Mac 2020 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Mac 2020
Stay At Home

Stay At Home

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Stay At Home. Pejam celik, pejam celik dah 12 hari stay at home. To be honest memang selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan #PKP ni Mrs. A takde keluar pun kalau ada pun sehari je time tu terpaksa keluar juga ziarah wife cousin meninggal. Hari-hari lain sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan memang stay at home ikut perintah tau #sisboleh hiks! InSyaAllah. Kalau keluar pun siram bunga kat pasu depan rumah, buang sampah, ampai kain/baju sapu-sapu porch depan ha tu jelah.

Memang keluar membeli barang keperluan diserahkan sepenuhnya kepada Mr. A. Tapi tulahkan bila kita minta husband yang beli kena support dengan gambar sekali ngeh! ngeh! ngeh!... kalau tak memang ada yang salah beli nanti. Macam baru-baru nih suruh beli cat litter premium dah bagi gambar pun salah gak huhuhuhu...

Stay At Home.
Stay At Home
Eh! itu kaki si Awanikenet tu.
Suruh beli yang belah kanan dia semberono je pi beli yang belah kiri.
Readers macam mana stay at home tu okay ke? Routine Mrs. A semenjak stay at home ni bangun pagi-pagi dalam pukul 4.45 cenggitu cause panaskan lauk untuk bersahur. Sajalah support Aryssa yang mengganti puasanya tu. Aryssa langsung belum buat ganti puasa berbelas hari jugekkkk Mrs. A pula cuma tiga hari saja lagi so since stay at home ni we both pun ganti puasa alhamdulillah  Mrs. A dah selesai since Friday tinggal Aryssa masih berpuasa, lagi dua hari baharulah dia raya.

Sebagai tanda support Aryssa yang berpuasa tu Mrs. A masak sekali petang je hiks! ada juga hikmahnya tu. Tak payah nak fikir memasak sampai dua tiga kali sehari (ke sebenarnya ko malas Mrs. A hoi!). So Mrs. A akan masak heavy breakfast macam mee/ mee hoon goreng, nasi goreng untuk Along dan Mr. A tengahari makanlah menu tu jugak ha gitteww... petang nanti dalam pukul 5.00 cenggitu barulah Mrs. A memasak untuk Aryssa berbuka dan merangkap makan malam untuk we all. So takdelah kes asyik duk makan, makan dan makan dan buka fridge sampai tercabut pintu  macam ada yang netizen share kat socmed tu ehh! tiberrr...

Stay At Home.


Stay At Home
Adik stay at kampung at the moment
Dah hampir dua minggu tak jumpa Adik. Since Sunday 15.03.2020 tu Adik dah balik kampung cause school break tu dia nak nak stay kat kampung. Minggu yang sepatutnya nak balik tu dah start PKP so tinggallah Adik kat kampung sampai sekarang huhuhu... Adik we missed you.

Tapi Adik happy je dia suka tinggal kat kampung kat kampung lebih bebas almaklumlah kawasan rumah nenek luas boleh je main-main badminton dengan cousin dia si Talia tu. Mujurlah b.i.l ada kat kampung terperangkap since PKP tapi bagus juga senang mak Mrs. A nak minta tolong belikan apa-apa keperluan. Adik pun seronok Paksu dia ada. Petang-petang buat aktiviti tangkap burung wak-wak. Dapat jugak hasilnya depa terus sembelih pastu goreng. Tiap-tiap hari contact Adik dengan WhatsApp tapi lately ni we all video call jugak dapat tengok live visual untuk hilangkan rindu. Macam malam tadi tu video call sekali group 4 ada family Alang, Angah, Mrs. A dan depa yang kat kampung tu fuhhh... kecoh sungguh masing-masing teruja.

Stay at home day 12 sekejap aje masa berlalu. Personally Mrs. A rasakan PKP ini banyak sangat hikmahnya untuk diri sendiri. Bila ingat-ingat semula time bekerja tu memang ada verrrangan nak jadi surirumah sepenuh masa (#surirumahbergaji) nah amik kau Allah dah makbulkan walaupun dalam keadaan yang tak terduga tapi ferfeeling tu tetap ada ha gittewww... Sebelum ni memang terhad pun masa bersama keluarga tapi sepanjang tempoh PKP ni alhamdulillah sangat banyak. Sebelum ni buat solat sunat seminggu 2 tiga kali je tapi sepanjang tempoh PKP ni alhamdulillah tiap-tiap hari dapat buat.

