April 2020 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: April 2020
Salam Ramadhan Al Mubarak 1441H

Salam Ramadhan Al Mubarak 1441H

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Salam Ramadhan Al Mubarak 1441H buat readers blog Mrs. A. Pejam celik pejam celik dah sampai kita ke bulan Ramadhan 1441H. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik baik sahaja untuk menjalani ibadah puasa dan juga solat sunat terawih walaupun Ramadhan kita pada tahun ini sangatlah berbeza keadaannya dengan tahun-tahun sebelum ini [SINI]. Setiap musibah pasti ada hikmah disebaliknya. Wallahualam.

Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak 1441H yang akan kita mulakan esok InSyaAllah. Mrs. A sekeluarga ingin memohon kemaafan segala kesalahan zahir dan batin samada dilakukan secara sedar mahupun tidak disedari.

Salam Ramadhan Al Mubarak 1441H
Salam Ramadhan Al Mubarak 1441H
Salam Ramadhan Al Mubarak dari kami sekeluarga serta mohon maaf di atas segala kekhilafan.
Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dipertemukan lagi bulan penuh rahmat, berkat dan keampunan. Selamat datang wahai Ramadhan, wahai bulan ibadah, wahai bulan kebahagian. Sebagaimana sabda Nabi.

"Barangsiapa berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampunkan."
(Riwayat al-Bukhari [38] dan Muslim [760])

Salam Ramadhan Al Mubarak 1441H. Semoga puasa dan amal ibadat kita adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan diterima olehNYA. Walaupun covid 19 masih ada lagi di muka bumi ini. Jom kita teruskan berdoa tanpa putus asa semoga keadaan akan kembali seperti sediakala.

Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk menemui bulan Ramadan pada tahun ini dengan tenang dan aman bulan penuh keampunan Ya Robbi pencipta alam semesta. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan segera. 


Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A

Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A. Resepi ni mintak dari mak Mrs. A tapi Mrs. A olah sikit ikut cara Mrs. A. Resepi ni sangat mudah, buat sekali InSyaAllah terus menjadi. Dalam masa dah sebulan PKP ni dua kali jugaklah Mrs. A dah buat puding jagung. Puding jagung kat rumah Mrs. A ni memang laku keras selalu aje ada requested tapi tulah seketul Mrs. A malas nak layan muahhahaaaa...

Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A.

Bahan-bahannya:-

Jagung krim - 1 tin habiskan.
Tepung Custard - 2 cawan
Gula pasir - 2 setengah cawan (kalau tak suka manis sangat boleh kurangkan 2 cawan je cukup)
Santan (sebiji kelapa kata mak Mrs. A) - 1 mangkuk penuh yang saiz bekas nasi
Garam halus - 1 sudu kecil

Puding jagung
Santan tu Mrs. A beli siap so tambah air lagi penuhkan mangkuk tu 
Puding jagung
Cawannya tu lebih kurang macam dalam gambar ni ha gittewww...
Cara menyediakannya:-

Gaulkan kesemua bahan dan terus masakkan di atas api sederhana. Sentiasa kacau jangan tinggalkan kacau dan kacau dan kacau lagi... sehingga pekat berkilat dan meletus-letus gitteww...

puding jagung
Cengginilah rupanya bahan-bahan yang telah digaulkan itu
puding jagung
Kacau sampai jadi rupa macam gambar kat atas ni dah ketat dan berkilat baharulah diangkat dan letakkan dalam acuan
Mrs. A takde acuan yang cantik yang macam bunga matahari tu..... so tuang aje kat dalam bekas empat segi panjang macam kat bawah ni. Kemudian masukkan dalam peti ais kalau nak cepat keras dan cepat dimakanlah. Kalau takde peti ais biar aje kat luar pun boleh nanti dia keras sendiri.

Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A.

puding jagung
Akibat terlupa snap sebelum letak dalam peti ais.
Ha! tulah! kan Mrs. A dah kata puding jagung kat rumah Mrs. A ni laku keras tak caya tengok gambar tu. Masa dah siap tu Mrs.  A terus letakkan dalam peti ais. Kemudian naik atas kat bilik mandi-mandi bersiap bila turun semula konon-kononnya nak snap gambar tengok-tengok dah kena ngap daa.... hahhaaa... si Along punya kerja. Takpelah memang buat untuk dimakan pun no big deal.

