Oktober 2017 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Oktober 2017
Segmen Blogger Aktif 2017 | MRSZACOM

Segmen Blogger Aktif 2017 | MRSZACOM

As Salam and greetings to dear readers.

Segmen Blogger Aktif 2017 / MRSZACOM

Time blogwalking tadi terjumpalah pula Segmen Blogger Aktif 2017 / MRSZACOM. Tertarik nak join cos segmen ini tamat cepat so cepat jugaklah kot tahu keputusannya. Kalau nak join juga cepat-cepat klik banner kat bawah tu untuk ketahui syarat-syarat selanjutnya.
segmen blogger

Ganjaran untuk mereka yang bertuah juga tak kurang menariknya:-

1 x Template Blogspot
2 x Topup
10 peserta bertuah akan dipilih untuk menjadi rakan bloglist utama di blog www.mrsza.com

Jom join sama-sama Segmen Blogger Aktif 2017 | MRSZACOM
TAK NAK SUNYI SEPI LAGI GIVEAWAY BY ASTRAVELER

TAK NAK SUNYI SEPI LAGI GIVEAWAY BY ASTRAVELER

As Salam and greetings to dear readers.

TAK NAK SUNYI SEPI LAGI GIVEAWAY BY ASTRAVELER

Selain daripada banner giveaway yang agak menarik perhatian Mrs. A. Owner blog pun ada invite untuk join giveaway beliau ini dan lagi dan lagi syarat-syaratnya pun mudah aje.

Okay!!! tepek banner mr. smiley.

Mrs. A join giveaway
KLIK

Hadiah-hadiah pemenang Tak Nak Sunyi Sepi Lagi Giveaway By Astraveller adalah:-

3 orang Pemenang untuk Topup RM10 setiap seorang
2 orang Pemenang untuk Topup RM5 setiap seorang
2 orang Pemenang untuk sebuah buku terpilih setiap seorang

Readers yang nak turut serta sila ler...KLIK banner kat atas tu ya...

Jom sama-sama kita support rakan blogger.

Netball 3 on 3

Netball 3 on 3

As Salam and greetings to dear readers.

Netball 3 on 3

Hah! serius ada uols netball 3 on 3. Actually Mrs. A baru aje tahu kira-kira last 3 weeks hahaha..... time tengah training tetiba coach buka cerita. Katanya sempena Karnival Belia Islam tahun ini ada netball 3 on 3. Pertandingan akan diadakan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi. Uols try ler... join, by invitation aje ni... kata coach.

Hah! 3 on 3 macam mana tu coach!? Takkan tiga orang aje main. Iyalah memang tiga orang aje yang main, tetiga tu semua boleh shoot. kata coach lagi. Fuh! tercengang Mrs. A and the gang. Kekdahnya ada netball jenis 3 on 3 gitew. Ingatkan ada netball 5 sebelah aje sebab yang ni Mrs.A pernah join.

Walaupun coach dah tunjuk ajar cara permainan 3 on 3 tu sebelum hari pertandingan tapi gang netball office masih blurr lagi muahhahhaaaaaa.... Kekdahnya pada hari pertandingan itu we all redah ajelah..... Disebabkan hanya tiga pemain diperlukan dan seorang reserve. So team office berpecah kepada tiga team SAINS A, SAINS B dan SAINS C.

Jom ler... kita tengok seketul dua gambar di hari kejadian.

netball
Punyalah malas nak berdiri, duduk pun duduklah.
netball
SAINS A vs. Remaja NS 1
netball
SAINS B vs. Pusat Dakwah
Time pertandingan pada petang 13102017 itu we all ingatkan tak berapa nak ramailah team yang datang cos hujan uols. Cis meleset jangkaan itu, ramai hah! ada lebih kurang 15 team gitew. Walaupun time training coach bagitau time permainan 5 - 1 - 5 iaitu lima minit 1st quater, rehat 1 minit dan 2nd quater lima minit tetapi oleh kerana ada banyak team maka time permainan di pendekkan hanya 5 minit dan hanya ada 1st quarter sahaja.

Adoiii... huhuhu... stress SAINS A tau hahahaha... team Mrs. A lettew. Nyesal pulak pilih team SAINS A patutnya jadilah SAINS C ke takdelah masuk dalam grouping kekuat gitew... Disadvantage kepada team SAINS A adalah hanya seorang aje yang pandai shooting Mrs. A dan seorang lagi itu nan hado!!!. Haish! camnelah defender nak bertukar jadi shooter memang lebih banyak keluar jaringlah dari yang masuk jaring muahhahaaaaa.....

