Printer - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Printer

3 Mac 2016

Printer

As salam and greetings to dear readers.

Printer, akhirnya berjaya juga mendapatkan printer yang Mrs. A mahukan. Actually ini adalah pertama kali Mrs. A membeli printer untuk kegunaan sendiri di rumah. Sebelum ini kalau pun pernah guna printer kat rumah, bukan rumah Mrs. A pun tapi rumah parents in law di Jiboi. Biasanya kalau nak print-print ini guna aje printer office muaaahaaaaaa..... tak pun pergi aje CC minta print of course kena la bayarkan.

Tetapi memandangkan printer dah menjadi satu keperluan dan bukan lagi  kehendak di rumah Mrs. A tu kekdahnya haruslah jugak membeli printer. Setelah bertanya kepada yang pakar (amboi! pakar uols) maka Mrs. A telah dicadangkan membeli printer Canon Pixma G3000. 

Survey kat beberapa kedai tanya harga, semua harga hampir sama aje, maka kesimpulannya itu memang adalah range harga printer itu. Memang tak jumpa pun harga yang kurang banyak dari RM700 tu. Pastu kononya nak beli kat kedai IT di Aeon S2 tu unfortunately takde stok. "Kakak itu printer tengah hot sekarang ramai orang cari. Nanti bila stok sampai kita inform". Huh! berapa lama tu nak tunggu takpelah I nak guna dalam masa terdekat ini. Anyway Lazadakan ada. Mujur ada Lazada. (oii... Lazada dengar tak nih??)

Kepada sesiapa yang dah biasa membeli di Lazada pasti akan dapati ada banyak benda yang sama tetapi berlainan supplier, so pandai-pandailah gunakan kebijaksanaan sendiri untuk memilih mana yang terbaik. Contohnya dari segi delivery charge harganya berbeza-beza berdasarkan supplier yang berbeza.

Ok back to the printer story, pada 29 Februari 2016 di tahun lompat (hahahaa... siap mention tahun lompat perlu kerrrr....) sampailah my G3000 printer kat office. Oooppsss berat hokeh! nak bawa ke kereta mujur ada adik UKH tolong hantar kat kereta.

Maka malam itu haruslah membuat operasi untuk set up printer tu. Adoyai!!! bila bukak kotak dia tengok dalam printer tu ada macam-macam step harus dilakukan walaupun ada manual tetapi terasa sangat complicated uols. Tapi kena acting macam pandai because tak mahu kena bebel dengan Mr. A tu. Macam-macam kena buat memula haruslah masukkan ink dia ada black (tersedia 3 botol sebab Mrs. A pilih free refill ink) dan ada colors Cyan, Magenta and Yellow. Setelah masukkan kesemua ink tu ada lagi dua benda kena slotkan kat tengah-tengah dalam printer tu benda tu dipanggil C and D. Ikut Mrs. A time tu macam nak give up dah tapi mujur ada Along bila minta tolong dia perhatikan apa yang ibu buat betul tak pastu dengan otak teenager dia yang cepat pick-up tu mujurlah menjadi jugak kesemua benda yang perlu di setkan itu berjaya di letakkan di tempat yang sepatutnya.

Tetapi bila tiba masa untuk printing huwawaawaaa.... tak boleh la pulak!!!!!!!!! Hurmmm... stresssed..... iols dibuatnya. Kekdahnya sambung kerja setting printer tu esoknya. Di office Mrs. A pun tanyalah kat officemate di IT department katanya akak dah install ke printer driver dia. Samada dia ada bagi CD ataupun download kat internet. Muaahhaaaaa gelakkan diri sendiri apa ke hal kau vongok sangat Mrs. A hoi!! kau tengok ada CD pastu kau simpan jer... apa ingat CD tu saja-saja bagi jer...

Esok petang selepas balik kerja terus aje cari CD tu dan try and error download printer driver tu dari CD mujur senang aje press next, next dan next aje berjaya jugak mendownload printer driver tu. Kemudian cubalah print unfortunately walaupun dan tulis status printing tetapi masih tak keluar lagi test paper tu. Kemudian keluar pop up bla...bla...bla... ink kena check katanya. Lagi sekali terpaksa buka dalam printer itu semula check ink apa yang tak kena pastu adik perasan ink black tu kurang katanya. "Ibu ink ni kena paras inilah (ada garisan level kat situ) ibu kena tambah ink black lagi sebab itulah dia bagi tiga botol cer ibu tengok yang color tu semua kat paras garisan level tu. Mrs. A pun ikutlah cadangan adik tu mana tau betul.

Jeng....jeng...jeng....

Finally berjaya juga set up printer to print, scan and copy

Alhamdulillah syukur berjaya jugak usaha selama dua hari itu. Printer Canon Pixma G3000 ni boleh print, scan dan jugak copy.

Moral of the story never ever give up.


5 ulasan:

  1. Saya pernah beli model cam gini jugak api tak pakai hehe

    BalasPadam
  2. Takde printer mmg tak complete Mrs. A..

    BalasPadam
  3. zaman sekarang ni printer memang jadi keperluan dah .. ada 3 in 1 macam ni lagi bagus sebab anak2 banyak nak guna benda ni dalam kerja dorang. Jimat pon jimat.

    BalasPadam
  4. Printer kat umah yg ada pun beli waktu zaman study dr senior..80 engget je..tpi xde scan..huhu..

    BalasPadam
  5. wah... best la. mudah keje ada printer.
    aida ni plak kat umah tu ada 2 printer.
    da lama x guna hu hu hu hingga da x boleh nak guna!
    baru last week bila tgh mlm nurin nak print keje skola, ibu ayah kelam kabut roger jiran, sape ada printer.
    ntah bila ayah diorang nak betul kan balik printer tu :(

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©