abam Kie pun bimbang kpd anak2 murid cohort 2004 ni. dah la 80% belajar dlm talian. Harap mereka berjaya dlm SPM ini. Aamiin...

    BalasPadam
  14. Selamat menduduki peperiksaan kepada semua calom SPM 2021

    BalasPadam
  15. Selamat menjawab kertas soalan.

    BalasPadam
  16. Aryssa dah ambil SPM? Cepat sungguh masa berlalu..
    Semoga Aryssa dipermudahkan menjawab soalan dan memperolehi kejayaan, aminn yra..

    BalasPadam
  17. Semoga semua calon SPM tenang hati dan jawab exam dengan baik. Semoga keputusannya juga cemerlang. Aamiin...

    BalasPadam
  18. all the best aryssa! skrg dah merdeka ya?

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©