LAZADA VOUCHER - Beli apa tu? - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: LAZADA VOUCHER - Beli apa tu?

9 Ogos 2017

LAZADA VOUCHER - Beli apa tu?

As Salam and greetings to dear readers.

Lazada Voucher - Beli apa tu?


Sembilan barang yang Mrs. A beli di Lazada online sempena menang Lazada voucher dalam Ramadhan Raya Blogger contest pada Ramadhan 1438H yang lalu. Actually bukanlah kesemua sembilan barang tu Mrs. A yang punya tapi dikongsi bersama family ikut citarasa masing-masing. 

Jom tengok apakah barangannya itu.

1. Gulatis baju kurung lace chantilly grey
Lazada voucher
Takde pulak gambar Aryssa OOTD gambar ni pun boleh ler..
Apa kata Aryssa? Dia suka cantik dan muat-muat dia. Throwback kata-kata Aryssa "Thank you ibu, bestlah Lazada ni cepat sampai dapat Sha pakai untuk majlis jom ghayo kek sekolah esok". Pendapat Mrs. A tentang baju dia tu bukan jubah Mrs. A yang itu, sama macam dia tambah sikit lagi kualiti kain dan jahitan baju tersebut bagus. #puashati

2. Perfume Mini Powerbank

lazada voucher

3. Supercat Jusz Plus

lazada voucher
Ini untuk kucing-kucing Mrs. A
Actually ini adalah repeat order punya barang. Mrs. A dah pernah beli Supercat Jusz Plus ini dulu. Time tu Mrs. A desperately nak cari supplement untuk Koko yang sedang sakit sporo. Cari-cari dan baca testimoni alhamdulillah terjumpa dengan Supercat Jusz Plus. Mrs. A usaha bagi Koko the mama cat consume dan sapu kat tempat kudis-kudis dia setiap hari consistently pagi dan petang tengok nampak perkembangan positif. 

Walaupun Koko makan ubat dari klinik vet tapi untuk external kudis-kudis dia tu vet kata tiada sebarang ubat tapi Mrs. A derhaka kepada vet tetap juga bagi Koko Supercat Jusz Plus. Alhamdulillah dengan izinNYA Koko sembuh dan sihat seperti biasa.

4. Men's Boxer

lazada voucher
Calvin Klein boxer untuk Adik
Boxer ini Mrs. A terlupa pula nak snap gambar so copy paste gambar Lazada aje. Walaupun Adik nak baju aje tapi voucher yang Mrs. A menang tu masih cukup lagi amountnya untuk belikan Adik boxer ini. Actually Mrs. A yang suka dengan color-color blok boxer ni harga pun berbaloi-baloi tapi bila Mrs. A bagi pada Adik dia pun suka katanya best sama macam boxer dia yang brand lain-lain tu selesa dipakai.

5. Women Sneakers

lazada voucher
Dah color pun pink dah tentu Aryssa yang punya
Sneakers ni size EU37 Aryssa yang request. Memula Mrs. A tengok macam kecil aje untuk kaki Aryssa tetapi bila Aryssa try dan menggayakannya just nice size tu. Aryssa pun dah pernah pakai time movie day out hari tu. Comfortable.. ini barulah hipster katanya.

6. Baseball Cap

lazada voucher
Cap untuk Along
Punyalah banyak pilihan tapi cap yang ini Along berkenan. Cap ini dari oversea so time deliver agak lambat. Lambatnya itu dalam seminggu lebih cenggitu. Bila Mrs. A tunjuk pada Along petang time balik kerja tu terus aje dia pakai hahhhaha... Along suka "just as Along expectation rupa cap ini ibu" katanya.

7. Long Sleeve T-shirt Men's

lazada voucher
T-shirt ini Adik yang pilih sendiri tapi katanya tengok gambar lain 
T-shirt ini adalah yang paling akhir sekali deliver dan paling lambat Mrs. A pernah terima sepanjang bersama Lazada. Ini all the way from China Taobao collection. Walaupun ada angin bertiup mengatakan kualiti barangan Taobao kurenng... tapi alhamdulillah T-shirt Adik ini berkualiti takdelah sampai tahap malu nak pakai huhuuhu. Okay aje we all tengok.

