Julai 2020 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Julai 2020
Puasa Sunat Hari Arafah

Puasa Sunat Hari Arafah

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Puasa Sunat Hari Arafah.

Esok waktu Malaysia 30 Julai 2020 bersamaan 9 Zulhijjah 1441 Hijrah.

Puasa Arafah
Kelebihan Puasa Arafah
Puasa sunat hari Arafah. Ingatan untuk diri sendiri.





Brisk Walk Di Forest Park

Brisk Walk Di Forest Park

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Brisk Walk Di Forest Park. Sunday morning Aryssa, Adik dan Mrs. A membuat aktiviti brisk walk di Forest Park. Kalau ikut planning nak pergi Forest Park tu Saturday petang tapi tak jadi cause petang tu hujan. Forest Park ni dekat aje dengan taman tempat Mrs. A tinggal sekarang [SINI] ramai aje yang berjalan kaki ke sana tapi Mrs. A dan kids ada plan lain lepas tu so we go by car gittewww...

Apo ko bondo brisk walk tu? Brisk walk tu dari apa yang Mrs. A google maksudnya adalah aktiviti berjalan pantas/ laju. Tidak berlari dan tidak juga berjalan seperti biasa ha! bukan jalan lenggang kangkong ya... ianya lebih kepada berjalan dengan pantas/ laju. Brisk walk ini ikut suka hatilah berapa jauh nak jalan dan berapa lama nak jalan yang penting ikut kemampuan.

Brisk Walk Di Forest Park.


brisk walking
Aryssa, muka ada senyum happy dapat pi Forest Park
Meh! sini Mrs. A kongsikan fakta & kebaikan brisk walk.

Fakta berjalan pantas:-
  • Lakukan aktiviti jalan pantas anda pada kelajuan 4.8 kilometer sejam(km/j) hingga 8km/j.
  • Kelajuan lebih tinggi bermula 11.2 km/j hingga 16km/j. Menerusi aktiviti itu, denyutan jantung naik sekali gus membakar lebih kalori berbanding jalan pada kadar biasa.
  • Kuasa berjalan pantas membakar kalori sama jumlahnya seperti berlari laju tetapi tempoh masa lebih lama.
  • Berjalan pada kadar 7.2km/j selama satu jam membakar kalori seperti berlari setengah jam
  • Meningkatkan kelajuan berlari selama dua minit pada suatu masa, kemudian memperlahankan kelajuan.
  • Kelajuan berjalan tidak membakar kalori seperti berjalan biasa, tetapi menjadi latihan berkesan meningkatkan denyutan jantung, menyeimbangkan emosi dan meningkatkan kecergasan.
Kebaikan berjalan pantas 10 minit sehari atau 70 hingga 90 minit setiap minggu
  • Meningkatkan kecergasan badan
  • Mengurangkan sakit belakang
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Sensitiviti insulin meningkat
[kredit: bharian.com.my]

Brisk walking
Ada yang memancing.
Lama jugak we all kat Forest Park tu lebih kurang satu jam setengah. Aryssa dia tak brisk walk pun dia lebih kepada berjogging. Mrs. A dengan Adik je yang brisk walk. Adik ntah kenapa tak nak jogging selalu dia yang lari laju ke hadapan tapi pagi tu dia malas. Mrs. A memang tak plan nak lari lutut kondem derrr... huk!huk!huk! Mrs. A brisk walk dalam dua pusingan selebihnya tu jalan slow-slow atas batu sambil buka kasut. Adoiiila.... kelakar pun ada asyik duk sendawa-sendawa je nampak sangat banyak angin dalam badan tapi mujurlah keluar ikut atas kalau ikut bawah mau haru-biru muahahahaaa.....

Brisk Walk Di Forest Park
brisk walking
Siap buka kasut tau, adehhh! sakit uols!, orang kata kalau macam tu banyak toksin dalam badan Wallahulam. Mampu jalan separuh pusingan jer...

brisk walking
Adik
brisk walking
Permainan kanak-kanak mestilah ado
brisk walking
Trek basikal pun ada
brisk walking
Gigih buat menda alah parallel bar ni hahaaa...
brisk walking
ko mampu!?
brisk walking
Mrs. A was here  ehh!
Brisk Walk Di Forest Park. Semenjak PKP ini adalah 1st time Mrs. A keluar riadah bersama anak-anak. Seronok dan excited sangat. Harapnya lepas ni akan terus rajin nak menjalankan aktiviti sihat macam ni.