Pertandingan diadakan secara liga, terdapat lima group dan satu group ada tiga team. Hadiah yang ditawarkan adalah wang tunai sebanyak RM100 - RM300 dan juga hadiah saguhati.

Okay share sikit cara permainan 3 on 3:-

- Kedua-dua pemain lawan yang berada di dalam bulatan gol (goal circle) atau kawasan 'D' mestilah mendapatkan bola dari hantaran pasukannya sendiri sahaja. Sekiranya bola yang diterima/ dipintas dari pasukan lawan, hantaran keluar pada pasukan sendiri hendaklah dilakukan sebelum dihantar semula kedalam bulatan gol untuk menjaringkan gol.

- Hanya seorang sahaja dari ahli pasukan lawan dibenarkan berada di dalam bulatan gol atau kawasan 'D' pada satu-satu masa samada untuk menjaringkan gol atau sebagai pertahanan.

- Sekiranya terdapat 2 ahli pasukan lawan berada didalam bulatan gol atau kawasan 'D' pada satu-satu masa, balingan percuma akan diberikan kepada pasukan satu lagi. Balingan percuma hendaklah dihantar keluar kawasan 'D' kepada ahli pasukan sendiri dan menghantar semula untuk jaringan gol.

- Bola yang terkena tiang gol atau melantun hasil dari percubaan jaringan yang tidak berjaya (rebounce) mestilah terlebih dahulu dihantar semula ke luar bulatan gol kepada pemain pasukanya sebelum dihantar semula untuk menjaringkan gol.

Actually untuk netball 3 on 3 ini adalah advantage bagi team yang ketiga-tiga players mereka yang pandai shooting cos cara permainannya sesiapa yang berada dalam kawasan 'D' adalah dibenarkan shoot cuma tulah hanya seorang pada satu-satu masa.

Time pertandingan 3 on 3 tu team yang ada kebanyakkannya muka-muka familiar time kat [SINI] huhhuhu salah satunya tak lain tak bukan Sweeties. Haish! Sweeties napelah uols selalu ada di mana-mana we all ada. 

Dipendekkan cerita team office yang berjaya ke peringkat seterusnya hanyalah SAINS B sahaja. SAINS A dan SAINS C sayonara diucapkan muahhahhaaaa.... takpelah we all nak gain experience sahaja camne netball 3 on 3 tu kalah menang adat pertandingan kansss... [ecceeecewah!!! ayat nak sedapakan hati]

netball
Ha! ni dia aksi SAINS B ketika melawan Sweeties A di peringkat suku akhir.
Walaupun keputusan seakan telah dijangka tetapi apa yang we all sangat-sangat tak sangka adalah SAINS B memberikan tentangan hebat kepada Sweeties A dan ada kemungkinan juga menang tetapi sayang berlaku sedikit kesilapan teknikal gara-gara penjaga masa/markah dan pengadil yang kurang alert. Time last center pass markah time ni 5-4 sepatutnya giliran SAINS B tetapi Sweetis yang membuat balingan terus mata jadi draw dan masa permainan pun tamat.

Sewaktu SAINS membuat bantahan. Permainan dijalankan semula dengan cara sesiapa yang mendapat 3 gol dahulu merekalah yang menang. So finally begitulah caranya Sweeties A mendapat kemenangan. Walaupun SAINS B kalah tapi we all tetap gembira kerana berjaya menghuru-harakan Sweeties muahhhaaaaa.... Good job SAINS B.

Keputusan keseluruhan tempat pertama, ketiga dan saguhati tidaklah we all ketahui cos we all dah pulang dulu. Anyway tahniah diucapkan kepada sesiapa juga pemenangnya as for us we all join suka-suka aje sekadar nak menimba pengalaman. Akhir kata majulah sukan netball untuk negara.
#risingtogether

Secebis kisah Netball 3 on 3.

SALAM JUMAAT - MELAYU KATA vs. ISLAM KATA

SALAM JUMAAT - MELAYU KATA vs. ISLAM KATA

As Salam and greetings to dear readers.