Okay iklan jap #marblethecat
Stay At Home
Haish!!! tengok dia nih sebok jer... orang tengah rajin nak hapdate nih!
Dari segi work from home pula untuk department Mrs. A tak banyak yang boleh dibuat dari rumah. Adapun minutes of meeting tapi dah settle pun. Lain-lain kerja kena guna sistem di PC office. Kalau ada pun share info terkini dari lain-lain department untuk consumer contoh macam info kat bawah ni

Stay At Home
Please pay online ataupun mobile Apps iSAINS janganlah tak bayar pulekkk kesian we all huhuhu...
Info work from home yang Mrs. A boleh share antaranya adalah sepanjang tempoh PKP ni untuk bil bulan Mac dan April SAINS hanya akan mengenakan bil anggaran sahaja kerana syarikat telah mengambil tindakan memberhentikan pembacaan meter pengguna untuk bulan-bulan tersebut.

Stay at home please! dengarlah rayuan Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) dah macam-macam bantuan dia bagi untuk meringankan beban rakyat. Bersyukur dan terharu sangat dengan keprihatinan kerajaan Perikatan Nasional yang sekarang ini. Lagi satu yang menarik dengan TSMY ni adalah teks ucapan beliau yang simple macam Makcik Kiah tu senang nak faham #noob pun faham ha gittewww...

Dalam keadaan sekarang ini scammer pun wujud dalam pelbagai keadaan dan bentuk ada je pihak-pihak yang tak bertanggungjawab suka ambil kesempatan. Scammer sana sini situ harapnya readers semua berhati-hatilah ya. Ada juga yang suka viral cerita palsu sebaik-baiknya jangan sebarkan berita yang belum ditentusahkan boleh menimbulkan panic. Kita boleh je check sendiri kat SKMM di https://sebenarnya.my/salur/  Mrs. A pun ada juga hampir percaya berkenaan satu posting berkaitan daun semambu yang boleh membantu sembuhkan covid 19 tu. Rasa macam nak forward dah kat group whatsApp family sebab nampak message tu macam real sangat tapi mujurlah tak sempat forward lagi dah dapat info itu semua palsu belaka huhuhu...

Okaylah rasa macam dah panjang sangat bebel ni. Mrs. A berdoa setiap kali lepas solat rasanya bukan Mrs. A aje readers pun samakan mengharapkan semoga cepatlah wabak virus covid 19 ini berlalu pergi. Bila tengok news up-date pasal covid 19 semakin hari semakin meningkat mesti kita risau dan bimbang. Sedih pun ada juga bila tengok ada yang share keadaan frontliners tu dah exhausted semoga mereka dilindungi dan hanya Allah yang mampu membalasnya.

Stay at home day 12.




Kematian Yang Mengejutkan

Kematian Yang Mengejutkan

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Kematian Yang Mengejutkan. Pagi semalam 23.03.2020 sedang berkira-kira nak buat sedikit kerja office di rumah tiba-tiba baca di group whatsapp Kerabat Hj Juri "isteri Along dah meninggal, jenazah sekarang ada di rumah Pak Busu Jiboi" message dari Angah cousin sister Mrs. A. Innalillahhiwainnailaihirojiun. Terkejut sangat macam tak percaya. Mrs. A pun terus turun bawah bagitahu kat Mr. A pastu dia suruh calling-calling untuk kepastian kebumi kat mana? Sesungguhnya dunia akhir zaman banyak sangat kematian mengejut.

Mrs. A call nombor Mak Busu tapi kaklang (cousin) yang jawab katanya ke bumi kat sini je Tanah Perkuburan Islam Kg Sg Pupuh. Pukul berapa belum dipastikan lagi cause jenazah belum dimandikan lagi. Arwah Aton meninggal di rumah dalam pukul 7.50 pagi. Sobs..sobs..sob... muda sangat lagi arwah ni muda lagi dari Mrs. A.

Kematian Yang Mengejutkan.

Kematian Yang Mengejutkan
Moment terakhir bersama arwah Aton Oktober 2019
Actually arwah memang ada sakit kanser pankreas. Tapi tak sangka yang dia akan pergi secepat ini, doktor pun terkejut sel kanser dia tu cepat sangat merebak. Arwah dah pun menjalani operation tidak berapa lama dahulu. Rasa ralat sedikit cause seminggu dia sakit kat rumah pak/mak busu tu Mrs. A sekeluarga tak tahu pun. Family mereka langsung tak bagi tahu ialah mungkin disebabkan musim covid 19 ini, itu yang mereka tak bagitahu kot.

