Along Kembali Ke IKTBN - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Along Kembali Ke IKTBN

7 Oktober 2021

Along Kembali Ke IKTBN

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Along Kembali Ke IKTBN. Subhanallah Alhamdulillah pada 2 Oktober yang lalu dengan izinNya Mrs. A telah menghantar Along kembali ke IKTBN Alor Gajah untuk meneruskan study yang telah sekian lama tertangguh dek PKP.  Rasanya ramai parents pun macam Mrs. A juga dah ada yang menghantar anak-anak  kembali ke kolej masing-masing. Walaupun terdapat sedikit kebimbangan tapi InShaAllah doa yang baik-baik, minta yang baik-baik akan datang yang baik-baik juga. 

Sama macam lapor diri kali pertama dahulu [SINI] we all balik kampung sehari sebelum dan esok paginya tu, lebih kurang pukul 9.30 terus ke IKTBN Alor Gajah dari kampung lebih mudah cause dekat sahaja lagipun Along yang request nak balik kampung dulu nak jumpa nenek dan spent time dengan nenek katanya. Disebabkan tarikh lapor diri Along sama dengan temujanji vaksin Adik kekdahnya. Adik tak dapatlah join balik kampung pada hari Jumaat 1 Oktober 2021 tu. 

Along Kembali Ke IKTBN. 

Along kembali ke IKTBN
Suka dia ha! dapat jumpa kawan-kawan semula 😀

Pada pagi Sabtu 2 Oktober 2021 hanya Mrs. A seorang aje yang hantar Along. Sementara Mr. A pula kena hantar Adik untuk vaksin. Kekdahnya berbahagi tugasanlah mak dan paknya seorang hantar Along dan seorang lagi hantar Adik gittewww...

Di musim pandemik covid 19 ini sebelum kembali ke hostel diwajibkan untuk membuat swab test terlebih dahulu. Termasuklah Along 3 hari sebelum lapor diri tu pergi buat swab test dulu. IKTBN ada sertakan surat pelepasan dikecualikan bayaran untuk swab di klinik kerajaan. Nak pergi private pun boleh cuma kos tanggungan sendirilah. Alhamdulillah keputusan swab Along negatif kekdahnya dapatlah Along melapor diri pada Sabtu 2 Oktober yang lalu. Bukan itu sahaja di antara syarat wajib yang lain adalah mesti sudah lengkap 2 dos vaksin dan sudah melebihi 14 hari.

Walaupun dah kembali ke IKTBN tapi pelajar-pelajar belum memulakan pelajaran di dalam kelas lagi. Mereka semua diarahkan pula untuk menjalani kuarantin di dalam dorm masing-masing selama seminggu. Kiranya mula masuk kelas semula minggu hadapan. Harapnya keadaan selepas ini akan pulih seperti sediakala dan anak-anak dapat menimba ilmu hingga berjaya.




6 ulasan:

  1. semoga dia baik2 disana yea. please follow jugak blog hakak comey satu lagi https://foreveryuslina.blogspot.com/ thanks

    BalasPadam
  2. harap budak2 ni jagalah SOP dan takdelah duduk berlonggok ramai2. yelah dah lama tak jumpakan.

    BalasPadam
  3. moga di permudahkan semuanya buat along di sana ya kak...

    BalasPadam
  4. Hehe lama duduk asrama untuk kuarantin sebelum mula pembelajaran.
    Alhamdulillah selamat belajar. Nikmat dapat belajar bersemuka.

    BalasPadam
  5. Semoga semua urusan dipermudah dan along dapat kembali belajar seperti biasa.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©