Januari 2021 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Januari 2021
Sepetang Bersama In-Laws

Sepetang Bersama In-Laws

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Sepetang Bersama In-Laws. Di minggu-minggu awal setelah m.i.l kembali ke Rahmatullah Mrs. A sekeluarga banyak menghabiskan masa di Jiboi actually bukan family Mrs. A sahaja family in-laws yang lain pun sama. Tujuan we all tak lain dan tak bukan nak buat f.i.l tidak terasa sangat kehilangan mak.

Begitu jugalah cucu-cucu semua berkampung tidur di Jiboi nak temankan Atok kata depa. As for Mrs. A mak-mak dan pak-pak pulak datang dan pergi, pagi datang, malam balik rumah masing-masing esoknya tu datang semula. Begitulah rutinnya selama di bulan Disember yang lalu. We all pun pakat masak-masak dan makan-makan di Jiboi. Kemudian ada satu petang tu Saturday tak silap 26 Disember KakNgah (niece) dah mula kerja. Al-maklumlah tempat kerja baharu kena kerjalah. Tapi mak-mak sedara ni memang tak kerja Saturday melepet pulak kebosanan. Timbul pulak idea si N (biras Mrs. A) mengajak we all (girls only) pergi tempat kerja KakNgah lagipun Kaklong (mama KakNgah) tak pernah pergi lagi. Mrs. A pun on jer....

Sepetang Bersama In-Laws

Sepetang bersama in-laws
d'Tempat Country Club

Selayaknya sejenis club house so macam-macam facilities ada kat sini untuk memberlah di antaranya ialah swimming pool, gym, sauna eh! nak tau segala silalah google ya. Mrs. A dah pernah pergi sini 2 kali kalau tak silap time tu ada event office buat kat ball room sini. Kaklong belum pernah sampai lagi kekdahnya petang tu niece pun bawak we all melawat kawasan.

N adalah master mind yang ajak we all datang sini rupanya dia nak stalker husband dia yang sedang practice kat golf driving range eh! tiberrr muahahaha... Kalau nak tahu ada juga beberapa facilities kat sini bukan member pun boleh main contoh macam go-kart dan menebas (baca golf driving range) macam Aryssa nih! muahahhaaa.... Jom layan gambar yang sempat Mrs. A snap-snap.

Sepetang Bersama In-Laws
Sepetang bersama in-laws
Tak plan punya pasal pakai apa pun lantaklah muahahhaaaa...

Sewaktu we all sampai di d'Tempat time tu b.i.l (husband N) dah settle menebas pun, baharu aje gerak nak balik rumah. Since dia belum jauh lagi we all minta dia patah balik alasannya nak tukar kereta yang selesa sikit disebabkan kereta yang we al naik tu lowered habis (ramai sangat passengers). Lagipun Kaklong cakap dia nak main golf pinjam kayu golf Alang. Ingatkan Kaklong main-main kekdahnya yang benar uols! 

Adehhh! takde pulak gambar kaklong, N dan nieces tengah menebas ngeh! ngeh! ngeh! cause Mrs. A buat video jerr... Takpelah yang penting gambar Mrs. A ada gittewww...

Mrs. A
Kaki tak yah rapat sangat, tangan tu ibu jari letak depan hahaha coach punya arahan

Mrs. A
Kono tak agak ea nih!

Mrs. A
Hurmmm... mujurlah kono adehhh! susah la main golf nih biarlah Mrs. A main netball jer...

S.I.L
Sister in-law (s.i.l)

Time muda remaja dua tiga dekad yang lalu Mrs. A pernahlah main golf kat driving range time tu kerja K.L ikut kawan-kawan masa tulah yang tahu ingat senang ke nak pukul bola tu bagi kena dan melambung tinggi hahaha susah uols! memang time tu pukulan Mrs. A tak mengena pun malu siot tu yang tobat tak mau main golf ngeh! ngeh! ngeh!

Sesiapa nak try golfing bolehlah ke d'Tempat mur mur aje nak sewa bola tu 50 biji RM6.00 tapi kayu golf tak pasti, bawa sendiri punya kot. We all petang tu pinjam Alang punya.

in-laws
Alhamdulillah masa bersama yang dihargai next time kita datang lagi

Sepetang bersama in-laws semoga ukhwah bahagia sampai ke syurga. Setelah puas membuat road tour di d'Tempat we all pun gerak nak mengisi perut di [SINI]




Mrs. A Join 'My First Giveaway By Blog Sal'

Mrs. A Join 'My First Giveaway By Blog Sal'

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A Join 'My First Giveaway By Blog Sal'. Eh! macam tak percaya aje blogger SalbiahM buat giveaway. Terjumpa kat bloglist seorang blogger ni ada blogger yang up-entry join 'My First Giveaway By Blog Sal' dengan lajunya Mrs. A singgah menghayati. Oh! kekdahnya yang benar dong ngeh! ngeh! ngeh! (jangan marah Sal, Mrs. A gurau jer...)

Okay jom tepek banner My First Giveaway By Blog Sal

Giveaway


Buat readers blog Mrs. A yang berminat untuk turut serta My First Giveaway By Blog Sal boleh klik banner di atas untuk ke blog penganjur bagi mengetahui syarat-syarat penyertaan. Jangan bimbang syarat-syarat penyertaannya sangat mudah dan very friendly.

Tarikh tamat giveaway adalah pada 8 Februari 2021, 11.59pm. 

Seramai 15 pemenang bertuah akan diberi hadiah. Okay Semoga bertuah Mrs. A eh! tiberrr...