Pagi semalam tu walaupun Mrs. A berkira-kira jugak nak pergi ke tidak Allahu teruknya ko Mrs. A hoi! tapi mujurlah Mr.A kata kita tawakal pada Allah InSyaAllah doa banyak-banyak semoga kita semua yang ziarah dijauhkan dari virus covid 19. Kekdahnya we both aje yang hadir ziarah dari family we all. Mak dan adik-beradik Mrs. A tak datang al-maklumlah jauh juga kalau mak Mrs. A dan family adik dari kampung nak datang.

Time Mr. A dan Mrs. A sampai tu jenazah sedang dimandikan. We both terus aje pergi cari cousin Mrs. A si Along tu tengok keadaan dia sugul sangat cuma tak menangis dah ialah agaknya dah puas menangis. Bila Mrs. A tengok pulak keadaan anak-anak arwah tiba-tiba air mata meleleh sendiri sedih tengok mereka berdua tu tak faham sangat lagi selayaknya kanak-kanak bermain-main dengan cousin sebaya.

Mrs. A sempat tengok jenazah dikafankan cantik arwah Aton macam orang tidur je. Sekali lagi touching sangat bila Along nak cium arwah sambil cakap kat anak-anak dia "cepat cium mama nanti dah tak dapat jumpa mama lagi". Allahu sebaknya time tu berjurai-jurai air mata gugur.

Kematian Yang Mengejutkan.

Kematian Yang Mengejutkan
Alhamdulillah arwah telah selamat dikebumikan sebelum zohor
Kematian yang mengejutkan. We both ikuti sehingga ke kubur dengar talkin tu takut sungguh menginsafkan tunggu sehingga selesai majlis pengebumiaan barulah terus balik ke rumah sendiri.
Al-fatihah (dibaca) buat arwah Zaharatun bt Abd Salim, hilang sudah semua kesakitanmu, semoga damailah engkau di sana. Buat Along my cosuin brother semoga tabah dan banyakkan bersabar. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Pasti ada hikmah disebaliknya.

As for we all pulak sampai aje kat rumah terus basuh tangan dengan sabun kat luar rumah dulu. Kemudian masuk rumah terus mandi dan baju-baju yang we both pakai tu terus masuk mesin basuh. Tawakal kepada Allah semoga dilindungi dari virus covid 19 dan dirahmati sentiasa InSyaAllah.



Selamat Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj

Selamat Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj. Semoga kita tidak terlupa dengan peristiwa Israk dan Mikraj iaitu esok 27 Rejab yang disambut setiap tahun dek kerana viral dan bimbangnya kita dengan virus Covid 19 yang melanda sekarang ini.

Selamat Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj 

Israk-dan-Mikraj

Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW, adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan Rejab. Baginda telah di Israk kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan 'Buraq', dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di 'Mikraj' kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izinNYA, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasullullah SAW.
Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja. Perjalanan ini disebutkan Allah di dalam Al-Quran menerusi firman-NYA:
17:1
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”   
 (Surah Al Israa’: 1)
Peristiwa Israk dan Mikraj terjadi dengan begitu unik kerana ianya tak tercapai dek akal fikiran manusia biasa.  Selamat Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj dan selamat beramal dengan lebih lagi.


Kredit: PMUI, shafiqolbu
Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan

Bismillahhirahmannirrahim...

 As Salam and greetings to dear readers.

Perintah Kawalan Pergerakan. Mrs. A pun sajalah nak share kisah Mrs. A berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan tersebut. PM umum perintah tersebut sebelah malam 17 Mac 2020 so sewaktu hari pertama semalam la kan 18 Mac 2020 tu Mrs. A masih pergi bekerja lagi seperti biasa al-maklumlah kerja dengan company essential katakan tiberrr...Bukan Mrs. A soranglah semua kawan-kawan office pun sama.

Pagi tu sesampai aje kat area lobby office, staff HR yang ditugaskan khas dua orang dah sedia dengan penembak tu nak tembak kat dahi we all yang baru sampai hahahhaa... (eh! janganlah pembaris sangat penembak tu adalah alat untuk check suhu tu) mana yang  sihat tu okaylah lepas boleh masuk office terus. Sebelum nak thumb print tu sanitize dulu tangan tu.

Perintah Kawalan Pergerakan.
Perintah Kawalan Pergerakan
Hand sanitizer office punya gunalah dengan berhemah ya
Pagi-pagi tu dalam pukul 7.50 macam tu aktiviti di office masih seperti biasa cuma suasana sedikit berbeza iaitu ramai yang pakai mask. Unfortunately Mrs. A tak pakai pun cause mask kat office out of stok time Mrs. A nak beli pun out of stock jugak huwaaaaa... sedeh! tullah ko nih Mrs. A hoi!!! tapi mujurlah Mrs. A tiada gejala batuk/ selsema. Dari apa yang Mrs. A baca mereka yang tiada gejala tiada keperluan untuk pakai mask tapi tulah ada juga yang Mrs. A baca elok pakai je cause dengan situasi sekarang ni ada mereka yang immune kuat tu gejala timbul lambat walaupun bila check positif. Allahu semoga dijauhkan.