  • Dilema Seorang Mrs. A Dengan Blognya

    Dilema Seorang Mrs. A Dengan Blognya

    Bismillahhirahmannirrahim...

    As Salam and greetings to dear readers.

    Dilema Seorang Mrs. A Dengan Blognya. Memula tadi Mrs. A bagi tajuk lain pastu tukar lain kemudian tukar yang ni. Memang dilema sangat seorang Mrs. A dengan blognya huhuuhuu. Bagi seorang blogger walaupun blogger biasa-biasa bila tak up-date blog tu rasa macam ada yang tak kena  betul tak rakan-rakan blogger?

    Bulan Julai ni memang mood menulis ke laut dalam sungguh!. Sobs...sobs...sobs... kesian blog picisan kesayangan Mrs. A ni tau. Okaylah sebab tak mau blog sendu lagi biarlah Mrs. A paksa diri tuliskan aje apa-apa yang terlintas di fikiran ya...

    Actually di awal-awal Julai aritu Mrs. A struggle pasal kerja nak siapkan sesuatu yang... ntahlah takde minat nak buat tapi memang kena buat dan siapkan jugak pastu pulak ada date line. So itu yang rasa macam the struggle is real. Nak memblog pun tak menjadi. Tetapi laaa nih! Alhamdulillah dah settle so hidup kembali ceria.

    Dilema Seorang Mrs. A Dengan Blognya.

    Dilema seorang blogger
     Takde orang so kita snap gambar kat face scanner tu ahaks!
    Anak-Anak Kembali Ke Sekolah Di Musim PKPP. Pada 15 Julai sekolah dah mula balik untuk Adik dan Aryssa. Itu yang Mrs. A datang awal dari biasa cause kena hantar Adik ke sekolah dulu. Aryssa Mr. A yang hantar hiks! Sementelah company up-grade sistem guna face scanner kiranya ini sesuatu yang baharu haruslah snap gambar gittewwww...

    Walaupun ini bukanlah tahun baharu kembali ke sekolah tetapi persediaan ke sekolah tetaplah kena ada. Untuk Aryssa mujurlah uniform masih muat cuma kena beli kasut baharu je. Kasut Aryssa dah koyak lagipun masa awal tahun aritu memang tak beli kasut dia.

    Tapi untuk Adik kena beli uniform semua hahahaaa.... masalahnya unifrom lama semua dah tak muat nampak sangat 4 bulan duduk rumah Adik memang membesar bagai johan, seluar bila try, masuk sampai ke paha aje nak teruskan sampai atas memang dah tak muat, baju pun sama dah tak boleh butang, uniform putih, baju Melayu dan baju PKBM semua kena beli yang baharu huwargh! sabar yolah mak/pak ko ni dik oiii! Selain daripada tu kena jugak beli dua benda nih!

    Dilema Seorang Mrs. A Dengan Blognya.


    Dilema Seorang Mrs. A Dengan Blognya
    Kena sediakan hand sanitizer
    Dilema seorang blogger
    Kena sediakan face mask jugak
    Macam-macam perasaan ada bila Adik dan Aryssa kembali ke sekolah. Perasaan risau dah tentulah rasanya semua ibubapa pun ada perasaan yang sama. Al-maklumlah kita belum menang masih ada lagi virus Covid 19 ni. Lagi satu rasa release sikit hidup seorang ibu bekerja ni, haru-biru dan caca-merba nak pantau  study online mereka berdua tu, harapnya takde dah.  Mrs. A terus terang cakap memang tak confident 100% bila mereka duduk rumah tu akan study sebaik di sekolah. Biarlah mereka kembali ke sekolah menimba ilmu dengan cara yang formal. Itu adalah lebih baik untuk mereka berdua. Alhamdulillah hari pertama mereka ke sekolah keadaan berjalan lancar seperti yang diharapkan.

    Along pulak InSyaAllah akan sambung belajar semula dalam pertengahan bulan Ogos nanti. Untuk semester pertama Along, Mrs. A selalu doa agar cara pembelajaran mereka akan kembali normal didalam kelas sebagaimana sebelum dunia dilanda virus covid 19. Sebelum masuk belajar semula ni Along kerja di Pizza Hut alhamdulillah tekun dia kerja. Actually sebelum ni dah dua tempat dia kerja tapi dedua tu bertahan 3 empat hari je... hurm... anak-anak muda biasalah kerja, suka datang, tak suka tak datang. Tapi kat Pizza Hut tu suka pulak dia gi kerja, bahagia pulak Mrs.A rasa dah matang anak ibu ehh!