8. Rania Adeeba Kurung

lazada voucher
Ini satu aje Mrs. A yang punya
Rania Adeeba Kurung ini barangan dalam negara tapi delivernya agak lambat.  Setelah Mrs. A try fitting unfortunatlely not meet my expectation. Sungguhpun materialnya berkualiti tetapi finishing jahitannya haish!! nantilah Mrs. A OOTD. 

9. Tesco Mackerel Flavour Adult Cat Food 7kg

lazada voucher
Tak perlu tunggu lagi kucing-kucing ku sayang
Ini pengalaman tak berapa nak manis yang pertama Mrs. A sepanjang membeli di Lazada. Order closed ntah apo ko bondo ea tu mulanya Mrs. A tak faham tunggu punya tunggu sampai estimated time delivery tamat Mrs. A pun contact Lazada. Notednya Tesco tak dapat nak memenuhi order tersebut dan telah memulangkan semula credit. 

Pihak Lazada email Mrs. A dalam email tersebut dinyatakan beberapa cara mereka akan pulangkan semula credit. Dalam kes Mrs. A akan dipulangkan secara store credit kerana ianya pembelian secara voucer. Apa yang Mrs. A faham mereka akan bagi voucher juga dalam amount yang sama. Proses mengambil masa dalam 1 - 3 hari. As at to-date masih belum ada lagi. Tapi takpelah think positif kalau ada rezeki adalah kalau tiada Mrs. A pasrah ececewahh... macam dialog ombak rindu la pulak.

Thats all kisah LAZADA VOUCHER - Beli apa tu?

20 ulasan:

  1. sy pun dapat voucher lazada,ada satu barang takde,dah inform lazada..tapi senyap je...anggap takde rezeki je lah nampaknya

    BalasPadam
  2. Bestnya....sneakers tu lawa ada rose...hehe...saya ni kalau menang harus shopping toys...hahaha

    BalasPadam
  3. Wah, banyak jugak barangan yang sis beli... apapun tahniah sebab menang voucher lazada tempoh hari..

    BalasPadam
  4. WAH BANYAKNYA DPT HADIAH LAZADA TAHNIAH

    BalasPadam
  5. wow.. kemain sakan.. best kan dapat voucher macam nie..

    BalasPadam
  6. InshaAllah ada rezeki sis tu. hehe.

    BalasPadam
  7. perghh, best jugak :) tapi lazada okei jugak barangnya. Bju je mek tak jamin nk beli sbb pernah terkena. haha

    BalasPadam
  8. Senang kan soping online ni, oder dan tggu barang smp.
    Meriah tu barang2nya.

    BalasPadam
  9. Banyak shopping tu Mrs.A. haha siap ada bahagian bebudak Bulus lagi tu..

    BalasPadam
  10. kasut tu cantik !! berkenan sangat.. haa.. ni kang terbukak la lazada ni kang.. hee~

    BalasPadam
  11. amboiii byk tu sis... puas berbelanja tu

    BalasPadam
  12. Wahhh semuanya best2 brg yg Mrs A beli tu. Byk dpt beli dgm voucher tu kan. Terima kasih Lazada :)

    BalasPadam
  13. bestnyaa. alhamdulilah banyak benda dan manfaat boleh dapat kan join contest gini. haritu dapat voucher pun dah habis dah shopping kat Lazada. Memang borong barang yg best2 jugaklah. hehe

    BalasPadam
  14. Suka kasut tu.

    CR pun pernah kena order closed. sekarng tengah tunggu Lazada refund semula.lama jugak tunggu sampai pasrah je lah kalau xdapat. huuu

    BalasPadam
  15. bestnya dia shopping..utk suki takde ke ;p

    BalasPadam
  16. ya allah bestnya dapat shopping banyak barang dekat lazada. Semua cantik2 pulak tu. Tahniah akak menang contest :D

    BalasPadam
  17. Puas hatinya macam2 dapat beli ye

    BalasPadam
  18. Wahhh....bestnya.
    Yg penting dpt soping banyak barang. Hari hari menunggu barang sampai hihi....

    Berbahagi rezeki ni namanya MA

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©