Kebiasaanya Mrs. A sampai office awal dalam pukul 7.20 ke 7.30 macam tu so terus pergi make-up make-up dulu cause kat rumah tak sempat ada jugak kadang-kadang Mrs. A buat solat sunat. Aaaminn... moga istiqomah. Sebelum tu haruslah basuh tangan dengan sabun dulu. Sekarang ni memang wajib buat nih! basuh tangan dengan sabun. Dulu pun Mrs. A basuh tangan jugak tapi basuh dengan air je tak guna sabun pun. Tapi tulah bila dah baca dan hadamkan kenapa perlu guna sabun barulah terhegeh-hegeh guna sabun.

Dari apa yang Mrs. A baca dan faham secara ringkasnya Covid 19 tu lapisan atas dia mempunyai lemak. Kenapa sabun? cause molekul sabun ada dua sifat kepala molekul sabun sukakan air dan ekor molekul sabun tak suka air dia suka lemak, suka minyak. Ekor molekul sabun yang suka lemak dan minyak tu akan menarik lemak kat Covid 19 tu dan bila kita basuh dengan air kepala molekul sabun yang suka air tu akan pergi dan ikut sahaja ke mana air tu pergi. Ha cenggitulah lebih kurang bagaimana sabun membunuh koronavirus nak tahu detail sila baca [SINI]

Perintah Kawalan Pergerakan.
Perintah Kawalan Pergerakan
Guna sabun dengan berhemah jangan suka main-main sabun pulak huhuhuuu...
Eh! panjang lebar pulak iklan pesanan masyarakat tu ya muaahhaaaa.... okay berbalik kepada kisah perintah kawalan pergerakan tadi. Adik-adik intership cakap lecturer mereka dapat arahan dari pihak TVET semua program intern ditangguhkan sambil bagi surat kat Mrs. A satu salinan untuk bagi bos. Pihak HR pun memang dah tahu awal dan dah minta semua intership pulang ke rumah dengan serta-merta. Tapi adik intership kat department Mrs. A ni macam berat je nak balik cause dia seronok kerja dengan we all eh! tiber. tapi terpaksa pulang jugaklah HR dah sound uols! Tak lama lepas tu.

Jeng..jeng..jeng... lebih kurang pukul 9.20 pagi, tiba-tiba ada seorang tu sesuailah kalau Mrs. A gelarkan CNN tak pun radio karat bergerak cakap, "eh! semua dah boleh baliklah! "ha yeke arahan siapa, ada Memo tak?" bila Mrs. A tanya cenggitu uh! ah! uh! ah! pulak tak boleh nak confirm. Haish! annoying betul orang macam ni kan? Tapi ada je memang ada. Nakkan kepastian Mrs.A pun calling-calling PA pengarah katanya tunggu surat dari SPAN nanti HR akan maklum dan tanya bos masing-masing dulu cause macam dia kena settle kerja urgent dulu baru boleh balik. Oleh kerana bos Mrs. A bercuti so Mrs. A pun terus je settlekan kerja apa yang perlu sambil tunggu pengumuman dari pihak HR tapi tiba-tiba bos WhatsApp eh! you kat office lagi kenapa tak balik?. La... bos ni you cuti so info I dapat lambat la I tengah tunggu HR announce ni. Takpelah kalau dah settle kerja boleh balik inform yang lain-lain kata bos Mrs. A. Hurm... tak tahulah perasaan time tu nak kata suka tak jugak tak suka ntahlah. Suka tapi dalam kerisauan kot.

Perintah Kawalan Pergerakan.
Perintah Kawalan Pergerakan
HQ see you on 1 April 2020. InSyaAllah
So finally walaupun essential company tapi company tetap close dan ikut Perintah Kawalan Pergerakan tu. Consumer diminta alert untuk buat pembayaran secara online dan staff di bahagian operasi dan front liners masih kerja seperti biasa cuma mungkin sedikit berbeza dari segi bilangan ialah kalau depa nih tak kerja aniaya satu Negeri Sembilan woiii!!! air takde lagilah susah camne nak basuh tangankan. Terima kasih kawan-kawan yang masih bekerja kerjalah dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Besar sangat pahala uols! nih! Takbirrr... Allahuakbar!

