Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Actually tak tahu nak tulis tajuk apa ngeh! ngeh! ngeh!... memula Mrs. A letak tajuk blogging slump pastu macam tak sesuai so "Kisahnya" pun bolehlah. Since last 2 weeks Mrs. A telah ditimpa blogging slump. Walaupun ada aje kisah yang nak ditulis sebagai diari di masa hadapan tapi mood nak menulis tu nan hado. Lagipun mood nak bercuti CNY terlalu menebal ngalahkan Mrs. A pulak yang nak sambut raya. Last night bila duk mengintai-intai kat blog haish!!haish!!! satu post di bulan Februari pun tiada lagi hurm... tak boleh jadi ni.
Dah tu pulak bila masuk je kat blog tengok ada message pulak carutnya #c&p
Following the announcement of Google+ API deprecation scheduled for March 2019, a number of changes will be made to Blogger’s Google+ integration on 4 February 2019.
Patutlah Mrs. A tengok google badge Mrs. A dah takde but it's still okay lagipun Mrs. A memang tak banyak pun gunapakai G+ punya servis Mrs. A memang sejak dari awal lebih suka guna yang blogger punya jer... contoh macam ruang komen tu, profile pun sama selesa aje dengan blogger kalau tak haru biru jugak hilang komen-komen rakan blogger huhuhu.... Tapi takpelah take it positively. Blog harus diteruskan ha gitteww...
Okaylah sambung lagi kisah lain pulak sempena cuti CNY tu Mrs. A amik cuti tambahan pada hari Isnin yang tersepit tu. Al-maklumlah tahun baru cuti pun dah reset baru. Mrs. A balik kampung pada hari Sabtu petang bersama dengan Along dan Aryssa jerr... tapi sebelum tu Aryssa ajak pi lunch kat McD kononya nak makan kat McD Forest Height tu, unfortunately tertinggal remote TV yang sepatutnya we all bawa sekali. (sebelum ni we all bagi TV kat nenek tapi remote terlupa bawak). Kekdahnya tapau aje dan pulang semula makan di rumah hew...hew..hew...
|
Kopak ibu kau RM51 |
Adik tak nak ikut so Mr. A pun tak ikut. Adik katanya nak jumpa Imran sebab dah lama tak jumpa lagipun Ahad malam tu Along (b.i.l) sekeluarga nak buat kenduri di Jiboi. Kenduri doa selamat anak sulungnya dapat tawaran pemilihan akhir calon perajurit muda (PtM) TLDM.
Di kampung esoknya tu mak Mrs. A ajak pi pekan Masjid Tanah biasalah dia macam-macam urusan, gi banklah, gi pasarlah, gi Asre frozen lah heheheee... Mrs. A okay jer... jadi supir ibuku pun jadilah.
|
Bila dak tecik ikut mamanya pun haruslah ikut sama |
Alhamdulillah semua urusan mak Mrs. A di Masjid Tanah settle sempat lunch lagi tu kat Restoren Omak Den hurmmm... dah kenyang perut bertambahlah suka hati.
Cuti kali ini di kampung Mrs. A extra meriah sebab family Alang pun balik jugak. Selalu yang ada family Angah dan Adik bongsu jerrr...
|
Ahad petang dapat WhatApps di family group. We all on the way ni tunggguuuuu.... |
Dah lama sangat tak jumpa family Alang ni since raya puasa hari tu. Sekali-sekala jumpa tengok niece and nephew Mrs. A tu dah besar dah depa sekejap jer... masa berlalu.
Plan awal Mrs. A kononya Ahad petang tu nak balik Seremban semula ialah nak pi kenduri kat Jiboi tapi bila tanya Along dan Aryssa mereka kata tak payahlah bu. Mesti family Jiboi faham tu kita dah ada kat kampung lagipun kita dah hantar wakil Adik dan babah katanya. Haish! Mrs. A walaupun rasa serba salah tapi wat keras ajelah kalau Mrs. A tak dak pun kenduri tetap jalan jugakkan ha gitteww... #menantuhantu
Bila Mrs. A bagitahu Mr. A dia okay jer.... so Ahad malam tu kenduri di Jiboi berjalan sebagaimana dijadualkan. Harap Kaklong dan Along sekeluarga tak kecik ati huhuhuhu....
|
Kenduri among immediate family jer... |
|
Penampakkan Mr A disitu kopiah biru hehehe |
Dapat tengok gambar suasana baca yassin dan kenduri pun jadilah. Thank you to my niece Kak Ngah A sebab share gambar-gambar di Jiboi.
Sementara itu di kampung pulak Monday morning tu. Amvoiiii!!! kemahen hah! the cousin tecik-tecik nih! mandi kolam. Lama betul mandi kolam tu dari air banyak sampai dah tinggal suku barulah depa berhenti. Si Puteri Talia tu sampai tak jadilah balik Kelate sebab nak main dengan Inshirah dan Umar punya pasal. Bila Mrs. A cakap dengan b.i.l nanti orang Kelate tak tertunggu-tunggu ke? Mujurlah tak bagi tahu lagi katanya sebab dia pun 50-50 jer... nak balik ke tak balik.
|
Happy faces |
Walaupun public holidays sehingga Wednesday tetapi Monday petang Mrs. A dah pulang ke Seremban dah. Plan awal Along dan Aryssa ikut balik sekali tapi tak jadi sebab tak puas lagi bercuti dengan sepupu-sepapat. Adik pulak nak balik kampung on Monday tu so kekdahnya Monday morning tu Mr. A hantar Adik ke kampung tapi Mrs. A tetaplah jugak pulang ke Seremban kerana ada pelbagai kerja tertangguh di rumah sendiri yang harus di settle. So we both balik Seremban asing-asing dengan kereta masing-masing hurmmm... macam bergaduh la pulak ya... walaupun hakikatnya tidaklah begitu.
Gambar dari group WhatsApp family.
|
Suka sangat depa dapat berkumpul ramai-ramai. Eh! mana Talia ni? |
|
Oh! time tu dia pi beli keria viral kat Masjid Tanah ngeh! ngeh! ngeh! |
Dua hari di rumah sendiri semestinyalah melaundry baju yang dua-tiga bakul huhuhu... Lepas maghrib tadi Mr. A balik kampung nak amik Along, Aryssa dan Adik sebab janjinya balik Seremban semula Wednesday kerana Thursday and Friday Along ada tuisyen dan Aryssa ada latihan silat. Dalam pukul 10 malam tu yang baliknya cuma Along dan Adik. Aryssa tak nak balik nak stay sampai Sunday katanya. Adoiii!!!! la Aryssa sabar yolah nanti ko baliklah naik grab ya...
Kisahnya cukup sampai di sini. The End ;-)