Saya Telah Divaksin Eh! - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Saya Telah Divaksin Eh!

13 Julai 2021

Saya Telah Divaksin Eh!

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Saya Telah Divaksin Eh! 😌 bukan... bukan Mrs. A yang telah divaksin tetapi emakku sayang yang telah divaksin. Semalam 12072021 adalah temujanji emak untuk 2nd dose vaksinnya. Corat-coret 1st dose [SINI] Seperti dose yang pertama dahulu we all akan ambil emak dari kampung sehari sebelum tarikh temujanji. Walaupun alasan yang kuat nak merentas daerah untuk vaksin tetapi Mrs. A tetaplah minta Mr. A ambil permit di balai polis berdekatan. Tak nak lah ada ferfeeling insecure gitttewww....

Pada Sunday 11072021 tu lebih kurang 11.45 pagi cenggitu Mr. A dah gerak pergi ambil mak ngeh! ngeh! ngeh! sama jugak macam yang pertama pergi ambil mak adalah Mr. A dan time hantar balik adalah Mrs. A. Lagipun Mrs. A kena memasak untuk lunch tengahari tu atas arahan Mr. A kena masak, masak asam pedas ikan tenggiri, goreng ayam dan sayur kangkung.

Hai! lah emak kalau datang rumah we all selalu ada buah tangan 😍

Buah-buahan
Alhamdulillah rezeki tak payah beli durian dah

Time emak sampai Mrs. A dah dekat siap nak masak dah! Alhamdulillah tengahari tu lunch bersama-sama kecuali Along yang takde dia belum sampai lagi dari Jiboi. 

Esoknya tu dalam pukul 9.50 pagi hantar emak ke PPV Dewan Orang Ramai Sikamat. Hemtam sajalah satu kereta 3 orang cause Mrs. A tak berapa nak ingat simpang mana nak masuk ke dewan tu so biarlah Mr. A aje yang hantarkan gittewww... Kali ini ramai pulak orang tak seperti yang pertama dahulu hurm.... nak tanya vaksin untuk diri sendiri pun tak jadilah kau ingat ko sape Mrs. A hoiii! anak raja?!  muahahhaaaa.... kau tunggu yolah turn kau sampai ya.

Nak masuk [IN] ke 1st station pun sedikit jauh dari yang pertama dahulu ialah depa buat cenggitu memikirkan nanti ramai orang yang akan queuelah kot. Emak Mrs. A ni sakit lutut so memang kena berpaut dengan Mrs. A kiranya Mrs. A jadi tongkat dia dan jalan perlahan-lahan. Mulanya Mrs. A ingatkan mak tak nak naik wheel chair tapi rupanya nak wheel chair. Okaylah senang Mrs. A tolakkan aje lagipun laju sikit. Queue untuk 2nd dose memang cepat ialah tak payah nak isi-isi borang dah tunjuk kad appointment terus aje diarahkan ke station seterusnya.

Saya Telah Divaksin Eh! 

vaksin
Selfie - selpot dulu sementara menunggu untuk dicucuk

Tak lama pun time menunggunya, emak telah dipanggil masuk ke bilik kecik-kecik tu untuk dicucuk. Mrs. A pastikan betul-betul ada cecair tak dalam syringe tu punyalah paranoid selepas tengok perkongsian video syringe kosong tu kah! kah! kah! okay ada uols.

Selepas dicucuk kena serahkan kad appointment kepada petugas di station 2nd last untuk mereka up-date status di dalam MySejahtera. Kemudian ke station last sekali untuk pemantauan lebih kurang 20 ke 30 minit gittewww.... Alhamdulillah emak takde rasa apa-apa yang pelik okay aje katanya. So we all pun dibenarkan pulang. Eh! sebelum tu haruslah bergambar dahulu. Kalau ada yang tanya kena ke bergambar jawabnya mestilah habis tu penat depa buat prop takkan sekadar hiasan kot membazir masa dan tenaga depa haish!

Saya Telah Divaksin Eh! 

vaksin
#pfizerclan 😁😁😁

Tak kisahlah vaksin jenis apa pun yang penting Arab Saudi dah iktiraf Sinovac eh! hahhahaaaa... Setelah selesai apa lagi baliklah terus ke rumah dah katanya PKPD mana boleh ke sana ke sini. Kemudian selepas Zohor dan lunch Mrs. A pun hantar mak balik kampung.

Kali ini Adik tak dapat nak ikut sekali al-maklumlah Seremban PKPD dibenarkan 2 orang sahaja satu kereta. Sampai di kampung lebih kurang pukul 3 petang. Abang Lang Mrs. A pun ada cause Selasa dan Rabu Mrs. A minta tolong dia hantarkan mak-mak sedara yang dua orang tu. Al-maklumlah untuk 2nd dose ni Mrs. A tak dapat nak hantar, cuti Mrs. A sehingga Julai tinggal sehari aje. Okay tak alasan tu? ngeh! ngeh! ngeh!. Apa-apa pun Alang Mrs. A memang willing and looking forward pun alasan kukuh nak balik kampung uols! Bukan senang terlepas nak balik kampung dahlah dia duk Selangor kesian bertahun tak balik kampung. Alhamdulillah permit merentas negeri beliau diluluskan.

As for Mrs.A pulak dalam pukul 5 petang cenggitu berangkatlah semula pulang ke Seremban dapatlah membawa pulang lagi sedikit buah-buahan alahai sedihnya raya haji tak lepas nak balik kampung lagi. Sedih! buah-buahan banyak anak cucu tak dapat merasa bak kata mak Mrs. A. Alhamdulillah perjalanan pulang ke Seremban dipermudahkan ada satu SJR (tempat biasa) tapi abam pulis dan sekar tu senyum aje membiarkan Mrs. A berlalu pergi ialah dari air muka mereka dah nampak kejujuran Mrs. A di situ choi! muahahhaaaa...


12 ulasan:

  1. Alhamdulilah... lengkap dah dos mak Mrs A..
    pasni bole la naik kapa torobang ye makcik ehhehe...

    semoga mak sihat2 aje tu :)

    BalasPadam
  2. Sudah selesai rasa lega.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dah selesai vaksin dah, moga moga sihat selalu mak Mrs. A :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulllah selesai divaksinasi
    N9 pun kes dah meningkat

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah mogamak mrsA sihat tiasa..sedapnya buah2an

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah settle dah. Arab Saudi Dah terima sinovac tapi katanya at least ada 1 dos Pfizer pulak. eh..macam macam pulak kan.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, dah selesai 2 dos....

    bestnya..3 jenis buah2an tempatan..

    BalasPadam
  8. Seronoknya, mak bawak banyak buah. Alhamdulillah, selesai 2 dos vaksin.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah dah selamat divaksin ye.. aduyaii tgk buah2 an tu

    BalasPadam
  10. alhamdulillah...

    seronok ye dapat durian.. hehehe

    BalasPadam
  11. Alhamdullilah sudah selamat complete 2 dose. Harap giliran untuk Mrs A vaksin coming soon.

    BalasPadam
  12. alhamdulillah selesai segalanya... sy jg masih tggu giliran ;-)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©