Perintah Kawalan Pergerakan jomlah kita sama-sama ikut dan patuhi arahan huwaaa...waaa... waaaa....waaa...biarlah berhenti di gelombang ketiga ini tolonglah rakyat Malaysia jadikan kisah Italy itu sebagai sempadan jangan sampai ke gelombang seterusnya.

Jom sama-sama kita doa pada Allah S.W.T. Wahai makhluk Allah yang bernama Covid 19 jika Engkau tentera Allah yang dikirim untuk membanteras kesombongan di muka bumi ini segerakanlah tugasmu. Izinkan kami untuk menemui bulan Ramadan pada tahun ini dengan tenang dan aman bulan penuh keampunan Ya Robbi pencipta alam semesta. Covid 19 pulanglah ke tempatmu dengan segera sebelum Ramadan 1441H. Pulanglah...



Kenduri Kahwin Anak Ex-classmate dan Jiran Jiboi Mr. A

Kenduri Kahwin Anak Ex-classmate dan Jiran Jiboi Mr. A

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Kenduri Kahwin Anak Ex-classmate dan Jiran Jiboi Mr. A. Last Saturday Mrs. A sekeluarga kecuali Along pergi memenuhi jemputan kahwin anak ex-classmate masa sekolah Tunku Ampuan Durah (STAD) dahulu dan juga jiran sekampung Mr. A (Kampung Jiboi). Walaupun macam berat hati dan risau nak pergi al-maklumlah musim penyakit covid 19 ni tapi pergi jugaklah. Sambil tu seboleh-bolehnya ikutlah langkah berjaga-jaga yang disarankan. Janganlah kita menjadi sebahagian mereka yang berperangai ignorant itu ya.

Mula-mula pergi majlis jiran sekampung Mr. A yang diadakan di dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Kenduri Kahwin Anak Ex-classmate dan Jiran Jiboi Mr. A.
Kenduri Kahwin Anak Ex-classmate dan Jiran Jiboi Mr. A
Kenduri-kenduri juga surah-surah pendinding diri pastikan baca InSyaAllah kita tawakal padaNYA.
Walaupun dah ramai share. Mrs. A tetap jugak nak share panduan dari KKM ni
Di majlis kenduri kahwin jiran Mr. A tu tunggu jugaklah parents in-law dan adik-beradik Mr. A yang lain tapi sorang pun tak jumpa mereka datang lambat. We all sampai awal pengantin pun tak jumpa huhuhu...

Kenduri Kahwin Anak Ex-classmate dan Jiran Jiboi Mr. A
Aryssa

Kenduri Kahwin Anak Ex-classmate dan Jiran Jiboi Mr. A
Adik
Kenduri Kahwin Anak Ex-classmate dan Jiran Jiboi Mr. A
Souvenir dapat ni dapat sorang sekotak
Sekejap aje pun kat majlis di dewan MPS tu kemudian gerak ke majlis kenduri kahwin anak ex-classmate pula di Taman Desa Kiara, Sikamat. Walaupun we all sampai lambat lebih kurang pukul 2.00 petang cenggitu tapi orang masih ramai lagi. Jumpa juga dua tiga orang kawan-kawan sekolah (STAD) dahulu tapi time tu Mrs.A sekeluarga dah nak balik so tak sempat pun nak snap gambar.

Kenduri Kahwin Anak Ex-classmate dan Jiran Jiboi Mr. A.
Kenduri Kahwin Anak Ex-classmate dan Jiran Jiboi Mr. A
Mujur sempat bergambar dengan tuan rumah.
Dialog spontan: "Anak ko dah kahwin Matun hurm tua dah kita ek hahahaa..."
Kenduri Kahwin Anak Ex-classmate dan Jiran Jiboi Mr. A
Gang Stadian katanya
Kenduri Kahwin Anak Ex-classmate dan Jiran Jiboi Mr. A
Bila tengok gambar gang ex-stadian ni terkilan pulak rasa tak dapat bergambar sama cause Mrs. A dah balik time ni.
 [kredit photo group WhatsApp]
Kenduri Kahwin Anak Ex-classmate dan Jiran Jiboi Mr. A
Wedding souvenir dari rumah ex-classmate lagilah rare.
Readers ada tak yang ingat botol oren yang otai ni, anak-anak tak tahu pun dia ingat kicap hahaha...
Secebis kisah di Kenduri Kahwin Anak Ex-classmate dan Jiran Jiboi Mr. A. Semoga Allah S.W.T mengangkat semula virus covid 19 kerana hanya DIAlah sahaja yang mampu berbuat demikian sama-sama kita doa.