SALAM JUMAAT - MELAYU KATA vs. ISLAM KATA

Orang Melayu Kata Kalau
Ada Rezeki Baru Kahwin,
Tapi Islam Kata Nak Dapat 
Rezeki Kena Kahwin

Orang Melayu Kata Nak
Senang Kena Simpan Duit,
Tapi Islam Kata Nak Senang
Kena Banyak Keluar Sedekah

Orang Melayu Kata Dah Kaya
Baru Bantu Orang Miskin,
Tapi Islam Kata Kalau Nak
Kaya Bantu Orang Miskin.

Orang Melayu Kata
Makan Sampai Kenyang,
Tapi Islam Kata Berhenti
Sebelum Kenyang.

Orang Melayu Kata
Sakit Itu Bala,
Tapi Islam Kata
Sakit Itu Penghapus Dosa.

Inilah Keindahan Islam Yang Sentiasa Positif Dalam Kehidupan 😊😊😊

SALAM JUMAAT - MELAYU KATA vs. ISLAM KATA
Wordless Wednesday #110

Wordless Wednesday #110

As Salam and greetings to dear readers.

Wordless Wednesday #110 

Eh! today is Wednesday. Moh! le kita buat post Wordless Wednesday muaahahhaaaaa..... 

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

wordless wednesday

wordless wednesday

wordless wednesday

wordless wednesday

wordless wednesday
From sponsor to coach
Eh! macam tak puas hati je kalau tak story-mory. Actually ini adalah friendly match di antara Falcon Ten dan Anggun Netballers. Falcon Ten itu adalah nama team netball (bukan team office) yang Mrs. A join asalnya dari team netball ex-Stadian tapikan sebab sponsor kata dia tak mau arrr brand ex-Stadian tu so kena rebranding jadilah namanya Falcon Ten setelah dipersetujui oleh majoriti ahli-ahli.

Dalam team Falcon Ten ada Mrs. A dan Mar yang juga ada dalam team office hehehehe sebab we both satu office dan juga satu sekolah.

Oooppssss!!! kata Wordless Wednesday #110

GIVEAWAY SUKA HATI LAH BY E'IN

GIVEAWAY SUKA HATI LAH BY E'IN

As Salam and greetings to dear readers.

Giveaway Suka Hati Lah By E'in.

Seminggu dua ni memang teruk sangat KPI blog Mrs. A hahahhaha.... KPI uols!??? Kepada mereka yang bekerja di pejabat samada sektor Awam mahupun private mesti faham apa yang Mrs. A maksudkan dengan KPI itu.

Di awal tahun dahulu Mrs. A berazam nak buat satu hari satu entry paling kurang pun dua hari sekali. Itu kira macam KPI lah bagi Mrs. A. Memulanya hokeh! lelama ke laut muahhhaaaaa... Eh! apsal intro Mrs. A seakan jauh tersasar dari tajuk Giveaway Suka Hatilah By E'in nih! Actually Mrs. A nak bagitau daripada tiada entry lebih baik join giveaway ha!! cenggitu.

Memandangkan Mrs. A telah diTAG oleh rakan blogger LZ lagipun bila tengok syarat-syarat Giveaway Suka Hatilah By E'in tersangatlah simple laju ajelah Mrs. A join.

Giveaway
KLIK
Kepada readers yang berminat untuk turut serta sila klik banner di atas untuk mengetahui syarat-syarat yang lebih details.

Tarikh tamat Giveaway Suka Hatilah By E'in adalah pada 23 Oktober 2017. Masih ada banyak masa lagi untuk turut serta.

Mangsa TAG Mrs. A adalah seorang (hawa) Hainom OKje dan seorang (adam) Biar Lembu Yang Jadi Lembu

Semoga Mrs. A adalah seorang yang bertuah dalam Giveaway Suka Hatilah By E'in  😊😊😊

Bowling Bersama The Turkey

Bowling Bersama The Turkey

As Salam and greetings to dear readers.

Bowling Bersama The Turkey

Last weekend sempat Mrs. A bermain bowling bersama The Turkey. Uiksss siapa The Turkey tu!!? Actually itu adalah nama team bowling Mrs. A. Pada 14 Oktober nanti syarikat akan mengadakan Pertandingan Bowling Piala Pengarah kekdahnya sajalah The Turkey nak practice dulu sebelum hari kejadian sesambil tu dapatlah mengeratkan silaturrahim sesama rakan sekerja ha gitew!!!