Okay itu sahaja nak share Buat Puding Jagung Resepi Mak Mrs. A.


Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk menemui bulan Ramadan pada tahun ini dengan tenang dan aman bulan penuh keampunan Ya Robbi pencipta alam semesta. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan segera sebelum Ramadan 1441H. Pulanglah...




Buat Kuih Kelepong a.k.a Onde-Onde a.k.a Buah Melaka

Buat Kuih Kelepong a.k.a Onde-Onde a.k.a Buah Melaka

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Buat Kuih Kelepong a.k.a Onde-Onde a.k.a Buah Melaka. Mrs. A panggil kuih ni kuih kelepong kalau ikut bahasa daerah Negeri Sembilan kuih kolopong ha gitteww... tapi nama lain kuih ini adalah Onde-onde, Buah Melaka actually ia adalah sejenis kuih yang sama.

Musim PKP ni memang aktiviti paling win seorang Mrs. A adalah memasak kalau nak dikira hari-hari bekerja biasa jarang Mrs. A buat kuih. Itulah salah satu hikmah disebalik PKP kepada seorang Mrs.A eh! tiber.... Ntah hari apa hari tu, tak ingat time tu Aryssa raya puasa ganti buat kuih cornflakes, buat puding jagung dah dua kali, semalam pulak buat kuih paling senang di dunia iaitu kuih kelepong.

Buat Kuih Kelepong a.k.a Onde-Onde a.k.a Buah Melaka cara Mrs. A

Bahan-Bahannya:-

Tepung pulut (yang 500 grams) - guna semua
Tepung beras - 4 sudu besar
Gula kabung/ melaka - potong dadu banyaknya tu agak-agaklah
Inci/ pewarna hijau - satu penutup
Kelapa parut.
Air dan sedikit garam.
Kalau nak wangi guna air daun pandan tapi tak guna sebab takde huhuhu...

Buat kuih kelepong cara Mrs.A
Gula kabung, kelapa parut, tepung pulut, tepung beras
 Cara menyediakan:-

1. Gaulkan tepung pulut dan tepung beras bancuhkan dengan air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam tadi, gaul hingga menjadi doh, campurkan juga pewarna hijau sekali. Air tu kena letak sedikit demi sedikit semasa uli tu takut kalau curah sekali banyak! doh jadi lembik. Agak-agak doh tu sudah tidak melekat ditangan bentukkan bulat-bulat dan sumbatkan gula kabung yang dah dipotong dadu.

Buat kuih kelepong cara Mrs. A
Nak buatkan besar mana ikut suka hati je...
2. Sementara tu jangan lupa kena jerang air di dalam periuk biarkan mendidih. 

3. Setelah air mendidih masukkan kuih kelepong yang telah siap dibulatkan tadi. Tunggu sehingga kuih tersebut terapung biarkan untuk beberapa ketika kalau cepat sangat angkat takut inti gula kat dalam tu tak cair lagi.

4. Di dalam pinggan lain ataupun dulang lain letakkan kelapa parut dan gaulkan dengan sedikit garam halus.

5. Kemudian angkat kuih kelepong yang telah terapung tu gunakan penapis letakkan kedalam piring/ dulang kelapa parut tu golek-golekkan dia sehingga disaluti kelapa parut tu.

6.  Ulang proses yang sama step 3, 4 dan 5 sehinggalah tepung yang telah siap diuli habis dimasak.

Buat Kuih Kelepong a.k.a Onde-Onde a.k.a Buah Melaka

Tadaaaa... dah siap untuk dimakan.
Buat kuih kelepong cara Mrs. A
Kuih Kelepong a.k.a Onde-Onde a.k.a Buah Melaka
Okay itu sahaja nak share Buat Kuih Kelepong a.k.a Onde-Onde a.k.a Buah Melaka cara Mrs. A. Mudah ajekan readers kalau nak cuba petang ni pun boleh buat mesti jadi punyalah ngeh! ngeh! ngeh!


Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk menemui bulan Ramadan pada tahun ini dengan tenang dan aman bulan penuh keampunan Ya Robbi pencipta alam semesta. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan segera sebelum Ramadan 1441H. Pulanglah...




Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Lagi #mcophase3

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Lagi #mcophase3

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Lagi #mcophase3. Ha! mesti tadi ramai yang duduk depan TV kan nak tengok perutusan khas Perdana Menteri kita? Sambung ke tak ni Perintah kawalan Pergerakan a.k.a PKP ke peringkat seterusnya. Samalah Mrs. A pun tunggu jugak berdebar-debar pulak rasa tapi bila dah umum blurrr... tetiba air mata meleleh sedih! ntah apa yang sedih sangat pun tak pasti.

Terima ajelah apa pun keputusan kerajaan kerana pasti mereka dah buat kaji selidik terlebih dahulu. Kita semua kenalah patuh pkp just stay at home janganlah ke sana ke sini ya...

Sejujurnya Mrs. A pun dah lama tak berkomunikasi dengan kawan-kawan office dengan bos pun takde huhuhuhu... komunikasi pun sekadar tengok dan berbalas status socmed masing-masing. Ada jugak tengok kawan-kawan yang pergi office mungkin adalah tu bos depa suruh datang. Huwaa...wa...wa... sabar yolah.

Ingatkan dah boleh jumpa Adik kat kampung tapi nampak gayanya masih belum diizinkanNYA. Kawalan sepanjang jalan nak ke kampung Mrs. A tu pun memang ketat almaklumlah zon merah.

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Lagi #mcophase3.

pkp
Kes Covid 19 mengikut mukim/ daearah di Negeri Sembilan setakat 7 April 2020
Walaupun nama kampung Mrs. A tak masuk dalam senarai tapi Pilin tu sebelah kampung Mrs. A je. Adoillaa hai! tulah kawan Mrs. A yang polis tu cakap nak jaga orang-orang tua pangkat atok-atok ni lagi susah bila kita cakap dia menjawab macam-macam. Nanti kalau lebih-lebih dia cakap pulak kita kurang ajar haish! sabar yolah abam pulis ya. Atok-atok tu depa selamba aje minum-minum kat kedai kopi lagi hahahaa... cer readers bayangkan tu dah macam-macam PM cakap, Dato' Ismail Sabri cakap, KPN cakap, MKN warning depa tak peduli pun hurmmm... sangat mencabar nak menangani atok-atok di daerah rembau ni bak kata kawan Mrs. A tu.

Tadi Mrs. A tengok news kat TV Dato' Ismail Sabri cakap mereka nak kaji semula penalti RM1k tu kemungkinan akan dinaikkan lagi sama juga dengan hukuman penjara tu ada kemungkinan akan ditambah. Menurut beliau walaupun dah dikenakan penalti seperti tu tapi tangkapan untuk mereka yang melanggar pkp masih tinggi. Pendapat Mrs. A bagus juga naikkan lagi tu biar mereka yang degil tu rasa lagipun tak adil untuk kita-kita yang patuh pkp ni kanssss... ialah kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain penalti kat Malaysia ni masih kategori rendah lagi. So naikkan ajelah ikut contoh negara-negara lain tu eh! tiberrr...

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Lagi #mcophase3.

Mohon jangan ketawa kah! kah! kah! Bila Mrs. A ajet-ajet nak berkebun.

Tak tahulah ni pasu apa rumput ke bunga?
Actually ini adalah pasu-pasu peninggalan tuan rumah lama. So Mrs. A dan Aryssa konon-kononnya nak meneruskanlah tapi tulah sedehhh! awal-awal dulu tiga pasu tu kosong yang sediada cuma daun lidah buaya dan lidah jin tu aje. Kemudian Mrs. A tambah tanam serai dengan pokok halau nyamuk.

Itu serai bukan lalang ya muahahhaaa....
Mula-mula je semangat pastu dah seminggu kot tak tengok. 2 ke tiga hari lepas tengok rumput dah sama naik dengan serai dan pokok halau nyamuk tu. Haish! kau memang failed la berkebun ni Mrs. A hoi! Okay tak pe, tambah lagi 2 minggu semangat ni nak sambung berkebun nak tambah tanam pokok kari pulak.

Readers doa-doakanlah selepas ni Mrs. A rajin berkebun ya sempena Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Lagi #mcophase3. Readers okay ke tu sambung lagi 2 minggu ni? Harap semuanya okay bertabahlah kita.



Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk menemui bulan Ramadan pada tahun ini dengan tenang dan aman bulan penuh keampunan Ya Robbi pencipta alam semesta. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan segera sebelum Ramadan 1441H. Pulanglah...