Wordless Wednesday #1/2020 - Happy vs unhappy

Wordless Wednesday #1/2020 - Happy vs unhappy

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #1/2020. Posting pertama WW di tahun 2020 so Mrs. A pun resetlah jadi #1/2020.

Wordless Wednesday #1/2020 dalam bahasa kita maknanya Rabu Tanpa Perkataan tapi maafkanlah posting ini sedikit durhaka ya yang banyak je perkataannya muahahhaaaa....



Apa itu Wordless Wednesday (WW) atau Rabu Tanpa Perkataan boleh baca [SINI]


MRS. A JOIN PENCARIAN BLOG LIST PERTAMA ELLY MATIN

MRS. A JOIN PENCARIAN BLOG LIST PERTAMA ELLY MATIN

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Mrs. A join Pencarian Blog List Pertama Elly Matin. Tertarik nak join segmen ini cause syarat-syaratnya sangat mudah selain daripada kena tepek gambar banner segmen macam kat bawah ni.

Pencarian Blog List Pertama Elly Matin.

Pencariab blog list pertama Elly Matin
KLIK
Blogger yang join juga diminta tepek gambar lipstik kegemaran masing-masing hiks! comelkan syarat yang kena tepek gambar lipstik kegemaran ni? Actually Mrs. A pakai je macam-macam jenis lipstik tapi kalau jenis matte, suka matte lipstik jenama Mac macam gambar kat bawah ni. Cause bibir Mrs. A sejenis kering so bukan semua jenis matte lipstik Mrs. A sesuai. Lama dah beli tu dah tinggal sikit pun huhuhuhu...

PENCARIAN BLOG LIST PERTAMA ELLY MATIN
Velvet Teddy B18
Buat readers yang nak join juga segmen Pencarian Blog List Pertama Elly Matin ni bolehlah klik banner di atas untuk ke blog beliau untuk mengetahui syarat-syarat yang lebih details.


Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last. Selepas subuh pagi second day the boys semua tidur balik. Mrs. A dengan Aryssa pergi morning walk kat sekitar hotel sementara menunggu the boys bangun nak pergi breakfast. Jom layan cerita bergambar.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90
Morning walk sekitar Hotel Mutiara Johor Bahru
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90
Gigih ha nak bagi nampak signboard Mutiara
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90
Ha jumpa pun swimming pool yang dicari-cari lepas breakfast terus nak swimming katanya
Dah puas jalan-jalan we both pun naik bilik kejutkan the boys nak pergi breakfast ialah lambat sangat nanti coffee house closed pulak for breakfast kan....

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90
Drink station pilih je mana nak
Selepas breakfast apa lagi seperti yang depa dah plan pergi swimminglah. Mrs.A pun layankan ajelah. Mrs.A tak mandi pun tengokkan depa je al-maklumlah pool ni dalam.

Poolnya biasa-biasa aje tapi dalam jugaklah
Lama jugak depa mandi-manda tu samapi nak dekat lunch hour gittew. Kemudian naik bilik terus lunch kat bilik je cause babah dah tapau siap-siap pastu tidur sampailah ke waktu nak berangkat ke Stadium Pasir Gudang untuk ke perlawanan persahabatan bola sepak ex-Msia U16 '88/'90 dengan team veteran ex-Johor.

Selepas maghrib semua players and family diminta berkumpul di lobi hotel. Sebelum gerak tu haruslah snap-snap dulu sebagai kenang-kenangan di masa hadapan ha gittewww...

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last.
Mrs. A dengan Aryssa je ada jersi nih! Along dengan Adik takde huhuhuuu...
Yang diambil gambar sama ramai dengan yang tukang snap hiks!
Kamilah team Ex-Malaysia (u16 '88/'90)
Free style!!! 
Dari hotel Mutiara Johor Bahru ke Stadium Pasir Gudang tu we all disediakan bas uols! Memang meriah sungguh dapat naik bas ramai-ramai ngeh! ngeh! ngeh!

