Lazada Haul - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Lazada Haul

6 Julai 2021

Lazada Haul

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Lazada Haul. Di musim PKP ni Mrs. A yakin ramai yang membeli belah secara online sahaja termasuklah Mrs. A. Di awal-awal pandai membeli online dahulu kala platform kegemaran Mrs. A adalah Lazada as time goes by seorang Mrs. A telah berpaling tadah kepada platform yang satu lagi itu siapa lagi kalau bukan si S tu ngeh! ngeh! ngeh!

Lazada haul lebih kurang 2 minggu lepas Mrs. A sesajalah scroll-scroll Lazada terus terjebak membeli Pots and Pans Organizer. Mrs. A memang dah lama berkira-kira nak membeli tempat untuk letak periuk-periuk Mrs. A biar nampak cantik tersusun. Sebelum ni bersepah-sepah je ada yang tergantung ada yang dalam kabinet bila ternampak aje mendealah pots and pans organizer laju ajelah Mrs.A membelinya.

Lazada Haul - Pots and Pans Organizer adjustable.

Lazada
8 layer pots and pans organizer adjustable

Pots and pans organizer ni ada dua jenis, ada yang 8 layer dan ada jugak yang 5 layer. Mrs. A pilih 8 layer almaklumlah sejenis tamaklah katakan kah! kah! kah! eh takdelah bila kira-kira periuk Mrs. A tu 8 layer adalah yang paling ngam gitttewww....

Mende alah tu sampai bercerai-berai so kita kenalah pasang siapkan dia, mudah aje nak pasang. Mula nya Mrs. A tersalah pasang yang bawah sekali tu main letak aje ikut suka hati apa lagi tegoyang-goyang inul lah pots and pans organizer tersebut muahahhaaaa.... kemudian Mrs. A belek-belek semula apa masalahnya baharulah tahu yang untuk dua besi yang paling bawah tu kena pilih besi yang ada cer onet kecik-kecik tu so baharulah mende alah tu boleh sturdy [stabil] dan tak tergoyang-goyang inul lagi kejadiannya. 

Okaylah Mrs. A puashati periuk-periuk dah helok setempat tersusun kemas jimatlah kiranya penggunaan ruang di dapur Mrs. A ni. Kiranya misi tercapai gittewww...




21 ulasan:

  1. Senang nampak periuk-periuk yang ada.

    BalasPadam
  2. Periuk tersusun kemas, jimat ruang..tambah ceria aktiviti memasak..

    BalasPadam
  3. hhahaha tu yg takut nk masuk lazada atau shoppee time2 camni ...
    takut terjebak sama membeli :p

    BalasPadam
  4. berhantu kalau dah masuk lajada & shopee hehhehhehe

    BalasPadam
  5. wahhh
    berapa harga tu?
    rasa macam nak beli pula

    BalasPadam
  6. Memang puas hati ni... teratur je semua pan dan lid. Sedap mata memandang :)

    BalasPadam
  7. Mantap. Kemas. Ringkas dan senang nak cari dan ambil.

    BalasPadam
  8. Memang nampak kemas! Murahh punn murah kan Mrs. A, berbaloi dengan harga kannnn.

    BalasPadam
  9. Dah lama x shopping d lazada . CCL more to shopee

    BalasPadam
  10. dapatlah susun periuk atas yg cantik n kemas ja kan

    BalasPadam
  11. comelnyaaaaa.. kemas susun periuk2..

    BalasPadam
  12. Periuk kuali saya pon bersepah2 jer walau pon ade 2-3 bijik je

    BalasPadam
  13. dapat menjimatkan ruang. masa PKP ni selalu memasak sbb ada di umah 24/7 jd bila ada rak mcm ni kemas la dapur...

    BalasPadam
  14. lama x pusing2 umah rakan2 blogger ni... dah berwajah baru. nice

    BalasPadam
  15. Senang nak sun Dan amik periukbleoas ni kan

    BalasPadam
  16. Saya baru je belajar membeli online, dah macam nak ketagih pulak.
    Rak tu praktikal elok ada satu kat rumah.

    BalasPadam
  17. wahhh makin rajin laaa akak kita ni memasak sedap2 ;-)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©