Pertandingan Bowling Piala Pengarah ini 1st time diadakan pada tahun 2015 kisahnya [SINI] dan [SINI]. Tetapi pada tahun lepas iaitu tahun 2016 Mrs. A tak join. Time tu ntah kenapa tak kena time kot, ada family event kalau tak silap. Setelah dua tahun berlalu syarat-syarat dan cara-cara pertandingan pun telah berubah seiring dengan cara mereka yang manage KSR sekarang. Bagi Mrs A cara sekarang lebih terbuka dan Mrs. A suka.

Pertandingan Bowling ini adalah anjuran Kelab Sosial dan Rekreasi (KSR) syarikat. Syarat utama nak join pertandingan bowling ini mudah sahaja. Di antara syarat-syaratnya mestilah ahli berdaftar KSR kalau bukan ahli sila daftar menjadi ahli dulu ya... dah nama pun ahli pastilah ada bayarannya. Bayaran akan dibuat melalui potongan gaji setiap bulan. Barulah kelab ada RM nak buat pelbagai aktiviti. Bayaran yang dikenakan berbeza mengikut Job Grade. Perbezaannya itu Mrs. A kurang pasti nak tahu kenalah pi tanya HR ataupun presiden KSR ataupun sesiapa yang berkenaan muahahhahaaaaa....

Jom layanz gambar.

bowling
Peace Yo! eh! yang peace yo tu bukan The Turkey tau.. Empat dewasa tu je
bowling
Gaya kemain hiks!
bowling
Di mana ada ibu di situ ada Aryssa
Tempat Pertandingan Bowling Piala Pengarah itu akan diadakan di Ampang Superbowl, Seremban Prima. Hah! kat situ jugaklah Mrs. A berbowling bersama The Turkey last week. Panas uols air-cond tak function dengan sempurna setakat ada blowernya aje cooler takde rasa langsung. Haish! tak tahulah time kejadian sebenar pada 14 Oktober nanti dahlah time tu ramai peserta. Berharap sangat management Ampang Superbowls sudah berjaya mengatasi masalah tersebut.

bowling
The Chicken Rice Shop menu set for 2 pax
Eh! eh! kenapa tetiba gambar makanan pula nih! hahahahaa.... Selepas habis berbowling tu barulah terasa lapar. Aryssa pula request nak makan tCRS. Mrs. A okay jer... walaupun Mrs. A selalu juga makan di tCRS Aeon S2. Memula tengok gambar-gambar di menu tak sama langsung dengan di tCRS, Aeon S2 tetapi bila hidangan sampai serupa la derrr... cuma gambar-gambar menu di outlet Seremban Prima berbeza dan lebih menarik daripada outlet di Aeon S2. fuh! gambar bicara lain.

Harapan Mrs. A semoga The Turkey berjaya merebut tempat top ten sewaktu pertandingan nanti. Yeah! The Turkey boleh!!!

The end Bowling Bersama The Turkey.
Eh! Terlupa Our Anniversary

Eh! Terlupa Our Anniversary

As Salam and greetings to dear readers.

Eh! Terlupa Our Anniversary

Alkisahnya bolehkan we both terlupa our 16th anniversary muaaaahahahahaaaaa... hurm nampak tak tu semakin usia meningkat tarikh-tarikh bersejarah pun dah tak berapa nak ingat. Agaknya busy with life kot tak pun faktor usia. Okay tak alasan tu!?

Saturday morning 30 September tu, tiba-tiba Mr. A bangun dan cakap eh! saya rasa hari ni anniversary kitalah. Then Mrs. A pula kata hah! Ya Allah semalamlah 29 September. Mr. A dengan spontan terus buka almari pi check sijil nikah we both la... memang semalamlah. Terus berderai ketawa we both sambil cakap vongokslah awak ni kah!..kah!..kah!!!! 

Kemudian barulah cakap to each other happy 16th anniversary 😊😊😊. Tak kisahlah dear asalkan we both BAHAGIA.

Sebelah malamnya we all dinner di Joint Kitchen, kira macam celebration lettew!

anniversary
Saranghae!!!
 Provided with ketiga-tiga hand-bag hew!hew!hew!

anniversary
Along order chicken chop with nasi goreng
anniversary
Ntah! apa ke halnya dengan Aryssa time nih!
anniversary
Adik memang susah nak ambil gambar dia. Suka aje buat funny face. 
Alhamdulillah sudah 16 tahun usia perkahwinan kami. Macam-macam pengalaman pahit manis telah kami lalui bersama. Mrs. A sentiasa berdoa semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke Jannah. In Sha Allah.

Secebis kisah Eh! Terlupa Our Anniversary.
MRS.A my blog my stori ©