Naik...naik..naik... hahhaaa...
Muka-muka tak sabar nak naik bas ngeh! nghe! ngeh!
Family duduk belah depan, players duduk belakang. Kecoh betul dalam bas macam bebudak sekolah fiil memasing
 Dekat -dekat nak pukul 9.00 malam cenggitu we all pun samapi kat Stadium Pasir Gudang. Team veteran ex-Johor sedang warming-up time tu.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last.
Gambar blurr snap dari jauh jer...
Sementara they all warming up tu. We all pun ambil kesempatan bergambar di Stadium Pasir Gudang ialah bukan selalu datang eh! ini pertama kali kot Mrs. A menjejakkan kaki di Stadium pasir Gudang ni.
Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90
Ha! nampak tak tu 'Stadium Pasir Gudang'
Seat untuk players away
Aryssa pun nak jugakkkk...
Anak dan bapak
Lebih kurang dalam pukul 9.15 malam barulah games dimulakan. Alhamdulillah cuaca malam tu sangat baik. Games friendly team Mr. A nih! sepeti biasalah drag sampai ke 3rd quater barulah puas katanya. Siapa yang menang??? Hurmm... cer readers teka? Teka dulu nanti Mrs. A bagi tahu ya...

Selepas dah habis games tu ada pulak sesi makan-makan family dan players semua. Selepas dah makan-makan tu barulah gerak balik semula ke hotel. On the way  nak balik hotel tu ada pulak permintaan singgah sebentar di Stadium JDT yang baharu sahaja dirasmikan tu. Time sampai kat stadium tu Mrs. A dan kids tak turun pun masing-masing ketiduran ialah time tu dah jauh malam pun lagipun we all dah bergambar 1st day lagiks! Lebih kurang pukul 1.00 pagi cenggitu alhamdulillah bas sampai ke hotel dengan selamat. 

Day 3 and last pagi-pagi tu lepas solat subuh tidur semula. Kelewatan sungguh nak turun breakfast tapi mujurlah masih sempat cumanya punyalah asyik sangat breakfast sampai staff coffee house reminder 15 minit lagi tamat waktu breakfast muahahaaaa....

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 2 & last.
Day 3 a.k.a last day di Hotel Mutiara Johor Bahru
Wefie terakhir di coffee house Mutiara hotel Johor Bahru semoga ketemu lagi next time. InSyaAllah
After breakfast tu Mrs. A terus aje naik bilik untuk packing barang-barang, Kids pulak sempat pergi swimming sekejap. Mr. A pulak pergi membawang dengan kawan-kawan dia. Lebih kurang pukul 12.30 tengahari macam tu we all pun check-out dah. Walaupun plannya nak ke taman tema Hello Kitty dan yang berdekatan dengan taman tema tu tapi cancel la pulok. Angin je kids huhuhuuu... Cancel sebab cuaca hujan lagipun babah ea lotih koba ea.

Sementara tunggu babah amik kereta
Sepanjang perjalanan balik tu hujan jer... pastu dah 1 jam perjalanan tukar driver cause Mr. A mengantuk la pulak. So Mrs. A pun drive sampai ke R&R mana ntah tak ingat tapi dah lepas Restoren Jejantas Air Keroh dah untuk melepaskan hajat masing-masing dan tukar driver semula. Syukur Mr. A dah segar semula so lebih kurang pukul 7.00 malam alhamdulillah we all pun selamat sampai rumah. Sebelum tu sempat singgah makan dulu kat Pedas. Ntah macam mana Mr. A pilih  exit tol Alor Gajah pun Mrs. A confused.

Tahu tak apa yang pertama Mrs. A cari dan kira dulu ngeh! ngeh! ngeh! semestinyalah kucing-kucing Mrs. A. Alhamdulillah cukup bilangan semua. Terima kasih jiran sebelah to be exact abang Gaza cause sudi tolong tengok-tengokkan dan bagi kucing-kucing Mrs. A makan sewaktu Mrs. A sekeluarga holiday. Tapi dah pindah ni tak tahulah macam mana nanti. Okay nak tahu tak jawapan kepada siapa yang menang tu jeng..jeng..jeng pemenangnya adalah veteran ex-Johor heheheee... Okay tamat kisah yang panjang lebar nih! sekian.



Along dan Keputusan SPM 2019

Along dan Keputusan SPM 2019

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Along dan Keputusan SPM 2019. Seperti yang kita sedia maklum keputusan SPM 2019 dah pun diketahui semalam. Kiranya debaran anak-anak yang tunggu result SPM tu dah pun tamat erm... bukan setakat anak-anak je mak-mak pun sama jugak berdebar.

Semalam Along pergi ambil keputusan dia tu sendiri-sendiri je mak/paknya tak pergi pun huhuhuu... lagipun Along yang cakap dia nak ambil keputusan dengan kawan-kawan dia. Ibupun okay jer... lagipun bila difikirkan balik masa zaman Mrs. A kecik-kecik dulu sama je pergi ambil result exam semua pun sendiri-sendiri je dengan kawan-kawan tak macam zaman la... nih! mak/pak yang over eh! ialah zaman dah berubahkan yang baik kita jadikan teladan yang buruk kita tak payahlah ikut ha giteww...