Along Belanja Nenek Minum Cendol Songkok Tinggi

Along Belanja Nenek Minum Cendol Songkok Tinggi

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Along Belanja Nenek Minum Cendol Songkok Tinggi. Sebelum hantar nenek balik kampung Along nak belanja nenek minum Cendol Songkok Tinggi dulu kata Along iaitu anak Mrs. A yang sulung tu. Mak Mrs. A ikut sekali datang ke Seremban bersama Adik dan Aryssa pada hari m.i.l meninggal. [SINI]. Walaupun Along masih belajar tapi dia rajin buat kerja partime jugak. Itu yang dia berhajat nak belanja nenek. Bila Mrs. A tanya cukup duit tak tu? kalau tak ibu tambah, cukuplah ibu katanya. Alhamdulillah sejuk perut ibu hehehee... 

Selama 5 hari di Seremban tu mak Mrs. A tinggal dengan Mrs. A sekeluarga. Mak setuju tinggal tu bukan apa sebab nak turut sama-sama menghadiri kenduri tahlil arwah m.i.l yang diadakan selama tiga malam berturut-turut di Jiboi iaitu bermula hari Khamis hinggalah Sabtu. Kekdahnya pada hari Ahad petang barulah we all hantar nenek/ mak balik kampung.

Along Belanja Nenek Minum Cendol Songkok Tinggi.

Along belanja
Aryssa dan nenek sedang menikmati cendol pilihan masing-masing

Along belanja
Cendol pulut pilihan Mrs. A

Along belanja
Selain cendol Mrs. A order mee bandung jugak

Along Belanja
Adik dan Aryssa share order cekodok panas-panas ni

Along belanja
Tengah snap-snap lettewww...

Along belanja
We all pilih duduk dekat wakaf ni memang best

Alhamdulillah tercapai hasrat hati Along nak belanja nenek minum cendol songkok tinggi. Okay itu sahaja kisah Along belanja nenek minum cendol songkok tinggi sebelum we all hantar nenek pulang ke sarang ngeh! ngeh! ngeh! Oh! ya dua tahun yang lalu Mrs. A dah pernah post kisah Cendol Songkok Tinggi [SINI]



Salam Jumaat

Salam Jumaat

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Salam Jumaat. Hari ini hari Jumaat kedua di tahun 2021. Sempena hari Jumaat penghulu segala hari ini Mrs. A terasa nak berkongsi quote yang agak menarik perhatian (bagi Mrs. A la...). Quote ini Mrs. A jumpa sewaktu scroll-scroll IG. Sajalah nak kongsikan di blog sebab bukan semua readers/ blogger ada IG tak gittewww.

Salam Jumaat.

salam Jumaat
Credit @noumanalikhanofficial


Salam Jumaat semoga bermanfaat.



Wordless Wednesday #1/2021 - Polperro Steak House

Wordless Wednesday #1/2021 - Polperro Steak House

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #1/2021 - Polperro Steak House

Di suatu petang nan damai tidak berapa lama dahulu hanging out with in-laws tempat makanan pilihan Kaklong di Polperro Steak House, Seremban 2.

Polperro Steak House
Chicken chop and rice disebabkan portion yang banyak Mrs. A order ni share dengan Aryssa

Polperro Steak House
Kaklong order ni makan share jugak dengan Mrs.A muahahhaaaa

Polperro Steak House
Exactly nama menu ni tak ingatlah pulek fish and chip kot order by the biras N

Polperro Steak House
Nachos

Polperro Steak House
Kakngah AS order spaghetti meatball

Polperro Steak House
Spagetti carbonara pilihan niece lagi sorang

Hurm... rasa macam semua menu Mrs. A dah snap tapikan ada satu menu lagi s.i.l punya tiada uols. Tak ingat pulak s.i.l order apa? Ini pertama kali Mrs. A singgah makan di Polperro Steak House Seremban 2. Okaylah next time boleh datang lagi, portion food kat sini besar-besar gedabak, taste pun boleh tahan. Eh! air tak snap pulak ngeh! ngeh! ngeh! 

Wordless Wednesday #1/2021 - Polperro Steak House.

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2020

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2020

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2020. Tidak lupa juga selamat tahun baharu 2021 buat readers blog. Sebagai tanda terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi dan rajin komen-komen di blog picisan Mrs. A ini. Seakan telah menjadi satu kebiasaan semenjak beberapa tahun yang lalu Mrs. A akan dedikasikan satu entry khas buat Pengomen Tegar blog picisan Mrs. A ini. Kira macam appreciation post gittewww. [SINI]

Walaupun tahun 2020 banyak peristiwa yang tak terduga tapi alhamdulillah kehidupan masih dikurniakan kecukupan dan tetap juga perlu diteruskan. Syukur kepadaNYA kerana masih juga boleh berblog walaupun entry tidak semeriah mana.

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2020. 

Pengomen Tegar
Terima kasih kepada pengomen tegar sepanjang tahun 2020 (365 hari)

Terima kasih juga buat semua bloggers yang sudi singgah dan meninggalkan komen di blog Mrs. A tak kisahkan walaupun bukan tegar Mrs. A sangat menghargainya.

Setelah sekian lama berblog telah ramai dan silih berganti bloggers yang Mrs. A dapat kenal di alam maya. Semoga ukhwah yang terjalin akan berterusan dan baik-baik sahaja. Mrs. A juga nak mohon maaf sekiranya ada komen-komen Mrs. A yang menyinggung perasaan ialah kadang-kadang terlampau syiok sangat mengomen tak sedar tulisan tu mengguris hati. 

Terima Kasih Kepada Pengomen Tegar Sepanjang Tahun 2020. Semoga kita semua akan terus menyokong sesama blogger. InSyaAllah.







MRS.A my blog my stori ©