Happy 1st Birthday #upinipinthecat - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Happy 1st Birthday #upinipinthecat

14 April 2021

Happy 1st Birthday #upinipinthecat

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Happy 1st Birthday #upinipinthecat. Semalam 13 April selain daripada tarikh bermulanya puasa adalah merupakan tarikh lahir dua ekor anak-anak bulus Mrs. A jugak ngeh! ngeh! ngeh! Upin dan Ipin nama diberi oleh Mr. A. Walaupun mula asalnya Mrs. A namakan dua ekor tu Peah dan Jenab tapi Mr. A suruh tukar kepada Upin dan Ipin cause depa dua macam kembar seiras yang membezakan adalah di dahi Upin ada tompok oren yang agak lebar. 

Happy 1st Birthday #upinipinthecat.

upinipinthecat
Upin dan Ipin masa umur 2 hari

Upin dan Ipin umur 1 bulan bersama Awanikenet mamacat depa yang tiba-tiba menghilang 😒😒😒 

#upinipinthecat
Masa nih! tengah syiok main-main, umur 2 bulan lebih

#upinipinthecat
Upin sekarang. Si gemok-gedek bak kata emak Mrs. A. Boolat menjadi-jadi setelah spaying.

#upinipinthecat
Ini Upin, nampak tak ada tompok oren besar duit 20sen kat dahi dia

#upinipinthecat
Yang ini Ipin sekarang 😼😼😼 Ipin slim sikit dari Upin gemok-gedek

Happy 1st Birthday #upinipinthecat sempena birthday 2 ekor tu semalam balik kerja Mrs. A pun bagilah depa makan wetfood makanan kegemaran masing-masing ngeh! ngeh! ngeh!  Kucing-kucing Mrs. A tu dapat makan wetfood seminggu sekali je. Itupun setakat sebungkus kecil tu share untuk dua ekor, dua ekor. Tapi semalam dapat makan banyak dari biasa gittewww....

Upin dan Ipin tu dua-dua Mrs. A dah spaying. Iyerr... spaying cause mereka itu betina bukannya jantan seperti Upin dan Ipin dalam cerita kartun itu. Mujurlah mereka itu kucing so takde masalah kot nak kecelaruan identiti eh! muaahhhaaa...

Happy 1st Birthday #upinipinthecat itu kalau ikut kiraan umur manusia baru setahun tapi kalau ikut umur kucing dah 15 tahun umur Upin dan Ipin huhuhuu.... Tak caya cer tengok carta umur kat bawah ni.
Umur kucing ikut umur manusia. [google image]

Okay itu sahaja kisah Upin dan Ipin next time Mrs. A citer kisah kekucing Mrs. A yang lain-lain pula InSyaAllah. IG @kamikucingkg




17 ulasan:

  1. Happy belated birthday upin ipin! Comelnyaaaaa! Kucing memang gemok kan kalau lepas mandulkannnn hehehe.

    BalasPadam
  2. kekdahnya kucing pun sambut birthday ek

    BalasPadam
  3. saya suke kucing tp tak suke nak bela... malas nak menguruskannye

    BalasPadam
  4. Aduh nama lelaki rupanya betina. Susah hendak tahu jantina. Kira sudah remaja kucing-kucing Mrs A.

    BalasPadam
  5. comel. suka tgk, tapi takut nk dekat. sbb ada asma dr kcik, so pendedahan pd kucing tu kurang..

    BalasPadam
  6. wah hahaha... mati2 ingat kan anak2 mrs A nama upin n ipin hehehe..
    alolo comel tp kita kurang gemor kat kucing...ekr..

    BalasPadam
  7. Alolo comelnya! Happy belated birthday, Upin Ipin!

    BalasPadam
  8. Tak sangka kucing pun boleh seiras.. comel.
    Lepas ni boleh tanya Mrs. A tentang cara penjagaan kucing.

    BalasPadam
  9. Comeinya Upin dan Ipin. Semoga terus sihat. :)

    BalasPadam
  10. Alalala... geramnya... ibu dia pun cantik!

    BalasPadam
  11. comelnya nama hahaha. tapi takut pulak tgk gambar upin part badan gemok tu

    BalasPadam
  12. Comel pulak bagi nama upin ipin tu. Kejap betul membesar mereka berdua ni ye.

    BalasPadam
  13. Halahai.. comel sangat dua-dua..dah besar sesangat kalau ikut umur kucing ye..

    BalasPadam
  14. eeee geramnyaaaaa rs nk peluk2 je...

    laaaa mak dia g mana? hlg mcm tu je ke? ke...ada org rembat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah mak dia satu hari tu 29 Sept 2020 keluar rumah macam biasa lepas tu huk..huk..huk... tak balik-balik dah. Dah cari satu taman, dah post kat grup-grup tak jumpa juga

      Padam

MRS.A my blog my stori ©