Amvoiii panjangnya intro walhal nak cerita keputusan SPM je pun. Alhamdulillah syukur ya Allah keputusan SPM Along sangat menggembirakan mak/paknya. Tahniah! Along ibu happy dengan result Along tu tak kisahlah walaupun tak dapat banyak A tapi ibu tetap bersyukur dan happy. Tak sangka sangat keputusan Along lebih dari expectation ibu.

Along dan Keputusan SPM 2019

Along dan Keputusan SPM 2019
Gambar ni Mrs. A screenshoot dari WA status Along hiks! 
Tahniah! Along dan kawan-kawannya. Terima kasih yang tak terhingga buat cikgu-cikgu yang sudi mengajar Along dengan kelas-kelas tambahan. Kelas tambahan di sebelah petang dan juga kelas tambahan malam di rumah cikgu. Begitu juga dengan cikgu tuisyen Along terima kasih banyak Mrs. A ucapkan budi kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.

Along lepas ni kena fikir masak-masak nak sambung belajar bidang apa yang dia betul-betul minat ibu dan babah akan tetap support dari segala segi. InSyaAllah.

Tahniah juga Mrs.A ucapkan buat anak cousin Mrs. A dan juga anak-anak kawan-kawan yang sama-sama ambil keputusan SPM 2019 semalam. Terimalah seadanya apa juga keputusan anak-anak kita tak perlu kecewa dan frust sangat jika keputusan tidak seperti yang kita harapkan pasti ada hikmah disebaliknya.



Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 1

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 1

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 1. Sebelum ini kat [SINI] Lama betul entry nih! pending kat draft sampaikan Mr. A dah pergi ke Langkawi dah untuk perlawanan persahabatan bola sepak ex-Msia U16 pembuka tirai 2020 hahahaa... Okaylah sebelum hilang ingatan Mrs. A gigihkan jugaklah untuk siapkan entry yang tertangguh dari awal bulan Disember tahun lepas. Disebabkan time tu musim cuti sekolah so kekdahnya Mrs. A dan kids pun ikut sekali kiranya sambil Mr. A main bola sambil we all ikut bercuti.

Gerak dari Seremban adalah pada hari Jumaat 6 Disember sebelah petang selepas solat Jumaat. Gerak santai-santai je takdelah rushing pun. Perlawanan persahabatan dengan Ex-Johor tersebut telah diadakan pada hari Sabtu malam di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 1.
JDT kami datang ngeh! ngeh! ngeh!
On the way tu singgah tea-break di Restoren Jejantas Air Keroh, Melaka makan KFC je...

Haish! saja je si Aryssa tu tau buat photo bomb
Dalam perjalanan tu cuaca tak menentu sekejap panas, sekejap mendung dah dekat-dekat nak sampai tu pulak hujan renyai-renyai kebetulan kalau tak salah time tu memang musim hujan. Lebih kurang pukul 6.30 petang we all pun selamat sampai ke destinasi iaitu di Hotel Mutiara Johor Bahru. Semua team Ex-Malaysia stay dan check in kat sini cuma tingkat je berbeza-beza. Alhamdulillah terima kasih orang JDT meriah sambutannya.

Along dan babahnya #antisosial
Disemberlah katakan haruslah ada pokok krismas di mana-manakan.
Lepak-lepak kat lobby sambil tunggu yang lain-lain sambil tunggu room key jugak
Room we all twin sharing kat tingkat 10 tapi tulah lupa pulak nak snap gambar bebanyak cause Mrs. A lebih asyi duk buat video.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 1.
Room 1009 Mr and Mrs A 
Room 1007 Along, Aryssa dan Adik
Malam tu keluar pergi dinner sendiri-sendiri jer... tapi tak ingat pulak apa nama restoren tu on the way balik tu singgah kat Stadium JDT yang masih dalam pembinaan pada masa tu. Tapi sekarang ni dah siap dan dah rasmi pun memang gah dan sangat menarik.

Adik pun nak bergambar time ni selalu tu payah suruh bergambar
Alahai sedih! gambar blurrr...
Dah puas ronda-ronda malam tu we all pun balik hotel lagipun dah letih seharian berjalan-jalan so mata pun dah tak larat nak bukak fikir nak balik bilik dan merehatkan badan jer... so later Mrs. A sambung lagi day 2 pulak ya huhuhuhu....

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Ex-Msia U16 '88/'90 Ke JDT Pula - Day 1.

Sempatlah snap seketul dari dalam kereta Mutiara Johor Bahru.



MRS.A my blog my stori ©