    Okaylah cukup dah kot kisah Dilema Seorang Mrs. A Dengan Blognya. Nak bagi tahu jugak sampai sekarang Bobo masih belum pulang lagi. Sedih dan rindu Bobo huwaaa..waaa.waa...







    Bobo Di Mana?

    Bobo Di Mana?

    Bismillahhirahmannirrahim...

    As Salam and greetings to dear readers.

    Bobo di mana? Tajuk macam lagu ngeh! ngeh! ngeh! Bobo tu adalah nama kucing Mrs. A yang berbulu putih satu badan. Tak bolehlah nak claim Bobo yang putih bersih cause Bobo tu memang putih tapi tak berapa nak bersih sangat, ada je comot-comot sikit kat bulu dia tu ha gittewww....

    Bobo ni tak berapa sihat dah macam-macam cara dan usaha Mrs. A nak pulihkan dia kalau nak di kira pergi vet dialah kucing Mrs. A yang paling banyak kali pergi ke vet compare dengan yang lain-lain. [SINI]

    Bobo Di Mana?

    Bobo kucing Mrs. A
    Gambar paling terbaru dan maybe last Mrs. A sempat snap sobs..sobs..sobs... pada 6 Julai 2020
    Bobo oh! Bobo mana Bobo pergi tak balik-balik lagi ni huwaaaaa.... sedih sangat. Bobo last seen pada 11 Julai 2020 time tu lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi dia ada kat dalam sangkar tidur aje, lemah. Mrs. A suapkan dia air guna syringe dan jugak suapkan wet food. Tak lama tu boleh pulak dia bangun melompat keluar dari sangkar yang belah atas. Terus Mrs. A tukarkan sangkar dia belah bawah. Adoiiila Bobo lemah-lemah pun kau nak berjalan jugak Mrs. A bebel kat dia pastu dia pi lepak bawah keta. Mrs. A biarkan ajelah dalam hati takkanlah dia larat nak jalan kot dia lemah sangat tu.

    Mrs. A dah terbiasa tak lock sangkar cause dah faham fiil dia kalau dia nak berak atau kencing dia akan pergi kat jamban dia (bekas pasir yang memang dah sedia ada) bila lock dia tahan tak berak tak kencing ha gittewww... Tapi bila jadi macam ni rasa ralat dan menyesal sangat kenapa pada waktu dan ketika itu tak ambik aje dia masukkan dalam sangkar dan lock sangkar tu. Kenapa...kenapa...  kenapa...!!! huk! huk! huk!

    Semalam pagi time Mrs. A pergi kerja minta Along tolong cari kat keliling row rumah Mrs. A tu tak jumpa. Mrs. A tak puashati lagi petang semalam time balik kerja Mrs. A sendiri pergi cari dia rayau semua tempat yang mengikut logik akal Mrs. A Bobo kemungkinan pergi. Tanya jiran-jiran semua, cari kat padang permainan, bawah-bawah kereta yang parking kat jalan-jalan, dalam longkang, pergi jugak dekat post guard tanya ada tak jumpa kucing putih, cause guard selalu ronda naik beskal keliling taman manalah tahu kot dia ada ternampak radius guard ronda lebih meluas hiks! so chances tu lebih besarlahkan. Siap pesan lagi kalau ada jumpa kucing putih kurus minta hantar kat rumah no 9 dot..dot... iya guard tu cakap sambil dia kata nanti kat shift malam pun dia tanyakan jugak.

    Mrs. A pelik sangat Bobo hilang ntah ke mana kalau dia pendek umur pun Mrs. A redho cuma tak jumpa jasadnya itu yang macam ralat dan tak puashati.

    Sanggup jugak Mrs. A belikan dia vetri DMG. Tapi sayang tak sempat habis pun Bobo dah hilang ntah ke mana. Tapi takpelah masih boleh bagi kepada Koko, Marble, Awanikenet Upin dan Ipin.

    Bobo di mana?
    Beli di Shopee jer.... di Shopee semua ada eh! teriklan la pulok
    Bobo di mana? Tak tahu betul ke tidak Mrs. A pernah terbaca pasal kucing ni kalau dia sayang tuan dia bila dia nak mati dia akan pergi jauh. Dia tak nak tuan dia tengok atau tahu huk! huk! huk! Wallahulam. Masih berharap Bobo selamat walau dimana dia berada. Am I in denial???





    MRS.A my blog my stori ©