Wordless Wednesday #2/2020 - Aku yang masak kau yang panas

Wordless Wednesday #2/2020 - Aku yang masak kau yang panas

Bismillahhirahmannirrahim...

 As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #2/2020 - Aku yang masak kau yang panas

Tajuk mengundang hahahhaa... adehhh! dah bersawang blog kesayangan Mrs. A ni ha! so moh le paksa diri up-date gittewww... Sempena stay at home sewaktu Perintah Kawalan Pergerakkan boleh dikatakan setiap hari Mrs. A memasak tapi sorry to say cooking is not my passion muahhahaaaa...

Wordless Wednesday #2/2020 - Aku yang masak kau yang panas

aku-yang-masak-kau-yang-panas
Tengahari semalam terlebih rajin nak possing cause Mr. A keluar ngeh! ngeh! ngeh!
nak buat daging masak kicap as requested.
Kata daging masak kicap?! muahahahaa daging tu terlupa nak snap, ni time ikan masak kicap #stayhome day ke berapa tak ingat dah.
Mee goreng basah nanti nak buat blog post resepinyerrr...
Ikan kerisi masak tauchu as requested rasanya sepanjang #stayhome ni dah 4 kali masak tauchu tapi ikan yang berbeza
Ayam masak rendang dah 2 kali kot
Ayam masak lemak cili api + kentang
Masak lemak cili api telor itik + belimbing buluh
Hurmm.. ini di antara sebahagian menu yang Mrs. A sempat snap time aku yang masak kau yang panas ada masa tak ingat pun nak snap-snap huhuhuu...

Wordless Wednesday #2/2020 - Aku yang masak kau yang panas.

Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk menemui bulan Ramadan pada tahun ini dengan tenang dan aman bulan penuh keampunan Ya Robbi pencipta alam semesta. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan segera sebelum Ramadan 1441H. Pulanglah...

Loading

Loading

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Loading tak tahulah nak tulis apa dari petang tadi kononya nak buat post WW sampai dah bertukar hari tak jadi-jadi jugak kah..kah..kah... nak masuk website bsh.hasil.gov.my asyiklah loading dari pada petang tadi. Walaupun Mrs. A dah boleh agak sure high traffic punya tapi tulah gigih jugak nak mencuba tu... biasalah saja nak jadi yang awal-awal nanti bolehlah membawang ehhh! tiberrr...

Itulah sabarlah dulu Mrs. A hoi! bagi peluang yang betul-betul memerlukan macam makcik Kiah tu kau tu makan gaji duk rumah pun masih ada gaji alhamdulillah InSyaAllah sabar yolah ha gitteww...

Loading
Okay lex lu... lama lagi tempoh masanya tu

Kemudian Mrs. A nak try pula masuk i-Lestari. Okay cantekkk boleh ke website KWSP i-Akaun takde loading unfortunately Mrs. A pula yang loading lupa ID dan PW la pulakk... lagi sekali kah..kah..kah... hanya mampu gelakkan diri sendiri. ID dengan PW semua yang berkaitan dengan socmed ID/PW ni Mrs. A simpan dalam diary. Diary tu pulak tertinggal kat dalam drawer di office hurm... nasib ngko la labu... Nak reset buat baharu ID dan PW macam malaslah pulak nanti-nantilah lagipun masih ada banyak masa lagikan...

Semua pun loading tapi jalan-jalan kat IG stories kawan-kawan tak loading hiks! terjumpa pulak satu kisah viral pasal founder tudung itik tu... siap netizen buat petisyen nak remove dia dari board of director UiTM petisyen tu dah ada 150k lebih nak ke 200k  fuhhh!!! dasat the power of netizen di Mesia ni ya... ha T20 jangan main-main dengan B40 dan M40 ya. Tapi tulah founder tudung itik tu nak saman katanya siapa yang buat petisyen tu dan siapa-siapa yang kecam dia tu. Itulah dia kerana pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. So adalah lebih baik diam sekiranya tiada apa yang berfaedah untuk diperkatakan.

Stay at home day 16 dah semakin ramai yang loading ehhh!

Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk menemui bulan Ramadan pada tahun ini dengan tenang dan aman bulan penuh keampunan Ya Robbi pencipta alam semesta. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan segera sebelum Ramadan 1441H. Pulanglah...



MRS.A my blog my stori ©