Bowling Bersama The Turkey - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Bowling Bersama The Turkey

5 Oktober 2017

Bowling Bersama The Turkey

As Salam and greetings to dear readers.

Bowling Bersama The Turkey

Last weekend sempat Mrs. A bermain bowling bersama The Turkey. Uiksss siapa The Turkey tu!!? Actually itu adalah nama team bowling Mrs. A. Pada 14 Oktober nanti syarikat akan mengadakan Pertandingan Bowling Piala Pengarah kekdahnya sajalah The Turkey nak practice dulu sebelum hari kejadian sesambil tu dapatlah mengeratkan silaturrahim sesama rakan sekerja ha gitew!!!

Pertandingan Bowling Piala Pengarah ini 1st time diadakan pada tahun 2015 kisahnya [SINI] dan [SINI]. Tetapi pada tahun lepas iaitu tahun 2016 Mrs. A tak join. Time tu ntah kenapa tak kena time kot, ada family event kalau tak silap. Setelah dua tahun berlalu syarat-syarat dan cara-cara pertandingan pun telah berubah seiring dengan cara mereka yang manage KSR sekarang. Bagi Mrs A cara sekarang lebih terbuka dan Mrs. A suka.

Pertandingan Bowling ini adalah anjuran Kelab Sosial dan Rekreasi (KSR) syarikat. Syarat utama nak join pertandingan bowling ini mudah sahaja. Di antara syarat-syaratnya mestilah ahli berdaftar KSR kalau bukan ahli sila daftar menjadi ahli dulu ya... dah nama pun ahli pastilah ada bayarannya. Bayaran akan dibuat melalui potongan gaji setiap bulan. Barulah kelab ada RM nak buat pelbagai aktiviti. Bayaran yang dikenakan berbeza mengikut Job Grade. Perbezaannya itu Mrs. A kurang pasti nak tahu kenalah pi tanya HR ataupun presiden KSR ataupun sesiapa yang berkenaan muahahhahaaaaa....

Jom layanz gambar.

bowling
Peace Yo! eh! yang peace yo tu bukan The Turkey tau.. Empat dewasa tu je
bowling
Gaya kemain hiks!
bowling
Di mana ada ibu di situ ada Aryssa
Tempat Pertandingan Bowling Piala Pengarah itu akan diadakan di Ampang Superbowl, Seremban Prima. Hah! kat situ jugaklah Mrs. A berbowling bersama The Turkey last week. Panas uols air-cond tak function dengan sempurna setakat ada blowernya aje cooler takde rasa langsung. Haish! tak tahulah time kejadian sebenar pada 14 Oktober nanti dahlah time tu ramai peserta. Berharap sangat management Ampang Superbowls sudah berjaya mengatasi masalah tersebut.

bowling
The Chicken Rice Shop menu set for 2 pax
Eh! eh! kenapa tetiba gambar makanan pula nih! hahahahaa.... Selepas habis berbowling tu barulah terasa lapar. Aryssa pula request nak makan tCRS. Mrs. A okay jer... walaupun Mrs. A selalu juga makan di tCRS Aeon S2. Memula tengok gambar-gambar di menu tak sama langsung dengan di tCRS, Aeon S2 tetapi bila hidangan sampai serupa la derrr... cuma gambar-gambar menu di outlet Seremban Prima berbeza dan lebih menarik daripada outlet di Aeon S2. fuh! gambar bicara lain.

Harapan Mrs. A semoga The Turkey berjaya merebut tempat top ten sewaktu pertandingan nanti. Yeah! The Turkey boleh!!!

The end Bowling Bersama The Turkey.

9 ulasan:

  1. siapa lady yang baling bola tu macam orang bersilat je.
    saya boleh bayangkan mrs A dalam tu bila air con tak berfungsi.

    panasssss.

    BalasPadam
  2. best juga main bowling ni yer...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum wrmbth. Salam Jumaat sis Mrs A

    Amboi nama

    The turkey

    Dengar nama je dah ingat makanan

    BalasPadam
  4. Semoga THE TURKEY berjaya!!!
    All the best to you..

    BalasPadam
  5. wah !! nama group pun.. hee~ dah aktif main boling lepas tu makan.. memang heaven kan.. kite pun dah lama tak baling bola ni.. tak cukup masa..

    BalasPadam
  6. make sure ms hari pertandingan nnt jgn terlongkang hehehehe

    BalasPadam
  7. Tgk org main bowling mcm best je.tp xpandai main

    BalasPadam
  8. Saya tak hairan dah tengok bowling tu MA bila tengok nasi ayam tu haha.... Lama betul tak pekena CRS weyh

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©